Vitamin Untuk Ibu Hamil Shaklee



Tahniah.....tahniah kepada bakal ibu yang bakal mendapat cahayamata samada yang pertama atau kedua atau ketiga dan tidak mustahil cahayamata yang ketujuh atau kelapan, bagi anak pertama pasti teruja kan, saya doakan kalian semua diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan semasa mengandung dan melahirkan juga ibu dan anak selamat. Sememangnya  dalam perjalanan melahirkan khalifah dibumi Allah ada banyak cabaranya antaranya ialah loya, muntah, hilang selera makan, penat, stres, darah tinggi, kencing manis, HB rendah dan pelbagai cabaran yang akan menjadi ingatan bila kita melihat anak-anak kita membesar :)


Antara masalah yang sering dihidapi oleh ibu semasa mengandung ialah HB low (Hemoglobin rendah).
Tahukah anda bahawa paras normal hemoglobin bagi seorang wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dl manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dl. Jika paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko mendapat anemia. Hemoglobin tu apa bendanya? Umumnya hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan, apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, maka anda akan mengalami serangan anemia. Ibu mengandung disarankan agar menjalani rutin "check up" ke klinik atau hospital seperti yang disarankan setiap bulan supaya doktor atau jururawat dapat memantau kesihatan anda.


Simptom Awal Anemia

Sentiasa letih dan lesu
Pening kepala atau pitam
Penurunan berat badan
Kadar denyutan jantung yang cepat
Lemah daya ingatan


Antara Punca Masalah HB Low 

Kekurangan zat besi, Vitamin B12, Folat dan "erythropoitein"
Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid yang rendah
Gangguan pembentukkan sel darah merah seperti talasemia
Risiko anemia di kalangan ibu hamil
Peratusan tinggi untuk melahirkan anak pramatang


Cadangan Vitamin Untuk Ibu Hamil ialah

Vitalea 

Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat

B Complex 

Lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukkan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Ibu juga akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan,

Vitamin C

Perlu untuk peningkatan sistem imun tubuh. Memandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matahari dan apabila kita stress, Pengambilan vitamin C secara konsisten sangat penting,


Ostematrix

Ianya adalah kalsium, magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa Vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit untuk ibu yang mengandung dan semasa berpantang.
Kalsium bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah. Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusukan bayi, ibu akan kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoperosis iaitu kerapuhan tulang.


Energizing Soy Protein (ESP)

Protein adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protein. Memang benar protein boleh didapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.







Biarlah pengalaman menceritakan kebaikan mengambil vitamin Shaklee dengan konsisten semasa mengandung

Credit to Noorul Azny

Pagi tadi pergi klinik buka buku mengandung.
Alhamdullilah dalam sejarah mengandung...ini kali pertama HB cantik 12.5...dua kali mengandung sebelum ni HB antara 9-11 ja. Dah lama tak alami alahan langsung..pening sikit-sikit tu ada la masa awal-awal aritu tapi sekarang memang dah sihat walafiat...makan memang berselera (mengandung sebelum ni lepas bulan yang ke 4 baru ada selera makan)

Yang lagi best kandungan dah nak masuk 4 bulan tapi berat tak banyak beza pun dari sebelum mengandung (sebelum 44.5 - sekarang 44.7)

Wow best sangat ...Nak tau apa rahsianya??

Of coz la set hamil Shaklee.


Anda boleh dapatkan kesemua vitamin untuk ibu hamil dengan menghubungi saya email : arnisyazila@gmail.com.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit






Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin




Adakah anda sedang mengalami keadaan yang sama seperti gambar di atas, jangan senyum ya. Situasi ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun anda bukan ibu yang baru bersalin. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan kebiasaannya berlaku kepada wanita yang baru bersalin, orang tua-tua cakap kalau anak dah pandai main "buih" rambut maknya akan mula gugur.


Kesan keguguran rambut selepas bersalin sehingga ada kalanya rambut menjadi terlalu nipis. Kesan hormon ini menyebabkan rambut gugur dengan banyak selepas kira-kira 12 minggu melahirkan anak. Ketika mengandung, kadar perubahan hormon menyebabkan rambut berada dalam fasa rehat dan terus kekal dikepala dalam tempoh lebih lama sehingga rambut kelihatan lebih lebat daripada biasa.. ahaa jangan tertipu ya.


Selepas melahirkan anak hormon kembali normal dan menyebabkan rambut kini beralih kepada gugur dan yang gugur tu lebih banyak  berbanding biasa sehingga menipiskan  dan membuatkan ramai wanita berasa bimbang dan stress akan menjadi botak. Bawa bertenang dan sabar ya sahabat-sahabat sekalian sebab saya sendiri pernah mengalaminya.


Untuk mengelakkan rambut gugur lebih banyak, elakkan aktiviti bersyampu terlalu kerap, boleh basah rambut tapi biarkan rambut kering dengan sendiri tanpa menggunakan pengering rambut untuk memperlahankan kadar keguguran rambut. Paling senang ialah potong rambut pendek, senang nak jaga, senang nak basuh :)


Selepas 6 bulan rambut akan tumbuh semula tapi kemungkinan besar dah tak sama seperti sebelum ni, mungkin rambut jadi lebih kering, menggerbang, berminyak atau lurus sebelum bersalin tapi janganla dibiarkan rambut tu macam mak lampir hehe perubahan-perubahan ini disebabkan pergolakan hormon semasa mengandung.


Dan kalau masalah ini semakin serius berjumpalah dengan dermatologi atau doktor bagi mengesan tahap kandungan zat besi dalam badan. Perlu diingatkan di sini kekurangan zat besi bukan sahaja kesannya menyebabkan keguguran rambut malah anda juga keletihan, kulit pucat dan tubuh berasa sejuk. Dan biasanya kerap terjadi kepada yang baru melahirkan anak.


Pengambilan zat besi yang mencukupi bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah memberikan rambut yang menawan dan lebat. Jadi mak kena sihat sebab kita adalah tulang belakang keluarga kita.
Makanan yang dapat membekalkan zat besi antaranya ialah daging, telur, makanan laut dan sayuran seperti bayam, brokoli, kailan, keledek  disamping produk gandum seperti bijirin, oat. Buah-buahan seperti strawberi, kurma, kismis, kekacang, tauhu juga membekalkan zat besi.


Selain dari rambut gugur selepas melahirkan, mereka yang hidup dalam keadaan tekanan dengan berserabut masalah, tidur tidak mencukupi juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut. Amalan pemakanan yang seimbang boleh membantu mengurangkan masalah rambut gugur.



Ahli Shaklee Dah Ramai, Market Semakin Tepu


Memang betul setiap hari ada orang register sebagai ahli Shaklee, ahli Shaklee pun dah beribu, kalau dah ramai sangat yang menjadi ahli Shaklee dan buat bisnes, market pun dah tepu, saya yang baru register ni ada ke orang nak beli? Susah la macam ni nak cari makan. Erk??


Belum buat apa-apa lagi dah mengalah dengan meletakkan sesuatu yang negatif di dalam pemikiran kita, cuba kita tengok ikan dilaut pernah habis ke, setiap hari kita makan ikan, belum pernah lagi ikan ni pupus, setiap hari nelayan pergi laut menangkap ikan InshaaAllah setiap kali tu jugak mereka mendapat hasil samada sikit atau banyak. Ingat ya rezeki Allah ni luas dan tak habis-habis untuk hamba-hambanya yang berusaha.


Masa mula-mula saya kenal shaklee, saya sendiri rasa perbezaan hasil makan Shaklee dengan konsisten, apabila kita kenal produk yang kita makan dan seperti orang yang bercinta sehari tak makan rasa macam tak lengkap pulak hari tu, maka kita secara relanya akan kongsi kebaikan Shaklee dengan ikhlas kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka juga secara tidak langsung akan tertarik dengan Shaklee,


Yang bestnya kita tidak memaksa mereka dengan membeli pakej dengan harga beribu-ribu Ringgit yang mana akhirnya mereka akan marah dengan kita sebab produk tak terjual dan yang paling tragis, silaturrahim pun boleh terputus. Eh tak nak la macam tu kan.


Kenapa saya galakkan anda join dengan grup saya? Sebab dalam grup kami ada support grup online dan offline untuk coaching uolls, kami akan bimbing anda terbukti dalam majalah Shaklee Today yang terbaru penuh artikel tentang mereka yang berjaya dan kebanyakkannya adalah dari grup Jutawan. Kami akan bimbing tentang produk Shaklee, Marketing dan yang istimewanya amalan kerohanian ini yang membezakan grup kami dengan yang lain.


Shaklee adalah produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun.


Nak Jadi Ahli Shaklee Bersama-sama Dengan Saya

Nak income 4-5 angka Dari Shaklee

Nak Bisnes Shaklee Dari Rumah

Hubungi Saya Dengan Segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Hp : 012-2183024


The More You Share With Others, The More Valuable Your Share Will Become

                                                                                                 - Dr Forest Shaklee





Tips Semasa Catuan Air


Dah hampir sebulan rumah kami bercatu air, mula-mula kelam kabut terutama masa musim jerebu dan kemarau awal bulan 3 tapi bila dah lama-lama dan pihak Syabas ikut jadual 2 hari ada air, 2 hari takde air, dah boleh susun jadual penggunaan air. Tips yang nak saya kongsikan mungkin ramai dah buat tapi saya nak kongsi jugak, bolehkan?


Wajib simpan air yang mencukupi terutamanya mereka yang ada anak kecik dan bilangan yang duduk serumah ramai, walaupun dalam rumah ada tangki, biasanya tangki bertahan dalam 2 hari itupun kalu uolls guna secara berhemah. Air yang disimpan tu pastikan bertutup dikhuatiri nyamuk pulak bertelur dalam tu.


Kalau boleh elakkan memasak di rumah sebab sedia maklum bila kita memasak kita perlukan banyak air untuk membasuh, tapi kalu takde pilihan sediakan air simpanan yang banyak, lebihan basuh beras atau yang lain simpan untuk siram pokok. Ada juga masak siap-siap dan bekukan lauk pauk, sampai masa panaskan sahaja.


Bagi anak-anak yang tengah bersekolah, macam sahabat saya untuk mengelakkan pembaziran air untuk mandi, beliau sediakan seorang 1 baldi, kena label nama dan anak-anak sentiasa diingatkan untuk berjimat penggunaan air.


Air yang dimasak perlu disimpan lebih, berliter-liter pun tak mengapa, lebih baik kita bersedia in case ada tetamu nak datang ke, mana tau kan :)


Basuh baju? Ni memang masalah besar bila hari sekolah, harap maklum la baju sekolah anak-anak macam mana keadaannya, bagi yang ada lebih sepasang mungkin boleh tunggu sehingga air ada tapi kalu dah terdesak boleh ke kedai dobi yang  24 jam, mesin dobi tu yang saya pernah guna untuk 12kg dalam RM4 sekali jalan, biasanya ambil masa dalam 30 minit untuk selesai.


Tapi bila air dah ada macam biasa, gunakanlah sebaik-baiknya sehingga dicatu balik, masa tu mesin basuh memang bekerja keras ada yang sampai 4 kali cucian sehari nak cover untuk 2 hari lepas dan 2 hari akan datang.


Yang paling penting kena bersabar, ya memang duit banyak keluar masa air dicatu, stress, penat tapi bila dalam keadaan macam ni kita kena suaikan diri dan keluarga kita.


Saya doakan keadaan ini tidak berpanjangan dan gunakanlah air dengan berhemah :)

Bekerja Dari Rumah Secara Online Jana Pendapatan


Rata-rata mereka yang dah berumahtangga dan mempunyai anak mesti teringin nak bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama jana pendapatan, mesti seronok dapat layan karenah anak-anak, menguruskan kerja-kerja rumah, menghantar dan mengambil anak sekolah tanpa perlu bantuan daripada pembantu rumah tapi masih ada "income" atau duit dan dalam masa yang sama dapat membantu suami menguruskan ekonomi rumahtangga.


Hakikatnya ramai yang tidak berpeluang berbuat demikian, antara isu terbesar ialah bagaimana untuk survive di bandar besar hanya suami sahaja yang keluar bekerja dan ramai masih takut untuk keluar dari zon selesa. Saya sendiri pernah bekerja lebih dari 10 tahun tapi dalam hati memberontak untuk duduk di rumah dan menjalankan perniagaan sendiri, masa itu saya dah mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, umum sedia maklum apabila kita bekerja di bandar-bandar besar masa banyak dihabiskan di jalan, ini disebabkan  setiap hari kena mengadap jam...letih, stress macam-macam ada. Balik rumah ada kerja menimbun sedang menunggu.


Tahun 2010 saya nekad dan dengan izin suami saya meletakkan jawaatan dan dalam masa yang sama  saya sedang mengandung anak ketiga. Selepas anak ketiga dilahirkan saya dah bertekad sebelum itu untuk menyusukan anak ketiga sepenuhnya dengan susu ibu, selain dari banyak khasiat dan kelebihan susu ibu, sudah tentu jimat duit, surirumah kan masa tu kenalah berjimat :)


Saya suka membaca majalah keibubapaan dan masa itu terpandang iklan berkaitan suplemen atau vitamin Shaklee untuk ibu yang menyusukan, hati ni dah teruja tengok kebaikan vitamin tersebut jika diambil secara konsisten bagi ibu yang menyusukan. Saya terus menghubungi Pn Lyna Noh untuk membeli vitamin tersebut, selepas beberapa ketika terdetik dalam hati saya untuk register sebagai ahli Shaklee dan bermula lah kisah saya, perjalanan saya dengan Shaklee. Sebelum itu saya dah menjalankan perniagaan sendiri.


Apabila dah register kami akan dimasukkan dalam grup yang ekskusif, di dalam grup ni kami akan diajar untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat, fungsi setiap vitamin, marketing dan yang paling seronok ilmu kerohanian. Lagi bersemangat nak bisnes Shaklee. Ilmu-ilmu yang diajar ni PERCUMA dan hampir semuanya ialah secara ONLINE, menarikkan tak payah bersengkang mata keluar larut malam, anak-anak dtinggalkan , modal yang beribu pun tak perlu, bayar RM75 sahaja seumur hidup untuk yuran keahlian. Dan paling istimewa Shaklee  dah sediakan platform yang anda hanya perlu klik-klik untuk buat pesanan, bayar dan tunggu sahaja vitamin sampai di rumah anda atau rumah customer. Mudah sangat bisnes Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang surirumah, mereka yang nak buat bisnes secara part time, pelajar, mereka yang ada anak-anak kecil tak perlu keluar rumah untuk menghantar barang, Shaklee boleh uruskan order anda. Inilah konsep Bekerja Dari Rumah Secara Online Jana Pendapatan bertepatan dengan tajuk yang saya tulis kat atas.


Apa keuntungan dan kelebihan dengan bisnes Shaklee ni? Apa yang anda dapat jika anda serius dengan bisnes Shaklee, selain dari untung runcit, ada berderet-deret bonus yang Shaklee akan bayar atas usaha anda. Ingat ya siapa yang kerja kuat, rajin dan gigih berusaha dia yang akan berjaya, tiada istilah upline goyang kaki dan hanya menikmati hasil. Konsep kami, mak aka upline yang bekerja untuk memastikan anak-anak Shaklee aka downline sama-sama berjaya dalam Shaklee. Bila kita bekerja secara berjemaah, hasilnya sangat manis dan dalam masa yang merapatkan ukhuwah sesama kami. Anak-anak Shaklee akan dibimbing seperti bayi bermula dengan peringkat dilahirkan, membesar sampailah boleh berdikari.


Nak lagi kelebihan menjadi ahli Shaklee? Marilah sama-sama register ahli Shaklee dengan saya, InshaaAllah saya akan bimbing anda sehingga berjaya menjana pendapatan untuk keluarga dan diri anda. Niatkan dalam hati untuk memberi yang lebih banyak kepada insan-insan yang memerlukan.


Bekerja dari rumah secara online dan menjana pendapatan atau Work At Home Mom (WAHM) bukanlah sesuatu yang mustahil. Yakinlah anda mampu!


Email saya arnisyazila@gmail.com untuk keterangan lanjut

Khasiat Dan Kelebihan Ostematrix Shaklee


Sana sini heboh memperkatakan khasiat dan kelebihan pil Kalsium Shaklee atau lebih dikenali dengan nama Ostematrix. Kenapa Ostematrix Shaklee berbeza dengan vitamin lain dipasaran?

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%,

Formula yang unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam galian dari laut mati.

Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum.

Pengambilan nutrien ini secara bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.






Akur dengan umur yang semakin meningkat, ditambah pula pernah mengandung dan  menyusukan anak beberapa kali, saya melahirkan anak secara caeserian maka 3 kali juga saya dibius ditulang belakang, oleh itu pengambilan Ostematrix Shaklee wajib saya ambil setiap hari supaya bila nak tidur malam tidak mengeluh disebabkan pinggang dan urat rasa lenguh-lenguh.


Untuk ibu-ibu yang mengandung dan masih menyusukan bayi walaupun umur anda masih muda, pada hakikatnya apabila umut masuk 3 series anda akan rasa perbezaannya jika badan anda kekurangan kalsium dan apabila anda mengamalkan Ostematrix Shaklee setiap hari secara konsisten apabila bangun pagi badan akan rasa lebih segar dan yang paling best pagi-pagi mudah lawas.


Khasiat dan Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah

Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid

Magnesium - Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.


Siapa yang digalakkan makan Ostematrix Shaklee

Ibu mengandung
Ibu yang menyusukan anak
Wanita yang berusia 30 tahun ke atas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu)
Mereka yang tak suka minum susu atau mereka yang ada alahan dengan susu.
Wanita yang sering mengalami PMS


Bulan April ni anda sangat bertuah kerana kerana bulan promosi Ostematrix Shaklee beli 6 percuma 1, anda jimat RM61.




Anda boleh dapatkan Ostematrix Shaklee dengan email kepada arnisyazila@gmail.com.


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.