HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 6


Minggu 33 - 36

Bayi Anda

Bayi anda mula bergerak masuk ke dalam ruang pelvis pada minggu-minggu yang terakhir. Beratnya kini sekitar 2,400gm dan berukuran lebih kurang 50cm. Pergerakannya kini mungkin berkurangan kerana ruang untuknya bergerak telah mengecil.







Anda

Jika kepala bayi anda belum memasuki ruang pelvis, anda mungkin berasa sakit ditulang dada atau rasa sesak untuk bernafas menjadi semakin teruk. Apabila kepala bayi anda telah memasuki tulang pelvis, biasanya anda akan berasa lebih  selesa dan rasa pedih ulu hati mungkin akan hilang.


Selepas bayi anda memasuki ruang pelvis, pundi kencing anda pula terhimpit dan akan mendapati diri anda kerap ke bilik air pada waktu malam. Corak tidur anda mungkin terganggu kerana anda lebih sukar merasa selesa di waktu malam.

Dalam erti kata lain ianya sebagai latihan sentiasa berjaga malam semasa bayi menangis untuk menyusu  atau tidak selesa :) Sabar ya sahabat-sahabat sekalian, apabila kita menjadi ibu ada beberapa perkara yang kita perlu korbankan untuk keselesaan, kesihatan anak-anak terutamanya mereka yang ada bayi kecil.


Set vitamin Shaklee untuk ibu mengandung dan ibu berpantang antara yang terlaris dipasaran boleh dapatkan dari saya, setiap pembelian akan diberikan konsultasi percuma.


Anda juga boleh membaca keadaan anda dan bayi sepanjang minggu kehamilan, merujuk entri sebelum ini


Hargasetbersalinshaklee - Kehamilan Part 1

Hargasetbersalinshaklee - Kehamilan Part 2

Hargasetbersalinshaklee - Kehamilan Part 3

Hargasetbersalinshaklee - Kehamilan Part 4

Hargasetbersalinshaklee - Kehamilan Part 5

HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 5


Minggu 29 - 32


Bayi Anda


Tahukah anda di saat dan ketika ini bayi anda sedang membina lemak badan dan semakin berisi. Pada minggu ke 12 dan seterusnya beratnya mungkin bertambah dua kali ganda sehinggakan ada kalanya peningkatan berat badan sebanyak 28gm setiap hari.

Kulitnya yang berkedut akan mula menegang dan verniks dan lanugo akan mula hilang. Pada minggu ke 32, kebanyakkan bayi telah berpusing ke arah bawah, dengan kepalanya menghala ke bawah bagi menyediakan dirinya untuk kelahiran.

Pergerakan bayi kini boleh dilihat dan juga dirasai dan anda mungkin kadangkala ternampak anggota badan atau kakinya yang bergerak.




bayi anda berusia 32 minggu


Anda


Semakin  bayi anda membesar, ruang dalam rahim semakin mengecil untuknya bergerak bebas. Anda mungkin rasa tidak selesa di sekitar tulang dada anda terutamanya jika bayi anda belum berpusing dengan kepalanya menghala ke bawah.

Anda mungkin merasa amat letih sekali lagi dan sukar untuk melakukan apa-apa kerja yang memerlukan tenaga. Di saat-saat ini lah bantuan dari suami amat diperlukan bukan sahaja sokongan mental malahan kerja-kerja rumah di rumah juga memerlukan bantuan suami. Berehat, jaga pemakanan amat penting pada waktu begini.


Pengecutan Braxton Hicks menjadi lebih kuat dan kerap. Jika pengecutan itu terlalu kerap, rasanya sepertis akit mencucuk atau kekejangan. Biasanya ini merupakan isyarat bagi anda untuk lebih banyak berehat dan mengurangkan aktiviti.


Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang berlaku semasa awal kehamilan boleh rujuk di entri berikut









Jom Kurus Dengan Cinch Shake Mix Shaklee


Sebagai seorang SID Shaklee antara soalan yang sering ditanya ialah Shaklee ada set kurus tak? Biasanya saya akan cadangkan Omega, Lecithin, ESP, Herblax dan Cinch, jika ada kekangan budget kita boleh runding :) Jika anda ada ingin turunkan berat badan dengan sihat dan selamat, Shaklee lah jawapannya.




Dalam entri kali ini saya akan kenalkan Cinch Shake Mix Shaklee ada 3 perisa ya kawan-kawan yang boleh menawan hati uolls untuk menikmati Cinch Shake Mix Shaklee iaitu Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte, rasanya sangat sedap dan menyelerakan serta mengenyangkan.


Tahukah anda, setiap kali anda menikmati minuman Cinch Shake Mix Shaklee, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut (dicadangakan diambil bersama dengan 1 sudu ESP Shaklee). Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.


Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch Shake Mix Shaklee untuk keperluan tubuh kita.




Memberi faedah seperti mengambil makanan, tetapi rasanya seperti menikmati pencuci mulut.

Indeks glisemik 22, sesuai untuk pengidap kencing manis

Campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino

Diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan

24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang

Tinggi kandungan serat - 6 gram serat setiap hidangan

Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga

Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.

Penggunaan soya bebas GMO

Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis


Cinch Shake Mix Shaklee merupakan minuman kegemaran saya pada waktu pagi dan pada bulan Ramadhan saya akan minum sewaktu bersahur.





* Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak

* Membakar lemak yang tidak diingini

* Mengurangkan inci yang tidak diingini

* Makanan segera untuk mereka yang aktif

* Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang

* Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan

* Diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot

* Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan



Cinch Inch Loss Plan



Kitaran Diet Yang Ditakuti

Pada kebanyakkan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme anda.

Otot = Metabolisma

Apabila anda tidak meneruskan diet tersebut, anda tidak boleh membakat kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya berat anda bertambah berat, Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ia adalah kesan yo-yo.





Di Shaklee kami praktikkan konsep 



Psst tak lama lagi nak Raya kan, uolls mesti nak kelihatan bergaya kan dengan baju Raya baru, apakata uolls order dengan saya Set Slimming Shaklee, InshaaAllah saya akan membantu anda mendapatkan berat yang diidam-idamkan :)













Persediaan Menjelang Ramadhan




Alhamdullilah disaat entri ni ditulis, hari ini dah 26 Syaaban 1435H tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Bulan Ramdhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan, bulan ini juga ditunggu-tunggu seluruh umat Islam untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Persediaan kerohanian anda boleh rujuk di sini.


Dengan kedatangan Ramadhan juga saya pasti para ibu dah menyusun resepi sepanjang sebulan berpuasa, jadual seharian juga perlu diubah terutamanya ibu-ibu yang bekerja dan kita juga harap maklum bahawa sepanjang minggu pertama bulan Ramadhan perjalanan balik dari tempat kerja adalah sangat sesak, sesesak di bazar Ramadhan, walaupun anda keluar dari opis lebih awal dari biasa. Bagi ibu yang meninggalkan anak di rumah pengasuh atau taska pastikan anda telah berbincang dengan pihak mereka waktu dijangkakan anda mengambil anak.


Bercakap tentang penyediaan makanan, saya cadangkan pada waktu hujung minggu anda sediakan bahan-bahan untuk dimasak sekurang-kurangnya untuk 5 hari bekerja terutamanya untuk mereka yang bersahur nasi, kalau dah ada nasi mesti perlukan lauknya, betul tak? :)


Antara yang perlu disediakan ialah

1. Menu, kenapa menu saya letakkan yang pertama, ini untuk memudahkan anda merancang apa yang perlu dimasak sepanjang minggu.

2. Anda kisarkan siap-siap bawang merah, bawang putih, cili kering simpan dalam peti sejuk. Tak perlu  lah pagi-pagi tu anda menumbuk dengan batu lesung, 1 rumah boleh bergegar tau.

3. Ayam, daging,  ikan dah siap potong dan dibersihkan termasuk udang sotong , kalau boleh bahagikan kepada 5 bahagian untuk 5 hari, sebelum masuk tidur dah turunkan dari freezer.

4. Untuk sayuran, juga dah siap-siap potong, kalau boleh juga siapkan untuk 5 hari.

Kalau dah tak larat sangat nasi, telur mata dan kicap pun membuka selera :)

Selepas sahur pastikan dapur dikemas, pinggan mangkuk siap dicuci dalam sinki semua "clear", kat sini peranan suami diperlukan untuk membantu supaya bila balik kerja nanti anda tenang masuk dapur balik.


Cara ini juga boleh diguna pakai untuk masak lauk berbuka, bagi mereka yang suka memasak di rumah  la. Cuma cara ini tidak diguna pakai untuk mereka yang berbuka puasa di hotel atau restoren yang menawarkankan hidangan buffet Ramadhan. Juga tidak boleh diguna pakai untuk mereka yang membeli di pasar Ramadhan :)


Ada juga yang simple semasa bersahur terpulang kepada keluarga masing-masing tiada paksaan untuk anda ikut jadual ni. Bagi saya sendiri saya akan masak nasi yang baru dan akan masak lauk fresh untuk hidangan sahur keluarga saya, Cabaran di sini ialah untuk anak-anak berselera makan di waktu sahur dan menu memang kena ikut selera mereka :)

Hidangan sahur saya sendiri ialah



ESP Shaklee, Cinch Tea Energy dan Cinch Vanilla


Minuman tambahan untuk keluarga saya semasa bersahur ialah






Ramadhan adalah bulan beribadat bukannya bulan pesta makanan, bersederhana itu lebih baik, bimbing anak-anak agar mereka tidak terlalu bernafsu melihat makanan dan minuman terutamanya di Bazar Ramadhan.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)



Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee




Kenapa Shaklee berbeza dengan produk soya yang lain di pasaran?

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.


Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850gm (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.


Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber  vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging. 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.




Indeks  glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.


Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.


Manfaat utama Energizing Soy Protein ialah


1. Awet Muda

Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.


2. Baik Untuk Hormon

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones fungsinya bersamaaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.


3. Baik Untuk Prostat

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkansel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.



Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


5. Pembekal Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.


6. Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


7. Membaiki Memori

Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan


Kepentingan Protin 

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada homon manusia, Ia juag meransang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan badan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah kelebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon.




Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kadar keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia, ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Programme (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga  kepada pengeluarannya.

Siapa yang perlukan Energizing Soy Protein Shaklee?

Mereka yang mengandung
Mereka yang menyusukan bayi
Mereka yang sedang membuat persiapan Ramadhan
Mereka yang mengidap gastrik


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit






Kebaikan Performance Drink Shaklee - Bebas Karbonat Dan Kurang Gula



Musim-musim panas ni lah buah durian masak meranum, bagi penggemar durian confirm seronok menikmati durian. Seperti yang kita sedia maklum buah durian ni panas, antara petuanya ialah minum air dari pangsa durian untuk mengurangkan kepanasan badan.


Tapi apa kaitan durian dan Performance Drink?


Jom kita baca apa manfaat Performance Drink kepada badan kita


1. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan

Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.


2. Membekal Tenaga Dan Ketahanan Fizikal

Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium kalsium, sodum, phosphorus magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.


3. Mencegah Penyahidratan

Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.


4. Mengekalkan Paras Gula

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan  percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.



Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa  dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minum lain.





Sangat sesuai untuk para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot dan kulit, vagina yang kering, cirit birit, tiada selera makan, rendah paras gula serta kepeningan.


Dalam beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan, biasanya saya akan cadangkan set berikut


Performance Drink, Energizing Soy Protein dan MealShakes atau Cinch yang di datangkan dengan 3 perisa Vanilla, Cafe Latte dan Coklat.




Berikut adalah testimoni ibu yang menyusu, mereka yang mengidap Gastrik.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya dan diterima Allah swt, InshaaAllah.






Vita-E Complex / Vitamin E Shaklee




Bulan Jun ni istimewa sebab promosi Vitamin E beli 6 percuma 1, ramai yang masih tidah tahu tentang khasiat Vitamin E dan yang paling istimewanya Vitamin E Shaklee berbeza dengan Vitamin E lain di pasaran ialah kerana ianya


Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E yang paling lengkap dipasaran.


Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Manfaat utama


Melindungi jantung

Pengambilan harian 800IU untuk Vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung.


Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif


Kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif para lelaki yang mengambil 600Iu - 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.


Anti Penuaan 

1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.


Anti oksidan yang Kuat


Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.


Kelestarian Tenaga

Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.


Memperbaiki Arthritis

Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.


Memperbaiki parut

Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, Vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.


Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?

Untuk 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas, 1kg biji gamdum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500gm badam.





Adakah Vitamin E selamat?

Di dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr James Scala terdapat diskusi  mengenai keselamatan Vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan Vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU. 


Anda juga boleh rujuk artikel ini berkenaan Vitamin E


Segera dapatkan Vitamin E Shaklee daripada saya dengan email : arnisyazila@gmail.com atau hubungi 012-2183024.

HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 4

Minggu 25 - 28


Bayi Anda

Bayi anda akan membuka kelopak matanya buat kali pertama pada minggu ke 26. Lapisan verniks akan kelihatan dikulitnya pada minggu ke 28. Bahan lemak putih ini melindungi kulitnya seperti suatu lapisan kalis air dan menghalangnya daripada mengembang dalam cecair amnion.

Lapisan verniks biasanya hilang sebelum atau sebaik sahaja selepas kelahiran. Bayi anda semakin banyak bergerak diselangi waktu diam. Waktu ini seronok tengok pergerakan baby, berombak beralun perut kita dibuatnya :) Ada juga Mommy yang merakam pergerakan perut masing-masing. Beratnya kini sekitar 900gm dan berukuran 40cm.



Bayi anda berusia 27 minggu




Anda


Orang lain juga boleh merasakan pergerakan bayi anda. Rasa tidak selesa seperti kekejangan kaki, pedih ulu hati dan urat darah yang timbul mungkin menjadi lebih teruk. Anda mungkin sekali sekala merasakan perut anda menjadi keras dan sendat.


Ini dikenali sebagai pengecutan Braxton Hicks dan merupakan latihan pengecutan bagi menghadapi waktu kelahiran kelak. Pengecutan sedemikian mungkin berkekalan selama seminit dan biasanya tidak menyakitkan anda atau hanya menyebabkan anda sedikit rasa tidak selesa.


Bagi mereka yang rasa terlewat untuk mendapatkan vitamin Shaklee khusus untuk ibu mengandung, jangan risau ya anda masih lagi berpeluang untuk mendapat khasiat vitamin tersebut dengan menghubungi saya, dengan setiap pembelian anda akan dapat konsultasi percuma dari saya :)

HargaSetBersalinShaklee - Kehamilan Part 3


Minggu 19 - 24 


Bayi Anda

Lebih kurang minggu yang ke 20, rambutnya mula tumbuh, memiliki cap jarinya sendiri, boleh menggenggam tangannya dan gigi telah terbentuk dalam tulang rahangnya. Bayi anda kini boleh mendengar dan boleh bertindakbalas dengan bunyi yang kedengaran di luar rahim. Pada masa ini saya sangat galakkan ibu-ibu rajin membaca Al-Quran dan sentiasa bersembang dengan bayi anda memuji dia, bagi kata-kata nasihat.

Pada minggu yang ke 22, rambut yang halus dan lembut mula tumbuh di badannya. Rambut ini membantu bayi anda mengekalkan suhu badan yang sesuai dan kebanyakkan daripadanya akan hilang pada waktu kelahirannya.

Semasa bayi anda menelan cecair amnion, dia mungkin terbatuk atau tersedu yang dapat anda rasakan sebagai satu pergerakan yang sedikit tetapi tetap. Beratnya kini sekitar 460gm dan panjangnya 30cm.




Apabila bayi anda berusia 24 minggu




Anda

Anda mungkin rasa sesak untuk bernafas dan pedih hulu hati kerana rahim yang semakin membesar menekan diafragma anda. Pada waktu malam jika anda sukar tidur terlentang, cuba baring mengiring dan tinggikan bantal anda, setiap kali makan, makan dengan portion kecil tetapi kerap untuk mengelakkan pedih hati.


Kesan regangan mula kelihatan di perut, payu dara dan paha anda. Bila meregang kulit kita akan menjadi gatal, Mommy...jangan garu kuat-kuat ya lebih-lebih lagi kalau kuku anda panjang sebabnya ia akan meninggalkan parut, cuba gosok dengan perlahan dan tidak kasar, ada juga ibu yang letak krim/minyak organik untuk mengurangkan kesan parut.

Selain itu pada peringkat ini jangkitan kencing dan sembelit kerap kali berlaku dan urat darah yang timbul mungkin kelihatan, sebaiknya ubah corak pemakanan kepada makanan yang banyak serat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, elakkan berdiri terlalu lama atau memakai kasut ketat dan tinggi.

Nikmatilah momen indah bersama-sama bayi anda :)


Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu


Hari ini hari kedua sekolah bermula, selepas hampir 2 minggu anak-anak bercuti, ber honeymoon hehe. Mak-mak pun kembali sibuk menguruskan anak-anak bersekolah.

Entri kali ini saya nak bercerita tentang percutian kami semasa cuti sekolah, takde la jauh sangat... kami ke Kuala Terengganu sahaja tujuan sebenar ke sana ialah menghantar adik bongsu bertunang dalam masa yang sama sambil menyelam minum air :) lagipun dah lama tak menjejak kaki ke sana yang terkenal dengan kecantikkan pantai dan keenakkan makanan, jalan-jalan cari makan pun ya jugak.

Kali ini kami memilih Hotel Tabung Haji & Convention Centre Terengganu dah siap-siap booking 4 bilik dengan connection room.




Pemandangan dari luar 
Google image



Pemandangan lobi
Google image


Salah satu sebab kami memilih hotel ini ialah ia merupakan salah satu hotel yang terbaru di Kuala Terengganu, berdekatan dengan Airport cuma agak jauh sikit dari bandar Kuala Terengganu. Keluasan bilik agak selesa untuk kami berlima, bilik airnya juga luas dan yang paling utama antara kriteria bagi kami yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar sudah pasti kolam renang wajib ada dan mesra kanak-kanak. Jom layan gambar-gambar yang sempat di ambil semasa di sana.








Biasanya setiap kali menginap di hotel kita akan dapat percuma sarapan pagi untuk 2 orang dewasa, memandangkan kami menginap 3 hari 2 malam maka dapatla sarapan pagi 2 kali, makanan yang disediakan juga banyak pilihan sudah tentu hari pertama memilih nasi dagang, hari kedua laksam. Kami berpuas hati dengan kemudahan dan layanan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji Hotel & Convention Centre, staf mereka juga mesra, muka tak ketat jika kita memintan pertolongan, pendekata lepas ni kalau bercuti ke Kuala Terengganu confirm kami memilih Tabung Haji Hotel bukan sekadar hotel yang selesa malahan kita membantu ekonomi orang Islam.

Kalau dah sampai Kuala Terengganu tak sah kalau tak singgah Pasar Payang yang terkenal dengan menjual pelbagai hasil kraftangan masyarakat Terengganu dan pelbagai jenis makanan yang warna warni. Tapi sebelum masuk sini kena beringat kalau tak boleh habis semua RM maklumla rambang mata kalau boleh semua nak dibeli haha. Berhadapan dengan Pasar Payang terdapat Bazar Warisan yang juga menjual hasil kraftangan masyarakat Terengganu.



Dalam pada sibuk shopping, hantaran juga kami perlu sediakan untuk majlis pertunangan adik walaupun jauh beratus KM hantaran kena dihias cantik yang paling mencabar ialah nak pastikan kek ni kekal cantik.




Lagi gambar hantaran





Hari yang ke 3 dalam perjalanan balik wajib singgah Losong memborong keropok lekor dan keropok keping. Juga singgah di Marang memborong Sata, apa itu Sata basically Sata ni dibuat dari isi ikan juga dan dibalut daun pisang kemudian dibakar, macam ni rupa Sata.


Google image

Dalam seronok berjalan dan mewah dengan makanan kesihatan pun kena jaga juga ya, ni antara vitamin yang wajib saya bawa bila berjalan jauh.





Performance Drink untuk kesegaran badan maklum la perjalanan yang agak jauh 

Ostematrix untuk lenguh-lenguh kali selepas balik shopping dan senang pembuangan keesokkan harinya.

Omega Guard dan Lecithin untuk membakar lemak dan mengangkut lemak selepas bernasi dagang, sata, sotong tepung, multi nasi goreng, laksam, kopok lekor dan macam-macam makanan yang menyelerakan.

Nutriferon untuk imuniti

Omega Guard juga bagus untuk anak-anak sebelum mereka berendam dalam swimming pool.


Anyway Terengganu negeri yang seronok untuk bawa anak-anak berjalan keluar sebentar dari bandaraya yang sibuk 24 jam, sekurang-kurangnya kita dapat habiskan masa bersama-sama anak-anak, menikmati pemandangan dan recharge tenaga kita untuk belajar, bekerja dan bisnes.

Pergilah bercuti... anda yang menentukan budget, lokasi dan keperluan bercuti itu sendiri, bila kita gembira, anak-anak gembira, charge-charge yang positif akan datang kepada kita dan Mudahnya Kita Menjemput Rezeki.



Bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu bagi mereka yang ada


Bayi Premature


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Anak yang kurus kering dan selalu tidak sihat

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Ibu yang menyusu



Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Kebaikan Yang Anda Dapat Jika Menyertai Shaklee



Pada 7 & 8 Jun 2014, Shaklee telah meraikan para pengedar yang layak sepanjang cycle 2013/2014 dengan pelbagai anugerah, aktiviti dan penginapan percuma di Sunway Resort & Spa Hotel dan Saujana Kuala Lumpur. Bagi mereka yang diberi penginapan juga menerima hadiah dari Shaklee. Alhamdullilah saya merupakan salah seorang yang bertuah :)




Yang menariknya National Conference Shaklee  kali ini dihadiri Mr Roger Barnett, Siapa Roger Barnett?



Beliau merupakan CEO Shaklee Corporation datang dari US meraikan kejayaan kami dimana jualan Shaklee Malaysia telah naik sehingga 1000% berbanding tahun 2008, sweet je kan senyuman dia, untuk pengetahuan semua sepanjang NC berlangsung beliau sentiasa senyum dan cergas, nak jadi usahawan jutawan dan berjaya salah satunya ialah sentiasa senyum, senyum tu kan sedekah :)

Pada tahun lepas Shaklee Malaysia berjaya mencapai peningkatan jualan sehingga 1000 peratus sejak tahun 2008. Perkembangan positif ini petanda yang baik untuk prospek perniagaan. Shaklee merupakan jenama makanan yang telah wujud sejak tahun 1956 lagi, kini menjadi pilihan no 1 di Malaysia. Ini jelas menunjukkan keberkesanan produknya yang diaktifkan dengan kesetiaan penggunanya dan kewujudan syarikat yang telah mencecah lebih daripada 55 tahun.


Kenapa jenama Shaklee semakin terkenal dikalangan rakyat Malaysia?

Komitmen Shaklee yang sentiasa menepati piawaian antarabangsa kini semakin kukuh dengan adanya pelaburan yang tinggi dalam kajian dan penyelidikan (R&D). Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai kajian sains dan penulisan jurnal yang dibukukan sebagai bahan rujukan.


Kenapa anda perlu memilih Shaklee sebagai perniagaan anda?

Untuk pengetahuan semua, saya merupakan salah seorang di dalam grup jutawan, dimana mentor saya merupakan antara pemimpin yang mempunyai ahli paling ramai yang menyumbang sebahagian besar jualan di dalam Shaklee Malaysia. Di dalam grup kami, anda akan dibimbing samada melalui offline dan online, kelebihan grup kami ialah kami peneraju menjalankan perniagaan Shaklee secara online. Sangat mudah menjalankan perniagaan Shaklee secara online, anda hanya klik order dan ikuti arahan seterusnya...taraa order pun siap dan tunggu sahaja depan pintu rumah.
Tahukah anda bahawa perniagaan Shaklee ini dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang seterusnya selagi anda aktif menjalankan  perniagaan Shaklee.


Tiada alasan lagi untuk anda tertanya-tanya bagus sangat ke bisnes Shaklee ni, kelebihan yang anda akan terima..

Yuran keahlian yang rendah RM75/RM85 seumur hidup

Tiada modal beribu RM yang perlu untuk start bisnes Shaklee sehingga kena simpan stok bawah katil

Hampir semua urusan dilakukan secara online, coaching online, order online tanpa perlu anda keluar malam tinggalkan anak-anak di rumah.

Cerita pasal anak-anak ni, ada seorang dealer Shaklee, aunty ni dari Sarawak dia hairan macam mana kami boleh menjalankan perniagaan Shaklee dengan anak-anak yang masih kecil, jika dilihat sepanjang NC dan mereka yang turun naik stage menerima award, masing-masing berpimpinan tangan dan mendukung anak-anak, anak-anak adalah penguat semangat kami untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Shaklee.

Menarikkan perniagaan Shaklee ni, nak join grup saya yang eksklusif, InshaaAllah saya akan membimbing anda sehingga berjaya sebagaimana mentor saya membimbing saya,  saya galakkan surirumah, pelajar sertai bisnes Shaklee ni. Sama-sama kita menuju puncak.

Hubungi saya dengan email : arnisyazila@gmail.com atau hubungi 012-2183024.

Better You, Better world




Soal Jawab Phytocol-ST Shaklee Yang Perlu Anda Tahu





Keistimewaan Shaklee

# Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol

# Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari

# Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

# Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis



Pilihan di Tangan Anda 

Tahukah anda untuk memperolehi 2,000mg Fitosterol, pertimbangkan dahulu makanan yang anda perlu ambil setiap hari.





SOALAN LAZIM MENGENAI PHYTOCOL-ST SHAKLEE


Apa itu Phytocol-ST Shaklee?

Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari.


Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.


Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan saya?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg  Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.


Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?

Untuk hasil yang terbaik, mabil produk seperti yang disyorkan dua tablet dua kali sehari dengan makanan.


Bolehkah saya mengambil  Phytocol-ST Shaklee dan OmegaGuard Shaklee pada masa yang sama?

Ya, Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil CoQ Health Plus Shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.


Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mengawal paras kolesterol tinggi sahaja?

Phytocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.


Adalah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?

Ya   


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau menyembuh sebarang penyakit.









Phytocol - ST Mengatasi Kolesterol Secara Semulajadi



Cabaran Era Masa Kini

Adakah Anda Salah Seorang dari 6 juta Warga Malaysia Yang Menghadapi Masalah Tinggi Kolesterol?


Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu yang masih  tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.





Apa itu Kolesterol?


Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting  untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.


Dua sumber utama Kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda, KOlesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolesterol boleh menyebabkan Penyakit Jantung?


Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah anda:

# LDL (Lipoprotein kutumpatan rendah)
# HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)


LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.


Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagi kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.


Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.


Jika anda mempunyai tinggi kolesterol

- Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
- Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
- Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hato seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.


Apakah Penyebab Utama Tinggi kolesterol?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah diantara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari, bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu cuba anda bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini.




Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil lebih kolesterol dari yang disyorkan!!


BERTINDAK HARI INI : Ikuti petua Ini Untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi

- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.

- Lakukan senaman lebih kerap

- Turunkan berat badan

- Institut kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhanwujud secara semulajadidalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan  dan keselamatan fitosterol.


Jadi, Bagaimanakah Fitosterol berkesan?


Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol, Ini bermaksud apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap  oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.



 Berapa Banyak Fitosterol yang anda perlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.



Bertindak hari ini secara semulajadi dengan Phytocol-ST Shaklee

Segera dapatkan produk ini dengan menghubungi arnisyazila@gmail.com atau hubungi 012-2183024

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.