Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin




Adakah anda sedang mengalami keadaan yang sama seperti gambar di atas, jangan senyum ya. Situasi ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun anda bukan ibu yang baru bersalin. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan kebiasaannya berlaku kepada wanita yang baru bersalin, orang tua-tua cakap kalau anak dah pandai main "buih" rambut maknya akan mula gugur.


Kesan keguguran rambut selepas bersalin sehingga ada kalanya rambut menjadi terlalu nipis. Kesan hormon ini menyebabkan rambut gugur dengan banyak selepas kira-kira 12 minggu melahirkan anak. Ketika mengandung, kadar perubahan hormon menyebabkan rambut berada dalam fasa rehat dan terus kekal dikepala dalam tempoh lebih lama sehingga rambut kelihatan lebih lebat daripada biasa.. ahaa jangan tertipu ya.


Selepas melahirkan anak hormon kembali normal dan menyebabkan rambut kini beralih kepada gugur dan yang gugur tu lebih banyak  berbanding biasa sehingga menipiskan  dan membuatkan ramai wanita berasa bimbang dan stress akan menjadi botak. Bawa bertenang dan sabar ya sahabat-sahabat sekalian sebab saya sendiri pernah mengalaminya.


Untuk mengelakkan rambut gugur lebih banyak, elakkan aktiviti bersyampu terlalu kerap, boleh basah rambut tapi biarkan rambut kering dengan sendiri tanpa menggunakan pengering rambut untuk memperlahankan kadar keguguran rambut. Paling senang ialah potong rambut pendek, senang nak jaga, senang nak basuh :)


Selepas 6 bulan rambut akan tumbuh semula tapi kemungkinan besar dah tak sama seperti sebelum ni, mungkin rambut jadi lebih kering, menggerbang, berminyak atau lurus sebelum bersalin tapi janganla dibiarkan rambut tu macam mak lampir hehe perubahan-perubahan ini disebabkan pergolakan hormon semasa mengandung.


Dan kalau masalah ini semakin serius berjumpalah dengan dermatologi atau doktor bagi mengesan tahap kandungan zat besi dalam badan. Perlu diingatkan di sini kekurangan zat besi bukan sahaja kesannya menyebabkan keguguran rambut malah anda juga keletihan, kulit pucat dan tubuh berasa sejuk. Dan biasanya kerap terjadi kepada yang baru melahirkan anak.


Pengambilan zat besi yang mencukupi bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah memberikan rambut yang menawan dan lebat. Jadi mak kena sihat sebab kita adalah tulang belakang keluarga kita.
Makanan yang dapat membekalkan zat besi antaranya ialah daging, telur, makanan laut dan sayuran seperti bayam, brokoli, kailan, keledek  disamping produk gandum seperti bijirin, oat. Buah-buahan seperti strawberi, kurma, kismis, kekacang, tauhu juga membekalkan zat besi.


Selain dari rambut gugur selepas melahirkan, mereka yang hidup dalam keadaan tekanan dengan berserabut masalah, tidur tidak mencukupi juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut. Amalan pemakanan yang seimbang boleh membantu mengurangkan masalah rambut gugur.



Labels: , ,