Resepi Urap Ulam Yang Mudah





Resepi Urap Ulam Yang Mudah



Saya akan kongsikan Resepi Urap Ulam Yang Mudah, anda boleh gunakan pelbagai ulam yang anda minat samada daun pegaga, daun selom, ulam raja bagi yang tahan rasa pahit boleh cuba dengan pucuk betik. Ikut selera masing-masing la ya. Urap ni makanan orang Jawa, sedap di makan bersama-sama dengan nasi panas, nak buat lauk berpantang pun ok.


Untuk resepi Urap Ulam yang mudah kali ini saya menggunakan Daun Selom. Daun Selom ialah sejenis ulam yang mempunyai khasiat yang dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan dapat menjadi ubat bagi penyakit tekanan darah tinggi. Selain itu selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti reumatik dan mampu menurunkan paras gula dan kolesterol dalam pesakit diabetes atau kencing manis.


 Bahan-bahan


Daun selom beberapa cekak pun boleh sebelum tu basuh dulu dengan air garam ya dan diracik 

1/2 biji Kelapa parut putih

Garam dan gula secukup rasa






Bahan-bahan yang ditumbuk halus

1/2 biji bawang besar

6 biji Cili padi

2-3 ulas cekur

2 ulas bawang putih

3 - 4 ekor ikan bilis









Bahan-bahan tambahan


1/2 inci kunyit hidup

Udang kering

Belacan yang dibakar 

Jika nak buat sebagai lauk berpantang tidak perlu letak udang kering dan belacan dikhuatiri gatal.



Cara-cara membuatnya


1. Gaul kelapa parut putih bersama bahan-bahan yang ditumbuk halus, kemudian perasakan dengan  
    garam secukupnya dan sedikit gula, gaul lagi. Masukkan hirisan atau daun selom yang diracik, gaul
    lagi hingga mesra.


2. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak atau disangai urap ulam daun selom sekejap, pastikan api   
    yang kecil sahaja, jangan lama sangat memadai dengan rasa suam sahaja. Angkat dan biarkan sejuk
    dan hidangkan dengan nasi panas confirm nasi bertambah.


Nak makan dengan nasi boleh, nak makan dengan bubur pun boleh. Selamat mencuba...


Labels: