Surirumah Juga Mempunyai Impian...Shaklee Jawapannya







Dah dengarkan apa yang cuba disampaikan oleh Madam Bonnie, kita boleh ubah cara kita berfikir dan buang segala yang negatif tentang surirumah. Ayat-ayat seperti


Ala aku surirumah je, macam mana nak tolong orang lain duit pun suami yang bagi tapi tangan sedang scroll newsfeed FB hmm.


Apakata gunakan kelebihan yang ada seperti anda boleh online bila-bila masa, dalam masa yang sama anda boleh menjana pendapatan dan boleh menjaga anak-anak, saya tak cakap anda kena mengadap bisnes 24 jam, masa kita boleh uruskan, untuk urusan keluarga, urusan rumah seperti mengemas, memasak.


Kelebihan berbisnes Shaklee ialah anda boleh menguruskan perniagaan secara online atau offline dan bagi mereka yang ada anak-anak kecil tidak perlu bersusah payah nak ke Poslaju untuk urusan penghantaran, Shaklee boleh uruskan untuk anda.


Dalam bisnes Shaklee grup kami terutamanya kami ada mentor yang hebat yang anda boleh duplicate semua ilmu dan kemahiran mereka. Nak tau apa yang kami belajar, boleh daftar dengan saya. Saya juga surirumah seperti anda, saya pernah bekerja tapi mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah demi keluarga saya. Akan tetapi dalam masa yang sama saya nak ada pendapatan saya sendiri dan menjaga anak-anak saya serta saya nak ibubapa saya berbangga dengan saya.


Itu Sahaja Ke Kelebihan Bisnes Shaklee?


Modal bisnes Shaklee ni kecil je hanya RM75 seumur hidup, selebihnya anda tak perlu keluarkan duit dapur anda, menarik kan... Macam mana caranya, caranya ialah daftar dengan saya dulu :)


Saya tahu anda semua sibuk jadi kita tak perlu tambah lagi kesibukan yang sedia ada dengan nak bayar sewa kedai, nak bayar gaji pekerja, nak buka kilang, nak uruskan pembungkusan, seperi yang saya bagi tahu sebelum ni semua urusan, Shaklee yang akan uruskan.


Stok pun anda tak perlu beli sampai  beribu-ribu Ringgit dan akhirnya semua tersimpan dengan rapi dan berhabuk bawah katil, stok tak bergerak bermakna duit anda pun beku, lepas tu memang kena marah la dengan suami, betul tak? Hissh macam ada pengalaman je.


Ini antara video perjalanan saya dengan Shaklee. Dengan bermentor, keazaman, kerajinan semuanya boleh dengan Shaklee.


Perjalanan Shaklee saya


Jom daftar Shaklee dengan saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619


Link yang berkaitan

Shaklee membantu surirumah dan pelajar

Bekerja dari rumah secara online menjana pendapatan

Resepi Donut Gebu Yang Mudah


Cuti sekolah dah bermula beberapa hari, macam mana ibu-ibu semua, bertambah kerja-kerja memasak di dapur? Anak-anak sentiasa lapar satu hari boleh jadi 6 - 7 kali makan dari sarapan, selepas sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, makan sebelum tidur terutama ibu-ibu yang surirumah atau bekerja dari rumah tentu keletihan kan, fenomena ni memang biasa. Bersabar je la ya melayan karenah anak-anak, inilah masanya pun kita nak bermesra dengan anak-anak, kalau anak-anak dah besar dah boleh latih mereka memasak.


Baru-baru ni mak saya datang, kalau datang memang tak pernah lupa bawa makanan untuk cucu-cucu beliau dan mak saya bawa beberapa ketul donut, kus semangat sekejap je habis donut yang bersaiz besar ya bukan yang saiz biasa. Mak saya pun bagi idea buatlah donut bukan susah pun, anak-anak pun suka makan. Okeylah kita google cari resepi donut yang paling mudah dan sedap.


Resepi Donut Gebu Yang Mudah
Terima kasih Google


Donut pilihan saya pun bukan yang fancy macam Dunkin Donuts atau Big Apple, sekadar ditabur gula halus memadai. Saya kongsikan resepinya di sini. Gambar yang sebenar tiada, tak sempat nak tangkap hehe.


Resepi Donut Gebu Yang Mudah


Bahan-bahan untuk 34 - 37 biji

1kg tepung gandum
1 peket yis segera mauripan (11gm)
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
550 gram air bertapis atau 600ml
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam


Cara-cara memasak


Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.

Gaulkan yis dan tepung gandum hingga rata.

Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, donut yang terhasil lagi cantik.

Masukkan larutan garam dan susu sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.

Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15 - 20 minit.

Setelah direharkan, uli semula 2 -3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat ditangan dan mangkuk adunan.


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50gram setiap satu yang boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut atau terpulang kepada anda nak bentukkan macam mana rupa donut anda. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.


Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya menggunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Cantikkan bentuknya supaya berbentuk bulat dan tidak bersegi.


Biarkan donut mengembang ditempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tapi jangan terlalu lama kerana ia mengembang lagi apabila digoreng.


Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Tunggu donut suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula castor bagi mengelakkan gula cair dan melekat. Atau kalau nak fancy boleh la anda hiasi dengan coklat dan taburan gula pelbagai warna.




Terima kasih Google


Tips tambahan

Untuk makluman, anda boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. 

Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng. Untuk simpanan jangka pendek, hanya perlu simpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.


Resepi ini memang sangat mudah, ringkas dan murah, saya yang tak pernah buat donut pun menjadi donut dengan mengikut resepi ini. Dalam masa 2 hari je habis ke semua donut. Selamat mencuba ya kawan-kawan :).

Resepi Rendang Ayam Yang Mudah Dan Sedap




Resepi Rendang Ayam Yang Mudah Dan Sedap




Resepi rendang ayam ni paling mudah cara memasaknya, mungkin setiap keluarga berbeza cara masak rendang ayam, ada yang menggunakan ayam kampung, ayam pencen dan ayam ternak. Yang saya nak kongsikan di sini ialah Resepi Rendang Ayam yang biasa kami masak dan ianya sangat mudah dan anak-anak pasti suka.


Bahan-bahan

Untuk ayam 1 ekor

* 1/2kg bawang merah
* 1 labu bawang putih
* Halia 2 inci
* Serai 3 batang

Kesemua bahan bertanda * ini dikisar

Cili kisar - 3 - 4 sudu besar ikut kepedasan
Santan 1 - 2 biji kelapa
Kerisik - untuk warna lebih gelap
Garam


Cara-cara Memasak


Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak.

Masukkan cili kisar hingga garing dan benar-benar masak.

Masukkan ayam dan gaul dengan bahan yang ditumis sehingga ayam sedikit kecut.

Masukkan santan dan kemudian masukkan pula kerisik, perisakan dengan garam secukup rasa.

Masak dengan api yang perlahan sahaja.

Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka taburkan daun kunyit yang dihiris halus ke dalam rendang sebelum api ditutup.


Selepas itu bolehlah dihidangkan dengan nasi himpit atau nasi biasa atau dengan roti. Nak lagi sedap ada kuah kacang dan lodeh, dah macam Hari Raya suasananya.


Ini resepi rendang ayam yang mudah dan sedap, anda boleh juga tambah lengkuas, kunyit hidup bersama-sama dengan bahan yang dikisar. Nak lagi pedas menyengat sila tambah cili api tapi kalau ada kanak-kanak yang makan sekali memadai dengan cili kisar sahaja.


Boleh perisakan lagi dengan asam keping dan gula. Untuk makluman anda boleh olah berapa banyak bahan yang nak digunakan atau nak kuah lebih, ikut kesesuaian.


Selamat Mencuba

Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Atau Mata Panda





Sedang meneliti muka dicermin, ishh alamak kenapa bawah mata ni macam lebam je dahlah jerawat sedang berlumba-lumba naik, kulit muka pulak makin kusam. Tak boleh jadi ni kena cari cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata atau mata panda ni. Dalam masa yang sama terfikir hmm... ya la kan dah la kerja sentiasa mengadap komputer, tidur pulak kurang, vitamin malas nak makan inilah punca munculnya lingkaran hitam bawah mata. 


Bagaimana Lingkaran Hitam Bawah Mata Berlaku


Mengadap komputer terlalu lama dan berterusan, corak kulit bawah mata akan menjadi kebiruan atau bertambah gelap kerana pembuluh darah semakin membesar dan darah berkumpul di kawasan bawah mata. Inilah puncanya warna lebih gelap berbanding kawasan lain.


Punca Lingkaran Hitam Bawah Mata


Memandang komputer atau menonton televisyen terlalu lama
Pengaliran darah yang tidak stabil
Peningkatan umur
Letih bekerja
Tekanan
Mempunyai masalah sinus
Kekurangan nutrisi
Faktor genetik
Turun berat badan secara mendadak
Terdedah kepada pancaran matahari terik
Merokok


Beberapa Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Atau Mata Panda


Minum Banyak Air Kosong

Minum banyak air kosong sangat digalakkan untuk memastikan kesegaran kulit mata terjaga terutamanya jika anda seorang yang aktif


Makan Sayuran Hijau


Tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan anti oksidan dalam menu harian sekiranya anda kekurangan nutrisi dalam badan


Uncang Teh

Rendamkan dua uncang teh selama beberapa minit di dalam secawan air sejuk. Kemudian ambil uncang tadi dan tekapkan pada kedua-dua belah mata kira-kira 10 minit. Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Anda juga boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.


Zat besi, Vitamin C dan Asid Folik


Amalkan makan makanan yang mengandungi tiga elemen ini kerana ia cukup membantu. Vitamin C dos tinggi sangat baik untuk mata kerana ia akan membantu pembentukan kolagen yang merupakan bahan untuk mengurangkan proses pigmentasi disekeliling mata. Begitu juga dengan Vitamin A yang berguna untuk menajamkan penglihatan. Namun dalam masa yang sama anda juga perlu kurangkan makanan bergaram, minuman berkafein dan gula.


Vitamin Shaklee untuk hlangkan lingkaran hitam bawah mata atau mata panda ialah Sustained Release Vitamin C dan Collagen Powder Shaklee.


Vitamin Shaklee Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

  


Guna Timun  atau Tomato

Tekapkan hirisan timun atau tomato pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit semalaman sebelum anda tidur.


Krim, Masker, Pelembab

Mata yang bengkak disebabkan oleh zat-zat racun yang terkumpul di bawah mata. Gunakan masker mata yang mengandungi hazelnut, bunga mawar atau bunga jagung. Ia bukan sahaja boleh meredakan bengkak tetapi juga menyejukkan. Bersihkan mata terlebih dahulu kemudian sapukan ia pada waktu malam atau ketika sedang beristirehat.


Minyak Badam


Sapukan minyak badam pada bahagian gelap setiap pagi dan malam dengan lembut. Kelebihan minyak badam ialah untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang pori-pori daripada tersumbat.


Biji Buah Berangan


Pengecutan saluran darah dibahagian mata dan hidung menyebabkan lingkaran hitam bawah mata terjadi. Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian mata. Anda boleh menggunakan biji buah berangan dalam bentuk serbuk, pil ataupun cecair untuk mengatasinya.


Urutan






Untuk merangsang aliran darah disekitar mata, dengan menggunakan jari tengah, urut perlahan dari bahagian tengah kelopak mata ke arah luar kemudian bergerak ke sudut mata bahagian dalam. Gunakan teknik yang sama untuk kelopak mata bahagian bawah. Akhir sekali, urut pangkal hidung dari atas ke bawah. Lakukan sebanyak lima kali. Jika tidak, anda boleh amalkan eye massager. Hanya letakkan pada bahagian mata dan urutan akan dirasai.


Produl ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Bagi yang berminat dengan  rangkaian Vitamin Shaklee sila hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619

.


Apabila Faraj Kentut Atau Angin Keluar Dari Faraj, Punca Dan Rawatannya


Apabila faraj kentut atau angin keluar dari faraj, anda senyum apabila membacanya? Ini bukan cerita dongeng ya, mungkin anda mengalaminya tapi malu untuk bertanya. Sekadar membiarkan sahaja masalah ini manakala perut pula terasa berangin, buncit dan tidak selesa. Bagi yang tercari-cari punca dan rawatannya, saya akan kongsikan dalam entri kali ini.


Angin dalam faraj adalah udara disekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini lazimnya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin apabila seseorang wanita sudah menopaus. Selepas melahirkan anak. lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopaus. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir dipermukaan bibir faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesteron) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari.


Wanita yang tidak pernah bersalin juga turut mengalami masalah faraj longgar atau faraj kentut apabila usianya telah memasuki 40an.


Dalam bidang perubatan faraj atau vagina adalah organ berotot seperti tiub yang mempunyai dinding bahagian anterior (atas) dan posterior (bawah) yang bersentuhan antara satu sama lain. Terdapat beberapa organisma dirongga faraj ini untuk mengawal paras keasidan dalam rongga faraj namun ia tidak mengeluarkan sebarang bentuk gas atau angin. Ia mungkin berpunca dari tindakbalas angin yang terkumpul sekitar kawasan labial majora dengan sisa-sisa air yang sekitar kawasan ini selepas bersuci.


Cara Untuk Mengurangkan Masalah Faraj Kentut


Semasa tubuh badan bergerak, kesan himpitan  kedua belah bahagian luar faraj ini akan mengeluarkan angin tersebut seperti kentut. Banyakkan senaman kegel atau kemut untuk menguatkan otot-otot rongga faraj. Amalan "berdehem" selepas membuang air kecil juga digalakkan dan bersih serta keringkan kawasan faraj dengan sempurna.





Bagi wanita yang baru bersalin penjagaan dalam pantang sangat penting, masa inilah badan kita perlu berehat, amalan seperti menjaga pemakanan, vitamin untuk mereka yang berpantang atau jamu, amalan bertungku, bertangas, berurut, bersauna, mandi herba dan sebagainya.


Salah satu sebab faraj longgar ialah masalah keputihan. Ramai dikalangan wanita mengalami masalah keputihan selepas beranak pinak, mungkin amalan bertangas boleh membantu mengurangkan masalah keputihan.


Selain itu elakkan makanan yang tinggi dalam protein seperti kekacang, makanan hasil daripada tenusu dan daging serta minuman bergas (carbonated drinks). Bagi mereka yang sedang berpantang elakkan mengambil sayuran bersifat sejuk dan menjalar seperti kacang panjang, bayam, timun batang, kangkung, ini kerana sayuran sejuk dan menjalar boleh menyebabkan faraj berair dan rasa becak yang tidak selesa.


Pemakaian panty liner dan seluar dalam  yang sesuai mungkin membantu mengurangkan  kesan keluar masuk udara ke kawasan ini. Jika angin yang keluar daripada faraj berbau busuk, disarankan agar anda berjumpa doktor pakar sakit puan untuk memeriksa sistem peranakan anda untuk memastikan tidak ada masalah kesihatan yang lain seperti fistula atau otot rongga pelvis yang lemah.


Vitamin Untuk Masalah Faraj Longgar Atau Kentut Faraj



Harga RM53.75, 330 Tablet
RM97.50, 700 Tablet


Alfalfa Complex

Merupakan raja tumbuhan dan bertindak sebagai kacip fatimah. Sejenis herba yang mampu mengembalikan kehangatan hubungan suami isteri, bertindak sebagai anti bau pada alat sulit.



Harga RM91.25, 60 biji softgel


GLA Complex


GLA Comples berfungsi menstabilkan hormon wanita, melawaskan pengeluaran darah nifas, mencantikkan kulit dan sebagai pelincir penggalak kepada wanita semasa hubungan intim.


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sila hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau ingin daftar keahlian Shaklee.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619





Abang...Saya Mengandung Tapi...



Tapi apa peranan sebagai suami selain dari menerima berita tersebut dengan gembira dan berazam untuk menjadi suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab dan penyayang apabila isteri memberitahu Abang....Saya Mengandung..





Sebaik sahaja mendapat berita isteri mengandung bagi bakal bapa yang mungkin pengalaman pertama, kadangkala anda panik dengan mood isteri anda yang turun naik, silap-silap anda sama-sama naik berang dan seterusnya isteri pula merajuk, lama-kelamaan akan memburukkan lagi keadaan. Bersabarlah ya isteri anda sedang mengalami perubahan hormon yang kadangkala dia sendiri pun tak perasan dengan perubahan mood dia.


Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah bagaimana anda sebagai suami atau bakal bapa boleh membantu isteri anda agar mereka selesa, lebih tenang dan tidak mengalami tekanan perasaan dengan perubahan yang sedang mereka alami.


1. Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap rambut isteri, sebelum tidur mungkin anda boleh bagi segelas susu suam agar dia mendapat tidur yang lena.


2. Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh ditengah malam, kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda, betul tak?


3. Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Tunjukkan kemesraan dengan bercakap-cakap secara lembut dengan bayi dalam kandungan isteri anda. Jangan terkejut, bayi anda sedang mendengar dan lebih baik jika anda membaca Al-Quran dihadapan isteri anda. Perbuatan ini merupakan satu sokongan mental yang menyenangkan hati isteri anda. Isteri anda memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang semasa dia sedang hamil.


4. Bantu isteri anda mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Sebaiknya setiap kali melakukan rutin pemeriksaan diklinik atau hospital temani isteri anda. Atau aktiviti yang pasti membuatkan isteri anda terlupa yang dia sedang mengandung ialah mencari barang keperluan bayi yang bakal lahir. anda sendiri akan terkejut dengan tenaga yang isteri anda ada hehe.


5. Wanita sukakan kecantikan dan perkara ini memang tidak boleh dipisahkan. Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik dan hakikatnya ramai yang menjadi lebih cantik dan berseri-seri ketika mengandung.


6. Bantulah meringankan keluhannya dengan mengurut belakang isteri atau mengurut kakinya yang sering keletihan akibat menanggung berat perut yang semakin membesar.


7. Bersiaplah untuk membantu dan menemani isteri pada masa beliau sukar hendak melelapkan mata. Jika anda bekerja syif malam sebaik sahaja selepas anda bangun tidur, uruskan kerja-kerja rumah seperti membasuh dan membersihkan rumah atau mungkin anda boleh sediakan makanan untuk isteri anda. 


8. Keadaan isteri anda yang sedang mengandung tidak akan sama dengan apa yang dialami oleh mak, kakak atau nenek anda mahupun isteri kawan-kawan anda kerana setiap tubuh wanita adalah berbeza dan unik begitu juga dengan reaksi dari perubahan tubuh.


9. Sentiasa mengingatkan isteri agar tidak lupa mengambil vitamin ibu mengandung setiap hari dan untuk lebih romantik setiap hari sediakan vitamin untuk isteri anda makan, InshaaAllah pasti isteri anda akan menghargai keprihatinan anda.


Cubalah sedaya upaya untuk membantu meringankan kesukaran yang dialami oleh isteri semasa beliau mengandungkan anak anda. Yang pasti ucapan Abang..Saya Mengandung...bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan malahan ia adalah suatu keadaan yang anda boleh tunjukkan bagaimana dalamnya sayang anda kepada isteri anda :)


Bagi mereka yang ingin membeli Vitamin Ibu Mengandung Shaklee sila hubungi saya dengan segera. Konsultasi dan cara makan vitamin akan saya berikan sebaik sahaja anda membuat pembelian dengan saya.


Email : arnisyazila@gmail.com

Whatsapp/Text : 010-2995619

Atasi Perut Buncit Agar Isteri Anda Tidak Berpaling Lain






Apa tindakan anda bila rasa badan macam dah makin beratla, hari tu naik atas penimbang berat, berat ok, ni macam dah makin berat je rasa...issh tak best la macam ni. Nak biarkan sahaja atau Atasi Perut Buncit Agar Isteri Anda Tidak Berpaling Lain?

Seringkala persoalan ini bermain dalam minda kita terutama bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas, kenapa? Adakah masalah metabolisma yang semakin menurun, makan sikit tapi berat naik, badan yang makin rasa lesu, lemau dan macam-macam lagi, mulalah cas-cas negatif datang. Saya sendiri pun mengalaminya apatah lagi umur nak masuk 40an ni dan tengah berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sesuai dengan umur dan ketinggian, mencegah itu lebih baik dari berubat ya tak?


Situasi yang selalu berlaku ialah, kita pernah mengalami masalah berat badan tetapi selepas  mengamalkan diet dan senaman yang disarankan oleh doktor, berat badan memang turun. Tetapi apabila kita berhenti bersenam dan hanya berdiet, berat badan semakin naik dan naik. Pernah tak terfikir adakah lemak aku ni tidak hilang sebab aku tidak bersenam dan bolehkah hilangkan lemak dengan bersenam?


Untuk makluman semua, cara hidup yang sihat ialah dengan menjaga pemakanan dan juga mengamalkan senaman secara konsisten. Bagi mereka yang pernah gemuk, badan ada memori otot. Badan kita akan cuba jadi seperti keadaan asal disebabkan ingatan itu. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sedihkan....


Jangan risau apabila anda berada dalam situasi ini, apabila anda sudah mencapai berat idaman, berusahalah untuk mempertahankan berat badan itu dengan senaman yang konsisten. Berdiet sahaja tidak cukup kerana apabila kita bersenam, kadar metabolisma akan bertambah dan menyebabkan lebih banyak kalori akan terbakar. Terdapat pelbagai senaman yang boleh kita lakukan, bagi mereka yang dah tak mampu berlari, berjogging atau bersukan, senaman berjalan dengan pantas mungkin boleh membantu, mulakan dengan 100 langkah sehari dan tingkatkah langkah itu setiap hari.


Atasi Perut Buncit Agar Isteri Tidak Berpaling Lain, Cara Makan Omega Guard Shaklee Untuk Kurus





Peranan Omega Shaklee untuk mereka yang ingin turunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan ialah membantu kurangkan selera makan, kurangkan pengeluaran insulin untuk hadam gula dari makanan. Dengan itu badan terpaksa keluarkan simpanan lemak untuk tenaga (menghalang pembentukan lemak), jika selera makan kita sudah berkurangan, maka hormon serotonin juga akan kurang, hormon ini menyebabkan kita mudah lapar.


Cara Makan Omega Guard Shaklee Untuk Kurus Bagi Orang Dewasa


1. Omega Guard tidak boleh dimakan melebihi 3 biji sehari. Ingat ya maksimum dalam sehari 3 biji sahaja


2. Mesti diambil selepas makan untuk rasa kenyang lebih lama. Jangan makan semasa perut tengah kosong.


3. Anda boleh makan 1 biji selepas sarapan. 2 biji selepas makan tengahari atau malam.


4. Saintis Jepun telah membuat kajian dan hasilnya Omega 3 menghalang pembentukan lemak tidak sihat  dan membantu pembakaran lemak.


Bagi mereka yang nak turunkan berat badan atau mengekalkan berat badan atau ingin turunkan kolesterol, saya cadangkan pengambilan Omega Guard Shaklee bersama-sama dengan produk Shaklee yang lain.


Seperti yang kita ketahui Omega Guard adalah minyak ikan terbaik dunia. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan selain dari pengambilan Omega Guard, lebihkan makan ikan dalam setiap hidangan seperti ikan tuna, salmon, kod dan sardin.


Ia adalah antara ikan laut yang kaya dengan khasiat asid lemak Omega 3 serta berkesan menurunkan berat badan. Satu kajian telah dijalankan selama empat bulan terhadap 69 lelaki dan wanita yang menderita masalah kegemukan dan darah tinggi.


Mereka mengalami penurunan berat badan yang banyak. Ini berbeza dengan mereka yang hanya makan ikan sekali seminggu atau kekal dalam diet yang lama. Kumpulan ini langsung tidak mengalami penurunan berat badan dan kualiti kesihatan kekal seperti asal.


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Sila hubungi saya untuk order vitamin Shaklee dan jangan lupa bulan ini Promosi Omega Guard Shaklee beli 6 percuma 1 atau beli 2 botol diskaun 5%. Hanya di bulan November 2014 sahaja.

Vitamin Ibu Mengandung...Perlu ke?




Tahukah anda dalam masa 1500 hari bersamaan 4 tahun dari anda mula mengandung, menyusu dan anak sedang membesar, anda dan bayi anda memerlukan nutrisi yang secukupnya. Nutrisi yang mencukupi  semasa tempoh ini boleh memberikan banyak perbezaan dengan membantu menghalang penyakit kronik serta meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan.


Hipotesis Barker menyatakan nutrisi yang tidak mencukupi  sepanjang kehamilan akan menyebabkan sedikit kenaikan  berat badan pada ibu dan kemungkinan melahirkan bayi bersaiz kecil. Bayi ini pula berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dan diabetes jenis 2 dikemudian hari.


15 tahun yang lepas mungkin kurang info dan kurang membaca, semasa saya mengandung dan kurang menjaga pengambilan makanan semasa mengandung, dengan kata lain makan ikut tekak je, akibatnya berat badan naik dan susahhh sangat nak turun, baby saya pun bersaiz kecil je. Menyesal? Memang menyesal sebab tak jaga pemakanan, tetapi untuk baby yang kedua dan ketiga saya lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan harian dan mengambil vitamin ibu mengandung dengan teratur.


Ibu hamil yang mengalami kenaikan berat badan secara berlebihan, mereka mempunyai risiko tinggi terkena hipertensi ataupun diabetes semasa mengandung dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caeserian untuk melahirkan anak. Ini akan meningkatkan risiko bayi tersebut untuk obes semasa zaman kanak-kanak dan remaja.


Maknanya uolls haruslah memastikan kenaikan berat badan yang seimbang sepanjang kehamilan. Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat kerana diet anda memberikan impak sepenuhnya kepada kepada perkembangan fetus di dalam rahim dan juga kesihatannya dimasa depan.


Antara diet seimbang yang perlu anda fokus ialah


Tenaga - Ibu yang mengandung memerlukan lebih tenaga terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan untuk diri anda sendiri dan juga perkembangan bayi.


Protein - Protein penting dalam menyokong tumbesaran dan perkembangan plasenta, uterus dan bayi


Asid Lemak Penting - DHA

DHA merupakan asid lemak penting yang boleh diperolehi menerusi ikan seperti salmon dan makerel. bagi ibu yang tidak begitu gemarkan ikan, jangan risau kerana DHA juga boleh diperolehi dari Omega Guard Shaklee.


Asid Folik

Ataupun folat, adalah Vitamin B yang paling penting dari awal kehamilan. Malahan bakal ibu digalakkan untuk mengambilnya sebelum kehamilan kerana ia membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi, Sayur-sayuran hijau, kekacang dan buah-buahan sitrus merupakan sumber yang kaya dengan asid folik.


Zat Besi

Zat besi merupakan salah satu komponen hemoglobin dalam sel darah merah, yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh anda dan juga membekalkan oksigen pada bayi menerusi plasenta. Semasa hamil, isi padu darah anda meningkat sebanyak 50% dan ini bermakna anda memerlukan lebih banyak zat besi.


Kalsium

Kalsium penting dalam membina tulang dan gigi  bayi. Sekiranya anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, bayi terpaksa  mendapatkannya daripada tulang anda untuk membina tulangnya.


Vitamin Dan Mineral Penting Lain

Semasa hamil, anda memerlukan vitamin seperti selenium dan zink. Antara cara terbaik untuk mendapatkannya  adalah menerusi pengambilan diet yang seimbang sihat dan pelbagai.

Untuk makluman ibu-ibu yang menyusu juga tidak terkecuali memerlukan khasiat dan nutrien yang mencukupi. Ibu yang menyusu juga memerlukan banyak tenaga dan lebih nutrisi penting berbanding semasa hamil untuk membekalkan susu kepada bayi.


Kombinasi Vitamin Ibu Mengandung Shaklee



Vitamin Ibu Mengandung Dan Menyusukan Shaklee



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Vitamin Ibu Mengandung Shaklee boleh klik sini.


Jika anda ingin order Vitamin Shaklee dan inginkan harga yang lebih murah dengan penjimatan 15% - 20%. Daftarkan diri anda sebagai ahli Shaklee untuk makan sendiri atau untuk memulakan perniagaan anda.

Sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/text : 010-2995619





Tip Mudah Sendawakan Bayi Anda




Untuk ibu-ibu muda yang pertama kali menimang cahayamata, mungkin anda panik jika bayi terjaga dan menangis tanpa henti tanpa anda tau puncanya walaupun selepas anda susukan dan bersihkan bayi anda manakala suhu bilik pula tidak panas. Mungkin perut bayi anda tidak selesa atau biasanya kita panggil kembung. Sebaiknya selepas selesai memberikan susu jangan biarkan dia tidur terus, anda perlu lakukan sesuatu supaya bayi anda sendawa. Sendawa membantu mengelakkan kembung perut.


Kebiasaannya apabila bayi menyusu, sejumlah kecil udara secara tidak langsung akan ikut serta masuk ke dalam badannya (semasa penyusuan susu ibu dan minum menggunakan botol susu). Jika bayi menangis semasa menyusu maka lebih banyak udara akan masuk ke dalam badannya, Seterusnya akan mewujudkan gelembung udara di dalam perutnya dan mengakibatkan rasa tidak selesa kepada bayi. Malah ada bayi akan berhenti menyusu walaupun masih belum kenyang.


Jika anda tidak sendawakan bayi selepas menyusu, sebaliknya bayi terus dibaringkan, ia boleh mengakibatkan bayi memuntahkan susu yang diminumnya. Selain dari bayi akan mengalami kembung ianya juga boleh menyebabkan bayi tersedak dan sangat bahaya kepada nyawa bayi anda. Bersabarlah semasa sendawakan bayi, mungkin lambat atau cepat bayi akan sendawa.


Saya akan kongsikan tip mudah sendawakan bayi anda, agar perut bayi selesa, tidak meragam, dapat menyusu dengan puas dan tidur lena. Ada beberapa posisi yang boleh anda lakukan seperti gambar di atas.


Di Bahu




Gendung bayi anda posisi tegap mengadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang sehingga dia sendawa. Posisi ini anda boleh lakukan sambil berdiri atau duduk di kerusi. Untuk mengelak dia termuntah ketika sendawa alaskan bahu anda dengan sapu tangan.


Meniarap Di Pangkuan


Telangkupkan (meniarap) bayi anda dengan posisi melintang sehingga salah satu paha menekan perut. Pastikan bayi dalam kedudukan selesa. Tahan dada bayi dengan satu tangan. Sementara tangan anda yang satu lagi mengusap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.


Pangku Mengadap ke depan


Dudukkan bayi dipangkuan anda, tahan bahagian dadanya dengan lengan bawah anda. Biarkan bayi anda dalam kedudukan selesa. Biarkan tubuh bayi dalam kedudukan condong ke hadapan, gosok dan tepuk secara perlahan dibahagian punggungnya dengan jari jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.


Dukung


Jika bayi anda masih belum sendawa walaupun telah menggunakan pelbagai cara di atas tadi, cuba lakukan kaedah lain. Kali ini anda mendukung bayi. Sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya. Ia mungkin mengambil masa yang lama. Lakukan dengan sabar kerana biasanya "udara" yang terperangkap ini mengambil masa yang agak lama untuk keluar.


Meriba


Bayi diletakkan dalam posisi duduk di salah satu paha anda dengan membongkokkan badannya. Gosok perlahan-lahan bahagian belakangnya dengan jari-jari anda sehingga bayi sendawa. Berhati-hati semasa memegang bahagian dadanya kerana jika tersalah pegang mungkin akan menyebabkan susu yang diminumnya tadi keluar kembali. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa selepas menyusu.


Selain dari tip mudah sendawakan bayi, berikut info ringkas yang perlu anda tahu.

Sesetengah bayi yang berumur empat hingga enam bulan dan pernah mengalami sakit perut didapati mudah mengalami kolik (kembung perut). Tanda-tanda bayi mengalami kolik ialah bayi berumur kurang daripada 3 bulan, menangis dan menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis. Tangisan yang berlaku pada masa lebih kurang sama tiap-tiap hari.


Sedikit pesanan untuk ibu yang menyusukan bayi, berhati-hati dengan makanan yang ambil, mungkin ia salah satu faktor penyebab bayi anda kembung, cuba elakkan makanan yang berangin seperti pulut, kekacang, produk tenusu, makanan bergandum, makanan pedas dan berempah, coklat atau minuman berkafein. Ambil makanan secara sederhana dan lihat jika bayi meragam atau tidak selepas menyusu badan.



Tips Dan Menu Menurunkan Berat Badan dan Terbukti Berkesan





Amacam tengok gambar ni terliur tak? Inilah makanan yang bakal masuk dalam perut kita dan menyumbang kepada penambahan berat badan. Yalah dah uolls makan... banyak plak tu boleh bertambah-tambah, lepas makan lepak-lepak depan tv dah kenyang sedap tidur, suruh bersenam pelbagai alasan yang keluar. Sedar-sedar kenapa baju aku mengecik ni, eh seluar dah tak boleh zip.


Panjat tangga dah mengah semacam, lutut plak menjerit-jerit sakit, badan rasa berat, sembap, bangun pagi tak rasa segar makin mengantuk. Penyudahnya apabila buat pemeriksaaan dengan doktor tekanan darah tinggi, tahap gula dalam darah tinggi..aduh macam mana ni walhal umur belum 40 tahun lagi, untuk makluman semakin umur kita bertambah metabolisma kita semakin rendah.


Bukan uolls je yang ada masalah pertambahan berat badan saya pun ada lebih-lebih lagi umur menghampiri 40 tahun ni.  Saya sendiri sedang berusaha untuk mengawal berat badan, Alhamdullilah baru-baru ni check tahap gula dan tekanan darah masih terkawal, kolesterol perlu selalu dipantau sebab keluarga ada sejarah Gout.


Saya nak kongsikan beberapa tip dan menu menurunkan berat dan terbukti berkesan, sama-sama kita cuba ya.


Antara tipnya ialah


Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat
Dari beras putih, anda boleh tukar kepada beras perang
Roti putih kepada wholemeal bread
Gula putih kepada gula perang
Menggunakan mentega tanpa lemak
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan nasi memang perlu dikurangkan sekurang-kurangnya segenggam sahaja bukan bergenggam-genggam ya, maklumlah perut melayu dari kecik dah makan nasi tiba-tiba berhenti secara mengejut tak makan nasi, takut ada yang pengsan plak nanti hehe. Kurangkan sedikit demi sedikit.


Selain itu kurangkan pengambilan daging, hadkan kepada seminggu sekali dan buang lemak.


Teringin nak makan karbohidrat dan nak tahu sumber karbohidrat yang lain, anda boleh cuba kentang bakar dan kentang rebus.


Berikut adalah beberapa contoh menu yang boleh anda ambil setiap hari


Sarapan/breakfast


Telur rebus 1 biji/scramble/setengah masak/goreng (3gms carbs)
Daging ayam 2 - 3 keping
Keju 2 keping
Fish Finger (chunky dan kurang tepung)
Salad dengan mozzarella cheese atau olive oil 1 cup
Tauhu Goreng - 2 slice
Brocolli rebus/celur 1/2 cup
Daging cincang goreng telur - 1 cup
Ayam kukus berempah
Air mineral/kosong/green tea


Makan Tengahari

Ayam goreng 2 ketul
Ikan/kukus/panggang/stim/berlada 1 -2 slice
Sup ayam/lembu/ikan
Sayuran hijau goreng/rebus/celur 1 mangkuk
Telur goreng 1 - 2 biji
Kari ikan/ayam/daging/telur/cendawan 1 - 2 slice
Gulai kuning ikan/ayam/daging/telur/cendawan 1 - 2 slice
Masak kurma/daging/ayam 1 - 2 slice
Ayam/daging/kukus/berempah/tumis/halia/kunyit 1 - 2 slice
Tauhu 2 slice
Udang/tumis/goreng berempah
Brocoli/goreng/celur/rebus 1/2 cup
Terung goreng berempah/goreng belacan 1/2 cup


Uolls boleh pelbagaikan menu, yang lebih baik masak sendiri dirumah sekurang-kurangnya boleh kawal dengan pengurangan garam, tidak menambah gula atau tepung jagung (pemekat kuah) dan tidak menambah perisa makanan, selain itu boleh berjimat dan kebersihan terjaga.


Jika anda rasa lapar,  minum air masak suam, infused water atau green tea. Dan kita sering dengar amalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan seimbang maksudnya menu harian kita lengkap dengan pelbagai nutrien, senang cerita boleh rujuk piramid makanan sebaiknya lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.


Selain dari mengawal makanan yang diambil setiap hari , jangan lupa ya bersenam samada berbasikal, bersukan, menari, bagi yang lutut dan tumit ada masalah mungkin boleh berjalan laju ada yang mencadangkan 10,000 langkah apapun ikut kemampuan badan.


Semoga apa yang kita usahakan ini ada kejayaannya, bukan untuk berposing melentik badan menunjukkan badan dah kurus tapi tujuan kita menurunkan berat badan ialah untuk menjaga kesihatan kita agar kita mudah menjaga keluarga kita, mencari rezeki dan mengerjakan ibadah seharian kita.


Cubalah ikut tips dan menu menurunkan berat badan dan terbukti berkesan ini, saya doakan anda istiqamah dan mendapat kesihatan yang baik. InshaaAllah.





Rawat Kuku Dengan Percuma



Pernah tak kita belek kuku kita dan bandingkan kuku kita dengan mereka yang dalam majalah atau selebriti? Dan terlintas dalam fikiran kita takpelah mereka selalu pergi manicure and pedicure, ada banyak masa terluang dan sudah tentu mereka berduit. Kita ni duduk rumah sahaja, silap-silap kuku berwarna kuning sebab baru berlumur dengan kunyit lepas menggoreng ikan hehe.


Jangan risau ada caranya untuk merawat kuku anda dengan percuma sahaja dan menggunakan bahan yang ada di dapur anda. Memang betul kuku bukan setakat simbol kesihatan bahkan ia juga kecantikan. Untuk kenali kuku yang sihat ia tidak mengelupas dan kuat. Kita boleh cuba mencantikkan dan merapikan kuku dengan pelbagai cara dengan apa yang saya kongsikan di sini.



Belimbing Buluh




Ia berkesan untuk membersihkan kotoran dicelah-celah kuku dan kulit luar serta menguatkan kuku. Caranya ialah anda perlu menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yang hendak dibersihkan. Setelah itu bilaslah dengan air bersih. 


Minum Air Putih Secukupnya





Pengambilan air putih yang cukup melancarkan perjalanan darah dan sekaligus membantu menguatkan kuku



Amalkan Kalsium


Kalsium dipercayai bagus untuk menguatkan kuku. Antara sumber kalsium terbaik ialah susu, keju, ikan sardin, kacang-kacangan dan biji-bijian. selain itu sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam juga  bagus. Di Shaklee kami menawarkan kalsium dikenali sebagai Ostematrix.  



Daun Lidah Buaya




Bukan sahaja bagus untuk rambut, daun lidah buaya juga boleh merawat kuku. anda perlu membersihkan daun ini dan oleskan secara merata pada kuku. Lakukan secara rutin, kuku akan kelihatan lebih cantik dan kuat.



Getah Betik






Sesekali mengupas betik muda, ambillah getahnya dan sapukan pada kuku. Biarkan seketika. Getah betik juga dipercayai mampu mencantikkan kulit.


Lemon





Petua ini bagus untuk mengurangkan warna kuku yang kekuningan. Pertama sekali perahkan jus lemon. Kemudian campurkan dengan ubat gigi jenis pemutih. Selepas diadun rata, oleskan pada kuku dan biar hingga kering. Setelah itu basuhlah kuku dengan air hangat. Lakukanlah secara teratur untuk mendapatkan warna kuku yang normal. Lemon ni selain untuk kuku juga sebagai pilihan utama untuk Infused Water.


Bawang Putih




Ia mengandungi zat yang sangat berguna untuk menguatkan kuku. Caranya anda perlu memarut bawang putih hingga halus. kemudian oleskan pada kuku. Tunggu beberapa minit dan bersihkan sesudah itu. Jika ini dijadikan rutin  kuku anda semakin kuat dan tidak rapuh. 


Campuran Madu, Telur Dan Minyak Zaitun






Kebaikannya adalah untuk melembap dan melembutkan kuku. Anda boleh mencampurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun dalam periuk. Panaskan dan gaul rata. Kemudian kocakkan telur dan campurkan dengan adunan tadi. Sapukan adunan ini pada kuku secara merata dan tunggu 10 - 15 minit. Bersihkan kuku anda sesudah itu.



Macam mana ok kan boleh buat petua rawat kuku dengan percuma ni hanya dirumah anda? Bagi mereka yang ada anak-anak kecil sebaiknya buat semasa anak-anak tidur, bagi anak-anak yang besar sikit boleh buat sama-sama, inilah masanya nak bergurau senda dengan anak-anak. Selamat mencuba.

Cara Makan Omega Guard Shaklee Untuk Kanak-Kanak




Teringin sangat nak bagi anak-anak makan Omega Guard, tapi tak tahu caranya? Anak-anak pula tak suka bau minyak ikan?


Nak tahu caranya? Saya akan kongsikan cara makan Minyak ikan Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak  dan sama-sama kita mendapat manfaatnya.


1. Bagi anak-anak yang tiada masalah makan Omega Guard, mereka boleh gigit, kunyah dan telan.

2. Bagi anak-anak yang tidak suka dengan bau minyak ikan, boleh pecahkan dan masukkan dalam makanan mereka atau minuman kegemaran anak-anak.

3. Anak-anak yang umur 1 tahun ke atas boleh makan Omega Guard Shaklee.

4. Bilangan kapsul yang boleh dimakan dalam sehari ialah 1 biji sahaja.

5. Omega Guard mesti disimpan dalam suhu yang  rendah untuk mengekalkan khasiatnya.


Anak saya sendiri yang berumur 3 tahun makan Omega Guard dengan menggigit kapsul Omega, kunyah, telan dan minum air dan beliau sendiri memang takde masalah dengan bau minyak ikan.


Beikut adalah testimoni yang berkongsi cara makan Omega Guard untuk anak-anak beliau dan hasilnya.






Mudah je kan caranya untuk anak-anak mendapat kebaikan khasiat minyak ikan Omega Guard Shaklee.




Omega Guard merupakan sumber DHA yang baik dari minyak ikan untuk kesihatan anak-anak. Manakala untuk orang dewasa pula fungsinya ialah untuk menguatkan memori, kuatkan sistem imuniti dan kuruskan badan.


Omega Guard Shaklee kaya dengan asid omega 3 yang bebas dari pencemaran logam berat yang mana ia dibuat daripada tiga kali proses penyulingan, memang ketat piawaian Shaklee ni.


Kelebihan Omega Guard Shaklee yang perlu anda tahu


Memelihara dari penyakit strok, penyakit jantung, mengawal gula dalam darah, gaot, tulang dan sakit sendi.

Omega Guard terdapat dalam Set Sendi Shaklee untuk kesihatan tulang

Membantu kelancaran sistem peredaran darah

Menyumbang kepada tekanan darah yang normal

Bagus untuk kulit yang cantik

Membantu menstabilkan hormon wanita termasuk mereka yang menopaus

Baik untuk radang kulit seperti ekzema dan jerawat

Baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit, sebaiknya dimakan bersama-sama Set Kecantikan Kulit

Bagus untuk pembentukan otak bayi pada trimester kedua dan ketiga.


Omega Guard Shaklee juga membantu untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Saya akan kongsikan dalam entri yang berikutnya.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Omega Guard boleh klik Kebaikan Dan Keistimewaan Omega Guard Shaklee.


Sila hubungi saya untuk order Vitamin Shaklee atau ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee.


Email : arnisyazila@gmail.com

Whatsapp/Text : 010-2995619


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Resepi Sambal Belacan Yang Sedap


Nak buat sambal belacan pun masuk dalam blog? Kenapa saya kongsikan dalam blog resepi sambal belacan ialah sebab ada yang tak tahu macam mana nak buat sambal belacan. Saya sendiri belajar dari pengamatan saya samada mak kita buat, di kedai atau dimana-mana sahaja. Seperti yang kita sedia maklum orang melayu ni suka makan nasi bersama-sama dengan sambal samada sambal belacan, sambal tempoyak, budu, cencaluk atau sambal kicap, kebanyakkannya la ada juga tak kisah.


Makan dengan nasi panas-panas, bersertakan ulam, memang terbaik la. Silap-silap bertambah-tambah nasi dalam pinggan.


Yang saya kongsikan ni resepi yang mudah dan boleh dipelbagaikan dengan manambah tomato, pelam muda atau hirisan kulit limau, terpulang pada selera masing-masing.


Bahan-bahan

Belacan - dalam 1 inci perlu dibakar
Bawang besar - dihiris nipis dan dibakar
Cili Merah - 3 - 4 tangkai dipotong
Cili Api - 7 - 9 biji
1 sudu kecil gula pasir atau gula perang
1 biji limau kasturi



Resepi Sambal Belacan Yang Sedap



Cara-cara membuatnya


Masukkan belacan dan bawang besar yang telah dibakar, cili merah dan cili api ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.

Masukkan 1 sudu kecil gula

Perahkan 1 biji limau kasturi


Jika menggunakan pengisar, jangan terlalu halus, nanti rasanya tak kick pulak hehe. Nak buat sambal belacan ni kena ada keseimbangan rasanya mungkin limau kasturi boleh digantikan dengan perahan air asam jawa.

Ok dah siap nampak mudah kan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Resepi Kari Daging Yang Mudah Dan Sedap


Saya tahu ramai yang pandai memasak kari daging, tapi resepi yang saya nak kongsikan ini ialah Resepi Kari Daging Yang Mudah Dan Sedap, maklumlah ibu-ibu zaman sekarang semua nak cepat, mudah dan ringkas tapi nak sedap sehingga bila makan... habis semua licin, betul tak? Tapikan ramai juga yang takut nak makan kari, tak kisahla kari daging ke kari ayam ke. Lepas makan kari kita detox cepat-cepat la badan kita. Layan dulu video ni sebelum uolls menyalin resepi ni :)




Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


Bahan-bahannya

500gm daging - biasanya saya beli daging batang pinang, 500gm cukup untuk kami berlima makan.
2 - 3 biji kentang - sukahati nak potong berapa, nak nampak banyak, potong kecil-kecil
1 biji kelapa atau 1 kotak santan segera - yang ni pun terpulang samada nak buat pekat atau kurang pekat.
1 peket rempah kari - boleh diubahsuai juga dan terpulang nak guna jenama apa
Cili kisar  - kalau nak pedas letak 2 - 3 sudu (tak nak letak pun tak mengapa)
Halia - 1 inci - dihiris halus
3 - 4 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daun kari beberapa helai
Udang kering - Yang ni terpulang samada nak masukkan atau tidak


Suka saya nak kenalkan jenama rempah kari yang sekarang memang jenama ini sahaja yang saya gunakan dalam masakan kari saya, samada kari daging atau ayam, suami dan anak-anak memang lebih suka rasa rempah kari ini. Walaupun ia khusus untuk mee kari tapi ada saya kisah hehe, yang penting sedap.  Biasanya saya beli di Pasar Seksyen 6 Shah Alam.


Resepi Kari Daging Yang Mudah Dan Sedap



Cara-cara Memasak Kari Daging Yang Mudah dan Sedap


1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan. Rebus daging tersebut sehingga empuk, kalau ada pressure cooker lagi bagus, sangat menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang ya.


2. Panaskan minyak untuk menumis kayu manis, bunga lawang. cengkih, biarkan seketika masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.


3. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, kemudian masukkan dalam tumisan tadi bersama cili kisar jika mahu untuk rasa sedikit pedas. Masukkan daun kari dan udang kering jika mahu kacau sehingga terbit minyak dan berbau wangi, perghh masa ni satu rumah bau kari menusuk-nusuk hidung sedapnya.


4. Masukkan santan dan juga daging. Kacau dahulu bersama-sama tumisan tadi dan masukkan lebihan air rebusan daging (ikut selera masing-masing samada nak kuah pekat atau tidak). Biarkan mendidih sebentar.


5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi dan garam secukup rasa. Didihkan sehingga kentang empuk.


6. Tutup api dan kari daging siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan bersama-sama dengan nasi atau roti canai atau sukahati uolls nak makan dengan apa. Ikut selera masing-masing.


Maaf ya tiada gambar hasil masakan kari daging, yang pasti memang licin setiap kali masak. Selamat mencuba semua.


Disebabkan tiada gambar yang nak ditunjukkan, jom kita layan testimoni video yang berpuas hati dengan Vitamin Shaklee


Ibu Menyusu Kini Tidak Lagi Perlu Risau Semasa Berpuasa







Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.





Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.




Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.




Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.




Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.





Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.




Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.




Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.





Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.


Kalau uolls ada masalah yang sama seperti mereka dan berminat nak dapatkan Vitamin Shaklee sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619