Resepi Rendang Ayam Yang Mudah Dan Sedap




Resepi Rendang Ayam Yang Mudah Dan Sedap




Resepi rendang ayam ni paling mudah cara memasaknya, mungkin setiap keluarga berbeza cara masak rendang ayam, ada yang menggunakan ayam kampung, ayam pencen dan ayam ternak. Yang saya nak kongsikan di sini ialah Resepi Rendang Ayam yang biasa kami masak dan ianya sangat mudah dan anak-anak pasti suka.


Bahan-bahan

Untuk ayam 1 ekor

* 1/2kg bawang merah
* 1 labu bawang putih
* Halia 2 inci
* Serai 3 batang

Kesemua bahan bertanda * ini dikisar

Cili kisar - 3 - 4 sudu besar ikut kepedasan
Santan 1 - 2 biji kelapa
Kerisik - untuk warna lebih gelap
Garam


Cara-cara Memasak


Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak.

Masukkan cili kisar hingga garing dan benar-benar masak.

Masukkan ayam dan gaul dengan bahan yang ditumis sehingga ayam sedikit kecut.

Masukkan santan dan kemudian masukkan pula kerisik, perisakan dengan garam secukup rasa.

Masak dengan api yang perlahan sahaja.

Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka taburkan daun kunyit yang dihiris halus ke dalam rendang sebelum api ditutup.


Selepas itu bolehlah dihidangkan dengan nasi himpit atau nasi biasa atau dengan roti. Nak lagi sedap ada kuah kacang dan lodeh, dah macam Hari Raya suasananya.


Ini resepi rendang ayam yang mudah dan sedap, anda boleh juga tambah lengkuas, kunyit hidup bersama-sama dengan bahan yang dikisar. Nak lagi pedas menyengat sila tambah cili api tapi kalau ada kanak-kanak yang makan sekali memadai dengan cili kisar sahaja.


Boleh perisakan lagi dengan asam keping dan gula. Untuk makluman anda boleh olah berapa banyak bahan yang nak digunakan atau nak kuah lebih, ikut kesesuaian.


Selamat Mencuba

Labels: