PERLENGKAPAN BAYI BARU LAHIR






Gambar ihsan Google


Teringat kembali 14 tahun yang lepas perasaan teruja bila mengetahui mengandung anak pertama, perasaan bercampur baur, excited, takut, blur ehh macam-macam la. Selepas pengesahan dari Gynae, saya dah siap-siap membuat perancangan nak bersalin di mana, juga persiapan untuk bayi yang bakal dilahirkan, pada masa itu saya suka jenama Anakku sebab kainnya jenis lembut dan tak berkedut. Memandangkan anak pertama dan masa itu penggunaan internet tidak meluas seperti sekarang saya lebih banyak bertanya dengan ibu dan kakak-kakak senior di opis tentang persediaan untuk menyambut bayi.


Untuk pengetahuan bakal ibu , bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang teliti supaya dirinya membesar dengan sihat. Terdapat pelbagai produk dipasaran pastikan sebelum membeli anda sudah membuat perbandingan dan yang penting di dalam budget anda, sebaiknya cari barang-barang yang tahan lama supaya boleh digunakan untuk anak yang seterusnya dan juga praktikal iaitu senang dibawa ke mana-mana sahaja. Antara barang-barang yang dicadangkan sebagai perlengkapan bayi baru lahir ialah

Tikar Getah

Ia bertindak sebagai pelapik kalis air, atas tilam bayi selepas bayi dimandikan iaitu sebelum dipakaikan lampin, ia memudahkan anda meletakkan bayi selain menghalang air kencingnya membasahi tilam, kalu baby boy pastikan anda cover kalu tak nanti terkejut, secara tiba-tiba sahaja dia akan wee wee dan terkena baju anda :)


Kelambu

Penting untuk mengelak daripada gigitan nyamuk dan serangga, Malah kelambu juga mengelak silau kerana cahaya lampu atau sinar matahari tidak jatuh terus ke matanya. Penggunaan kelambu membuatkan bayi lebih selamat semasa berada di dalamnya.


Baju bayi

Pemilihan pakaian bayi sangat penting, biasanya semasa beli saya akan rasa dulu jenis kainnya untuk memastikan bayi tidak rengsa atau tidak selesa. Antara ciri-ciri pakaian bayi ialah seperti  berbutang, berlubang dan jenis kain kapas sesuai untuk digunakan bagi bayi yang baru lahir. Tak perlu membeli terlalu banyak pakaian untuk bayi baru lahir kerana mereka cepat membesar, biasanya saya akan mencari saiz umur 0-3 bulan. Perlu diingatkan setiap pakaian yang baru dibeli perlu dicuci dahulu untuk menjaga kebersihan, gunakan sabun pencuci yang khusus untuk bayi. Comelkan baju ni ?




Sarung tangan dan kaki

Oleh kerana bayi masih kecil, badannya begitu sensitif dengan persekitaran yang baru disekelilingnya. Untuk langkah keselamatan bayi memerlukan sarung tangan dan kaki, antara sebab lain ialah kukunya masih tajam dikhuatiri dia akan mencakar mukanya sendiri. Ibu juga kena rajin meneliti kadangkala di celah-celah jari bayi ada kekotoran, bersihkan perlahan-lahan. Sesekali biarkan mereka explore jari jemari mereka sendiri :)


Topi Bayi









Oleh kerana ubun-ubun baby masih lembut digalakkan memakai topi apabila keluar dari rumah. Ia juga untuk mengelakkan dari sejuk dan dimasuki angin. 


Tuam

Mesti digunakan dalam tempoh berpantang dan bila-bila masa untuk mengelak batuk dan selsema, ia juga untuk mengelakkan terkena angin pasang/hernia dan juga membantu menenggelam pusat bayi yang baru tanggal.


Bedung


Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Zaman sekarang ni dah ada pelbagai bedung yang memudahkan ibu-ibu takde la baru dibedung tangan dah terkeluar hehe. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya, kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti di dalam kandungan ibunya, mengelak bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan, ia juga memberikan kehangatan pada tubuh bayi. 





Antara keperluan lain ialah kain lampin, bantal dan tilam bayi, barut, tuala tempat mandi.

Senarai untuk disemak:

Barangan
Pakaian

Sarung tangan
Sarung kaki
Topi bayi
Baju lengan panjang
Seluar panjang
Baju lengan pendek
Seluar pendek
Barut
Tuala muka

Lampin

Lampin kain
Cloth Diaper
Tisu basah

Penjagaan Diri
Tuala mandi
Sabun bayi
Syampu bayi
Besen bayi
Minyak bayi
Minyak telon
Sikat bayi
Pemotong kuku

Tidur

Bantal kepala
Bantal peluk
Tilam
Selimut


Senarai ni hanya cadangan berbelanja ikut keperluan, biasanya bila kandungan 7 bulan ke atas dah boleh shopping :)


Persediaan ibu sebelum bersalin juga perlu diambil kira boleh baca di sini. Si ibu juga perlukan nutrien penting semasa berpantang dan seterusnya menjayakan penyusuan ibu.


Jangan lupa ya persediaan rohani juga penting bagi bakal ibu bapa, amalkan surah-surah ini, saya doakan anda semua selamat melahirkan dan dikurniakan bayi yang sihat dan comel.





Bagi yang mencari Menu Berpantang Ibu Berpantang Dan Elak Sembelit, boleh klik sini.




Bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu bagi mereka yang ada



Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.






Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.








Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.




Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.




Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.




Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.




Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.



Ibu Bayi Premature, boleh tengok video ini



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Anak yang kurus keding dan selalu tidak sihat, 



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Ibu yang menyusu, boleh tengok video ini



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

VITAMIN UNTUK WANITA 40AN




Pernah tak mengalami situasi terjumpa kawan yang dah bertahun-tahun kita tak jumpa, selepas beberapa ketika bersembang kawan pun berkata "eh muka ko tak berubah la sama je macam dulu nampak muda je" kembang kempis tak hidung tu? cuma kawan tak tegur badan (yang ni harap maklum la untuk menjaga hati kut hehe) . Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah perlunya kita menjaga pemakanan harian kita supaya tak terlalu nampak lebih cepat tua daripada umur sebenar kita, tak ke sentap tarik muka kalau kawan yang dah lama tak jumpa tiba-tiba cakap, kenapa nampak tua sangat ni?


Kesihatan amat penting bagi seorang wanita kerana kita memainkan peranan yang sangat besar dalam keluarga, kitalah tukang masak, cleaner, nurse, driver bla...bla... terlalu banyak tanggungjawab wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu. Biasa tak dengan situasi ni hehe..





Tu belum termasuk tugas-tugas pejabat. Wajib ya kawan-kawan sekalian menjaga kesihatan diri sendiri.  Setiap seorang dari kita melalui beberapa peringkat perubahan hormon di dalan kehidupan iaitu dari peringkat baligh kepada kehamilan dan putus haid. Setiap peringkat memerlukan penjagaan yang istimewa iaitu diet yang seimbang, senaman dan makanan tambahan untuk kekal sihat dan mencegah daripada penyakit yang berkaitan dengan usia seperti kencing manis, kanser, penyakit jantung dan sakit sendi.


Antara vitamin yang digalakkan untuk diambil wanita ialah Omega, GLA, Vivix Dan Ostematrix.




DHA dan EPA merupakan asid lemak omega 3 yang dikenalpasti dapat memberikan sokongan nutrisi bagi menyokong tahap kolesterol yang baik sekaligus menjadikan jantung yang sihat.






Gamma linolenic acid (GLA) telah digunakan secara tradisional untuk keselesaan semasa kitaran bulanan atau haid termasuk dapat membantu melegakan kesakitan atau masalah  yang dialami ketika haid seperti ketidakselesaan, sakit kepala dan boleh juga membantu menangani gejala-gejala yang biasa berlaku sebelum putus haid.





Kesihatan payudara dan servikal juga semakin penting kepada wanita. Diet yang kaya dengan nutrien polifenol  seperti Resveratol dan asid Ellagic yang ditunjukkan di dalam kajian amat berguna terutamanya dalam menyokong kesihatan wanita.





Memelihara tulang yang sihat merupakan satu lagi masalah wanita yang perlu diambil perhatian. Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia (80% terdiri daripada wanita kurang kesedaran berkenaan bagaimana untuk mengekalkan tulang yang sihat. Mengambil kalsium magnesium, Vitamin D dan zink mineral , tembaga dan mangan dalam diet harian dapat membantu dalam pembentukan dan penyenggaraan tulang-tulang dan gigi yang sihat


Banyaknya nak kena makan, mahal pulak tu....soalan atau penyataan? Laa kata nak sihat, nak nampak cantik, nak awet muda kena la berkorban sikit, kesihatan ni penting, lagi penting dari handbeg, kasut yang ribu-ribu harganya tu, apapun kena seimbang. Nak lagi best jomla jadi ahli Shaklee selain daripada dapat harga ahli, uolls pun boleh dapat bonus tau, nak tau lebih lanjut boleh email saya : arnisyazila@gmail.com


Mencegah itu adalah lebih baik dari mengubat, kos perubatan pun dah semakin mahal, manakala harga vitamin Shaklee masih sama bertahun-tahun, rugi tau kalau tak makan. :) Makan dengan konsisten berserta pengambilan air yang mencukupi anda akan tersenyum dengan hasilnya.


Kalau nak tengok vitamin untuk kulit  muka boleh baca di sini.


Jangan lupa ya promosi bulan Disember ialah beli Omega Guard 6 botol dapat free 1 botol. Cepat-cepat borong boleh syer-syer dengan keluarga, kawan-kawan opis free Shaklee member lagi.







Jika berminat dengan tawaran yang terhad ni sila contact saya ya :)









BELANJA SEKOLAH MALAYSIA MAHAL?



Gambar ihsan google



Beberapa hari lagi sekolah akan dibuka, bagaimana persiapan ibubapa terutamanya mereka yang mempunyai anak ramai yang bersekolah rendah dan menengah. Permulaan sesi baru persekolahan serta persiapan Hari Raya merupakan perbelanjaan terbesar bagi ibubapa setiap tahun. Saya sendiri merasai persiapan anak-anak nak sekolah, samada yang bersekolah rendah dan menengah. Sebelum sesi persekolahan bermula kebiasaannya anak-anak akan dibelikan  2 pasang baju baru untuk sekolah kebangsaan dan 2 pasang untuk sekolah agama, 2 pasang baju untuk anak yang sekolah menengah. Tapi kami akan tengok juga kalu baju anak masih elok dan masih boleh pakai tak perlu beli untuk elakkan pembaziran. Masa anak pertama masuk sekolah rendah jangan tak percaya excited punya pasal beli baju sehingga 5 pasang jenama yang mahal pulak tu, bila fikir-fikir balik menyesal jugak sebab membazir, walaupun brand yang mahal bila akhir tahun baju tu tetap kelihatan lusuh harap maklum dengan kelasakan anak lelaki. Itu adalah pengalaman kami untuk anak pertama masuk sekolah.


Kasut sekolah pula kami suka dengan jenama Bata sebab tahan lasak, tidak mudah terkoyak dan senang untuk dibasuh. Tahun pertama anak masuk tahun 1 memang perlukan 2 pasang kasut sebabnya ialah kasut terlalu kotor macam sekolah dalam lecak walhal sekolah tengah bandar, oh ya zaman ni mereka suka pijak kasut kawan-kawan  ya, sedih woo tengok keadaan kasut hari pertama persekolahan mungkin kalau anak perempuan kurang sikit kut kotornya.






Untuk Beg sekolah pula terpulang pada anak-anak, bag yang mana mereka berkenaan selari dengan pertambahan usia anak-anak. Err takkan dah sekolah menengah masih nak beg gambar kartun ya tak :) Cuma saya tak berapa galakkan belikan anak-anak beg yang ada troli sebabnya ialah

1. Walaupun kosong beg itu masih berat, alahai kesian tengok anak-anak merengkek nak angkut beg sekolah sampai tingkat 3.

2. Troli itu akan patah atau rosak, pernah tak tengok anak-anak ni berlumba lari sambil tarik beg troli mereka sepanjang koridor sekolah :)

Ini hasil pemerhatian saya selama bertahun menghantar dan mengambil anak sekolah setiap hari


Setiap tahun juga sebelum sesi persekolahan bermula, kedai buku akan beroperasi, mereka dah siapkan senarai buku latihan, buku kerja yang akan dgunakan semasa sesi persekolahan yang baru , t shirt pendidikan jasmani dan alatulis juga dijual. 


Walaupun tiada yuran dikenakan semasa awal persekolahan, ibubapa dinasihatkan untuk simpan duit bagi yuran PIBG (Persatuan IbuBapa Dan Guru) sekolah rendah anak saya pada tahun lepas ialah RM80 manakala sekolah menengah ialah RM50, ibubapa hanya perlu bayar untuk 1 keluarga sahaja, walaupun ada 5 orang anak bersekolah di sekolah yang sama.


Hari pertama persekolahan dah boleh tengok kantin mereka, makanan dan minuman apa yang dijual, berapa purata harga makanan untuk kita bagi duit belanja anak pada setiap hari terutamanya untuk anak-anak yang baru masuk Tahun 1, memang kita bekalkan anak-anak dengan bekalan makanan dan minuman dari rumah tapi kita kena ingat, yang anak-anak ni akan terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli makanan dan minuman di kantin, sampai ada yang menumpang kawan untuk makan ya dan tak makan, makanan yang dibekalkan :)


Saya sangat galakkan untuk bagi anak-anak vitamin kerana bila sesi persekolahan bermula anak-anak akan keletihan terutamanya mereka yang bersekolah dari pagi hingga ke petang dan malam pula bersambung dengan kelas tambahan dan juga kerja rumah yang diberikan oleh cikgu. Belum lagi bila dah kepenatan mereka jadi "cranky". Vitamin yang anda boleh bagi bagi anak-anak yang bersekolah ialah Omega. Mealshakes, Performance Drink dan Chewable Vitamin C. Ia membantu meningkatkan imun sistem dan fokus kepada pelajaran terutama untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar.


Secara puratanya perbelanjaan untuk seorang anak apabila sesi persekolahan bermula ialah RM300, mungkin akan bertambah jika anak ini baru masuk Tahun 1. Ini yang bersekolah kerajaan sepenuhnya jika yang sekolah swasta lain pula kosnya. 


Kos setiap tahun memang akan meningkat, memang terasa bahangnya  terutama yang duduk bandar besar, saya sendiri duduk di Shah Alam dan seorang surirumah, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu keluarga ialah bisnes online dan Shaklee menjadi pilihan saya tanpa saya perlu tinggalkan kerja-kerja harian di rumah dan anak yang kecil.



Dalam kita bersemangat membeli peralatan sekolah anak-anak, jangan lupa untuk kita tolong insan-insan yang memerlukan bantuan. Mari kita sama-sama infaqkan sedikit rezeki kita untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf bandar juga mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu. Saya doakan amalan kita semua menjadi bekalan diakhirat kelak. Ni saya syer poster sahabat saya.





Saya juga doakan agar anak-anak kita semua dilindungi Allah dan diberkati dalam mencari ilmu :)


MAKANAN YANG BOLEH CEGAH JERAWAT






Gambar ihsan Google




Jerawat oh jerawat , tak syokkan bila tengok muka dicermin ada tanda-tanda jerawat nak tumbuh, tangan tu mesti nak picit picit jerawat tu kan :) Anak bujang saya sendiri mengalami masalah jerawat semenjak dia masuk peringkat remaja, tiap-tiap hari tanya makin ok tak muka dia, semakin berkurangan ke jerawat dia, dia seorang yang aktif dengan sukan. Mommynya lah yang kena jaga kebersihan dia, jaga makan minum dia dan juga jadual pengambilan vitamin. Jangan ingat anak-anak remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa pun ada mengalami masalah jerawat, jerawat pemanis muka katanya, ya ke?


Jerawat terjadi bila kalenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum dikulit terutamanya dimuka, dada dan belakang badan. Sampai ada yang cakap muka dia berminyak dan banyaknya sampai boleh buat minyak masak haha...err tak tergamak kut nak buat minyak masak.


Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih atau biasanya kita panggil white head jika
terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika dilapisan kulit luar atau black head. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk disekeliling liang tersebut.


Lebih besar kawasan radang, nanah lebih mudah terbentuk dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada rawatan dibuat dan untuk menghilangkan parut jerawat lebih sukar dari merawat jerawat. Jika jerawat penuh dimuka akan mengurangkan rasa keyakinan diri.




Antara makanan  yang boleh Mencegah Jerawat ialah 


Kacang


Kacang kaya dengan selenium, vitamin E. tembaga, magnesium, mangan, kalium, kalsium dan zat besi yang sangat penting untuk kesihatan kulit


Ikan

Menjadi sumber paling baik kerana kandungan asid lemak Omega 3 boleh mengurangkan kerandangan  pada tubuh yang boleh mencetuskan jerawat . Ikan seperti salmon, tenggiri dan sardin sangat disyorkan.


Anggur Merah


Buah terutama anggur merah sangat baik untuk kesihatan kulit, bahkan bijinya juga disyorkan untuk dimakan kerana mengandungi bahan kimia semulajadi yang berkhasiat dan juga antioksidan yang dapat meremajakan kulit selain mengawal alahan pada kulit.




Termasuk dalam golongan makanan super, salah satu manfaatnya adalah membantu mengatasi keradangan disebabkan oleh kandungan Alicin yang dapat membunuh pelbagai bakteria dan virus.




Sayur-sayuran berwarna hijau ini juga mempunyai manfaat yang tidak kurang hebatnya. Mengandungi Vitamin A, B complex, C, E dan K serta antioksida, brokoli bermanfaat untuk membersihkan kulit.


Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menjaga wajah dan mengelakkan jerawat boleh baca di sini dan di sini


Shaklee juga ada menawarkan vitamin yang membantu mengatasi masalah jerawat, produk yang halal, mesra alam sentiasa menjadi pilihan masa kini.



Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee untuk kecantikkan kulit boleh hubungi saya, jangan malu-malu ya :)











HEALING CRISIS - KRISIS PEMULIHAN..MAKAN SHAKLEE ADA KESAN SAMPINGAN?



Pernah tak anda mengalami kesakitan kepala yang melampau selepas makan vitamin?  Badan tiba-tiba rasa nak demam, sendi rasa sakit-sakit dan kita akan mula berfikir adakah ini disebabkan makan vitamin Shaklee badan menjadi semakin sakit. Saya harap tanggapan ini akan berubah selepas anda membaca penerangan dari saya tentang Healing Crisis.




Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan atau healing crisis terjadi.


Mengapa krisis pemulihan ini terjadi selepas mengambil makanan tambahan atau suplemen?

Mengikut kajian yang dijalankan apabila kita mengambil nutrien dan nutrien itu bertindakbalas dengan oksigen dalam badan kita, tindakbalas ini akan meransang organ dalam badan untuk menjalankan proses penyingkiran, pembersihan dan proses ini juga dipanggil proses menyahtoksin. Sewaktu jangkamasa penyesuaian , ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari , walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.


Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama seperti sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stres, ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen dietary seperti Shaklee membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita. Bayangkan badan anda seperti paip besi yang berkarat, bila anda mencuci paip tersebut kelihatan segala benda-benda yang kotor akan keluar, begitu juga dengan badan kita.




Krisis pemulihan ini mengambil masa 3-4 hari atau berminggu lamanya dan ianya adalah berbeza bagi setiap individu dan ianya juga bergantung kepada tahap kesihatan individu tersebut. Biasanya selepas anda mengambil makanan tambahan 1 - 2 bulan anda akan merasai perbezaan tahap kesihatan anda. Jika tiada perubahan, ada kemungkinan anda tidak mengambil secara konsisten, berhenti makan vitamin sebab takut dengan krisis pemulihan yang dialami, tidak mengikut dos yang dicadangkan oleh SID anda dan mungkin juga anda mengalami masalah emosi.


Antara tanda-tanda dan penyebab krisis pemulihan





Anda tidak perlu bimbang dengan mengalami tanda-tanda berikut, dalam peringkat pemulihan anda dinasihatkan untuk banyak minum air masak/bersih, berehat secukupnya dan makanlah lebih banyak buahan dan sayuran dan yang penting bersabar. 



KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD SHAKLEE



Alhamdullilah kita masih diberi peluang untuk bernafas hari ni. Saya pasti ramai yang menunggu promo terhebat Shaklee pada setiap bulan.  Saya salah seorang yang sangat seronok sebab bulan Disember ni promo Shaklee adalah Omega Guard beli 6 free 1. Best kan ?


Kelebihan Omega Guard Shaklee ni ialah merupakan minyak ikan terbaik dunia. Kenapa saya cakap ia terbaik? Kerana ia telah diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan, berbanding dengan produk Omega di pasaran. Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA. Hah tu dia panjang lebar saya terangkan kenapa Omega Guard Shaklee ni istimewa. Jom kita tengok carta hits ni perbandingan antara Omega Guard Shaklee dan jenama lain.





Masih ragu-ragu lagi dengan Omega Guard Shaklee? Saya tambah lagi info yang berguna untuk anda menambah keyakinan terhadap produk Shaklee, Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan  bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan. 


Antara kebaikan yang kita boleh dapat dengan pengambilan Omega Guard Shaklee ialah

Melindungi Jantung Anda

Omega Guard membekalkan asid lemak omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal, mengurangkan risiko serangan sakit jantung.


Memelihara fungsi-fungsi sendi

Seperti kita sedia maklum apabila umur menghampiri 40an, apatah lagi peringkat umur ibubapa kita, sakit-sakit sendi akan mula terasa. Peranan Omega Guard ialah paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis. memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.


Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.

DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi, DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran serta mencegah migrain. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega 3 EPA dan HDA


Dan yang paling best Omega Guard Shaklee membantu membakar lemak.

Boleh baca di sini bagaimana Omega Guard boleh membantu anda membakar lemak dan seterusnya menurunkan berat badan.


Siapa yang memerlukan Omega Guard Shaklee


Ibu hamil, ibu yang menyusu, kanak-kanak, pelajar juga mereka yang sering mengalami masalah kesihatan seperti batuk berkahak, selsema berterusan, asma, sakit-sakit sendi dan bacaan kolesterol yang tinggi.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau menyembuhkan sebarang penyakit.


Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin yang sesuai dengan budget anda, semua orang mampu memiliki produk Shaklee dan anda akan diberikan konsultasi percuma. Anda adalah istimewa :)