Set Kesuburan Shaklee Membantu Cepat Hamil






SET KESUBURAN SHAKLEE






PERHATIAN : Bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil, saya sarankan anda mengambil Set Kesuburan Shaklee.

Berikut adalah testimoni yang berjaya hamil selepas mengambil Set Kesuburan Shaklee dengan izin Allah jua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Actually lama dah nak share testi sendiri since hampir 2 bulan consume.

Pada awalnya beli GLA dan B Complex untuk nak hamil.sekaligus nak kurangkan rasa sakit masa period datang.selepas seminggu makan saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan lain.tetapi doktor dapati, saya mempunyai rahim yang terbalik. Masa tu doktor kata orang yang ada rahim terbalik susah untuk hamil.tapi dengan izin Allah kita tak tahu.

So selepas sebulan en suami plak try makan vitamin e, zinc dan ESP. Orang lelaki susah sikit nak makan vitamin tapi setelah dipujuk dan bagitau akan dapat kesan kesihatan yang memang superb dia pun makan.

Alhamdulillah selepas hampir sebulan setengah makan GLA. Saya rasa badan saya tak selesa tiba-tiba sakit punggung ingatkan sebab jatuh, tapi pagi tu selepas saya membuat test upt syukur ade tanda blurr positif.dan setiap hari saya buat upt test sbb kes teruja nak tengok line yg betul-betul positif...

So inilah masa yang dinanti, hamil setelah berusaha untuk hamil. Suami masih lagi makan vitamin tu sebab kesan pada kulit dan tenaga yang sangat luar biasa. Saya pula terus makan set kehamilan..wow sangat-sangat best

Credit to Nurul Fiza Abdul Ghapar



Set Kesuburan Shaklee ini sebaiknya suami isteri perlu sama-sama ambil, sama-sama berdoa agar dikurniakan cahayamata. Saya doakan anda semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk mendapat zuriat.


Anda nakkan harga yang istimewa dari saya, hubungi saya dengan kadar segera

Email: arnisyazila@gmail.com
Hp: 012-2183024










Tips Persiapan Majlis Perkahwinan



Kenapa saya memilih tajuk Tips Persiapan Majlis Perkahwinan...oppss jangan keliru ya bukan saya yang nak kahwin maunya kena marah dengan husband saya nanti :)

Ceritanya macam ni baru-baru ni adik lelaki saya telah melangsungkan perkahwinan dengan suri idaman hati dia, sebagai kakak yang sulung saya bertanggungjawab menolong mak abah saya dalam merealisasikan majlis adik saya. Sebaik-baiknya ahli keluarga perlu berkumpul dan bermesyuarat apa yang perlu dibuat supaya majlis berjalan dengan lancar...yes of coz ada hiccup sana sini, bila berkumpul masing-masing boleh bagi pandangan , nak sponsor ke, kalu sorang je yang fikir maunya kalut atau kelaut nanti.

Antara perkara wajib yang perlu dibincangkan Persiapan Majlis Perkahwinan ialah

1. Berapa ramai jemputan?
    Masa juga perlu sediakan kad jemputan jika dah dapat tarikh dan tempat majlis perkahwinan.

2. Tempat untuk kenduri samada rumah atau dewan atau taman
    - Kalau nak sewa dewan kena pantas untuk booking, kalau di Shah Alam biasanya lagi awal tempah
      lagi bagus, sebaik-baiknya 6 bulan awal.

3. Katerer, ini terpulang samada nak tempah katerer atau masak sendiri tapi rata-rata zaman sekarang  
    ramai yang menggunakan khidmat katering.

Ni antara perkara besar yang perlu diambil kira,

Ok next kita cerita bab hantaran, memandangkan adik saya lelaki maka dia perlu sediakan wang hantaran dan mas kahwin, upah jurunikah dan saksi juga perlu diambil kira. Kebiasaannya adat melayu ada barang-barang hantaran terpulang nak berapa dulang dan apa yang nak dihadiahkan untuk pengantin dan keluarga.

Antara cadangan barangan hantaran ialah cincin dan gelang emas, tas tangan, sireh junjung, pewangi, telekung, buah-buahan, sepasang persalinan pakaian, kek atau cupcakes, sepasang kasut, ada yang lebih moden hadiahkan smartphone :)
Ni antara salah satu hantaran yang kami hadiahkan kepada pihak pengantin perempuan iaitu vitamin Shaklee antaranya ialah Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Zinc dan Omega.




Baju untuk majlis pernikahan dan majlis kenduri juga perlu ditempah seawal yang mungkin, supaya jika ada yang perlu diperbetulkan masih sempat lagi untuk diubahsuai.

Terdapat banyak pihak butik pengantin yang sediakan kelengkapan perkahwinan yang merangkumi baju, pelamin, hiasan dalam dewan jika buat dalam dewan atau sediakan khemah, meja makan pengantin, make up artis, jurugambar "still photo" atau videographer, PA Sistem dan lain-lain.


Setiap kali majlis perkahwinan, para tetamu akan dihadiahkan "door gift" part ni yang saya sangat suka, macam-macam idea yang datang, untuk tetamu dewasa, remaja dan kanak-kanak kami sediakan berasingan, untuk beg cenderahati kami beli dari Nilai 3 kedai ZC namanya. Boleh rambang mata kalau pegi Nilai 3 ni hehe. Kat sini pun ada jual bunga manggar ya.




Antara gift bag yang terdapat di sini, cute kan?




Tak lengkap rasanya kalau tiada kek pengantin kan, terpulang nak berapa tingkat, setingkat, 2 tingkat, 3 tingkat, bertingkat-tingkat macam KLCC pun boleh berbincanglah dengan baker anda, purata harga kek perkahwinan untuk 2 tingkat ialah antara RM400-RM450 samada butter cream atau fondant. Terpesona saya dengan simple decoration kek yang ini.




Perkara yang lain-lain mungkin boleh tambah seperti aturcara majlis, siapa pengacara majlis, siapa nak jadi pengapit, ada persembahan macam Qasidah ke, pencak silat ke atau live band ke.


Rasanya dah cukup yang penting tulis buat list, yang paling utama letak paling atas dan senaraikan ikut keperluan dan budget anda, ingat ya perkahwinan bukan untuk sehari dua banyak lagi yang pengantin baru perlu tempuhi, elakkan berhutang.





Cara Berkesan Redakan Rasa Mual Atau Loya


Ada banyak cara untuk redakan rasa mual atau loya, bukan orang yang mengandung je rasa mual, loya dan muntah, orang yang ada mengidap gastrik kalau terlewat atau makan dengan banyak pun akan rasa mual atau loya dan kadangkala muntahnya lebih banyak dari orang yang mengandung. Kebanyakkan mereka yang mengalami masalah penghadaman akan mengalami rasa mual atau loya jika tersalah makan.


Cuaca yang panas disertai dengan perut yang terlalu kenyang atau tidak tahan dengan sesuatu bauan boleh menyebabkan rasa mual itu datang, jangan layan sangat perasaan terbuai-buai melayan rasa mual tu kerana mood boleh turun naik. Jangan terkejut kalu saya bagi tau ada yang sampai pitam ya.


Apa yang boleh anda lakukan daripada keadaan rasa mual itu berterusan, beberapa jenis  makanan boleh membantu mengurangkan rasa mual, antaranya ialah


EPAL - Ia terbukti meredakan rasa mual dengan cepat. Perut anda juga lebih selesa, tidak resah atau gelisah.


KACANG - Rasa mual juga mungkin disebabkan kekurangan protein. Anda boleh mengunyah kacang almond atau kacang tanah sekadar untuk meredakan rasa mual.


BISKUT KRAKER - Tepung yang terdapat dalam biskut ini membantu menyerap asid dalam perut tetapi pilihlah biskut tanpa perisa


Selain itu anda boleh makan madu, kurma, kismis, mangga

Nak sedap lagi boleh minum air halia rebus bersama-sama dengan lemon, wah memang terbaik, cuba la ya.

Makan dengan kerap walaupun tak lapar, bukan makan 2-3 pinggan nasi tau , sekadar 1-2 keping biskut atau secawan oat atau sepotong buah memadai dalam jarak 1-2 jam.

Tips cara berkesan redakan rasa mual dan loya ni, mereka yang sedang mengandung pun boleh ikut :)


Untuk pengetahuan, antara produk Shaklee yang popular melegakan rasa mual dan loya ialah


Peppermint Ginger Plus Shaklee




Kebaikan dan kelebihan yang ada pada vitamin Peppermint Ginger Plus Shaklee yang menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna ialah ianya membantu

- Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness

- Mereka yang suka mengembara dan sering mengalami mabuk darat atau laut

- Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin

- Mereka yang sering mengalami kembung perut

- Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan


Bagaimana untuk mendapatkan semua produk Shaklee, anda boleh hubungi saya secara email ke : arnisyazila@gmail.com. Saya akan memberi konsultasi secara percuma kepada anda.


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Pembedahan Caesarean - Set Bersalin Shaklee


Saya merupakan ibu yang bersalin secara pembedahan caeserean sebanyak 3 kali, ramai sahabat saya juga bersalin secara pembedahan caeserean samada 1 kali, 2 kali, 3 kali dan ada juga yang sudah  4 kali caeserian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pembedahan Caesarean, apakah risiko dan kebaikannya anda boleh rujuk sini




Bagi yang dah bersalin secara pembedahan caeserian 3 kali dan masih muda mesti pernah terfikir adakah selamat atau tidak untuk bersalin kali ke 4 secara pembedahan caeserian. terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti keadaan umur  ibu , sejarah kelahiran lampau dan maklumat perihal pembedahan terdahulu. Semakin kerap  kelahiran pembedahan, semakin tinggi risiko untuk rahim pecah samada sebelum mengalami kontraksi tanda awal sebelum bersalin ataupun tidak. Risikonya apabila rahim pecah melibatkan isu terpaksa dibuang rahim (caesarean hysterectomy), pendarahan yang banyak melebihi 500ml, isu komplikasi pembedahan dan masalah penyembuhan luka.


Kelahiran secara pembedahan caeserian sendiri mendedahkan ibu kepada risiko seperti komplikasi bius, komplikasi pembedahan seperti kecederaan pada organ bersebelahan rahim iaitu pundi kencing, saluran ureter menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, kecederaan salur darah dan komplikasi tranfusi darah, isu jangkitan kuman, isu kesakitan selepas pembedahan caesarean, tinggal jangkamasa di hospital lebih lama dan isu kos yang meningkat serta bebanan psikologi.


Pengalaman saya sendiri selepas 3 kali kelahiran secara pembedahan caesarean, Alhamdullilah tiada komplikasi cuma doktor ada bagi tahu bahawa rahim saya semakin nipis semasa kelahiran anak ketiga dan  perlu berhati-hati jika mengandung anak yang ke 4, saya memilih untuk tidak ikat peranakan walaupun ditawarkan doktor yang bertugas. Kesan yang pasti sehingga sekarang ialah pinggang cepat terasa lenguh kadang-kadang sakit, kesakitan ini saya kurangkan dengan makan Ostematrix Shaklee, ianya banyak membantu saya.


Sebaiknya berbincanglah dengan doktor yang merawat anda sebelum ini dan jika bertemu dengan doktor lain pastikan anda mempunyai rekod yang lengkap tentang kelahiran terdahulu. Doktor yang bertanggungjawab perlu berbincang dengan jelas dan teliti serta mendapatkan maklumat perihal kandungan lalu sekiranya ingin membenarkan maksimum 4 kali kelahiran.


Tips saya sebagai seorang Islam sebaiknya bacalah ayat-ayat Al Quran dan yang terbaik saya amalkan semasa di dalam bilik pembedahan...Doa Nabi Yunus saat beliau dalam perut ikan...InshaaAllah apabila baca doa ini anda akan rasa lebih tenang dan berserah semuanya kepada Allah agar anda dan anak yang bakal dilahirkan selamat.






Mereka yang bersalin secara pembedahan caeserian juga perlu berpantang seperti mereka yang bersalin normal. Perlu jaga makan, jaga kebersihan luka caeserian, perlu mengambil suplemen Set Bersalin Shaklee atau mana-mana jenama lain supaya badan rasa segar dan bertenaga dan seterusnya menjayakan penyusuan bayi 


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah
sebarang penyakit









Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee


Tv di rumah sedang mengalami kerosakkan selepas 10 tahun digunakan, maka terlepaslah beberapa episod Mentalist di FOX, hmm it's  ok takpe la hantar sementara ke kedai untuk dibaiki, akan tetapi kalau Unifi down atau slowwww sangat huish tak senang duduk di buatnya diibaratkan tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah dah macam orang bercinta pulak ya hehe


Salah satu punca stres ialah Internet Lembap


Terkejut tak?


Kajian oleh Social Issues Research Centre di Oxford telah menemukan bukti tentang masalah stress ketika bekerja.


Kebanyakkan orang berasa tertekan kerana talian internet yang perlahan dan mereka terpaksa menggunakan sumber itu untuk melaksanakan tugasan mereka.


Masalah internet lembab akan meningkatkan denyutan jantung dan mengakibatkan pengeluaran peluh yang berlebihan.


Apa kena mengena plak internet lembap dengan kebaikan Vitamin B Complex :)




Sebenarnya nak cerita kaitan B Complex dengan stres, tahukah anda dengan mengambil B Complex secara konsisten setiap hari boleh membantu anda mengurangkan stress :)


Jom baca kebaikan B Complex Shaklee dan perbezaan B Complex.


Para saintis shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (biovailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.


B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting  vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada  pada vitamin B Complex  untuk mendapatkan keseimbangan  dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan  atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah  vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan  melalui sistem  pencernaan. Oleh kerana itu adalah sangat penting untuk kita mengambil Vitamin B Complex setiap hari.


Kebaikan B Complex Shaklee 


Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan


Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia


Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang


Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut


Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus


Mencegah Anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihatdan antibodi , merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.


Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit


Mencegah nafas berbau


Detoksifikasi - Meredakan alahan


Bagaimana memilih B Complex yang baik


1. Mengandungi ke semua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama)

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin

3, Pastikan jurang peratusan nilai harian B1. B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Kebaikan Bekam


Untuk mengelakkan rasa yang kurang menyenangkan, kalau uolls nak tengok gambar orang berbekam sila google sendiri ya :) Silap-silap gambar David Beckham yang keluar.


Pengalaman saya sendiri tak pernah buat bekam tapi suami saya pernah buat bekam dan dia rasa badan lebih sihat, bertenaga selepas berbekam maklumla orang lelaki setiap bulan tidak mengeluarkan darah kotor berbanding perempuan, itu uniknya seorang wanita.


Bekam dalam istilah Melayu bermaksud mengeluarkan darah kotor dan angin dalam badan. Dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah. Ia merupakan salah satu cara untuk membersihkan darah dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui lapisan kulit secara sedutan. Kalau uolls rasa-rasa nak pitam tengok darah sendiri yang keluar tu sebaiknya jangan tengok, bak kata suami saya kalau orang tu tak pernah bekam, darah yang keluar tu macam jeli pekat...alamaks, harap maklumla pelbagai jenis makanan yang masuk dalam badan kita lebih-lebih lagi kalau kita sendiri tidak jaga pemakanan dan kurang bersenam.


Rawatan Bekam dah ada sejak beribu tahun dulu, sebaiknya rawatan ini dilakukan sebulan sekali atau tiga bulan sekali, kenapa? Dah uolls setiap hari makan pagi, petang dan malam belum masuk lagi kudap-kudapan yang lain-lain yang berminyak, makanan proses dan makanan segera.


Jom baca lagi bagaimana Bekam bertindak ke atas badan manusia.


Detoks

Semasa rawatan bekam, darah kotor akan dikeluarkan. Ia adalah satu proses membuang racun, toksin, bahan kimia dan sel darah merah yang mati daripada badan, Jika bahan-bahan tersebut tidak dibuang, ia berisiko untuk menjadi penyebab kepada 1001 jenis penyakit kepada manusia. Kalau rasa tak tergamak atau takut nak bekam, salah satu cara lain untuk detoks ialah dengan makan Herblax dan Alfalfa Shaklee


Meransang Pengeluaran Zat Antibodi

Ketika proses rawatan, jaringan kulit yang dibekam mengalami kerosakan akibat tusukan jarum bekam. tubuh bertindak balas dengan kerosakan ini dengan cara memproduksi sel T (zat antibodi tubuh) untuk mencegah infeksi di lokasi bekam. Lokasi pembekaman yang merupakan titik akupuntur terhubung dengan organ-organ tertentu. Zat antibodi itu disalurkan tidak hanya ke lokasi pembekaman, tetapi juga ke lokasi organ-organ yang terhubung dengan titik akupuntur pembekaman tersebut. Sehingga diorgan yang dimaksudkan, terjadilah pembasmian kuman-kuman patogen penyebab penyakit. Dengan demikian kuman dihapuskan. Sumber Majalah Rapi


Sebelum mendapatkan rawatan bekam sebaiknya berpuasalah sehari atau pastikan perut dalam keadaan kosong 2 jam sebelum berbekam. Bekam tidak boleh dilakukan semasa perut kenyang kerana dikhuatiri makanan yang baru diambil diproses sepenuhnya dan menyukarkan darah kotor untuk naik ke permukaan kulit.



Antara kebaikan berbekam ialah

Membantu membersihkan darah

Melancarkan aliran pembuluh darah

Membuang angin dalam badan

Membantu melegakan sakit bahu, dada dan punggung

Bermanfaat mengatasi jerawat dan gatal-gatal kulit

Mengatasi kemalasan, kelesuan dan penyakit banyak tidur.


Berbekam hanya merupakan rawatan alternatif, jika anda mengalami penyakit kritikal sebaiknya dapatkanlah rawatan moden.

HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG



PROMOSI Vitalea Beli 6 percuma 1 sedang berlangsung sepanjang bulan Februari 2014.






Sempena promosi Vitalea bulan ni, saya sangat syorkan mereka yg sedang mengandung dan mengalami HB rendah agar mengambil Vitalea untuk membantu menaikkan kembali HB anda sebelum dileteri nurse anda :)



Testimoni pengamal Vitalea semasa mengandung.

Btw,saya memg consume Shaklee since 2011, memg consumer tegar. 5 bln lepas, saya disahkan pregnt, ini pn hasil consume set subur Shaklee (GLA,B comp,Vit C, Vit E, Alfalfa, ESP). Since pregnt, saya stop consume Shaklee coz tkot ada side effect kt baby. So just mkn ubt yg KKM bgi.

Msa kandungn saya 4 bln, HB saya drop dr 14.00 turun 9.93 & nurse sahkan sy mghidap MILD ANEMIA. Patut bdn saya letih yg amat. Bgun pagi badan rasa xsdap. Bila dgr. So, saya tekad utk consume smula Shaklee & ambil set kehamilan. Dr testimoni yg saya baca, Vitalea bgus utk naikkan HB. So saya consume Vitalea, B comp, Oste, Vit C, Omega Guard, ESP. 

Alhamdulillah 2 minggu kemudian saya check HB saya hr ni dan HB saya naik 11.3 ! Yeahhhh !
Bukan itu jer, badan dah tak letih, bangun pagi rasa fresh. Selalu susah nak bangun. Rambut pula dah kurang gugur.

Credit to Yaya MillieKid.


Ada ibu mengandung yang mengalami Anemia, para ibu mengandung digalakkan untuk menjalani pemeriksaan di awal kehamilan untuk mengesan tahap kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan. 


Khasiat Vitalea Shaklee

Penambahan tenaga segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian,

Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang  terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.

Keupayaan sistem Produktif - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, menastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Vitalea sesuai diambil ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusukan bayi, pelajar 12 tahun ke atas, mereka yang mementingkan kecantikkan kulit dan juga mereka yang mementingkan kesihatan.

Vitalea tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit.