Mahalnya Harga Sebuah Kecantikan Untuk Awet Muda






Pernah tak kita berjumpa dengan seseorang dan kita tertanya-tanya umur beliau terutamanya wanita. Peristiwa ini pernah berlaku kepada seseorang apabila menyangkakan wanita tersebut berumur lingkungan 40an dengan kulit yang halus, garis kedutan yang tidak banyak, pakaian yang elegan, bentuk tubuh yang masih tegap, hakikatnya wanita elegan tersebut berumur 60 tahun dan sudah bercucu!!! ...Wow terpaku sebentar. Mesti kita nak tahukan petua awet muda wanita tersebut.


Rahsianya dengan 4 angka RM untuk "maintain" kelihatan muda dan sihat. Belanja itu meliputi suntikan, kunjungan ke spa dan salon, barangan penjagaan diri dan kulit, alat kosmetik dan suplemen. Belanja ini tidak termasuk pakaian, kasut, beg tangan dan barang perhiasan diri.


Wanita memang sukakan kecantikan tetapi tidak semua orang mampu untuk "maintain" sehingga RM 4 angka setiap bulan. Sebaiknya gunakan sumber yang ada untuk kita menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Salah satu cara untuk mengurangkan kedutan atau melewatkan kedutan ialah kurangkan pendedahan secara beterusan dengan matahari, berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama tanpa mengenakan pelindung akan menyebabkan kulit terkena radiasi ultra ungu dan menyebabkan kedutan.


Bagaimana Kedutan terjadi?

Apabila usia kita semakin meningkat, penghasilan kolagen di dalam tubuh akan berkurangan, kekurangan kolagen menyebabkan kulit kehilangan elastisitinya. Kulit juga kekurangan sel lemak dan kolagen, ia mulai kendur dan kering.


Cara merawat kulit untuk mengatasi kedutan ialah dengan usaha berpanjangan, dan lebih tekad untuk melakukannya seperti


1. Memakai krim pelindung muka

Ia bukan sahaja dipakai semasa anda berada dipantai akan tetapi setiap kali anda keluar rumah diwaktu siang sebaiknya pakailah krim pelindung suria. Terdapat pelbagai krim dipasaran berhati-hati semasa memilih agar krim itu tidak memudaratkan kulit anda dikemudian hari. Tujuan pemakaian krim ialah untuk melindungi kulit anda daripada pancaran matahari yang berbahaya.


2. Minum Secara Sihat


Minum air masak dalam kuantiti banyak. Makan banyak buah-buahan segar untuk memastikan badan mendapat bekalan air yang secukupnya. Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi.


3. Berehat

Pastikan anda mendapat rehat yang cukup pada sebelah malam. Waktu tidur yang terbaik adalah selama 8 jam sehari. Amalan ini berkesan untuk merendahkan tahap tekanan yang anda hadapi. Selain itu elakkan merokok kerana ia mengeringkan tubuh dan pada masa yang sama membakar nutrien keperluan tubuh.


Untuk tambahan info tentang sebab kehilangan kolagen dan menyebabkan kedutan, saya kongsikan di sini.


a. Pancaran matahari yang berterusan akan memecahkan kolagen di dalam kulit. Itulah puncanya anda nampak tua daripada usia sebenar. Kehilangan kolagen akan menyebabkan kulit hilang anjal dan kedutan mula memenuhi bahagian-bahagian tertentu pada wajah.


b. Radikal bebas dalam kulit juga menyebabkan kedutan, ia sebenarnya molekul oksigen yang tidak stabil dan sesekali terbentuk dalam tubuh. Bahan radikal inilah yang mempercepatkan kehilangan kolagen dalam kulit anda. Kewujudan radikal bebas ini boleh terjadi kerana pencemaran udara, pendedahan kepada sinaran ultra ungu, asap rokok dan banyak lagi.


c. Graviti juga punca kedutan ia menyebabkan kesan menggelebeh dan daging berlebihan di bawah dagu. Kedutan memang sukar dielak, pada usia seawal penghujung 20an, anda akan mendapat kedutan.


Sudah mengamalkan semua cara tapi masih belum berpuashati dengan kulit anda dan masih mahu mengembalikan keanjalan kulit? Nak tahu caranya dengan kos yang tak sampai 4 angka?


Set Vitamin Anti Penuaan Shaklee


Collagen Powder Shaklee





Vitamin Anti Penuaan






Vivix Shaklee

Vitamin Anti Penuaan



Untuk bacaan lebih lanjut tentang kebaikan dan khasiat Collagen Powder Shaklee dan Vivix Shaklee anda boleh klik link berikut


Testimoni Collagen Powder Shaklee - Kulit Anjal, Tegang dan Awet Muda


Keistimewaan Vivix Shaklee - Awet Muda Tanpa Suntikan


Ingin mendapatkan Vitamin Shaklee dan menjadi ahli Shaklee, sila hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com

Whatsapp : 010-2995619

Labels: