Phytocol - ST Mengatasi Kolesterol Secara Semulajadi



Cabaran Era Masa Kini

Adakah Anda Salah Seorang dari 6 juta Warga Malaysia Yang Menghadapi Masalah Tinggi Kolesterol?


Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu yang masih  tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.





Apa itu Kolesterol?


Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting  untuk pembentukkan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.


Dua sumber utama Kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda, KOlesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolesterol boleh menyebabkan Penyakit Jantung?


Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah anda:

# LDL (Lipoprotein kutumpatan rendah)
# HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)


LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.


Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagi kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.


Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.


Jika anda mempunyai tinggi kolesterol

- Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
- Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
- Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hato seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.


Apakah Penyebab Utama Tinggi kolesterol?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah diantara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari, bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Walaupun begitu cuba anda bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini.




Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil lebih kolesterol dari yang disyorkan!!


BERTINDAK HARI INI : Ikuti petua Ini Untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi

- Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.

- Lakukan senaman lebih kerap

- Turunkan berat badan

- Institut kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhanwujud secara semulajadidalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan  dan keselamatan fitosterol.


Jadi, Bagaimanakah Fitosterol berkesan?


Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol, Ini bermaksud apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap  oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.



 Berapa Banyak Fitosterol yang anda perlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.



Bertindak hari ini secara semulajadi dengan Phytocol-ST Shaklee

Segera dapatkan produk ini dengan menghubungi arnisyazila@gmail.com atau hubungi 012-2183024

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.








Labels: