Tips Semasa Catuan Air


Dah hampir sebulan rumah kami bercatu air, mula-mula kelam kabut terutama masa musim jerebu dan kemarau awal bulan 3 tapi bila dah lama-lama dan pihak Syabas ikut jadual 2 hari ada air, 2 hari takde air, dah boleh susun jadual penggunaan air. Tips yang nak saya kongsikan mungkin ramai dah buat tapi saya nak kongsi jugak, bolehkan?


Wajib simpan air yang mencukupi terutamanya mereka yang ada anak kecik dan bilangan yang duduk serumah ramai, walaupun dalam rumah ada tangki, biasanya tangki bertahan dalam 2 hari itupun kalu uolls guna secara berhemah. Air yang disimpan tu pastikan bertutup dikhuatiri nyamuk pulak bertelur dalam tu.


Kalau boleh elakkan memasak di rumah sebab sedia maklum bila kita memasak kita perlukan banyak air untuk membasuh, tapi kalu takde pilihan sediakan air simpanan yang banyak, lebihan basuh beras atau yang lain simpan untuk siram pokok. Ada juga masak siap-siap dan bekukan lauk pauk, sampai masa panaskan sahaja.


Bagi anak-anak yang tengah bersekolah, macam sahabat saya untuk mengelakkan pembaziran air untuk mandi, beliau sediakan seorang 1 baldi, kena label nama dan anak-anak sentiasa diingatkan untuk berjimat penggunaan air.


Air yang dimasak perlu disimpan lebih, berliter-liter pun tak mengapa, lebih baik kita bersedia in case ada tetamu nak datang ke, mana tau kan :)


Basuh baju? Ni memang masalah besar bila hari sekolah, harap maklum la baju sekolah anak-anak macam mana keadaannya, bagi yang ada lebih sepasang mungkin boleh tunggu sehingga air ada tapi kalu dah terdesak boleh ke kedai dobi yang  24 jam, mesin dobi tu yang saya pernah guna untuk 12kg dalam RM4 sekali jalan, biasanya ambil masa dalam 30 minit untuk selesai.


Tapi bila air dah ada macam biasa, gunakanlah sebaik-baiknya sehingga dicatu balik, masa tu mesin basuh memang bekerja keras ada yang sampai 4 kali cucian sehari nak cover untuk 2 hari lepas dan 2 hari akan datang.


Yang paling penting kena bersabar, ya memang duit banyak keluar masa air dicatu, stress, penat tapi bila dalam keadaan macam ni kita kena suaikan diri dan keluarga kita.


Saya doakan keadaan ini tidak berpanjangan dan gunakanlah air dengan berhemah :)

Labels: