Kelebihan dan Kebaikan Peppermint Ginger Shaklee - Atasi Perut Sebu



Kuih dan muih beraneka macam, ketupat, rendang, lemang, nasi minyak, ayam percik, sate wah berderet-deret makanan yang dinikmati semasa bulan raya, tu belum masuk lagi minuman yang pelbagai perisa, untung rakyat Malaysia ni mewah dengan makanan. Tapi....


kebarangkalian perut anda sebu, rasa tak sedap, senak, tak lawas adalah sangat tinggi semasa musim perayaan ni. Penyelesaiannya ialah Peppermint Ginger Shaklee. Istimewanya Peppermint Ginger Shaklee ialah ia kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.


Antara kandungan bahan dalam Peppermint Ginger Shaklee ialah



image dari google



Manfaat Utama Tumbuh-tumbuhan tersebut ialah

Pudina - Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit. Selain itu ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi, Pudian merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema, Perasaan sejuk  dan menyegarkan dari pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.


Halia - Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan, Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang), Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita, penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi  lain seperti merawat  mabuk laut, Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah  kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.


Pokok Adas (fennal) - Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.


Cekur Manis (anise) - Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba, Ia melegakan masalah pencernaan  dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.   


Apa tunggu lagi, cepat-cepat lah order Peppermint Ginger Shaklee di sini






Kelebihan dan Kebaikan Vita-lea Shaklee


28 July 2014




Masa mula-mula saya jatuh cinta dengan Vita-Lea Shaklee ialah pertama kali saya makan Set Menyusu Shaklee, Vita-Lea merupakan salah satu vitamin yang ada dalam set menyusu Shaklee.


Kalau uolls nak tahu Vita-Lea Shaklee adalah multi vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.


Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (lebih kurang 90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.





Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih untuk Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multti - Vitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Vitamin yang terkandung dalam Vita-Lea ialah 


Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi

Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi

Kalsium - Menyokong kekuatan  tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot

Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang

Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.


 Kelebihan dan Kebaikan Vita-Lea Shaklee 


Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian



Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.






Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar 





Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.


Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.





Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.







Siapa yang sesuai mengambil Vita-Lea Shaklee?


Vitalea sesuai diambil oleh ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusukan bayi, pelajar 12 tahun ke atas, mereka yang mementingkan kecantikkan kulit.


PERHATIAN - Vita-Lea tidak boleh diambil oleh pesakit SLE


Testimoni Vita-Lea Shaklee boleh baca di sini


Berminat nak order sila klik Vita-Lea Shaklee


Semasa Hari Raya, elok uolls ambil 1 biji selepas sarapan  pagi untuk badan rasa lebih cergas dan segar , ya la nak ziarah saudara mara dari 1 rumah ke 1 rumah yang lain, makan dan makan lagi, tambahan dengan cuaca panas dan berdebu, sebaiknya makan Vita-Lea untuk melindungi tubuh  :)





Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau menyembuhkan sebarang penyakit


Kenapa Shaklee mendapat perhatian? Jom kita tengok testimoni berikut


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.




Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.





Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik... from iReach HD on Vimeo.





Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.





Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.





Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.






Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.





Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.




Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.




Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.





Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.





Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.




Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.




 

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Semua dah tengok video dan dah tahu Vitamin apa yang diperlukan bagi yang menghadapi masalah yang sama seperti mereka. Dan nak order vitamin Shaklee, sila hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Jangan lupa yang bulan Februari 2015 ni ada promosi special untuk Vitalea Shaklee, Ostematrix Shaklee, Joint Health Tablet dan Vitalea For Kids.


Kelebihan dan Kebaikan Vita-lea Shaklee

Tingkatkan Sistem Imun Semasa Musim Perayaan

27 Julai 2014



Sumber Google



Biasanya semasa musim perayaan, kalau boleh nak makan semua  yang terhidang di atas meja walhal perut dah bagi signal suruh berhenti, bahkan Nabi pun menggalakkan umatnya hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.


Entri kali ini bersempena Hari Raya saya akan kongsikan beberapa Tip Tingkatkan Sistem Imun.


Makan Dengan Betul

Maksud makan dengan betul ialah Jangan Makan Secara Berlebihan, selain dari menyebabkan kegemukan ia juga membahayakan sistem ketahanan badan. Tahukah anda bahawa Obesiti menghalang sistem ketahanan badan dari berfungsi dengan baik. Justeru itu ia akan mengurangkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.


Jenis Makanan Yang Dipilih juga penting. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh mempertingkatkan sistem ketahanan badan seperti

Makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan citrus contohnya epal, orange dan brokoli.

Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin.

Bawang Putih 

Makanan yang kaya dengan Zink seperti kekacang, ayam Belanda, ketam, tiram dan daging lembu.

Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi.


Bersenam






Ya ramai yang mengeluh jika disuruh bersenam, dengan alasan tak sempat, tiada masa. Tahukah anda senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Sekurang-kurangnya dengan senaman yang ringan mampu memberikan keputusan yang lebih baik berbanding tidak bersenam langsung.


Dapatkan Tidur Yang Secukupnya




Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya, Kesan buruk terhadap fungsi ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kurang tidur.

Orang dewasa secara umumnya memerlukan 7 - 8 jam masa tidur, Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti elakkan daripada minuman berkafein seperti kopi dan teh.


Menguruskan Tekanan


Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain, Hormon tekanan ini boleh berfungsi dalam dua cara, samada menghapuskan sel darah putih yang melawan penyakit anda atau menghidupkan sistem keimunan hiperaktif yang boleh meningkatkan risiko menghidapi penyakit auto imun (SLE). 

Oleh itu luangkanlah masa untuk melepaskan stress beberapa kali seminggu seperti bersenam, mengujungi spa, pergi bercuti dan sebaik-baiknya sebagai orang Islam kita bersolat, membaca Al Quran dan sentiasa berzikir mengingati Allah, itulah sebaik-baik terapi untuk orang Islam


Shaklee juga menawarkan Vitamin untuk meningkatkan sistem imun anda dan keluarga iaitu Nutriferon. Nutriferon sering mendapat permintaan yang tinggi semasa musim perayaan.

Cara Makan Lecithin Shaklee Yang Perlu Anda Tahu



Lecithin untuk kurus, kalau nak kurus makan Lecithin, kalau makan Lecithin, Omega dan Herblax lagi bagus dan lagi cepat turun berat badan. Mesti uolls semua selalu dengar dan baca kan, Masih tak percaya lagi kebaikan Lecithin? 


Saya akan kongsikan dengan pembaca sekalian perbezaan Shaklee dan manfaat yang uolls boleh dapat dari pengambilan Lecithin.


Lecithin Shaklee ni diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mginositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


Kebaikan Lecithin Shaklee yang wajib anda tahu


1. Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.


2. Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak, Juga membantu memulihkan kesihatan hati.


3. Pemecahan lemak dan kolesterol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.


4. Pelansingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.


5. Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.


6. Memperbaiki allergi - Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah seterusnya mempertingkatkanalergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.


7. Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesterol, lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.


8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. 


9. Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.


10. Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat  dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak


11. Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Bagaimana nak dapatkan hasil terbaik selepas makan Lecithin Shaklee?

1. Kuantiti Lecithin yang perlu dimakan sehari ialah 6 biji.
2. ____________________________________________
3. ____________________________________________
4. ____________________________________________


Nak jawapannya? Kenalah buat pembelian dengan saya, saya akan ajarkan macam mana nak makan dan dapatkan hasil terbaik dengan Lecithin Shaklee.


Kenapa Lecithin Shaklee perlu diambil selepas MAKAN?


Kalau makan Lecithin sebelum makan apa yang berlaku? Nak tahu kenapa?


Ia boleh menyebabkan enzim metabolik dalam perut teransang dan makanan lebih cepat ditukarkan kepada tenaga maka perut cepat lapar dan selera makan meningkat. Risaukan kalau perut asik minta diisi je hehe...


Nak lebih nilai untuk wang anda? Jom jadi ahli Shaklee, mudah je.


Nak order Lecithin semasa musim perayaan ni, klik sini


Shaklee, Saya Dan Hari Raya


23 Julai 2014





Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita dan kita akan menyambut Hari Raya. Dan tahun ini juga merupakan tahun ke 5 saya menyambut Hari Raya sebagai seorang surirumah separuh masa, ibu dan isteri sepenuh masa. Kenapa saya tulis separuh masa? Saya adalah seorang Work At Home Mom (WAHM) yang menjalankan perniagaan Shaklee dari rumah hampir 100% secara online.


Masa bekerja setiap bulan dapat gaji, akhir bulan je pergi mesin ATM cucuk duit...taraa gaji dah masuk. Akan tetapi apabila kita tidak bekerja dan dah biasa bekerja kita akan rasa tidak selesa kerana tidak mempunyai pendapatan sendiri. Betul..suami akan bagi duit untuk kita menguruskan rumah dan anak-anak bagaimana pula dengan perbelanjaan kita, maklumlah perempuan kehendaknya macam-macam, nak itu dan ini, ini saya merujuk kepada diri saya sendiri :). Penyelesaiannya saya perlu mempunyai pendapatan sendiri dan dalam masa yang sama dapat menguruskan rumahtangga dan anak-anak.


Detik pertemuan saya dengan Shaklee telah banyak membuka peluang kepada saya untuk menambah pendapatan keluarga walaupun sebelum ini saya telah melakukan pelbagai jenis perniagaan. Nampaknya saya serasi dengan perniagaan Shaklee juga produk yang digunakan banyak membantu saya, keluarga dan mereka di luar sana.


Kenapa saya kaitkan Shaklee, saya dan Hari Raya?


Seperti sedia maklum apabila Hari Raya bakal menjelma mesti kita nak hadiahkan ibubapa kita duit raya, baju Raya, kuih muih rasa macam tak seronok kalau meminta dengan suami. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menjana pendapatan dengan Shaklee walaupun bermula dengan bonus 2 angka sahaja tapi makin lama bonus meningkat dan secara tak langsung pendapatan saya juga bertambah. Dengan duit bonus inilah saya membeli keperluan Raya untuk ibu bapa saya, dapat beli baju Raya untuk diri sendiri dan saya bebas untuk sedekahkan duit saya untuk mereka yang memerlukan.


Disamping menambah pendapatan, dengan Shaklee juga saya dapat membantu orang lain menambah pendapatan dan menggalakkan orang lain menjaga kesihatan terutama para ibu, Saya amat memahami kesibukan seorang ibu yang bekerja, ibu yang ada anak kecik sebab saya sendiri pernah mengalaminya dan tugas seorang ibu tidak pernah berhenti selagi hayat dikandung badan. Seorang ibu memerlukan vitamin sebagai makanan tambahan untuk kekal cergas dan sihat untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak.


Grup Shaklee saya merupakan grup yang menyokong antara satu sama lain, itulah keindahannya apabila kita berada dalam grup yang betul. Saya yakin ramai rakan-rakan diluar sana ingin menambah pendapatan dan dalam masa yang sama dapat menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Tiada yang mustahil walaupun anda lewat memulakan langkah, saya akan membimbing anda jika anda berjanji dengan diri anda sendiri untuk  cemerlang dalam bisnes Shaklee.


Ingin menambah pendapatan demgan Shaklee, hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com

Kelebihan B Complex Shaklee - Manfaat Penuh Vitamin B Untuk Anda

23 Julai 2014






Semua orang yang mengandung dan pernah mengandung pasti tahu kepentingan Asid Folik kepada kandungan, untuk pengetahuan semua para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.


B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada Vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan  sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah amat penting untuk kita mengambil Vitamin B Complex setiap hari.


Manfaat Utama B Complex


Menukar makanan kepada tenaga 

Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.


Melawan Tekanan

Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus  meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia


Membantu Tumbesaran

Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.


Rambut Beruban dan Gugur 

Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut


Baik Untuk Mata

Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus.


Mencegah Anemia

Membantu pembentukkan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.


Meredakan Senggugut

Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.


Mencegah Perlcche 

Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis) mencegah jangkitan lidah(glossitis), nafas berbau


Detokfikasi

Meredakan alahan


Apakah yang berlaku jika kekurangan Vitamin B

Mengakibatkan Anemia

Kehilangan Daya Memori

Cepat letih

Sesak nafas

Insomnia

Kurang Fokus Dan Konsentrasi

Mudah Tersinggung


Siapakah Yang Perlu Mengambil Vitamin B Complex Shaklee

Ibu Mengandung

Ibu Yang Menyusu

Ibu Yang Berpantang

Mereka yang mementingkan kesihatan kulit

Mereka yang mengalami masalah migrain


Bagaimana Memilih B Complex Yang Baik

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12 asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama)

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar

4. Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut air



Nak order B Complex Shaklee, klik sini

Jom kita tengok testimoni video yang berpuas hati dengan Set Senggugut Shaklee



Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.


Harga Set Bersalin Shaklee - Perkembangan Deria Janin

22 Julai 2014


Perkembangan Deria Janin


Pendengaran


Janin yang sedang membesar akan memberi tindak balas kepada bunyi bising pada usianya sembilan minggu.

Pada penghujung trimester kedua, dia boleh mendengar dan mengenali bunyi, misalnya denyutan jantungnya menjadi perlahan apabila ibunya bercakap.

Saya sangat galakkan ibu bapa sentiasa berkomunikasi dengan bayi anda dan sebaiknya ibu sentiasa baca Al Quran bagi mereka yang beragama Islam. Pengalaman sendiri semasa bayi saya dilahirkan apabila saya memberi salam, bayi saya yang sedang menangis terus senyap sambil saya berbual dengan beliau dan yang menariknya matanya sentiasa memandang saya. Boleh baca selanjutnya pengalaman saya bersalin anak ke 3 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Rasa


Tunas rasa terbentuk pada sekitar minggu ke 7 atau ke 8 dan pada minggu ke 14, terdapat beberapa bukti yang mengatakan janin dapat merasakan rasa pahit, manis atau masam di dalam cecair amnion.

Manakala untuk pancaindera yang lain, bayi menggunakan deria rasanya untuk meneroka rahim di sekelilingnya. Ultrabunyi juga menunjukkan janin menjilat plasenta dan dindinh uterin.



Bau


Cecair amnion yang ditelan oleh bayi di dalam rahim sebenarnya mempunyai bau si ibu. Ada kemungkinan dalam tempoh beberapa jam selepas dilahirkan bayi mengenali ibunya melalui bayi berbanding melihat penglihatan.

Dia juga boleh menghidu apa sahaja yang dimakan oleh ibunya seperti bawang putih dan rempah ratus.


Penglihatan


Janin yang berusia 16 minggu boleh membuka matanya dan melihat sekelilingnya meskipun tidak banyak yang dapat dilihatnya.

Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan janin akan terkejut jika cahaya yang terang disuluhkan pada abdomen ibu dan jika cahaya yang suram dihalakan pada posisi yang sama, janin akan berpusing perlahan-lahan ke arah cahaya tersebut.


Jika anda ingin tahu perkembangan kehamilan anda,  anda boleh baca di sini


HargaSetBersalinShaklee - Part 1

HargaSetBersalinShaklee - Part 2

HargaSetBersalinShaklee - Part 3

HargaSetBersalinShaklee - Part 4

HargaSetBersalinShaklee - Part 5

HargaSetBersalinShaklee - Part 6

HargaSetBersalinShaklee - Part 7


Set Ibu Mengandung Shaklee klik sini

Set Berpantang Shaklee klik sini



Tingkatkan Sistem Imun Anda Dengan Nutriferon Shaklee

22 Julai 2014






Penemuan terhebat dalam bidang immunologi.


Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasushiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.


Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula  beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon). Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.





Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan di Paten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.


Manfaat Utama Nutriferon Shaklee


Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari - Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells, B-Cells dan makrofag.


Melawan Kanser dan Tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktfikan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.


Melindungi dari Influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.


Meringankan Stres dan Kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.


Melambatkan Penuaan - Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.


Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah kepada pesakit Hepatitis B & C.


Mempertingkatkan Menopaus - Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.


Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


Bagaimana Mikrob Menjejaskan Kita?


Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa terutamanya sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon  dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stres, terganggu tidur atau dijangkiti flu , batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas.    


Siapa Yang Perlu Mengambil Nutriferon Shaklee?


Mereka yang sering sakit, selsema dan demam

Ibu yang menyusukan anak, yang anaknya sering selsema dan demam berpanjangan.

Mereka yang mempunyai masalah imunisasi

Mereka yang kerap keluar negara

Mereka yang sering stres

Mereka yang mempunyai allergi dan ekzema


 Nak order Nutrferon Shaklee, sila klik


Garlic Shaklee /Garlic Complex Shaklee



# Meningkatkan sistem imun

# Anti bakteria dan anti viral

# Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol



Perbezaan Shaklee


Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. 

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungiAllicin aktif) Dwi teknologi yang digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.


Manfaat Utama


Mengandungi Spearmint


# Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung


Antibiotik Yang Selamat dan Semulajadi

# Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.


Menghalang Alergi 

# Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis


Mempertingkatkan Sistem Penghadaman


# Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik


Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi


# Kajian menunjukkan pengambilan 2 - 4 tablet Garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point


Detokfikasi


# Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah merah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.


Menurunkan Kolesterol


# Menurunkan kolesterol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.


Mencegah Kanser


# Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine.


Menstabilkan Glukos


# Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita


Asal Bau Garlic?


Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti oksidan dan anti kanser. Inilah asal bau garlic


Nak order Garlic, klik sini











Kelebihan Dan Kebaikan Herb-Lax Shaklee

17 July 2014, Khamis






Di musim perayaan selain dari faktor pemakanan yang mengganggu sistem pencernaan ialah suasana persekitaran juga boleh menyebabkan rutin pembuangan terjejas oleh sebab itu antara vitamin yang jadi teman setia saya ialah Herb-Lax, kenapa Herb-lax?


Manfaat Utama Herb-Lax ialah

# Pembersihan najis yang tersekat

# Meransang usus untuk percepatkan proses permbersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita

# Membantu masalah sembelit

# Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit

# Mengempiskan perut

# Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


Herb-Lax istimewa kerana ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi


Alfalfa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati

Senna Leaves - Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detokfikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Anise Seed - Meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

Blue Malva Flower - Membantu proses detokfikasi dan mengimbangi struktur kulit

Buckhorn bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus

Licorice Root - Membantu proses detokfikasi

Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik 

Fennel Seed - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut dan usus.

Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma


Siapa Yang Memerlukan Herb-Lax Shaklee

Mereka yang pengamal tegar ubat sakit

Mereka yang ada masalah pembuangan yang lancar

Mereka yang banyak jerawat

Pesakit Gout

Anda sendiri yang ingin membersihkan usus



Manfaat Lain Herb-Lax Shaklee

Memudahkan fungsi usus

Menghilangkan jeragat

Mengurangkan bau badan


Nak order Herb-Lax, klik sini 



Bijak Memilih Suplemen - Fakta Atau Auta


15 July 2014





Apa itu suplemen ? Untuk penjagaan kesihatan dan kos makanan sihat yang semakin tinggi dan meningkat naik, suplemen akan dicadangkan kerana suplemen mampu menggantikan zat-zat atau nutrien yang tidak dapat diperoleh melalui makanan.


Untuk makluman pembaca semua, suplemen bukan pengganti makanan, kebanyakan orang sekarang menjadikan suplemen sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian atau alternatif pengambilan ubat-ubatan, suplemen merupakan makanan tambahan sahaja. Ia wujud dalam bentuk vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain. 


Suplemen diperlukan apabila  kita tidak memperoleh nutrien yang mencukupi melalui makanan harian kita dan badan kita sememangnya memerlukan suplemen sebagai tambahan untuk kita bergerak aktif. Makanan tambahan yang kita perlukan setiap hari  ialah seperti Vitamin C untuk daya ketahanan badan kita dan juga untuk  kulit seperti kalsium, besi, Vitamin E, zink dan sebagainya.


Apabila badan kita kekurangan nutrien ia menyebabkan penuaan pra matang, kelesuan, mudah mendapat penyakit dan jangkitan, keguguran rambut, osteoperosis, kulit yang bermasalah dan banyak lagi.


Umum mengetahui bagaimana corak pemakanan kita pada masa sekarang yang banyak bergantung kepada makan di luar dan pengambilan makanan yang berproses berlebihan, kita memang digalakkan untuk mengambil suplemen sebagai pengganti zat dan nutrien yang tidak boleh perolehi melalui makanan. Terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja, melainkan anda yakin boleh mendapatkan nutrien yang cukup daripada makanan, sebaiknya sekurang-kurangnya ambil 1 - 2 jenis suplemen.


Apabila kita membasuh sesuatu makanan berulang kali, terdedah kepada cahaya matahari  dan udara dalam  jangka masa yang lama ia akan menyebabkan mudah teroksida. Tambahan lagi proses memasak juga menyebabkan nutrien hilang. Dengan pengambilan multivitamin dan multimineral , kita dapat kembali nutrien yang diperlukan oleh tubuh.


Golongan wanita sangat digalakkan untuk mengambil suplemen ini disebabkan setiap bulan kita mengalami kitaran haid dimana setiap bulan kita kehilangan banyak zat besi. Cadangan suplemen untuk golongan wanita ialah kalsium , zat besi, asid folik dan Vitamin E. Kebanyakkan orang Asia tidak minum susu kerana masalah toleransi terhadap laktosa.


Untuk golongan lelaki, dicadangkan mengambil multivitamin, kalsium, Omega 3 dan serat. Kebanyakkan lelaki gemar mengambil banyak daging dalam makanan harian dimana makanan tersebut tinggi protein. Kebanyakkan lelaki juga kurang mengambil ikan sebagai hidangan harian, Ini menambahkan risiko mereka untuk mengalami masalah jantung, gout terutamanya ketika menjelang andropaus.


Di dalam pasaran terdapat pelbagai lambakan suplemen, pastikan anda memilih syarikat yang benar-benar boleh dipercayai dan suplemen tersebut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Jika anda mencari syarikat yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan, sentiasa mesra alam yang telah melaburkan lebih $300 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk, menggunakan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulin juga disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian perubatan, SHAKLEE adalah jawapannya.


Jadilah pengguna yang bijak dalam memilih suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga. Saya pilih Shaklee anda bagaimana?

Punca Dan Petua Mengatasi Masalah Keletihan


Adakalanya kita tidur lewat malam samada perlu menghabiskan kerja, menguruskan bisnes, anak-anak yang masih aktif walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi atau anak-anak tidak sihat atau hanya sekadar menonton televisyen. Sedangkan pada waktu esok anda perlu menghadirkan diri ke pejabat lebih awal kerana ada mesyuarat atau pembentangan.





Akan ada satu ketika tubuh kita rasa terlalu letih, nak berjalan pun rasa berat, mata berat, kepala berat. Pakar perubatan ada menyenaraikan punca badan kita mengalami keadaan yang terlalu letih.


Punca Masalah Keletihan


1. Dehidrasi

Dehidrasi terjadi apabila seseorang kehilangan air dalam badan tidak seimbang dengan air yang diminum. Contohnya kurang minum air sewaktu musim panas atau selepas bersukan.


2. Kekurangan Vitamin B12

3. Terlalu stress

4. Tidak mengetahui mengidap penyakit jantung

5. Paras zat besi terlalu rendah atau tinggi

6. Tidak aktif

7. Terlalu banyak bersenam

8. Mengidap jangkitan salur kencing


Makanan yang dapat mengurangkan rasa keletihan



Kekacang dan Biji-bijian



Untuk membantu melawan keletihan otot, makanan yang dicadangkan mempunyai semua sumber magnesium ialah biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel.
Manakala bunga matahari, biji labu, biji gajus, walbut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi ini disebabkan oleh kandungan triptofan yang terdapat dalam bij-bijian tersebut. Secara tak langsung apabila keletihan emosi diatasi ia dapat membantu meringankan keletiahn fizikal.


Yogurt




Siapa yang tak suka yogurt kan? Yogurt ni salah satu makanan kegemaran saya dengan teksturnya yang lembut, ia membuatkan dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Yogurt mengandung probiotik iaitu bakteria baik yang dapat membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria yang merbahaya. 

Kajian dari Univeristi Toronto mendapati probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak, Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan menggalakkan perasaan tenang, membantu mengatasi masalah keletihan samada dari segi emosi dan fizikal.





Bayam





Antara sayuran yang mempunyai kandungan nutrien yang membantu menghilangkan keletihan ialah bayam. Selain mengandungi zat besi ia juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Peranan zat besi  ialah menghindari keletihan, Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan fizikal, mental dan anemia.




Oatmeal





Kelebihan oatmeal ialah terkenal sebagai kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Pengamal perubatan menggalakkan mereka yang mereka mengalami diabetes mengambil oatmeal bagi membantu menjaga kadar gula dalam darah supaya berada pada paras normal. Pesakit diabetes memerlukan kandungan serat yang tinggi dalam pemakanan seharian mereka.

Selain dari mengandungi serat yang tinggi, oatmeal juga mengandungi magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan yang ideal untuk mengatasi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin) yang berperanan dalam penghasilan tenaga oleh badan.



Supplemen Dan Vitamin Yang Membantu Mengatasi Masalah Keletihan, Penat Dan Kurang Bertenaga


Vita-Lea Iron Formula
B Complex
Vitamin C
Ostematrix (Calcium Magnesium)
Energizing Soy Protein (ESP)


Untuk pengetahuan semua ke semua vitamin tersebut selamat di makan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan, samada perempuan atau lelaki pun boleh makan. Jangan bimbang ianya selamat dan mendapat endorsement dari FDA.


Bagi mereka yang nak order vitamin Shaklee boleh hubungi saya email : arnisyazila@gmail.com