Pil Perancang Boleh Keringkan Susu




Selepas kita melahirkan dan menyusukan bayi kadangkala kitaran haid tidak menentu dan mesti ramai yang risau kan kemungkinan anda mengandung lagi. Eh saya pun pernah mengalaminya dan setiap kali risau tu mesti akan beli alat menguji kehamilan :).


Untuk menjawab persoalan adakah pil perancang boleh keringkan susu, saya kongsikan beberapa faktor  kenapa kitaran haid akan berubah-rubah dan kadangkala langsung tidak datang atau ia datang dengan jumlah yang tidak menentu.


Jumlah darah dan kekerapan haid ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah


# Kekerapan ibu menyusukan bayinya

# Penyusuan diberi terus melalui puting payudara atau susu dipam ke dalam botol

# Penyusuan waktu malam menggunakan susu ibu atau susu formula

# Bayi mula memakan makanan-makanan lain

# Bayi mula minum minuman seperti air kosong atau jus buah-buahan selain dari susu ibu

# Ada juga pendapat menyatakan bayi yang yang didukung rapat ke dada dan payudara akan mempengaruhi kitaran haid ibu.


Pengambilan pil perancang (combined oral contraceptive pills) berupaya mengeringkan susu ibu. Oleh itu bagi mereka yang ingin meneruskan penyusuan bayi sebaik-baiknya rujuk kepada doktor masing-masing.


Kaedah perancang keluarga yang boleh diambil ketika menyusukan bayi ialah


Kondom

Kaedah ini murah, selamat dan tidak meninggalkan kesan kepada wanita, Sebaiknya berbincanglah dengan suami sebelum menggunakan kaedah ini.


Hormon Progestogen

Terdapat dalam bentuk pil (Noriday, Postinor) atau kadangkala dipanggil "susuk" (Implanon) juga dalam bentuk suntikan Depo-Provera) dan sebagai alat dalam rahim (IUS/Mirena) Setiap kaedah perancangan mempunyai kebaikan dan keburukannya dan anda perlu berbincang dengan doktor kaedah mana yang sesuai untuk anda.


Alat Dalam Rahim (IUCD)

Ianya berbentuk T dan disalut dengan gegelung kuprum. Sesuai bagi ibu yang menyusu bayi. Namun terdapat beberapa kesan yang mungkin dialami jika mengambil kaedah ini antaranya ialah haid lebih banyak, sakit senggugut, kehadiran bendalir faraj dan lain-lain lagi.


Proses menyusukan bayi ialah proses yang memerlukan seorang ibu belajar bersabar, banyakkan membaca dan seboleh-bolehnya kurangkan stress supaya proses menyusukan bayi dapat diteruskan sehingga anak berusia 2 tahun.


Bagi mereka yang masih mencari vitamin untuk menyokong penyusuan susu ibu boleh klik 4 Set Penyusuan Yang Popular

Labels: