Punca Penyakit Batu Karang



Mungkin anda sedang mengalaminya tetapi anda tidak perasan. Antara simptom utama adalah rasa sakit teramat sangat dibahagian belakang atau pinggang, ada yang menggambarkannya lebih teruk dari sakit bersalin. Apabila sakit menyerang, ia akan berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh itu sakit akan datang dan pergi. Hampir ke semua pesakit ada kesan darah di dalam air kencing atau hematuria.


Pesakit juga turut rasa sakit atau panas apabila kencing dan boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing. Ada yang mengadu demam, menggigil, rasa loya atau muntah. Namun AWAS ramai pesakit batu karang tidak mempunyai sebarang simptom dan mereka hanya mengetahui selepas pemeriksaan kesihatan bertujuan mengesan penyakit lain.


Bagaimana Batu Karang Terbentuk


Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu karang membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan bertambah besar.


Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan gangguan kepada perjalanan aliran air kencing. Kuman juga mulai merebak dan jika tidak dirawat segera boleh mengakibatkan kerosakan ginjal.


Punca Penyakit Batu Karang


Kurang Minum Air


Jika tidak mengambil air secukupnya, air kencing seseorang menjadi pekat dan menyebabkan mereka kurang minum air. Inilah yang menyebabkan kejadian batu karang.


Pengambilan Ubat

Sesetengah ubat seperti diuretik boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.


Umur dan Jantina

Kebanyakkan kes berlaku pada penghidap dalam kalangan umur 20 hingga 70 tahun. Kaum lelaki lebih berpotensi untuk mengidap penyakit ini berbanding wanita.


Sejarah Keluarga

Ia boleh berlaku kerana keturunan. Penghidap batu karang biasanya mempunyai sejarah keluarga yang menghidapnya. Ia juga boleh berulang jika seseorang itu pernah mengalaminya sebelum ini.


Pemakanan


Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa) daging merah, makanan laut bercengkerang ( kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.


Bagaimana Mahu Mengatasi Penyakit Batu Karang?


1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing

2. Elakkan minuman manis, terutama minuman berkarbonat

3. Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang

4. Barli, kentang, keledek, bungan kubis dan pisang boleh mengurangkan masalah kekurangan vitamin ini.

5. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

6. Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk atau coklat.

7. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

8. Kurangkan sumber protein haiwan sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. ESP Shaklee merupakan pilihan yang bijak.

9. Seboleh-bolehnya elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman beralkohol.


Vitamin Shaklee Yang Disyorkan Untuk Pesakit Batu Karang


Alfalfa Complex - Bertindak mengurangkan infeksi dan inflamasi

B Complex - Diambil dengan Mg, menurunkan oksalat (garam mineral)

Vita-C 500mg SR - Mengasidkan urin. Batu karang tidak terbentuk dalam urin acid.

Ostematrix - Magnesium menurunkan oksalat (garam mineral)

Lecithin - Membakar lemak berlebihan


Set Batu Karang Shaklee


Untuk pembelian sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619

Labels: ,