Tips Dan Menu Menurunkan Berat Badan dan Terbukti Berkesan





Amacam tengok gambar ni terliur tak? Inilah makanan yang bakal masuk dalam perut kita dan menyumbang kepada penambahan berat badan. Yalah dah uolls makan... banyak plak tu boleh bertambah-tambah, lepas makan lepak-lepak depan tv dah kenyang sedap tidur, suruh bersenam pelbagai alasan yang keluar. Sedar-sedar kenapa baju aku mengecik ni, eh seluar dah tak boleh zip.


Panjat tangga dah mengah semacam, lutut plak menjerit-jerit sakit, badan rasa berat, sembap, bangun pagi tak rasa segar makin mengantuk. Penyudahnya apabila buat pemeriksaaan dengan doktor tekanan darah tinggi, tahap gula dalam darah tinggi..aduh macam mana ni walhal umur belum 40 tahun lagi, untuk makluman semakin umur kita bertambah metabolisma kita semakin rendah.


Bukan uolls je yang ada masalah pertambahan berat badan saya pun ada lebih-lebih lagi umur menghampiri 40 tahun ni.  Saya sendiri sedang berusaha untuk mengawal berat badan, Alhamdullilah baru-baru ni check tahap gula dan tekanan darah masih terkawal, kolesterol perlu selalu dipantau sebab keluarga ada sejarah Gout.


Saya nak kongsikan beberapa tip dan menu menurunkan berat dan terbukti berkesan, sama-sama kita cuba ya.


Antara tipnya ialah


Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat
Dari beras putih, anda boleh tukar kepada beras perang
Roti putih kepada wholemeal bread
Gula putih kepada gula perang
Menggunakan mentega tanpa lemak
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan nasi memang perlu dikurangkan sekurang-kurangnya segenggam sahaja bukan bergenggam-genggam ya, maklumlah perut melayu dari kecik dah makan nasi tiba-tiba berhenti secara mengejut tak makan nasi, takut ada yang pengsan plak nanti hehe. Kurangkan sedikit demi sedikit.


Selain itu kurangkan pengambilan daging, hadkan kepada seminggu sekali dan buang lemak.


Teringin nak makan karbohidrat dan nak tahu sumber karbohidrat yang lain, anda boleh cuba kentang bakar dan kentang rebus.


Berikut adalah beberapa contoh menu yang boleh anda ambil setiap hari


Sarapan/breakfast


Telur rebus 1 biji/scramble/setengah masak/goreng (3gms carbs)
Daging ayam 2 - 3 keping
Keju 2 keping
Fish Finger (chunky dan kurang tepung)
Salad dengan mozzarella cheese atau olive oil 1 cup
Tauhu Goreng - 2 slice
Brocolli rebus/celur 1/2 cup
Daging cincang goreng telur - 1 cup
Ayam kukus berempah
Air mineral/kosong/green tea


Makan Tengahari

Ayam goreng 2 ketul
Ikan/kukus/panggang/stim/berlada 1 -2 slice
Sup ayam/lembu/ikan
Sayuran hijau goreng/rebus/celur 1 mangkuk
Telur goreng 1 - 2 biji
Kari ikan/ayam/daging/telur/cendawan 1 - 2 slice
Gulai kuning ikan/ayam/daging/telur/cendawan 1 - 2 slice
Masak kurma/daging/ayam 1 - 2 slice
Ayam/daging/kukus/berempah/tumis/halia/kunyit 1 - 2 slice
Tauhu 2 slice
Udang/tumis/goreng berempah
Brocoli/goreng/celur/rebus 1/2 cup
Terung goreng berempah/goreng belacan 1/2 cup


Uolls boleh pelbagaikan menu, yang lebih baik masak sendiri dirumah sekurang-kurangnya boleh kawal dengan pengurangan garam, tidak menambah gula atau tepung jagung (pemekat kuah) dan tidak menambah perisa makanan, selain itu boleh berjimat dan kebersihan terjaga.


Jika anda rasa lapar,  minum air masak suam, infused water atau green tea. Dan kita sering dengar amalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan seimbang maksudnya menu harian kita lengkap dengan pelbagai nutrien, senang cerita boleh rujuk piramid makanan sebaiknya lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.


Selain dari mengawal makanan yang diambil setiap hari , jangan lupa ya bersenam samada berbasikal, bersukan, menari, bagi yang lutut dan tumit ada masalah mungkin boleh berjalan laju ada yang mencadangkan 10,000 langkah apapun ikut kemampuan badan.


Semoga apa yang kita usahakan ini ada kejayaannya, bukan untuk berposing melentik badan menunjukkan badan dah kurus tapi tujuan kita menurunkan berat badan ialah untuk menjaga kesihatan kita agar kita mudah menjaga keluarga kita, mencari rezeki dan mengerjakan ibadah seharian kita.


Cubalah ikut tips dan menu menurunkan berat badan dan terbukti berkesan ini, saya doakan anda istiqamah dan mendapat kesihatan yang baik. InshaaAllah.





Labels: