Infused Water Dan Kebaikannya Untuk Detoks Tubuh Anda



Agak-agaknya suka tak tengok gambar ni, berwarna-warni kan meriah dengan pelbagai jenis buah-buahan, saya sendiri adalah penggemar infused water ni, resepi yang selalu saya gunakan ialah hirisan lemon dan halia, sejukkan di dalam peti sejuk, keesokkan paginya minum.....perghh rasanya sangat menyegarkan. Bukan waktu pagi sahaja boleh minum, bila-bila masa pun boleh takde masalah.


Apa sebenarnya Infused Water ni yang saya dok bebelkan ni? Infused Water ialah air putih yang dicampurkan dengan buah-buahan dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum minum. Dan ia terkenal dikalangan selebriti, lepas minum tu memang ada rasa macam selebriti gitu...ahaks.


Kebaikan Infused Water ialah ia membantu tubuh anda untuk detoks. Detoks dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh dan menghambat radikal bebas akibat pendedahan kepada pencemaran. Selain rasanya yang menyegarkan, ia adalah minuman yang tidak membosankan dimana anda boleh nikmati pada bila-bila masa dan di mana saja.


Berikut beberapa cadangan beberapa jenis buah yang boleh digunakan sebagai campuran infused water.


Lemon






Air dengan campuran hirisan buah lemon merupakan minuman detoks terbaik. Lemon membantu membersihkan dan menambah alkali dalam tubuh sehingga anda berasa lebih segar. Untuk membuatnya anda hanya perlu menghiris beberapa buah lemon segar, memerah sari lemon dan menambahkan beberapa liter air putih ke dalamnya. Ikut kesesuaian saiz gelas atau jag yang anda gunakan.



Pudina




Menambahkan daun pudina ke dalam infused water akan membuat air anda menjadi lebih manis sedikit, sekalipun tidak ditambahkan gula. Campuran air dengan pudina yang dingin akan membantu menenangkan perut dan melancarkan pencernaan.



Mentimun




Selain bermanfaat untuk kulit dan mata. Infused water mentimun juga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti peradangan untuk tubuh.


Halia





Infused Water dengan hirisan halia bermanfaat untuk membersihkan seluruh sistem ditubuh anda, melancarkan pencernaan dan juga menenangkan perut.



Saya galakkan anda menggunakan gelas untuk membuat Infused Water selain dari menarik untuk diminum ia juga untuk elakkan ada bauan lain yang kurang menyenangkan jika menggunakan bekas plastik selain itu untuk kesihatan juga.




Infused water ni juga sangat digalakkan untuk mereka yang tak suka makan buah-buahan atau ibu hamil yang tekak sering mual diawal kehamilan. Kat mana ya nak cari glass jar yang cantik-cantik dan tidak mahal. Saya tahu ramai yang suka makan spaghetti bolognese apakata glass jar tu uolls jangan buang, basuh bersih-bersih dan gunakan untuk Infused Water, mudahkan? 



Vitamin Shaklee Untuk Detoksifikasi



Vitamin Shaklee ada ke untuk detoks badan? Jawapannya ialah.... ada iaitu Alfalfa dan Herblax.


Alfalfa Shaklee


Vitamin Shaklee Untuk Detoks


Alfalfa ialah tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. Antara fungsi Alfalfa ialah mencuci hati, darah dan usus. Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.



Herblax Shaklee


Vitamin Shaklee Untuk Detoks

Manfaat Herblax Shaklee ialah membersihkan najis yang tersekat, merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita serta membantu masalah sembelit.


Semoga dengan perkongsian saya Infused Water Dan Kebaikannya Untuk Detoks Tubuh Anda Serta Vitamin Shaklee untuk detoks tubuh diharap dapat membantu agar kita semua dapat kebaikannya. InshaaAllah.


Untuk mendapatkan vitamin Shaklee sila hubungi 


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619




Labels: ,