Resepi Daging Masak Blackpepper



Resepi Daging Masak Blackpepper


Hari ini saya akan kongsikan Resepi Daging Masak Blackpepper yang ringkas dan mudah. Untuk mendapatkan daging yang lembut biasanya saya akan beli daging batang pinang. Menu ni antara menu feveret keluarga kami. Nak tahu khasiat lada hitam sila klik Khasiat Lada Hitam Dan Resepi Ibu Berpantang.



Bahan-bahan


500gm daging batang pinang dan hiris nipis
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 tangkai cili merah (dipotong kasar)

Untuk sos lada hitam saya gunakan jenama Hatinie's Kitchen yang pasti sedap dan menyelerakan. Untuk daging 500mg saya hanya gunakan separuh bungkus sahaja.





Akan tetapi kalu anda takde sos lada hitam ni, anda boleh gunakan

2 sudu besar sos tiram
Kicap manis
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)


Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak, biasanya daging saya perapkan dalam 15 minit dengan kunyit dan garam kemudian daging tersebut digoreng. Agak-agak dah masak angkat dan asingkan.


2. Kurangkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih jika menggunakan sos lada hitam masukkan setengah bungkus sos lada hitam dan tunggu hingga mendidih 


3. Jika tidak menggunakan sos lada hitam, selepas menumis bawang putih dan naik bau masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dan masukkan daging. Kerapkan mengacau bahan dalam kuali atau periuk.


4. Kemudian tambahkan bancuhan tepung jagung, bawang besar dan cili merah. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan.


Suka dengan resepi daging masak blackpepper tetapi dalam masa yang sama risau dengan kolesterol, apakata sebelum anda makan daging telan 2 biji Phytocol, fungsi Phytocol-ST ialah menurunkan kolesterol secara semulajadi. Nak tau lebih lanjut berkenaan Phytocol-ST boleh klik Phytocol-ST Shaklee musnahkan kolesterol jahat.


Dan selepas makan makanan yang berat, minum infused water, nak tau macam mana rupa infused water, boleh klik Infused Water dan Kebaikannya Untuk Detoks Tubuh Anda.


Selamat Mencuba


Sila hubungi saya untuk order Vitamin Shaklee


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619

Infused Water Dan Kebaikannya Untuk Detoks Tubuh Anda



Agak-agaknya suka tak tengok gambar ni, berwarna-warni kan meriah dengan pelbagai jenis buah-buahan, saya sendiri adalah penggemar infused water ni, resepi yang selalu saya gunakan ialah hirisan lemon dan halia, sejukkan di dalam peti sejuk, keesokkan paginya minum.....perghh rasanya sangat menyegarkan. Bukan waktu pagi sahaja boleh minum, bila-bila masa pun boleh takde masalah.


Apa sebenarnya Infused Water ni yang saya dok bebelkan ni? Infused Water ialah air putih yang dicampurkan dengan buah-buahan dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum minum. Dan ia terkenal dikalangan selebriti, lepas minum tu memang ada rasa macam selebriti gitu...ahaks.


Kebaikan Infused Water ialah ia membantu tubuh anda untuk detoks. Detoks dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh dan menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain rasanya yang menyegarkan, ia adalah minuman yang tidak membosankan dimana anda boleh nikmati pada bila-bila masa dan di mana saja.


Berikut beberapa cadangan beberapa jenis buah yang boleh digunakan sebagai campuran infused water.


Lemon






Air dengan campuran hirisan buah lemon merupakan minuman detoks terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambah alkali dalam tubuh sehingga anda berasa lebih segar. Untuk membuatnya anda hanya perlu menghiris beberapa buah lemon segar, memerah sari lemon dan menambahkan beberapa liter air putih ke dalamnya. Ikut kesesuaian saiz gelas atau jag yang anda gunakan.



Pudina




Menambahkan daun pudina ke dalam infused water akan membuat air anda menjadi lebih manis sedikit, sekalipun tidak ditambahkan gula. Campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu menenangkan perut dan melancarkan pencernaan.



Mentimun




Selain bermanfaat untuk kulit dan mata. Infused water mentimun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh.


Halia





Infused Water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem ditubuh anda, melancarkan pencernaan dan juga menenangkan perut.



Saya galakkan anda menggunakan gelas untuk membuat Infused Water selain dari menarik untuk diminum ia juga untuk elakkan ada bauan lain yang kurang menyenangkan jika menggunakan bekas plastik selain itu untuk kesihatan juga.




Infused water ni juga sangat digalakkan untuk mereka yang tak suka makan buah-buahan atau ibu hamil yang tekak sering mual diawal kehamilan. Kat mana ya nak cari glass jar yang cantik-cantik dan tidak mahal. Saya tahu ramai yang suka makan spaghetti bolognese apakata glass jar tu uolls jangan buang, basuh bersih-bersih dan gunakan untuk Infused Water, mudahkan? 



Vitamin Shaklee Untuk Detoksifikasi



Vitamin Shaklee ada ke untuk detoks badan? Jawapannya ialah.... ada iaitu Alfalfa dan Herblax.


Alfalfa Shaklee


Vitamin Shaklee Untuk Detoks


Alfalfa ialah tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. Antara fungsi Alfalfa ialah mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.



Herblax Shaklee


Vitamin Shaklee Untuk Detoks

Manfaat Herblax Shaklee ialah membersihkan najis yang tersekat, merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita serta membantu masalah sembelit.


Semoga dengan perkongsian saya Infused Water Dan Kebaikannya Untuk Detoks Tubuh Anda Serta Vitamin Shaklee untuk detoks tubuh diharap dapat membantu agar kita semua dapat kebaikannya. InshaaAllah.


Untuk mendapatkan vitamin Shaklee sila hubungi 


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619




Ostematrix Shaklee Membantu Ibu Menyusu



Setiap ibu mengimpikan untuk menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya 2 tahun akan tetapi kadangkala kita tidak dapat menepis suasana persekitaran atau badan kita sendiri untuk meneruskan penyusuan, pelbagai rintangan dan dugaan untuk menyusukan bayi antaranya ialah masalah sakit badan.





Masalah sakit badan atau lenguh biasanya berlaku apabila anda menyusukan bayi terutama apabila duduk terlalu lama sehingga sakit dibahagian tulang punggung. Saya akan cuba membantu anda mengapa masalah sakit dan lenguh ini berlaku dan bagaimana Ostematrix Shaklee membantu ibu menyusu agar badan anda lebih selesa semasa menyusukan bayi.


Antara penyebabnya ialah posisi badan yang tidak sesuai semasa menyusukan bayi terlalu lama sering menyebabkan masalah sakit dan lenguh badan terutamanya jika menyusukan dalam keadaan duduk. Saya sendiri pernah mengalami masalah ini, penyelesaiannya ialah susukan bayi anda dalam keadaan posisi yang paling selesa contohnya seperti berbaring di atas katil atau jika anda ingin duduk dan menyusukan mungkin anda boleh letak kusyen atau bantal dibelakang anda agar anda dapat sandarkan badan anda.





Di dalam set ibu menyusu Shaklee kami cadangkan pengambilan Ostematrix sebagai kalsium tambahan kerana sebahagian besar kalsium di dalam badan digunakan untuk penghasilan susu. Jika anda mengalami masalah kekurangan kalsium ia mengakibatkan anda sakit dan lenguh badan.


Dengan memilih Ostematrix Shaklee untuk membantu anda sebagai ibu menyusu ia adalah satu pilihan yang bijak. Kenapa dan apa kelebihan Ostematrix Shaklee?


Ostematrix Shaklee ialah kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum dan boron.


Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.







Nak baca lebih lanjut tentang kebaikan Ostematrix Shaklee membantu ibu menyusu boleh klik khasiat dan kelebihan Ostematrix Shaklee


Eh tapi anda masih hamil dan belum melahirkan lagipun anda masih muda, jangan risau kekurangan kalsium ni mungkin anda tak rasa sekarang tapi fikir-fikirkan 10 tahun atau 15 tahun akan datang atau mungkin 5 tahun lagi anda dah mula rasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit badan. Ditambah pula anda bukan peminat susu. InshaaAllah Ostematrix Shaklee boleh  membantu anda sebagai Ibu Menyusu, bukan sahaja semasa bayi menyusu malahan dari anda mula hamil lagi dah boleh makan Ostematrix Shaklee.


Sila klik link berikut untuk


Set Vitamin Ibu Hamil

Set Vitamin Ibu Bersalin Caeserian

Set Vitamin Ibu Menyusukan


Jangan lupa hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619

Resepi Cendawan Kukur Goreng Pedas




Inilah rupanya cendawan kukur atau di Kelantan dikenali sebagai kulat sisir. Cendawan kukur ini banyak tumbuh di batang pokok yang sudah mati terutamanya batang pokok getah yang telah tumbang atau ditebang. Memandangkan sekarang musim hujan cendawan kukur ini banyak dan mudah didapati. Selepas hujan biasanya cendawan ini kembang dan mudah dipetik.


Bagaimana saya kenal dan makan cendawan kukur ni? Ianya diperkenalkan oleh pengasuh anak saya masa dia di nurseri, masa tu pengasuh dia masak cendawan kukur goreng pedas, pertama kali rasa macam pelik akan tetapi selepas beberapa kali makan wah sedap jugak cendawan kukur ni :)


Tapi disebabkan ianya agak sukar didapati di Shah Alam ni maka saya pun takde la mencari cendawan kukur ni, cuma baru-baru ini saya ke pasar Seksyen 6 Shah Alam ternampak 1 brother ni sedang mengasingkan cendawan kukur ni untuk dijual dalam pek, oklah kita try beli 2 pek, 1 pek harganya RM5.





Dah beli kenala masak kan, kalau tak nanti kena sindir dengan En Suami hehe. Lagipun membazir kalau dah beli tak masak dan buang begitu sahaja. Ramai yang mengidam dan mencari cenawan kukur ni.


Resepi Cendawan Kukur Goreng Pedas





Resepi Cendawan kukur Goreng Pedas



Bahan-bahan


3 cawan cendawan kukur yang dikeringkan atau sebungkus seperti yang saya beli.
4 - 5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
10 - 15 biji cili padi *
1 cm kunyit hidup *
Segenggam ikan bilis
1 -2 batang serai diketuk
Garam secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara Menyediakan


1. Cendawan kukur dibersihkan, kerat jika ada bahagian yang keras pada umbinya. Rendam cendawan dalam air, dengan menggunakan tangan sauk cendawan yang timbul supaya habuk jatuh ke bawah. Sebaiknya buat 2 atau 3 kali, jirus air dan toskan. Tumbuk cendawan separuh lumat dan ketepikan.


2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sehingga ikan bilis separa lumat.


3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumbuk serta serai hingga wangi. masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.


4. Masukkan cendawan dan goreng atau kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan jangan lupa matikan api, maka dah boleh dihidangkan. Sangat enak dimakan bersama-sama dengan nasi atau nak lain dari yang lain boleh makan dengan roti, ada yang marah ke?


Selamat Mencuba






Manfaat Buah Pisang Untuk Wanita Hamil Dan Resepi Ringkas














Manfaat Buah Pisang Untuk Wanita Hamil dan Resepi Ringkas


Buah pisang ni memang sedap dimakan begitu sahaja dan terdapat pelbagai jenis buah pisang seperti pisang tanduk, abu, rastali, berangan sampaikan saya sendiri pun tak kenal hehe. Anak-anak pun suka makan buah pisang ni. Ianya juga mudah didapati di Malaysia. Secara amnya pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Saya akan kongsikan entri kali ini manfaat buah pisang untuk wanita hamil dan resepi ringkas untuk anda yang selalu sibuk dan mengejar masa.


Manfaat Buah Pisang Untuk Wanita Hamil Dan Resepi Ringkas


Mengandungi Vitamin B6


Vitamin B sangat penting untuk wanita hamil kerana ia membantu perkembangan bayi dalam kandungan dan pisang sarat dengan Vitamin B6. Vitamin B6 dari pisang juga membantu ibu hamil dan bayi untuk mengangkut oksigen ke seluruh jaringan melalui hemoglobin


Mengandungi Kalium Tinggi


Kalium adalah mineral yang sangat baik dan sangat diperlukan oleh wanita hamil. Mineral ini membantu meringankan masalah yang biasa dialami oleh wanita hamil seperti kaki krem, mencegah pembekakan, membantu meredakan "morning sickness". Akan tetapi jika kaki anda terlalu bengkak anda berkemungkinan mengalami pre-eklampsia yang mana anda perlu dengan segera merujuk kepada doktor anda.


Membantu Masalah Sembelit


Wanita hamil sering berhadapan dengan masalah sembelit, apakata mulakan pagi anda dengan sebiji pisang. Pisang mengandungi serat dan pektin. Ia membantu mengatasi masalah sembelit.


Mengandungi Zat Besi dan Folat


Kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan oleh diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah yang teruk dan kehamilan. Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menampung keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan tumbesaran bayi.  Pisang mengandungi zat besi dan folat.


Selain itu kandungan potasium tinggi dalam pisang turut membantu merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok. Pisang juga membantu mengurangkan tekanan kerana sejenis protein yang dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak mereka yang berada dalam tekanan.


Selain dimakan mentah, buah pisang juga boleh dibuat pelbagai jenis masakan seperti kerepek, pisang goreng, cekodok pisang, sayur pisang muda atau kek pisang tetapi tahukah anda ia mengandungi lebih banyak lemak. Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan manakala kandungan lemak akan bertambah sebaik-baiknya hadkan pengambilan pisang yang digoreng mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali atau lebih baik sebulan sekali.


Macamana dah baca manfaat buah pisang untuk wanita hamil? Dan sekarang resepi ringkas yang saya nak kongsikan sangat mudah dan pantas untuk anda sediakan diwaktu pagi, bukan sahaja anda boleh minum akan tetapi anak-anak pun boleh kongsi terutama yang nak ke sekolah di waktu pagi.


Resepi ESP Shaklee dan sebiji pisang.


Bahan-bahannya ialah

ESP Shaklee satu setengah sudu besar

1 biji pisang kegemaran

Air masak 500ml


Cara nak membuatnya


Masukkan semua bahan dan Kisarkan atau blend sehingga halus dan terus minum, sangat sedap dan mengenyangkan. Selamat mencuba :)








Jangan lupa ya bulan Oktober ni promosi ESP Shaklee beli 6 percuma 1 dan Mealshakes beli 3 percuma 1. Nak order Shaklee sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619


Resepi Urap Ulam Yang Mudah





Resepi Urap Ulam Yang Mudah



Saya akan kongsikan Resepi Urap Ulam Yang Mudah, anda boleh gunakan pelbagai ulam yang anda minat samada daun pegaga, daun selom, ulam raja bagi yang tahan rasa pahit boleh cuba dengan pucuk betik. Ikut selera masing-masing la ya. Urap ni makanan orang Jawa, sedap di makan bersama-sama dengan nasi panas, nak buat lauk berpantang pun ok.


Untuk resepi Urap Ulam yang mudah kali ini saya menggunakan Daun Selom. Daun Selom ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolesterol dalam pesakit diabetes atau kencing manis.


 Bahan-bahan


Daun selom beberapa cekak pun boleh sebelum tu basuh dulu dengan air garam ya dan diracik 

1/2 biji Kelapa parut putih

Garam dan gula secukup rasa






Bahan-bahan yang ditumbuk halus

1/2 biji bawang besar

6 biji Cili padi

2-3 ulas cekur

2 ulas bawang putih

3 - 4 ekor ikan bilis









Bahan-bahan tambahan


1/2 inci kunyit hidup

Udang kering

Belacan yang dibakar 

Jika nak buat sebagai lauk berpantang tidak perlu letak udang kering dan belacan dikhuatiri gatal.



Cara-cara membuatnya


1. Gaul kelapa parut putih bersama bahan-bahan yang ditumbuk halus, kemudian perasakan dengan  
    garam secukupnya dan sedikit gula, gaul lagi. Masukkan hirisan atau daun selom yang diracik, gaul
    lagi hingga mesra.


2. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak atau disangai urap ulam daun selom sekejap, pastikan api   
    yang kecil sahaja, jangan lama sangat memadai dengan rasa suam sahaja. Angkat dan biarkan sejuk
    dan hidangkan dengan nasi panas confirm nasi bertambah.


Nak makan dengan nasi boleh, nak makan dengan bubur pun boleh. Selamat mencuba...


Menu Untuk Kanak-Kanak Obes



Kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti semakin meningkat dan ia berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor penyumbang ialah pemilihan makanan dan saiz hidangan yang tidak bersesuaian, tidak melakukan senaman atau aktiviti fizikal, faktor keturunan juga kesan daripada penyakit dan penggunaan ubat-ubat tertentu.


Antara Tip Menu Untuk Kanak-Kanak Obes 


Kurangkan atau sesekali sahaja pengambilan makanan terproses seperti sosej, bebola daging, nuget atau makanan segera. Mungkin anda boleh sendiri contohnya Nuget ayam , sangat mudah untuk disediakan saya ada kongsikan resepinya klik Resepi Nugget Ayam Yang Sedap.


Bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke atas serta mengalami masalah obesiti, hadkan pengambilan susu dan produk susu kepada 1-2 gelas sehari. Sebaiknya pilih produk susu yang rendah lemak atau tanpa lemak untuk mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan.


Bagi kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun, pastikan anda mendapat nasihat Pegawai Dietatik terlebih dahulu sebelum menggunakannya.


Pengambilan minuman berkarbonat atau kordial dam makanan manis perlu dihadkan atau sebaiknya dielakkan di dalam menu atau diet seharian kanak-kanak obes kerana ia mengandungi rendah nutrien serta tinggi kandungan kalori. Walaupun anda hadkan kepada sehari sekali dikalangan kanak-kanak yang sering mengambilnya di dalam kuantiti yang banyak sebelum ini sudah cukup untuk memberikan manfaat yang besar kepada pengawalan berat badan dan kesihatan mereka.


Hadkan makanan yang bergoreng menggunakan minyak yang banyak atau "deep fried" kepada sekali seminggu. Buang lemak dan kulit yang terdapat pada daging atau ayam sebelum makanan dimasak.


Sebagai ibu anda perlu kreatif untuk menu harian anak anda. Lakukan pengubahsuaian resepi dengan menukarkan makanan yang bergoreng dan bersantan kepada makanan yang rendah lemak serta menggunakan ketuhar untuk membakar, sup stim atau menggunakan kuali yang tidak melekat dengan penggunaan sedikit minyak.


Galakkan anak-anak bermain samada ke taman permainan, berbasikal atau mana-mana sukan yang sesuai untuk anak-anak. Elakkan anak-anak menonton televisyen berjam-jam lamanya sambil makan makanan ringan.


Keseimbangan nutrien sangat penting dalam proses anak-anak membesar, setiap kumpulan makanan mempunyai fungsi yang berbeza. Manakala hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam perlu lengkap dengan karbohidrat seperti nasi, mihun, roti makanan yang berasaskan jagung dan ubi-ubian.


Bagi membekalkan tenaga, protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang untuk tumbesaran dan sedikit lemak seperti  minyak, marjerin dan mentega. Lengkapkan menu harian dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan untuk penjagaan kesihatan serta memastikan sistem tubuh berfungsi dengan baik. Sayur dan buah juga kaya dengan serat untuk proses penghadaman.


Seperti yang kita sedia maklum anak-anak mungkin cerewet dengan sayur dan tak nak makan sayur, pelbagai alasan diberikan. Cara yang paling mudah ialah memperkenalkan makanan ini mungkin sekali setiap 2 minggu, anda boleh pelbagaikan cara yang menarik untuk anak-anak makan atau suka dengan sayuran, terdapat pelbagai resepi atau menu yang kreatif yang boleh anda pelajari di internet. Pengulangan yang berterusan mungkin membuahkan hasil serta kekal menjadi makanan kesukaan mereka hingga dewasa.


Bagi anak yang terlalu cerewet dengan makanan anda boleh klik Atasi Anak Cerewet Makan Dengan Mealshakes.


Vitamin Anak Cerewet Makan



Jika anda berminat untuk membeli vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee dan menambah pendapatan, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619




Pengedar Shaklee Shah Alam


PENGEDAR SHAKLEE DI SHAH ALAM DAN SELURUH MALAYSIA





Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Shah Alam dan seluruh Malaysia




Pengedar Shaklee Shah Alam




Jika anda sedang mencari


Set Ibu Mengandung Shaklee
Set Berpantang Shaklee
Set Menyusukan Shaklee



Set Sendi Shaklee

Set Kecantikan Kulit Shaklee

Set Diabetes Shaklee


Sila hubungi saya

Email: arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619
SMS : 012-2183024


Boleh COD kawasan Shah Alam dan penghantaran seluruh Malaysia


Harga terbaik dari kami!!


Berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan menjana pendapatan, sila hubungi saya


Your Trusted Independent Distributor




Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil

Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil


Melihat sahaja buah kiwi ni terus rasa masam-masam manis, kalau baru dikeluarkan dari peti sejuk rasanya pasti menyamankan tekak dan terus kunyah sehingga habis, silap haribulan tak cukup 2 - 3 biji, betul tak?


Bagi ibu yang hamil, mereka  memerlukan  makanan harian yang mempunyai khasiat yang tinggi, nutrien yang penting dalam makanan harian ialah Vitamin C, Asid Folik dan Kalsium bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Cara yang paling mudah ialah lengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Kiwi merupakan buah yang banyak khasiatnya dengan rasanya yang masam manis ia juga boleh mengurangkan rasa mual di peringkat awal kehamilan. 


Manfaat Buah Kiwi Untuk Ibu Hamil


Kekalkan Sistem Imunisasi


Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Buah kiwi merupakan salah satu sumber Vitamin C paling baik. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan Vitamin C di dalam sel badan. Vitamin C juga berperanan dalam meningkatkan imuniti badan, ini penting agar ibu hamil berada dalam keadaan sihat.


Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik dan paling penting Vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.


Asid Folik Yang Tinggi


Buah Kiwi adalah makanan yang ideal untuk ibu hamil kerana kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.


Kekurangan asid folik boleh menyebabkan spina bilfilda, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan dan lazimnya sebelum anda sedar anda sedang hamil. Pengambilan asid folik sebelum hamil mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.


Mengurangkan Sembelit


Kebanyakkan wanita hamil mengalami masalah sembelit, masalah ini berlaku akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungans erat yang tinggi, dimana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin. Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan semeblit sepanjang tempoh kehamilan. Serat membantu mengumpul dan membuang toksin  daripada kolon. Ia juga dapat menngelakkan kanser usus.


Tidur Yang Nyenyak


Lazimnya ibu hamil akan mengalami gangguan tidur dari awal kehamilan sehingga anda bersalin. Kekurangan waktu tidur yang cukup boleh menggangu rutin harian dan juga mempengaruhi tumbesaran bayi. Kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur, ia juga dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.


Merendahkan Tekanan Darah


Jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan ibu hamil dan bayi dalam kandungan, malahan ia turut menjurus kepada masalah diabetes. Buah Kiwi mengandungi potassium yang lebih banyak berbanding pisang dengan hanya 1 hidangan. Fungsi potassium ialah melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.


Mungkin ada sesetengah dari kita yang suka mempelbagaikan resepi atau menu makanan harian, apakata kali ini anda kisarkan buah kiwi dengan ESP Shaklee dan Mealshakes Shaklee, dengan rasa yang lazat dan enak bukan sahaja menyegarkan malahan anda dapat khasiat dari minuman tersebut.

Vitamin Ibu Hamil Shaklee




Inginkan resepi ESP Shaklee yang lain anda boleh klik Resepi Aiskrim ESP Shaklee.


Rahsia dan Khasiat Vitamin Ibu Mengandung Shaklee, anda boleh klik Vitamin Untuk Ibu Hamil Shaklee.


Berminat nak jadi ahli Shaklee dan nak order vitamin Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619



Grand Opening Of Home Office Shaklee Malaysia



Hari ini 18 October 2014 merupakan hari bersejarah bagi Shaklee Malaysia  kerana ianya adalah hari perasmian Home Office Shaklee Malaysia yang terletak di Bangunan Pinnacle, Sunway atau hari dipanggil Ribbon Cutting Ceremony.




Home office Shaklee Malaysia ini lebih luas dan selesa, mesra kanak-kanak, mesra untuk ibu yang menyusukan bayi, ruang menunggu dan bertemu pelanggan juga sangat selesa. Keselesaan ini anda boleh lihat pada gambar-gambar yang akan saya kongsikan.









Nampak tak bagaimana pihak Shaklee menyediakan kemudahan dan memberi sokongan untuk para SID mengembangkan bisnes masing-masing agar semuanya berkembang dengan lebih maju. Gambar berikut yang akan saya kongsikan ialah suasana semasa Ribbon Cutting yang dihadiri oleh sebahagian dari SID Shaklee.









Dan saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan semasa hari bersejarah ini.



Seperti biasa pihak Shaklee akan bagi Door Gift dan kebiasaannya memang sesuatu yang dinanti-nantikan oleh SID Shaklee. Cuma kali ini saya agak kurang bernasib baik kerana tidak berpeluang memenangi sebarang cabutan bertuah berupa 2 kotak Collagen Powder Shaklee. 




Inilah Door Gift dari pihak Shaklee kepada kami yang hadir hari ini.





Apabila kita menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak Shaklee samada Master Celebration, New Distributor Training, Nutrition workshop, National Conference ia akan membangkitkan semangat kita dalam membangunkan bisnes Shaklee kita. Aura-aura positif akan sentiasa kita "charge", aura ini akan memberi kita tenaga dan semangat luar biasa untuk kita membantu lebih ramai orang samada dari segi kesihatan atau kewangan. 


Semoga perkongsian saya ini, memberi anda idea untuk memulakan bisnes Shaklee bersama-sama grup kami, dengan modal yang rendah hanya RM75 seumur hidup atau anda sendiri makan vitamin Shaklee dan berkongsi kebaikan Shaklee, mana tahu bonus menanti anda bulan berikutnya.


Berminat nak menjadi ahli Shaklee dan membeli Vitamin Shaklee, sila hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp: 010-2995619





Pendarahan Di Akhir Usia Kehamilan

Pendarahan Di Akhir Usia Kehamilan



Pendarahan di usia akhir kehamilan biasanya disebabkan oleh Placenta Praevia atau masalah uri bawah yang dialami oleh ibu hamil. Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut tentang Placenta Praevia boleh klik Masalah Uri Bawah Atau Placenta Praevia.


Entri kali ini saya akan kongsikan penyebab pendarahan diakhir usia kehamilan. Yang mana jika masalah ini berlaku, saya nasihatkan anda segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


Placenta Praevia


Apabila serviks meregang di akhir kehamilan sebagai persiapan awal untuk proses kelahiran, sesetengah saluran darah plasenta akan meregang dan pecah. Ini menjadi penyebab antara 20% pendarahan di trimester ketiga dan berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan.


Placenta Abruption


Keadaan ini timbul apabila plasenta yang normal berpisah dari dinding rahim ketika pramatang dan darah berkumpul antara plasenta dan rahim. Hal ini berlaku kepada 1 dalam 200 kehamilan. Penyebabnya masih belum diketahui.


Rahim Pecah


Apabila keadaan ini berlaku, ini boleh menyebabkan bayi tersingkir ke bahagian abdomen. Rahim pecah amat jarang berlaku tetapi sangat merbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Kira-kira 40% wanita yang mengalami komplikasi ini perlu menjalani pembedahan ke atas rahim. Rahim pecah boleh berlaku sebelum, semasa proses kelahiran atau di saat anda mahu melahirkan.


Saluran Janin Pecah


Keadaan ini berlaku 1 daripada setiap 1000 kehamilan. Saluran darah bayi daripada tali pusat mungkin bersambung dengan membran dan bukannya plasenta. Jadi, saluran darah bayi mengalir ke pintu masuk saluran kelahiran. Hal ini turut dikenali sebagai vasa previa dan berlaku kepada 1 dalam 5000 kehamilan.


Sebab-sebab lain


Sebab lain yang kurang lazim berlaku ialah serviks atau vagina mengalami kecederaan atau luka. Masalah ini termasuklah polyps, kanser dan vericose veins.


Sebagai seorang Islam kita bergantung sepenuhnya kepada Allah swt, berdoalah, berzikir dari awal kehamilan agar anda dan bayi sentiasa dipelihara.

Set Vitamin Ibu Mengandung Menyebabkan Bayi Besar?




Seringkala ada suara-suara yang berkata-kata "eh ko makan vitamin masa mengandung? Nanti anak ko besar susah ko nak bersalin atau ko nak meneran" . Untuk makluman vitamin prenantal atau vitamin ibu mengandung tidak berkait rapat dengan kelahiran bayi yang besar. Bayi besar atau macrosomia adalah bayi yang dilahirkan 4kg ke atas.


Faktor-faktor Yang Menyebabkan Bayi Besar


1. Penyakit kencing manis atau darah tinggi semasa hamil


2. Kandungan "lebih hari"


3. Bayi lelaki (biasanya bayi lelaki lebih berat daripada bayi perempuan)


4. Faktor genetik (Jika bapa dan/atau ibu kepada bayi mempunyai rangka dan tubuh yang besar, bayi boleh mempunyai tubuh yang lebih besar juga.


5. Faktor pemakanan (Jika ibu banyak mengambil gula/karbohidrat dan makan makanan yang berlemak/berminyak, berat bayi akan bertambah di dalam kandungan)


Setiap wanita yang hamil diberikan Vitamin Ibu Mengandung bertujuan untuk membantu wanita hamil mendapatkan vitamin dan mineral yang secukupnya. Ada juga ibu yang kurang sesuai dengan vitamin ibu mengandung dan menyebabkan mereka rasa loya, muntah mungkin disebabkan oleh baunya atau sukar untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet. Sesetangah ibu hamil kurang senang dengan najis mereka yang bertukar warna hitam, ini adalah kesan daripada zat besi yang terdapat dalam pil multivitamin.


Bagi ibu hamil yang tidak mahu mengambil sebarang vitamin ibu mengandung, anda harus pastikan diet makanan seharian adalah seimbang dan diperkaya dengan karbohidrat berserat tinggi, protein daripada ayam, daging dan bahan tenusu serta pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.


Bagi anda yang masih mencari Vitamin Ibu Mengandung, saya cadangkan anda mengambil Set Vitamin Ibu Mengandung Shaklee yang lengkap.


Vitamin Ibu Mengandung Shaklee


Dan bagi mereka yang tidak boleh makan vitamin dalam bentuk tablet, jangan risau anda boleh mengambil Mealshakes sebagai makanan tambahan anda.




Ingin mengetahui khasiat Mealshakes, anda boleh klik Mealshakes Shaklee Terbaik Untuk Anda Dan Anak Anda

Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan



Kenal tak? Ini namanya Bawang Putih atau Garlic. Setiap kali nak masak, bawang putih ni wajib tapi ada sesetengah masakan kalau terlebih bawang putih rasanya agak kurang enak. Tapi kalau anda masak Nasi Arab 2 labu bawang putih yang digunakan bukan 2 ulas tau. Masakan Cina atau masakan dalam pantang bawang putih ni wajib, sebab apa takkan sebab rasa je kan, bawang putih ni ada banyak khasiatnya. Silakan baca khasiat bawang putih.


Secara ringkasnya bawang putih membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan trigliserida. Dalam jurnal Alternative Medicine Alert, pengambilan satu atau dua ulas bawang putih sehari dapat membantu dalam perawatan tambahan.


Khasiat Bawang Putih atau Garlic Yang Perlu Anda Tahu


Bawang putih bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus


Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih, bertindak sebagai anti-virus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Ianya baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.


Mengurangkan Risiko Angin Ahmar


Oksida Nitrik yang dihasilkan oleh Bawang Putih  pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.


Mengandungi Iodin


Untuk pesakit hypertiroid, pengambilan Bawang Putih yang mempunyai kandungan iodin yang tinggi baik untuk mereka.


Mengurangkan Risiko Kanser


Bawang Putih kaya dengan anti-oksidan seperti selenium, ia mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang pengidap kanser.


Antiinflamasi


Kajian menunjukkan Bawang Putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma. mengurangkan inflamasi pada arthritis pada sendi seperti rheumatoid atau osteoarthritis


Meningkatkan Sistem Imunisasi


Pengambilan Bawang Putih sebanyak dua tiga ulas sehari selama 3 minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.


Melindungi Tanaman


Bagi mereka yang rajin berkebun, kadangkala anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam, hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancuhkan dengan minyak mineral, air dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.


Membantu Sistem Pencernaan


Bawang Putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.


Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh


Kandungan Di-sulphide di dalam Bawang Putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/Perut

Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh cuba dengan mengambil 2 ulas bawang putih dan bakar. Selepas itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. InshaaAllah selang beberapa minit anda akan merasa kelegaan.


Menyuburkan Rambut


Jika anda mengalami masalah rambut gugur Bawang Putih boleh membantu anda. Bawang Putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala juga boleh ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.


Membersihkan Jerawat

Bawang putih merupakan remedi semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandungi antioksidan yang dapat membunuh bakteria. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan dibiarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah anda dengan air bersih.


Bagi anda yang sibuk kadangkala nak menjenguk dapur pun tak sempat tapi dalam masa yang sama nak menjaga kesihatan yang optimum dan inginkan khasiat Bawang Putih, anda boleh mengambil Garlic Complex Shaklee 2 tablet sehari.





Kenapa Garlic Shaklee Menjadi Pilihan Ramai?


Garlic Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California sewaktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin Aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dari teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and spearmint) Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.


Manfaat utama Garlic Shaklee anda boleh klik Garlic Shaklee/Garlic Complex Shaklee.


Antara resepi yang ringkas dan mudah dengan menggunakan bawang putih ialah Nasi Goreng Bawang Putih, rasa nasi yang tidak pedas anak-anak pasti suka.

Nak lagi kreatif, nasi dimasak dengan bawang putih dan dimakan dengan ayam goreng berempah atau ayam bakar, confirm sedap. Selamat mencuba.


Inginkan set vitamin Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619





.



Khasiat Air Lemon Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat  Lemon Untuk Penghadaman


Kebiasaannya bangun pagi selain dari melepaskan hajat dan membersihkan diri, sebahagian dari kita mencari air kopi, teh tarik dan pelbagai minuman lain untuk boost semangat samada nak pergi kerja, belajar atau sekadar menonton tv dan mengadap komputer. Apakata rutin harian dipagi hari anda tukarkan dengan minum perahan lemon suam diselangseli dengan segelas air kosong, nak perisakan air lemon mungkin boleh ditambah dengan sedikit madu, hmm rasa yang masam manis pasti menyegarkan hari anda.


Kelebihan Minum Air Lemon DiWaktu Pagi


Membantu Penghadaman


Air suam bukan sahaja membantu merangsang saluran penghadaman bahkan lemon juga dipercayai mengaktifkan dan membersihkan hati. Ia juga menyingkirkan asid penghadaman dalam proses manghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan.


Menyokong Sistem Imun


Buah-buahan sitrus seperti lemon kaya Vitamin C dan Asid Askorbik. Vitamin C membantu menentang selsema, Manakala Asid Askorbik membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam tugas sistem imun.


Mengalkalikan Tubuh


Jika tubuh anda berdepan keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang. Walaupun lemon bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi selain cara terbaik untuk memastikan keseimbanagan pH tubuh berada pada paras sepatutnya terutamanya jika diet anda kaya  daging dan keju.


Membantu Detoksifikasi


Air lemon adalah duretik semulajadi yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid Sitrik yang terkandung di dalamnya membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.


Pemberi Tenaga


Ramai yang mengaku dengan mudah berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah, memberikan anda rasa hebat.


Mencantikkan Kulit

Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Jadi mulakan hari anda dengan langkah melakukan melalui air lemon. Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksida bagi mencegah penuaan.


Macamana dah baca kelebihan air lemon, rasa tak sabar-sabar nak membeli lemon?  Lemon biasanya ada dijual di pasaraya dan pasar biasa bahagian sayur-sayuran. Kebiasaannya saya akan campurkan perahan lemon dengan madu atau Performance Drink atau Cinch Tea. Rasanya pasti Umpphh, nyaman dan menyegarkan. Selamat Mencuba :)


Nak order Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp: 010-2995619