Bagaimana Sihatkan Kolon Dengan Set Detox Shaklee

Set Detox Shaklee Bersihkan Kolon



Sejak mengamalkan Shaklee, set tiga beradik ni Lecithin, Herblax dan Alfalfa memang wajib ada dalam simpanan saya. Set Detox Shaklee ni memang paling best untuk bersihkan kolon daripada kotoran dan keladak yang tersimpan dalam usus.


Masalah yang selalu saya kena hadapi bila cuti-cuti Malaysia ke, Hari Raya ke ialah masalah pembuangan sampai husband saya cakap payah nak ikut Kembara kalau cerewet sangat macam ni hehe.


Sangat tak seronok kalau proses pembuangan tak lancar, perut rasa kembung, tekak mual maklum la toksin dan gas berkumpul dalam badan dan tak dikeluarkan, paling haru sekali ialah angin naik kepala, habis keseronokkan nak bercuti dan berehat.


Sejak mengenali Set Detox Shaklee masalah ni dah hilang, dengan itu apabila perut tidak meragam, hati pun senang dan boleh bercuti dengan tenang. Rugi kalau anda yang mengalami masalah macam saya tak mengambil Set Detox Shaklee ni.


Selain dari mengamalkan Vitamin Set Detox Shaklee, untuk menyihatkan kolon, pemakanan dan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan untuk mencegah  Sindrom Usus Rengsa (IBS), kanser kolon, juga boleh mengurangkan kembung, sembelit, diarea, letih dan angin.


Terdapat beberapa cara yang boleh sihatkan kolon anda antaranya ialah


Serat


Makanan yang kaya dengan serat adalah pilihan terbaik untuk kolon yang sihat. Antara makanan yang mengandungi serat ialah pisang, prun, pea, brokoli, kekacang dan pasta  mil penuh adalah permulaan terbaik untuk membersihkan tubuh. Makanan seperti beras perang, bijirin sarapan  dan roti mil penuh juga kaya dengan serat. Peranan serat ialah membantu pergerakan bahan buangan  makan di sepanjang saluran penghadaman. Secara tidak langsung membantu membersihkan usus dan mengurangkan risiko penyakit divertikular.


Vitamin D

American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan pengambilan Vitamin D yang berterusan bermanfaat dalam mencegah kanser kolon dan mengekalkan kolon yang sihat. Sumber Vitamin D boleh didapati samada daripada cahaya matahari pendedahan selama 15 - 20 minit sehari dan makanan seperti roti, ikan berlemak, susu dan bijirin.

Jika makanan kurang membekalkan Vitamin D, anda boleh dapatkan melalui suplemen, Vitamin D juga diperlukan dalam mencegah osteoporosis.


Jangan Tangguhkan


Sikap yang suka menahan diri dari membuang air besar perlu dibuang, jangan tangguhkan melainkan anda mencari tandas. Sikap yang gemar bertangguh boleh menyebabkan bahan buangan yang terkandung dalam usus besar membebaskan toksin, yang boleh menjadi punca divertikulosis dan IBS.

Kerap membuang air besar merupakan salah satu cara membersihkan dan mengekalkan kesihatan kolon.


Bersenam

Bersenam seharusnya diamalkan untuk mengekalkan kesihatan kolon. Dengan meningkatkan pengaliran darah yang boleh didapati melalui bersenam, kolon dan seluruh sistem penghadaman mendapat lebih oksigen.


Ini boleh mengurangkan risiko kolon kanser dan lain-lain penyakit. Rutin kecegasan tidak perlulah terlalu ekstrem. Regangan, yoga atau berjalan kaki 10 -15 minit sehari sudah memadai untuk mendapatkan kolon yang sihat.


Air


Kekurangan air boleh mendorong kepada pengumpulan toksin dalam tubuh. Semasa toksin berkumpul risiko sembelit, kembung, gas dan keletihan akan bertambah. Sebaiknya minumlah air masak atau air kosong 8 gelas sehari atau 2 liter sehari untuk membersihkan tubuh.


Amalkan gaya hidup yang sihat untuk diri dan keluarga. Set Detox Shaklee merupakan pilihan yang terbaik untuk membersihkan kolon anda.


Nak order, sila klik Set Detox Shaklee









Basic H Shaklee, Pencuci Organik Shaklee Selamat Dan Menakjubkan



Perkenalkan Basic H Shaklee, suatu ketika menimbulkan pelbagai perdebatan tentang penggunaannya, hanya yang pernah menggunakannya tau akan manfaat Basic H Shaklee. Yang belum menggunakannya dan berkira-kira nak order Basic H Shaklee dengan saya boleh baca kebaikan Basic H Shaklee yang penting Basic H Shaklee adalah produk yang mesra alam. Saya sendiri merupakan pengguna Basic H Shaklee.




Basic H adalah sesuatu yang anda perlukan untuk ribuan kerja-kerja di rumah.

Kepekatan yang tinggi  - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air.

Pembersih serbaguna dan berkuasa . Menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh, di dalam dan luar. Cairkan mengikut arahan.

Tidak perlu dibilas, tiada sisa, formula bebas coretan.

Tiada toksik

Semulajadi

Kepekatan berganda

Bahan surfaktan yang mampu biodegradasi. 




# 16oz botol kecil ini boleh menghasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat, benar-benar berkuasa

# Untuk digunakan sebagai pembersih pelbagai tambah 1/4 sudu, 16 oz air

# Untuk tingkap dan cermin, tambah 1 - 2 titik ke 16oz air

# Untuk nyah gris tambah 1 1/2 sudu teh, 16 oz air

# Untuk kerja yang lebih besar, tambah 2 oz kepada 1 gelen air


Atau 


# 1 - Masukkan dalam 10 titik dalam botol spray Shaklee atau mana-mana botol spray, penuhkan air dan boleh guna untuk mengelap meja, dapur, cermin dan mana-mana permukaan.


# 2 - Untuk mop lantai titikkan dalam 10 - 15 titik ke dalam baldi berisi air, ianya selamat jika anda ada baby yang rajin mengutip segala makanan yang terjatuh di atas lantai.


# 3 - Untuk mangkuk tandas mudah sahaja titikkan beberapa titik sahaja, berus dan tandas anda kelihatan bersih.


# 4 - Basic H Shaklee sangat menjimatkan dan ianya boleh tahan hingga 6 bulan. Pastikan setiap rumah ada sebotol Basic H


# 5 - Basic H Shaklee mampu melarutkan minyak dengan mudah dan ianya lembut kepada tangan anda.


Tahukah Anda

Kebanyakkan bahan pencuci sebaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan  hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik  Basic H Shaklee tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.




Selamat

- Tidak toksik

- Tanpa gas beracun

- Tanpa bahan kimia berbahaya

- Tanpa bahan pewangi

- Lembut pada tangan

- pH yang seimbang

- Tanpa klorin


Berkesan

- Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak

- Kepekatan berganda - 16 oz boleh dicairkan dengan 48 gelen air

- Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama


Mesra Alam

- Rumusan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa

- Biorosot

- Tanpa fosfat

- Bungkusan yang boleh kitar semula

- Tanpa bahan pewarna

- Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.



Nak order? Klik Basic H Shaklee











Amalan Tradisional Dan Doa-Doa Untuk Dapat Anak


Selepas mendirikan rumahtangga sudah tentu kita menantikan kehadiran cahayamata secepat mungkin kecuali bagi mereka yang merancang keluarga. Akan tetapi tidak semua pasangan bernasib baik ada yang menunggu 2 tahun, 4 tahun, 8 tahun, 12 tahun baru mereka menimang cahayamata ada juga yang sehingga akhir hayat tiada zuriat walaupun pelbagai usaha dan cara untuk mendapatkan zuriat. Sesungguhnya semua ini adalah aturan Allah, kita sebagai hambanya hendaklah bersangka baik.


Walaubagaimanapun kita juga jangan mudah putus asa, terdapat pelbagai amalan tradisional dan doa-doa untuk dapat anak. Dalam perubatan melayu tradisional, terdapat pelbagai herba yang boleh digunakan untuk merawat masalah kesuburan. Antaranya ialah untuk wanita


# 1 - Akar pokok tunjuk langit


        Tujuannya ialah dimakan untuk mereka yang mengalami masalah rahim


# 2 - Secekak air semalu kering direbus dan diminum airnya.


        Tujuannya ialah mengubati wanita yang mengalami masalah kesuburan


Untuk lelaki pula antara amalan tradisional yang boleh dilakukan untuk menambahkan pengeluaran sperma ialah


# 1 - Campuran buah badam, susu cair, telur kuning, madu dan halba (ramuan ini dimasak, dikisar, dan
        diminum oleh suami isteri


# 2 - Suami dan isteri digalakkan makan tauge mentah sebagai ulam-ulaman


# 3 - Air ibu kunyit dicampur dengan air limau nipis dan telur kuning ayam kampung (dimakan setiap
        pagi)


Amalan-amalan Untuk Dapat Anak


Kita yang merancang, Allah yang menentukan semuanya. Semua usaha telah dilakukan termasuk perubatan moden, perubatan tradisional, maka apa yang perlu kita lakukan ialah banyak bersabar dan jangan mudah tertekan, elakkan dari perkara atau cakap-cakap negatif.


Semasa berdoa kita hendaklah menaruh harapan dan pergantungan serataus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita.


Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat. Sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan jalan penyelesaian dan dipermudahkan semua urusan dalam penantian mendapatkan zuriat.


Amalan Pertama


Selepas Fajar atau solat Subuh


# 1 - Baca Bismillah sekali


# 2 - Kemudian salawat kepada Nabi Muhammad SAW tiga kali


# 3 - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali


# 4 - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya Ya Allah,
        kurniakanlah kepada hambamu, zuriat atau anak yang soleh yang engkau berkati di dunia dan
        akhirat)


# 5 - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat tiga kali


Amalkan cara ini baik suami mahupun isteri selama 15 hari atau teruskanlah jika masih belum berhasil dan jangan putus asa. Allah suka jika tidak mudah putus asa berdoa dan berdoa.


Amalan Kedua


# 1 - Suami hendaklah membaca " Ya Mutakabbir" (Allah Yang Memiliki Keagungan) sebanyak 11
        kali  sebelum mengadakan hubungan intim suami isteri


# 2 - Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 kali setiap hari


# 3 - Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaail Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup  di dalam
        air dan air tersebut diminum.


# 4 - Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/surah Maryam setiap hari.


Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada Nya.


Doa-Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Mendapat Anak





# 1 - Ayat 38, surah Al Imran

#2 - Ayat 89, surah Al Anbiya


Amalkan membaca kedua-dua doa ini bersama dalam usaha untuk mendapat anak. Berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Juga dalam masa yang sama memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah SWT yang tidak ternilai.




Set Kesuburan Shaklee Mengandungi Set Asas Shaklee Untuk memastikan kesihatan anda berada dalam tahap optimum.


Set Asa Shaklee Untuk Kesuburan




Vitamin Kesuburan Untuk Wanita

Vitamin Kesuburan Shaklee Untuk Wanita


GLA Complex Shaklee khasiatnya ialah


Membantu mengatasi kitaran haid yang tidak teratur dan mereka yang selalu mengalami masalah senggugut


Membantu dan mengawal ketidakseimbangan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan


Boleh membantu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang menghalang proses kehamilan


GLA Complex juga membantu tubuh menghasilkan "cecair" untuk memerangkap sperma terus hidup sehingga 5 hari dalam tiub fallapio


Alfalfa Shaklee

Membantu masalah keputihan dan juga bertindak sebagai "kacip Fatimah"


Vitamin Kesuburan Untuk Lelaki



Vitamin Kesuburan Shaklee Untuk Lelaki


Manfaat utama Zinc dan Vitamin E Shaklee ialah


Membantu menyokong pengeluaran sperma


Membantu mencegah kerosakkan sperma


Membantu memberi kekuatan kepada sperma


Membantu pengeluaran sperma berkualiti



ESP (Energizing Soy Protein)


Vitamin Kesuburan Shaklee


ESP mempunyai protein berkualiti ia dihasilkan dari Non Gmo soya dan juga membantu masalah kesuburan. Ia membantu membentuk tisu-tisu rahim yang sihat juga membantu membentuk sel ovum yang sempurna. Bila semuanya sel-sel sihat dan sempurna, maka proses persenyawaan dan perlekatan telur akan lebih baik.


Mereka yang berjaya mengandung selepas mengambil Vitamin Kesuburan Shaklee, klik Testimoni












Ibu Menyusu Perlu Diet?

Set Ibu Menyusu Shaklee



Jika anda seorang Ibu Yang Menyusu yang menyusukan sepenuhnya bayi anda contohnya bayi anda berusia 5 bulan dan anda sering rasa mengantuk dan lesu, mungkin anda tercari-cari makanan yang boleh membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan segar dan dalam masa yang sama membanyakkan susu anda.


Dengan tajuk entri saya Ibu Menyusu Perlu Diet, maksud diet yang dimaksudkan di sini ialah pemilihan makanan yang sesuai untuk Ibu Yang Menyusu. Ibu Yang Menyusu perlukan makanan yang memberikan banyak protein, kalsium dan zat besi.


Antara makanan yang boleh dicadangkan ialah wholegrain atau bijirin, buah-buahan segar dan sayuran.




Minum air masak atau air kosong dengan secukupnya sekurang-kurangnya  8 - 10 gelas sehari. Tahukah anda ketika anda menyusukan bayi anda, hormon oksitoksin dirembeskan dan ini akan membuat ibu dahaga tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu.





Kopi, aromanya memang menyegarkan akan tetapi semasa anda meyusukan bayi anda cuba kurangkan pengambilan minuman berkafein. Kafina boleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi terganggu. Sebagai seorang ibu anda boleh meneka  ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan sekiranya ia menyebabkan bayi menangis, cerewet atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.


Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya supaya anda tidak mengalami anemia semasa menyusukan anak. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakan bahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif. Laburlah sedikit wang untuk kebaikan dan kesihatan diri anda, keluarga anda memerlukan anda. Kerana dirimu begitu berharga.


Antara Cadangan Vitamin Ibu Menyusu Shaklee ialah



Set Menyusu Shaklee




Peranan B Complex ialah menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga, meningkatkan pembentukkan sel darah merah, Ia juga membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stres. B Complex juga bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus dan istimewanya ia juga bertindak menjaga kulit dari dalam dan dikenali juga sebagai vitamin kecantikkan.



Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imun sistem dan juga berperanan sebagai membentuk kolagen, juga sebagai anti oksida dan memelihara kulit agar menjadi cantik. Membantu pembentukkan sel-sel yang baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam.



Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dilengkapi dengan formula zat besi. Vitalea mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien agar ibu menjadi sentiasa cergas, sihat dan bertenaga. Vitalea dilengkapi dengan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.



Alfalfa merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan dengan lancar. Bertindak sebagai milkbooster dan membantu mempercepatkan penghasilan susu. Juga membantu mengatasi masalah keputihan.


Ostematrix (Kalsium)

40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari


Konsep utama penyusuan ialah Supply and Demand, minum air masak atau kosong 2 -3 liter sehari, pam setiap 3 jam dan berdoa kepada Allah agar memudahkan perjalanan penyusuan bayi anda.


Untuk pembelian vitamin anda boleh klik Set Ibu Menyusu Shaklee






Anda Ibu Yang Mengandung Dan Berkerjaya? Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh


 Vitamin Ibu Mengandung Berkerjaya



Anda Ibu Yang Mengandung dan dalam masa yang sama bekerja, saya sendiri pernah mengalami situasi ini semasa mengandung anak yang pertama dan anak yang kedua. Dan sangat memahami perasaan ibu yang mengandung, bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran ditempat kerja serta dalam masa yang sama perlu menjaga diri, kehamilan dan meningkatkan prestasi kerja.


Saya akan kongsi dalam entri kali ini beberapa panduan yang boleh membantu anda dalam menghadapi situasi ini setiap hari sepanjang tempoh kehamilan.


Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Mengandung dan Bekerja



Makan Biskut Ranggup

Situasi mual dan loya diawal kehamilan boleh berlaku bila-bila masa diwaktu anda sedang bekerja. Err takkan setiap kali mabuk diawal kehamilan ambil cuti sakit, ramai yang menjeling-jeling dan bos pun keluarkan arahan baru, mesti tak nak situasi ni berlaku kan.


Sebaiknya di pejabat sentiasa sediakan biskut ranggup apabila tekak terasa loya. Minum air masak atau air kosong sepanjang hari. Amalan ini terbukti dapat membantu anda mengatasi "morning sickness" yang dialami.


Lebihkan Protein Dan Zat Besi


Situasi yang normal semasa hari bekerja kita akan merasa mudah lesu. Ini berpunca daripada tugasan harian di pejabat yang mendorong tenaga "diserap"selain tubuh terpaksa bekerja lebih kuat berbanding biasa.


Bagi mengatasinya, anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi protein dan zat besi agar mampu mengekalkan tenaga berterusan. Jika anda mengalami simptom berikut

Sentiasa letih dan lesu
Pening kepala atau pitam
Penurunan berat badan
Kadar denyutan jantung yang cepat
lemah daya ingatan


Anda mungkin mengalami masalah HB Low, boleh baca dengan klik HB Low.


Banyakkan Pergerakan

Ketidakselesaan akan meningkat seiring dengan pertambahan usia kandungan. Kadang kala tekanan kerja secara tidak sedar menimbulkan rasa tidak selesa.


Oleh yang demikian, banyakkan bergerak. Langkah ini bagus untuk mengelak takungan air dibahagian kaki dan betis yang mana ia salah satu kepada punca ketidakselesaan yang dihadapi.


Makan Vitamin Pranatal


Apabila terlalu sibuk bekerja, anda pasti terlepas pandang dalam usaha memenuhi keperluan makan dengan sempurna. Jangan pandang sebelah mata vitamin untuk ibu mengandung. Makanan yang kita makan sekarang tidak sama dengan makanan zaman ibu atau nenek kita dahulu.


Keperluan vitamin ialah melengkapkan hidangan makan harian kita. Cadangan vitamin bagi Ibu Mengandung ialah

Vitalea

Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat


B Complex

Lengkap dengan biotin dan folik asid yang sangat perlu untuk pembentukkan sel darah merah yang sihat juga mengawal tekanan perasaan.


Vitamin C

Untuk peningkatan sistem imun tubuh.


Ostematrix

Ianya adalah kalsium, magnesium dan lengkap dengan Vitamin D, mengurangkan risiko batu karang dan sembelit untuk ibu yang mengandung dan berpantang.


Energizing Soy Protein (ESP)

Protein adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protein. Memang benar protein boleh didapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan Vitamin Ibu Mengandung Shaklee, anda boleh klik Vitamin Ibu Mengandung


Lindungi Daripada Matahari

Losyen pelindung matahari sangat diperlukan bagi melindungi kulit anda daripada terus terdedah kepada penahan cahaya UV ketika bekerja di luar kawasan pejabat. Ia bagus terutamanya bagi anda yang mengalami  melasma (topeng kehamilan) kerana dapat  mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Pastikan losyen tersebut kurang dari kandungan kimia dan semulajadi.


Makan Dengan Sempurna

Sebaiknya makanlah pada waktu yang tetap dan makan makanan yang berkhasiat. Jangan layan nafsu untuk minum minuman segera dan biskut semata-mata. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam hidangan makanan harian anda.


Minum Banyak Air


Sediakan 1- 2 botol air sekurang-kurangnya 2 liter sehari di atas meja pejabat dan di rumah untuk anda minum. Kurangkan minuman manis. Anda juga boleh minum susu rendah lemak bagi memenuhi keperluan kalsium dan jus buah-buahan  segar yang sudah semestinya mengandungi serat.


Berehat Seketika

Manfaatkan sebaiknya waktu rehat tengahari untuk tidur sebentar (nap) untuk recas tenaga. Buat senaman ringkas seperti regangan tapi jangan terlebih sangat dikhuatiri krem plak nanti hehe. Kekerapan senaman ringkas menjadikan anda lebih segar, lebih bertenaga untuk menyelesaikan tuntutan tugas di pejabat.


Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Ibu Yang Mengandung Dan Berkerja


Pendam Perasaan


Dalam situasi seharian bekerja pasti ada yang menyebabkan ketegangan, tenangkan diri dan cuba kawal apa sahaja tekanan yang dihadapi. Wujudkan suasana kerja yang positif, bagi orang Islam digalakkan sentiasa berzikir, dengarkan alunan bacaan Al Quran, muzik yang menenangkan (dalam nada yang perlahan)

Atau tempatkan pokok-pokok segar ditempat kerja. Jika masih tidak mampu membendungnya carilah rakan yang boleh dipercayai untuk anda meluahkan perasaan agar anda lebih tenang dan tidak mengganggu proses pembesaran bayi dalam kandungan.


Duduk Lama Dihadapan Komputer

Bekerja dan mengadap komputer merupakan rutin yang perlu kita hadapi hampir setiap hari dan ia tidak  memudaratkan kandungan, Akan tetapi anda mungkin mengalami masalah kebas atau sakit jari (sindrom carpal tunnell) akibat terlalu lama bekerja menggunakan komputer.


Sebelum memulakan rutin harian bekerja pastikan susunan meja dan kerusi adalah selesa untuk kegunaan anda sepanjang hari bekerja.


Kasut Tumit Tinggi


Bagi ibu mengandung pemakaian kasut tumit tinggi tidak digalakkan kerana ia akan mempengaruhi keselesaan. Anda perlu mementingkan keselamatan diri anda dan bayi dalam kandungan. Ala sekejap je pun untuk tidak bergaya dengan kasut tumit tinggi, sebaiknya sarunglah kasut yang selesa agar tidak mudah sakit belakang mahupun kekejangan.


Perjalanan Jauh

Jarak antara rumah dan tempat kerja serta jenis pengankutan yang digunakan turut perlu diberi perhatian. Bagi yang menaiki motosikal dengan suami, bagi tahu suami sebelum memulakan perjalanan supaya bawa tidak terlalu laju atau corner baring cecah lutut.

Perjalanan yang jauh di awal trimester kehamilan boleh menjadi punca keguguran. Usahakan untuk menaiki kenderaan yang tidak terlalu banyak bergetar.


Sentuh Kimia

Sekiranya ada di kalangan anda yang bekerja dalam bidang yang melibatkan penggunaan bahan kimia, adalah dinasihatkan untuk mengurangkan sentuhan langsung dengan bahan-bahan kimia tersebut.


Angkat Berat


Posisi terbaik untuk mengangkat sesuatu barang dari paras lantai ialah dengan mencangkung. Atau ingin mengambil barang dari tempat yang tinggi gunakan bangku yang kukuh. Sebaiknya minta bantuan sesiapa untuk melakukan kerja-kerja tersebut.


Jagalah kesihatan fizikal dan mental sepanjang mengandung, ia merupakan pengalaman yang indah sebagai seorang wanita. Ketidakselesaan ini akan hilang sebaik sahaja anda melihat wajah bayi yang anda kandung selama 9 bulan lebih.


Bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan, anda boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee.






Untuk membeli Vitamin Shaklee dan mendapat konsultasi percuma, hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619




Manfaat Vitamin C Dalam Shaklee Chewable Vita-C Plus




Chewable Vitamin C Shaklee terkini ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavonoid Complex dan menjadi antara suplemen vitamin C paling lengkap di pasaran. Dan sekarang ia dikenali sebagai Chewable Vita-C Plus 100mg.


Perbezaan Shaklee berbanding vitamin lain di pasaran


Bioflavonoid dan "Rose Hips" ditambah untuk mempertingkatkan fungsi Vitamin C dan menghalang oksidasi Vitamin C di dalam tubuh. Oleh kerana vitamin C semulajadi ditemui didalam makanan bersama-sama dengan faktor lain yang berkaitan, Shaklee meniru alam semulajadi dengan menambah Bioflavonoid dan "Rose Hips", antara sebatian-sebatian yang mengandungi Vitamin C yang berkait rapat sesama sendiri.


Manfaat Utama Chewable Vita-C Plus 



Shaklee Chewable Vita-C Plus menyampaikan 100mg Vitamin C dan mempertingkatkan fungsi imun dengan


# 1 - Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh

# 2 - Membantu menyokong integriti sel-sel

# 3 - Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah

# 4 - Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet.

# 5 - Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas dan orang dewasa

# 6 - Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan

# 7 - 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg

# 8 - Manfaat Vitamin C sangat bagus untuk menjaga kecantikkan kulit dan awet muda






Dengan menyunyah Shaklee Chewable Vita-C Plus, air liur akan memudahkan pemecahan vitamin C, menyediakannya untuk serapan sebaik sahaja ianya tiba di usus kecil. Kajian yang telah dilakukan menunjukkan dengan mengunyah amaun kecil vitamin c setiap hari akan menghasilkan serapan yang lebih tinggi.


Nak order klik Shaklee Chewable Vita-C Plus


Link Berkaitan


Sarapan Berkhasiat Untuk Otak

Menu Keperluan Pemakanan Anak-Anak

Menu Makanan Untuk Anak-Anak ADHD



Menu Makanan Untuk Anak ADHD



Menu Berkhasiat Untuk Anak ADHD


Entri kali ini saya akan kongsi pemakanan yang sihat untuk anak ADHD. Apa tu ADHD? ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) atau Kecelaruan Tingkah Laku yang sering terjadi kepada kanak-kanak. Antara tanda-tanda ADHD ialah


Kurang Tumpuan

Hiperaktif

Masalah Mengawal Tingkah Laku


Pemakanan berkhasiat dan berkualiti penting untuk tumbesaran anak-anak agar mereka dapat membesar secara normal. Kekurangan zat makanan bukan sahaja menjejaskan tumbesaran tetapi turut menyumbang kepada gangguan konsentrasi dan kecerdasan kanak-kanak. Mereka juga berpotensi untuk menjadi terlalu aktif. Berikut adalah cadangan diet harian untuk anak-anak anda.


# 1 - Zat Besi


Antara zat yang diperlukan dalam menu makanan untuk anak ADHD ialah zat besi.
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan darah merah bagi mengangkut oksigen dalam darah dan menyalurkannya ke dalam sel-sel tubuh. Kanak-kanak yang kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, lesu, gelisah dan ADHD.


Kanak-kanak yang ada masalah Anemia cepat bosan dan kurang bermotivasi dalam tugasan yang mencabar intelektual. Untuk memastikan anak-anak cukup zat besi, hidangkan mereka dengan bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapannya.


Dalam menu hariannya pula, pastikan ibu menghidangkan daging merah, ayam dan ikan tuna sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Pastikan juga anak-anak mengambil banyak sayuran hijau, brokoli dan kekacang.


# 2 - Asid Lemak


Nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak bukan sekadar untuk tumbesaran fizikal tetapi juga perkembangan minda.  Otak dan sel saraf mengandungi asid lemak tak tepu berantai panjang  (LCPs) yang sangat tinggi. Asid dokosaneksanoik (DHA) dan Asid arakdonik (AA) merupakan LCPs yang utama.


DHA merupakan komponen struktur utama dalam  tisu otak dan retina mata. Komponen ini penting khususnya dalam tempoh 2 tahun pertama dan peringkat awal kanak-kanak kerana ketika ini otak dan mata mengalami perkembangan yang pesat. Manakala AA hadir dalam membran sel tubuh yang diperlukan untuk penghantaran mesej disepanjang saraf dan fungsi ingatan yang normal.


AA juga penting dalam perkembangan penglihatan, keupayaan belajar dan koordinasi. DHA dari AA diperlukan untuk perkembangan otak. Oleh itu berilah anak anda makanan yang kaya dengan DHA dan AA seperti minyak ikan tuna untuk perkembangan mata dan otak yang optimum serta merangsang proses pembelajaran yang lebih baik.


# 3 - Asid Folik



Asid Folik dianggap sebagai makanan otak. Asid ini penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan cepat letih, bersikap tidak peduli dan pelupa.


Untuk mengelakkan masalah ini terjadi kepada anak-anak anda, berilah dia makanan yang mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, susu, cendawan, sayur berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.


# 4 - Vitamin B Kompleks



Vitamin B Kompleks adalah kombinasi 8 vitamin B  iaitu Thamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Asid Folik (B9).


Vitamin-vitamin ini berfungsi untuk memperbaiki aktiviti saraf dan mengurangkan tekanan yang sememang sangat bermanfaat bagi kanak-kanak ADHD. Sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B ialah hati, bijirin, nasi, kekacang, susu, telur, daging, ikan, sayuran hijau dan buah-buahan. Pastikan makanan yang disenaraikan ada di dalam menu harian anak-anak anda.


# 5 - Kalsium



Berilah anak anda minum susu dan makan banyak sayur-sayuran. Seperti yang kita sedia maklum, kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Kalsium juga turut menyokong sel-sel membran dan membantu sistem saraf terutamanya dalam penghantarangerak hati (impulse) yang boleh mengawal tingkah laku kanak-kanak ADHD.


Susu dan produk tenusu merupakan sumber utama kalsium. Kalsium juga boleh didapati dalam sayuran hijau dan bijirin.



Link Berkaitan


Sarapan Berkhasiat Untuk Otak


Menu Keperluan Pemakanan Anak-Anak


Vitamin cadangan untuk melengkapkan makanan harian yang boleh diambil anak-anak yang sedang membesar ialah Omega, Mealshakes, Performance Drink dan Vitamin C Chewable.







Kesilapan Dan Punca Sukar Hamil




Kehadiran cahayamata sering ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru berkahwin, bersyukurlah anda dikurniakan zuriat pelengkap rumahtangga anda. Bagaimanapun tidak semua pasangan bertuah dikurniakan rezeki daripada Allah. Ada yang didiagnosis sihat serta tiada masalah tentang kesuburan. Bersabarlah, InshaaAllah ada rezeki yang menanti untuk anda.


Dalam entri kali ini saya akan kongsikan antara kesilapan dan punca sukar hamil yang dialami oleh pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Tanpa kita sedari, tabiat dan gaya hidup seharian merupakan punca sukar hamil. Mengubahnya kepada yang positif, mana tahu selepas ini anda memiliki zuriat sendiri!.


# 1 - Penggunaan Gel Pelincir


Tahukah anda penggunaan gel pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil. Terdapat alternatif yang boleh digunakan untuk menggantikan gel pelincir iaitu telur putih, ia mempunyai fungsi yang sama seperti gel pelincir dan dikatakan telur putih lebih mesra sperma.


# 2 - Simpanan Sperma / Sperma Saving


Dengan mengelakkan hubungan intim selama sebulan kecuali sekitar masa subur ia dapat menjimatkan sperma, ianya adalah SILAP. Sebaliknya lebih banyak akan terhasil sewaktu memerlukannya! Ia juga adalah kesilapan yang besar.


Memang benar jika menyimpan sperma, anda mungkin mempunyai lebih banyak sewaktu diperlukan. Tetapi kebanyakkan sperma itu sudah lemah dan lembap serta tidak mampu mensenyawakan telur wanita.


Dalam usaha untuk meningkatkan peluang untuk hamil penting untuk memastikan sperma yang segar. Ini bererti pasangan anda harus ejakulasi paling tidak setiap lima hari sepanjang bulan. Semakin menghampiri masa ovulasi, tiba saatnya untuk meningkatkan frekuensi hubungan intim bagi meningkatkan peluang anda hamil.


# 3 - Vitamin C

Vitamin c sememangnya bagus untuk meningkatkan kesuburan, ia memperbaiki cecair serviks anda. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Di mana ia berjumpa dengan telur.


Tanpanya sperma tidak mampu hidup lebih lama. Tetapi mengambil terlalu banyak Vitamin C boleh memberi kesan buruk, terlalu banyak makan Vitamin C boleh menyebabkan kekeringan cecair serviks, seterusnya mengurangkan peluang untuk hamil. Dinasihatkan agar mengambil tidak lebih daripada 1,000mg Vitamin C setiap hari. Untuk makluman Vitamin C Shaklee sebiji adalah 500mg.


# 4 - Stres Atau Tekanan


Ia juga sering dikaitkan antara punca sukar mengandung. Tahukah anda dengan memberi komen "relaks la" ia menambahkan lagi tekanan kepada penerimanya.


Dalam kajian baru-baru ini, wanita  disarankan melakukan "terapi ketawa" yang mempunyai peluang tinggi untuk mengandung. Peruntukan masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari (lebih lagi bagus) melakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa. Awas bukan ketawa mengilai ditengah malam ya, nanti orang lain akan sangsi dengan anda.

Percaya atau tidak. ia jauh lebih berkesan berbanding memaksa diri untuk bertenang. Cubalah ya anda akan rasa perbezaannya.


# 5 - Makanan Mengganggu Kesuburan


Pastikan anda mengetahuinya, pada kebiasaannya wanita hamil akan berhati-hati dengan pengambilan makanan tetapi tidak bagi wanita yang ingin hamil.


Jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi. Apabila anda hamil dan mengetahuinya dua minggu selepas lewat kedatangan haid, bayi sudahpun terdedah dengan apa yang dimasukkan ke dalam badan dalam tempoh itu.


Merkuri tersimpan dalam saluran darah apabila diambil terlalu banyak menerusi makanan, kemudian disalurkan kepada bayi di dalam rahim. Terlalu banyak merkuri boleh memberi kesan kepada sistem saraf bayi  yang belum lahir.


Ikan tuna di dalam tin mengandungi paras toksik merkuri yang tinggi, Anda perlu menjauhi ikan yu, ikan todak, raja tenggiri, tile fish (juga dikenali golden atau white snapper), stik tuna (segar atau beku), mackerel Sepanyol dan kerapu kerana semua ikan ini mengandungi paras merkuri yang tinggi. Tetapi jangan elak semua ikan, kerana ikan kaya dengan protein, Vitamin D dan asid lemak omega 3 yang bagus untuk diet sihat.


# 6 - Minuman Berkafein





Minuman berkafein sering dikaitkan dengan kesuburan wanita. Sesetengah kajian mengatakan ia dan sesetengah lagi tidak. Namun kini kajian mengatakan dengan secawan kopi sehari sudah cukup mengurangkan peluang  sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh masa 12 bulan.


Walaupun perdebatan minuman kafein masih belum selesai, Dr Mark Leondires MD Pengarah Perubatan di Reproductive Medicine Associates of CT menggalakkan pesakitnya berada dipihak yang selamat dengan menjauhi minuman berkafein ketika mencuba hamil.


# 7 - Ubat-ubatan Yang Mesti Dijauhi Lelaki


Apabila sedang mencuba untuk hamil, suami dan isteri perlu menjauhi sebanyak mungkin ubat-ubatan yang diambil sebagai rutin harian.


Dan ini biasanya dihidapi oleh lelaki seperti Tagamet untuk merawat ulser, masalah gastrointestinal dan jangkitan salur kencing dan ubat-ubat mengawal keadaan kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit pembengkakan usus atau gout mempunyai kesan buruk pada pengeluaran sperma seterusnya kesuburan.


Tahukah Anda?


Set produk Shaklee turut merangkumi Set kesuburan dalam membantu masalah kesuburan lelaki dan wanita.


Set Kesuburan Shaklee mengandungi Set Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C.


Set Kesuburan Untuk Lelaki Vitamin E dan Zinc


Set Kesuburan Untuk Wanita Alfalfa dan GLA



Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee



Alfalfa Shaklee merawat keputihan, singkirkan lemak dan kolesterol



Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.


Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan".





Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun Alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.


Manfaat Utama Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee



Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih  dari 2500 tahun dan telah dikenal pasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannnya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia, 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.


# Mencuci Hati, Darah dan Usus 


Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan          kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan , membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.


# Melawan Alahan 


Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air.


# Baik Untuk Perubahan Patologi Di dalam Usus dan perut - 



Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.


# Menyingkirkan Lemak dan Kolesterol 


Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang  daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.  Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.


# Melawan Tumor 


Memakan 30 - 50 tablet untuk menalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.


# Melegakan keletihan 


Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit


# Mencegah / melawan Artritis 


Melegakan sakit artritis dan kesakitan.


Lain-lain kelebihan dan kebaikan Alfalfa Shaklee


Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang badan
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi sensasi rasa sejuk (Alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
Memberi kelegaan semasa kedatangan haid
Merawat Artrhitis
Merawat Asma atau lebih dikenali semput
Mencuci usus dan membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang.
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak sebagai kacip Fatimah kepada para isteri ( ni yang istimewa tentang Alfalfa ) dan sangat berkesan apabila bergabung dengan Vitamin E.
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit (Sila minum air yang banyak untuk mengelakkan sembelit)


AMARAN : Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE


Antara set produk Shaklee yang digabungkan dengan Alfalfa


Set Kesuburan - Alfalfa Shaklee dan GLA Shaklee


Set Menyusu







Kelebihan Dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

14 Ogos 2014, Khamis


Shaklee Collagen Powder


Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.

Melembabkan dan menjadikan kulit anjal, lembut dan tegang. Meningkatkan kelicinan kulit serta mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata.

Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat

Membantu menegang dan menganjalkan payudara.




Manfaat Shaklee Collagen Powder Untuk Kulit cantik, lebih anjal dan awet muda



Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh ramuan utama termasuk biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan  keberkesanankolagen RSS dan menyokong kecantikkan anda dari dalam ke luar.


Manfaat Utama Shaklee Collagen Powder







Semakin kita meningkat usia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit  yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakkan kolagen juga dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain.

Justeru itu Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.


Tampak Lebih Muda



Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula,


Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.


Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik , Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.


Membantu menghilangkan tanda penuaan.


Rasa Lebih Muda



Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.


Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.


Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.


Mastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda meningkat usia.


Berminat nak order? Klik sini 


Rempah Nasi Beryani Terlaris Di Pasaran

13 Ogos 2014






Di Johor antara makanan yang terkenal ialah Nasi Beryani, Mee Bandung, Laksa Johor, Soto dan macam-macam lagi makanan yang sedap-sedap sehingga termimpi-mimpi kalau dah sedap sangat.


Hari ni entri saya nak bercerita pasal Nasi Beryani, maklumla saya ni orang Johor sudah tentu peminat Nasi beryani. Mengikut ceritanya asal usul Nasi Beryani ialah hidangan berupa Nasi Basmathi biasanya dari beras yang dimasak bersama-sama rempah-rempah, sayuran atau daging. Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi yang bererti panggang atau goreng.


Untuk orang yang amatur baru belajar nak masak Nasi Beryani macam saya kena baca betul-betul, bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk memasaknya. Sebelum nak ke pasar tulis siap-siap bahan-bahan yang diperlukan, kalau tertinggal 1 bahan mungkin masakan anda tak menjadi dan lagi haru masuk dalam tong sampah!.


Sebelum memasak baca sekali lagi atau boleh je kalau nak telefon mak yang biasa masak nasi beryani atau kawan-kawan ke mintak nasihat untuk dapatkan cara masak Nasi Beryani yang mantap. Kadang-kala percubaan pertama tidak menjadi, mungkin terlebih atau terkurang, sebaiknya beli terus 2 - 3 kotak usaha itu tangga kejayaan hehe. Kita kena ada semangat untuk memasak dan dihidangkan kepada keluarga yang tersayang, yang penting kebersihan pun terjaga.


Mulakan memasak dengan Bismillah, relaks letakkan semua bahan-bahan yang nak di masak setempat, buka  tin siap-siap bukan tengah masak baru kalut nak buka, ala macam rancangan masakan biasanya kan semua dah tersedia dan dah bersukat siap-siap. Jika guna Beras Basmathi pastikan airnya disukat betul-betul supaya nasi tidak menjadi lembik dan anda hilang selera makan.


Nak masak Nasi Beryani ni kena pandai dan kreatif untuk sesuaikan rasa supaya tak berlemak sangat atau termasin biar semuanya masak dengan sempurna, tapi seperti yang saya bagi tahu sebelum ni, sebagai seorang amatur biasalah tu ada yang terlebih atau terkurang, alah bisa tegal biasa kata orang Paris hehe.


Ni hasilnya pagi tadi selepas mengikut cara memasak Nasi Beryani, cuba ikut arahan dibelakang kotak. InshaaAllah masakan anda menjadi. Lepas ni boleh buat rumah terbuka dengan air tangan sendiri, menu utama Nasi Beryani...walla mantap ok.





Bagi anda yang berminat nak memasak Nasi Beryani, ia didatangkan dengan 2 pek iaitu Nasi Beryani Ayam dan Beryani Kambing.




RM18 tidak termasuk postage





RM18 tidak termasuk postage



Dalam pek ini dah disediakan Beras Basmathi, Rempah serbuk dan Rempah tumis. Untuk 1 kotak cukup untuk 4 - 5 orang makan.


Takut nak makan Nasi Beryani sebab kolesterol, isshh...issh jangan la macam tu kan Phytocol Shaklee ada :)


Nak order boleh email : arnisyazila@gmail.com atau 

Whatsapp : 010-2995619









Kelebihan Dan Kebaikan Zinc Complex Shaklee


12 Ogos 2014, Selasa






Perbezaan Zinc Shaklee Yang Perlu Anda Tahu


Dirumus dari Zinc glukomat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan Zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.


Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.


Manfaat Utama Zinc Shaklee


Mengaktifkan 200 jenis enzim

Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja


Membentuk Kolagen

Membantu pembentukkan protein dan kolagen untuk pertumbuhan  dan perkembangan kulit, kuku dan organ.


Memperbaiki Diabetes


Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetes.


Bintik Putih diKuku

Bintik putih dikuku adalah tanda defiensi Zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.


Mempertingkatkan Sistem Imun

Membantu pengeluaran kalenjar thymus. Kalenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser  dan menghalang infeksi penyakit.


Mempercepatkan Pemulihan Luka

Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan Zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.


Memperbaiki Masalah Prostat

Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign protatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian Zinc dapat mengurangkan  prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.


Kemampuan Seks Lelaki

Pengambilan Zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.






Ovulasi Wanita

Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahannya.


Memperbaiki Radang Kulit


Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4 - 8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti acne dan jerawat.


Mengekalkan Deria Bau


Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau)


Zinc Adalah Suatu Khazanah Lelaki

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kemantangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, Zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.


Nak order Zinc Complex Shaklee? Klik sini


Anda juga boleh baca kelebihan Vitamin Khusus Untuk Lelaki