Deep Fried Squid In Salted Egg


Pertama kali ternampak menu ni ialah di Kayu Manis, Bukit Jelutong, so apalagi cuba la, wah sedap plak dengan rasa lemak-lemak masin tapi macam tak puas plak makan hehe so apalagi Google kan ada ya tak.



Gambar Ihsan Google, yang hasil sendiri tak sempat snap, habis :)


Bahan-bahan

4 ekor Sotong sederhana besar
1 biji telur
Tepung pelbagai perisa atau uolls boleh guna tepung ubi/kentang/jagung (cuba tengok kat rumah ada tepung apa :)


Untuk Sos

Cili api (ikut suka nak berapa tangkai) lagi banyak lagi pedas
2 tangkai daun kari
1-2 ulas bawang putih diketuk
2-3 sudu butter atau majerine
Sedikit garam terpulang pada butter atau marherin yang uolls gunakan, takut terlebih masin plak nanti
2-3 biji telur asin di hancurkan




Campur dalam cawan

1 sudu susu pekat manis + 1 sudu susu cair + sedikit kiub ayam.


Mula-mula gaulkan sotong dan tepung




Pandai-pandai adjust ya, kadang-kadang depa tak melekat nanti bila digoreng tepungnya pun terapung hehe








Dah siap goreng sotong hingga kekuningan, asingkan kemudian  panaskan butter/marjerin dan masukkan bawang putih yang telah diketuk, tumis sehingga naik bau dan masukkan telur asin yang telah dihancurkan sehingga menggelegak. Masukkan cili api yang telah dihiris, daun kari dan bahan yang dicampurkan dalam cawan tadi.


Akhir sekali apabila dah mula menggelagak masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan ia akan menjadi seperti gambar yang pertama di atas ya dan hidangkan sedap dimakan panas-panas ranggup :)


Uolls boleh tukar sotong tu kepada udang, ketam atau ayam, Selamat mencuba semua.



Promosi Vivix masih berlangsung, dapatkan beberapa penjimatan hebat, keahlian Shaklee percuma, hubungi saya dengan segera











Labels: