Angin Pasang Atau Hernia, Apakah Ia, Penyebab dan Cara Merawatnya







Hernia bahasa saintifiknya, bahasa Melayunya dipanggil Angin Pasang. Pernah dengar atau pernah nampak atau anda sendiri yang mengalaminya? Keluarga kami sendiri ada yang mengalami hernia, bermula dari adik lelaki saya yang dibedah pada umur beliau 9 tahun dan sekarang anak-anak lelaki saya juga mengalami hernia. 


Bagaimana Hernia atau Angin Pasang Berlaku?


Hernia berlaku apabila kecacatan kecil di dinding otot abdomen menyebabkan tisu yang lembut menonjol keluar dan biasanya dikesan seawal bayi lagi, bagaimana nak tahu anak ada hernia atau tidak? Ia kelihatan seperti benjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk, menggeliat atau menangis meneran.


Keadaan yang biasa dialami oleh kanak-kanak ialah hernia pusat. Keadaan ini berlaku dibahagian pusat. Masalah ini disebabkan kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Bagi anak-anak saya pula mengalami keadaan yang dikenali Hernia Inguinal berlaku dibahagian groin dan biasanya dialami oleh anak lelaki. Kecacatan ini berlaku selepas testikel telah turun ke dalam skrotum.


Biasanya hernia pusat tidak memerlukan rawatan kerana keadaan ini akan pulih dengan sendirinya. Manakala Hernia Inguinal boleh pulih sendiri atau berurut dan diurut oleh tukang urut yang mahir. Jika sebahagian usus kecil terperangkap dalam hernia, ini perlu diperbetulkan melalui pembedahan.


Tanda-tanda Hernia atau Angin Pasang


1. Bonjolan tidak sakit dipermukaaan kulit berdekatan pusat atau groin yang menjadi besar semasa anak  batuk, bersin atau menangis.

2. Muntah dan abdomen terasa sakit jika usus tersepit.


Apa yang perlu dilakukan?


Sila bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda melihat bonjolan pada perut bayi yang berumur kurang enam bulan. Jika hernia menjadi keras dan bonjolan tidak masuk apabila ditolak dengan lembut atau anak mengalami kesakitan dan muntah, segera bawa anak berjumpa dengan doktor.



Doktor yang merawat akan rujuk anak anda kepada pakar pediatrik jika hernia terasa keras atau tidak masuk semula. Hernia anak anda mungkin perlu dibedah untuk diperbetulkan, jika anak anda kurang dari enam bulan dan mengalami hernia inguinal, doktor akan mengesyorkan pembedahan untuk mengelak  usus dari tersepit.


Hernia atau Angin Pasang Juga Berlaku Kepada lelaki Dewasa


Hernia terjadi kerana adanya tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan kelemahan otot dinding perut kerana faktor usia. Tekanan dalam perut yang meningkat adalah disebabkan oleh batuk yang kronik, susah buang air besar (sembelit), adanya pembesaran prostat pada lelaki serta orang yang sering mengangkat barang-barang berat. Penyakit hernia akan meningkat sesuai dengan penambahan umur. Ini disebabkan oleh jaringan penyangga usus atau kerana adanya penyakit yang menyebabkan tekanan di dalam perut meningkat.


Dikatakan juga kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.


Sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk merawat hernia atau angin pasang anda atau anak anda.


Sila rujuk link berikut untuk anda mengetahui keadaan hernia anda bagi yang dewasa, klik How To Check For A Hernia

Bagaimana Resveratrol  dalam Vivix Shaklee membantu pesakit kanser , sila klik SINI.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan Vitamin Shaklee atau nak jadi ahli Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619





Labels: , ,