Tips Persiapan Majlis Perkahwinan



Kenapa saya memilih tajuk Tips Persiapan Majlis Perkahwinan...oppss jangan keliru ya bukan saya yang nak kahwin maunya kena marah dengan husband saya nanti :)

Ceritanya macam ni baru-baru ni adik lelaki saya telah melangsungkan perkahwinan dengan suri idaman hati dia, sebagai kakak yang sulung saya bertanggungjawab menolong mak abah saya dalam merealisasikan majlis adik saya. Sebaik-baiknya ahli keluarga perlu berkumpul dan bermesyuarat apa yang perlu dibuat supaya majlis berjalan dengan lancar...yes of coz ada hiccup sana sini, bila berkumpul masing-masing boleh bagi pandangan , nak sponsor ke, kalu sorang je yang fikir maunya kalut atau kelaut nanti.

Antara perkara wajib yang perlu dibincangkan Persiapan Majlis Perkahwinan ialah

1. Berapa ramai jemputan?
    Masa juga perlu sediakan kad jemputan jika dah dapat tarikh dan tempat majlis perkahwinan.

2. Tempat untuk kenduri samada rumah atau dewan atau taman
    - Kalau nak sewa dewan kena pantas untuk booking, kalau di Shah Alam biasanya lagi awal tempah
      lagi bagus, sebaik-baiknya 6 bulan awal.

3. Katerer, ini terpulang samada nak tempah katerer atau masak sendiri tapi rata-rata zaman sekarang  
    ramai yang menggunakan khidmat katering.

Ni antara perkara besar yang perlu diambil kira,

Ok next kita cerita bab hantaran, memandangkan adik saya lelaki maka dia perlu sediakan wang hantaran dan mas kahwin, upah jurunikah dan saksi juga perlu diambil kira. Kebiasaannya adat melayu ada barang-barang hantaran terpulang nak berapa dulang dan apa yang nak dihadiahkan untuk pengantin dan keluarga.

Antara cadangan barangan hantaran ialah cincin dan gelang emas, tas tangan, sireh junjung, pewangi, telekung, buah-buahan, sepasang persalinan pakaian, kek atau cupcakes, sepasang kasut, ada yang lebih moden hadiahkan smartphone :)
Ni antara salah satu hantaran yang kami hadiahkan kepada pihak pengantin perempuan iaitu vitamin Shaklee antaranya ialah Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Zinc dan Omega.




Baju untuk majlis pernikahan dan majlis kenduri juga perlu ditempah seawal yang mungkin, supaya jika ada yang perlu diperbetulkan masih sempat lagi untuk diubahsuai.

Terdapat banyak pihak butik pengantin yang sediakan kelengkapan perkahwinan yang merangkumi baju, pelamin, hiasan dalam dewan jika buat dalam dewan atau sediakan khemah, meja makan pengantin, make up artis, jurugambar "still photo" atau videographer, PA Sistem dan lain-lain.


Setiap kali majlis perkahwinan, para tetamu akan dihadiahkan "door gift" part ni yang saya sangat suka, macam-macam idea yang datang, untuk tetamu dewasa, remaja dan kanak-kanak kami sediakan berasingan, untuk beg cenderahati kami beli dari Nilai 3 kedai ZC namanya. Boleh rambang mata kalau pegi Nilai 3 ni hehe. Kat sini pun ada jual bunga manggar ya.




Antara gift bag yang terdapat di sini, cute kan?




Tak lengkap rasanya kalau tiada kek pengantin kan, terpulang nak berapa tingkat, setingkat, 2 tingkat, 3 tingkat, bertingkat-tingkat macam KLCC pun boleh berbincanglah dengan baker anda, purata harga kek perkahwinan untuk 2 tingkat ialah antara RM400-RM450 samada butter cream atau fondant. Terpesona saya dengan simple decoration kek yang ini.




Perkara yang lain-lain mungkin boleh tambah seperti aturcara majlis, siapa pengacara majlis, siapa nak jadi pengapit, ada persembahan macam Qasidah ke, pencak silat ke atau live band ke.


Rasanya dah cukup yang penting tulis buat list, yang paling utama letak paling atas dan senaraikan ikut keperluan dan budget anda, ingat ya perkahwinan bukan untuk sehari dua banyak lagi yang pengantin baru perlu tempuhi, elakkan berhutang.





Labels: