Resepi Kari Daging Yang Mudah Dan Sedap


Saya tahu ramai yang pandai memasak kari daging, tapi resepi yang saya nak kongsikan ini ialah Resepi Kari Daging Yang Mudah Dan Sedap, maklumlah ibu-ibu zaman sekarang semua nak cepat, mudah dan ringkas tapi nak sedap sehingga bila makan... habis semua licin, betul tak? Tapikan ramai juga yang takut nak makan kari, tak kisahla kari daging ke kari ayam ke. Lepas makan kari kita detox cepat-cepat la badan kita. Layan dulu video ni sebelum uolls menyalin resepi ni :)




Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


Bahan-bahannya

500gm daging - biasanya saya beli daging batang pinang, 500gm cukup untuk kami berlima makan.
2 - 3 biji kentang - sukahati nak potong berapa, nak nampak banyak, potong kecil-kecil
1 biji kelapa atau 1 kotak santan segera - yang ni pun terpulang samada nak buat pekat atau kurang pekat.
1 peket rempah kari - boleh diubahsuai juga dan terpulang nak guna jenama apa
Cili kisar  - kalau nak pedas letak 2 - 3 sudu (tak nak letak pun tak mengapa)
Halia - 1 inci - dihiris halus
3 - 4 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daun kari beberapa helai
Udang kering - Yang ni terpulang samada nak masukkan atau tidak


Suka saya nak kenalkan jenama rempah kari yang sekarang memang jenama ini sahaja yang saya gunakan dalam masakan kari saya, samada kari daging atau ayam, suami dan anak-anak memang lebih suka rasa rempah kari ini. Walaupun ia khusus untuk mee kari tapi ada saya kisah hehe, yang penting sedap.  Biasanya saya beli di Pasar Seksyen 6 Shah Alam.


Resepi Kari Daging Yang Mudah Dan Sedap



Cara-cara Memasak Kari Daging Yang Mudah dan Sedap


1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan. Rebus daging tersebut sehingga empuk, kalau ada pressure cooker lagi bagus, sangat menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang ya.


2. Panaskan minyak untuk menumis kayu manis, bunga lawang. cengkih, biarkan seketika masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.


3. Bancuh rempah kari dengan sedikit air, kemudian masukkan dalam tumisan tadi bersama cili kisar jika mahu untuk rasa sedikit pedas. Masukkan daun kari dan udang kering jika mahu kacau sehingga terbit minyak dan berbau wangi, perghh masa ni satu rumah bau kari menusuk-nusuk hidung sedapnya.


4. Masukkan santan dan juga daging. Kacau dahulu bersama-sama tumisan tadi dan masukkan lebihan air rebusan daging (ikut selera masing-masing samada nak kuah pekat atau tidak). Biarkan mendidih sebentar.


5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi dan garam secukup rasa. Didihkan sehingga kentang empuk.


6. Tutup api dan kari daging siap untuk dihidangkan. Boleh dimakan bersama-sama dengan nasi atau roti canai atau sukahati uolls nak makan dengan apa. Ikut selera masing-masing.


Maaf ya tiada gambar hasil masakan kari daging, yang pasti memang licin setiap kali masak. Selamat mencuba semua.


Disebabkan tiada gambar yang nak ditunjukkan, jom kita layan testimoni video yang berpuas hati dengan Vitamin Shaklee


Ibu Menyusu Kini Tidak Lagi Perlu Risau Semasa Berpuasa







Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.





Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.




Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.




Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.




Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.





Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.




Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.




Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.





Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.


Kalau uolls ada masalah yang sama seperti mereka dan berminat nak dapatkan Vitamin Shaklee sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: