Resepi Sambal Belacan Yang Sedap


Nak buat sambal belacan pun masuk dalam blog? Kenapa saya kongsikan dalam blog resepi sambal belacan ialah sebab ada yang tak tahu macam mana nak buat sambal belacan. Saya sendiri belajar dari pengamatan saya samada mak kita buat, di kedai atau dimana-mana sahaja. Seperti yang kita sedia maklum orang melayu ni suka makan nasi bersama-sama dengan sambal samada sambal belacan, sambal tempoyak, budu, cencaluk atau sambal kicap, kebanyakkannya la ada juga tak kisah.


Makan dengan nasi panas-panas, bersertakan ulam, memang terbaik la. Silap-silap bertambah-tambah nasi dalam pinggan.


Yang saya kongsikan ni resepi yang mudah dan boleh dipelbagaikan dengan manambah tomato, pelam muda atau hirisan kulit limau, terpulang pada selera masing-masing.


Bahan-bahan

Belacan - dalam 1 inci perlu dibakar
Bawang besar - dihiris nipis dan dibakar
Cili Merah - 3 - 4 tangkai dipotong
Cili Api - 7 - 9 biji
1 sudu kecil gula pasir atau gula perang
1 biji limau kasturi



Resepi Sambal Belacan Yang Sedap



Cara-cara membuatnya


Masukkan belacan dan bawang besar yang telah dibakar, cili merah dan cili api ke dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.

Masukkan 1 sudu kecil gula

Perahkan 1 biji limau kasturi


Jika menggunakan pengisar, jangan terlalu halus, nanti rasanya tak kick pulak hehe. Nak buat sambal belacan ni kena ada keseimbangan rasanya mungkin limau kasturi boleh digantikan dengan perahan air asam jawa.

Ok dah siap nampak mudah kan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Labels: