Kelebihan Performance Drink Shaklee, Minuman Bebas Karbonat Dan Kurang Gula




Performance Drink Shaklee adalah minuman yang menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan, lupakan minuman isotonik yang tinggi kandungan gula dan berkarbonat (bergas).


Mengapa Performance Drink wajib ada dalam setiap rumah? Untuk pengetahuan semua Performance Drink boleh diminum seisi keluarga samada bapa, ibu juga untuk anak-anak yang aktif.


Antara kelebihan Performance Drink Shaklee ialah

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium sodium, phosporus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.


Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan. melembabkan kulit  dan kelihatan muda.


Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


Siapa yang perlu mengambil Performance Drink Shaklee

Para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, cirit birit, tiada selera makan dan mereka yang  rendah paras gula juga sesuai untuk anak-anak yang sedang bersekolah dan aktif bersukan.


Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.


Perbezaan Performance Drink Shaklee berbanding yang lain ialah


Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Gabungan Performance Drink Shaklee, ESP dan Mealshakes memang terbaik




Taman Botani Shah Alam





Bagi mereka yang suka berbasikal dan aktiviti lasak yang boleh mengeluarkan sebaldi  peluh dan toksin dalam badan dengan harga yang berpatutan, Taman Botani Shah Alam merupakan pilihan yang tepat untuk anda sekeluarga. Anda boleh menyewa basikal di sini atau bawa basikal anda sendiri, seronok ok agak-agak tak larat sorong je basikal tu hehe.


Ada pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini antaranya terdapat kolam renang, skytrek, berkhemah. Tarikan lain yang terdapat di sini ialah Taman Hiasan, Rumah Iklim Sederhana Empat Musim, Taman Rempah Ratus dan pelbagai minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan tropika. Juga terdapat empangan /tasik. Teringat pulak masa bekerja dulu kami buat Treasure Hunt di sini kus semangat memang sangat mencabar turun naik bukit meredah hutan :) Rasanya dah tak kuasa nak join aktiviti treasure hunt macam ni haha.


Oh ya terdapat juga perkampungan di dalam Taman Botani Shah Alam, ala-ala bentuk rumah kampung  di seluruh Malaysia dan yang menariknya anda boleh bermalam di sana. Bagi peluang mereka yang tak pernah duduk kampung merasai pengalaman bermalam di rumah kampung



Bagi anak-anak kecil mereka akan terhibur di taman haiwan, ada kuda, burung, rusa, landak dan kura-kura, kambing tapi AWAS ada sekumpulan monyet berkeliaran yang tak duduk dalam sangkar dan akan mengejar anda jika anda membawa makanan. Ni antara binatang yang ada di taman haiwan.




Kuda yang ini agak jinak tapi berhati-hati dengan kuda yang dalam kandang ni, silap pegang, kaki belakang dia akan naik dan menendang





Bagi mereka yang tak larat nak berjalan kaki atau berbasikal terutamanya warga emas, perkhidmatan bas disediakan dari pintu masuk hingga taman 4 musim dalam masa yang sama bas ni akan melalui taman haiwan so uolls boleh berhenti di mana-mana yang ada bus stop. Ni la rupanya bas di Taman Botani Shah Alam. Menarikkan?



Gambar ihsan Google





Suasana dalam taman iklim 4 musim, sejuk-sejuk nyaman gitu kat dalam ni :)


Kat dalam tu ada gerai-gerai yang menjual makanan ringan, jangan risau tetiba perut lapar dan dahaga tahap maksima. Saya syorkan anda minum Performance Drink Shaklee dan CoQ Health sebelum anda berbasikal, anda sendiri akan rasa perbezaannya.





Anda boleh juga mendapatkan info secara terperinci Taman Botani Shah Alam di sini.


Selamat beriadah bersama keluarga tersayang








Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee/Alfalfa Complex Shaklee - Keintiman






Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.





Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Mendicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. 

Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tunbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan Alfalfa. 

Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. 

Daun Alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dihapuskan.

Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan  akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.


Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee/Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama


Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.


Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan


Baik untuk perubahan patalogi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.


Menyingkirkan lemak dan kolesterol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.


Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit


Mencegah/Merawat Arthritis - Melegakan sakit Arthritis dan kesakitan  


Lain-lain kelebihan Alfalfa Complex Shaklee ialah


Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang badan
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi sensasi rasa sejuk (Alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
Memberi kelegaan semasa kedatangan haid
Merawat Arthritis
Merawat Asma atau lebih dkenali semput
Mencuci usus bagi membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri ( ni yang special tentang Alfalfa) dan paling best apabila bergabung dengan Vitamin E
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit (Sila minum air yang banyak untuk mengelakkan sembelit)


AMARAN : ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE


Antara set-set produk Shaklee yang digabungkan dengan Alfalfa Shaklee dan yang paling femes







Anda boleh lihat testimoni pengguna tentang kebaikan Alfalfa Shaklee kepada ibu yang menyusukan.



Jangan lepaskan peluang keemasan pada bulan Januari 2014 ini untuk mendapatkan Alfalfa Shaklee dengan harga yang sangat istimewa , harga yang lebih murah, anda boleh syer dengan kawan-kawan atau adik beradik. Berminat? Boleh email saya dengan kadar segera.