Takwim Sekolah 2016


Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan kepada ibubapa merancang aktiviti anak-anak sepanjang tahun 2016. Terutamanya jika ada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar UPSR, PT3 dan SPM pada tahun 2016.


Kepada bakal pengantin pun dah boleh merancang tarikh untuk bernikah dan kenduri. Bagi yang ingin bercuti dah boleh godek-godek tiket flight, hotel dan pelbagai perancangan dah boleh diatur. Manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Jika ada kalendar dan cuti pada tahun hadapan saya akan kongsikan lagi ya :)





Nak bercuti, nak bernikah, nak sekolahkan anak semuanya perlukan wang, betul tak? Teringin nak tambah pendapatan tahun 2016. Hubungi saya dengan segera ya. Semuanya bermula dengan modal yang rendah.





Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Celebrity Yogurt Shah Alam - TTDI Jaya, Bukit Jelutong, Seksyen U9, Seksyen U10


Berita baik bagi mereka yang tinggal berdekatan TTDI Jaya, dapatkan Celebrity Yogurt terlajak laris di

KEDAI FROZEN TTDI JAYA SHAH ALAM
Prestige Fresh & Frozen
No 14, Jalan Opera J (U2/7)
Taman TTDI Jaya
40150 Shah Alam

Deretan kedai berhampiran Masjid TTDI Jaya Shah Alam





KEBAIKAN CELEBRITY YOGURT

Tinggi Kalsium
Bagus Untuk Diet
Baik Untuk Penghadaman
Kaya Dengan Rasa Buah Asli
Baik Untuk Ibu Mengandung


KELEBIHAN CELEBRITY YOGURT

Resepi Yogurt HomeMade
Buah-Buahan Segar
Tanpa Pengawet
Resepi dari MESIR

Promosi Sate Kebab Akmal Hujung Tahun 2015


Apa perancangan uolls tahun hadapan? Ekonomi semakin mencengkam mendesak. Keperluan sekeluarga semakin bertambah. Anak-anak perlu ke sekolah, pelbagai bayaran perlu dijelaskan lebih-lebih lagi bila anak-anak bakal menghadapi peperiksaan besar.


Jom bersama-sama dengan saya kita menambah pendapatan keluarga. Modal yang rendah, pembelian minimum 15 pek sahaja. Jika anda berada diluar kawasan Shah Alam saya akan aturkan penghantaran.


Pihak Sate Kebab Akmal menawarkan setiap pembelian 15 pek ... uolls akan dapat Kalendar 2016 secara PERCUMA, ya percuma bolehlah kita membuat perancangan bagi tahun 2016 :)







Tak tahu nak pelbagaikan resepi Sate Kebab sila klik






Hubungi saya dengan segera 010-2995619 (Whatsapp/Telegram/SMS)

Tip Yang Menjimatkan Ke Legoland Johor Bahru






Entri percutian kali ini yang saya nak kongsikan ialah Tip Yang Menjimatkan ke Legoland Johor Bahru. Boleh ke jimat jika nak ke Legoland? Seperti yang kita sedia maklum tiket nak masuk dah memang mahal kalau Theme Park dewasa = RM180, manakala kanak-kanak = RM146. Kalau 1 keluarga 5 orang kira sendiri lah ya. Kali ini kami hanya masuk ke Theme Park, ada rezeki nak ke Water Park pula.


Tip yang saya  nak kongsikan ni selain dari menyimpan duit selama setahun untuk ke Legoland, sebaiknya uolls rancang tarikh yang nak pergi ... cara jimatnya ialah tempah tiket secara online sebelum nak pergi sekurang-kurangnya seminggu sebelum, anda dah jimat 20% .. banyak tau bezanya jika anda pergi dengan anak-anak 3 orang. Yang jimat 20% tu boleh untuk beli makanan dalam Theme Park yang harganya memang boleh tahan mahal. Jangan lupa untuk print tiket tu sebelum pergi sebab mereka akan scan sebelum benarkan kita masuk.


Percutian kali ini kami tidak berkesempatan untuk tidur di Hotel Legoland ... kebetulan apabila nak tempah semua dah penuh dan bilik yang kosong berharga RM1,8++. Ish sayangla pulak boleh tidur 4 malam di hotel lain :)


Waktu operasi Legoland ialah 10am - 7pm, sebelum masuk Legoland silalah sarapan dulu di luar yang mana harganya lebih murah dan menjimatkan. Sila tunggu depan pintu Legoland tepat kul 10am kalau anda nak lama di dalam dan dapat menggunakan ke semua permainan yang di sediakan . Sila ambil peta Legoland untuk melihat kedudukan uolls di mana dan jangan sampai terlepas permainan yang mana uolls kena cuba semuanya. Mahal tau tiket nak masuk rugi kalau tak digunakan sepenuhnya.





Kami sengaja memilih hari Isnin kerana Isnin adalah hari bekerja ... walaupun cuti sekolah tapi untungnya ialah kita tidak terlalu lama beratur menunggu giliran. Maklumlah Theme Park ni besar, luas dan PANAS yang mana kalau menunggu terlalu lama boleh jadi Hulk tau :) Sebelum saya terlupa bagi uolls yang ada anak-anak bawah 8 tahun, pihak Legoland ada menyewakan stroller, takdelah bila anak kepenatan uolls kena dukung, patah pinggang kak oi nak dukung anak dalam kawasan yang sangat luas.

Untuk anak-anak kecil mereka ada had ketinggian .. permainan yang mereka boleh sertai termasuk lah Maisarah akan tetapi jangan risau pihak Legoland ada sediakan tempat permainan khusus untuk mereka dan permainan yang bersesuaian.


Secara ringkasnya uolls boleh berjimat ke Legoland dengan

1) Tempah tiket secara online jimat 20%
2) Sarapan dulu diluar
3) Jimat masa jika pergi hari bekerja (masa menunggu giliran adalah lebih cepat)


Jom tengok sebahagian gambar yang kami sempat snap untuk tatapan uolls, Legoland Theme Park memang best, kalau kita amati design Lego yang mereka buat memang kita akan paham kenapa bayaran masuknya mahal.




The Boating School 

... bolehlah berangan bawa ala-ala speed boat hehe








Driving School untuk kanak-kanak



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dino Island ... suka diingatkan sila bawa sepersalinan baju atau baju hujan, sebab uolls confirm basah kuyup naik ride ni .. macam anak-anak saya mereka tak kisah .. jawabnya jalan-jalan nanti keringla baju tu.


















Break sekejap makan minum dan tengok peta kut-kut ada yang terlepas, sayang hocay




Seronok la anak-anak nampak cute je kan train tu, kelajuan sesuai la dengan usia mereka







Observation Tower ... uolls boleh tengok pemandangan seluruh Legoland yang bestnya dalam ni ber aircond ... nyaman sungguh setelah berpeluh-peluh kat luar sana .. make up pun cair haha





Sementara menunggu anak-anak yang lebih besar, adik-adik boleh bermain di sini.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah satu tarikan di sini ialah Star Wars, ada banyak model Star Wars di sini. Confirm peminat Star Wars terpegun termasuklah anak-anak bujang saya. Kebetulan pulak movie Star Wars keluar. Hmm memang lama la kat sini 


















Ni namanya Wave Racers .. ada basah sikit-sikit la :)









Kaki-kaki yang dah penat berjalan dalam Legoland dari kul 10am - 5.30pm. Dah beratus-ratus kalori terbakar. Dinasihatkan jangan la pakai high heel semasa dalam Legoland tu. 


Sebenarnya kalau nak bercerita tentang Legoland ni memang banyak dan ada banyak permainan yang dewasa dan kanak-kanak boleh bermain. Nak tengok lebih lanjut tentang permainan di Legoland sila klik sini. Surau juga disediakan bagi kita menunaikan kewajipan.


Sebelum keluar dari Legoland pasti anak-anak terjebak ke dalam kedai Legoland yang menawarkan pelbagai permainan Lego ... haissh rambang mata dibuatnya budak-budak ni. Mak bapak pun boleh terbeliak mata tengok harganya.




Sebelah malamnya kami berehat di Hotel Granada, Taman Bukit Indah. Sempat juga mencari self laundry dobi. Sebelum tidur wajib telan Ostematrix dan Lecithin. Macam nak tercabut kaki pinggang berjalan-jalan dalam Legoland dengan makan Vitamin ni sekurang-kurangnya membantu badan kita cergas dan bertenaga semula. Esoknya sebelum ke Melaka kami sempat singgah Johor Premium Outlet.  Entri ke Melaka saya akan sambung lagi ya :) 

Tip Untuk Ibu Yang Mempunyai Anak Kecil Membakar Kalori


Tip Untuk Ibu Yang Mempunyai Anak Kecil Membakar Kalori ....




Saya tiada masa nak bersenam , anak-anak masih kecil lagi. Antara alasan-alasan yang selalu kita dengar, betul tak? Kita takut kalau semasa kita sedang bersenam anak kecil kita mengganggu dan hilang tumpuan kita nak melakukan pergerakan. Saya akan kongsikan beberapa tip yang boleh membantu kita ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk bersenam dan membakar kalori dan pergerakan ini boleh dilakukan dengan anak kecil kita. Seronok kan :)


Menyusukan Bayi

Kaedah ini memang terkenal dikalangan ibu menyusu, sebab apa? Ia adalah kaedah paling murah dan mudah untuk menguruskan badan selepas bersalin dengan menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Bayi anda sihat kerana mendapat khasiat yang secukupnya, bonusnya anda dapat mengekalkan berat badan dengan ideal.


Menguruskan Keperluan Bayi

Bagi kita yang mempunyai anak kecil tentu tahu bagaimana kelam kabutnya jika mempunyai anak kecil dan menguruskan keperluan mereka. Dari mula memandikan bayi, mengganti lampin, mendukung, menidurkan, menyusukan hingga membawa bayi bermain cukup membuatkan seorang ibu keletihan, itu kalau anak baru seorang jika ada anak-anak yang lain? Secara tak langsung anda telah bersenam semasa menguruskan mereka :)


Senaman Di Bilik Tidur

Jika bayi tengah tidur lena, gunakan kesempatan itu untuk melakukan sedikit senaman. Sambil kita memantau anak tengah tidur di dalam bilik. Apakata gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan senaman ringan yang mudah seperti bangkit tubi atau plank.


Bermain Dengan Bayi

Kadangkala atau selalu anak kecil kita langsung tak nak berenggang asik nak berkepit je, walau ke tandas dah tu bilanya nak bersenam ya tak hehe. Apakata kita libatkan sekali bayi kita semasa membuat senaman. Aktiviti bermain bersama seperti meletakkan bayi di atas kaki ketika kita membuat latih tubi bukan sahaja membuatkan dia ketawa keseronokkan malahan kita juga dapat mengeluarkan peluh. 

AMARAN : Aktiviti ini boleh dilakukan jika bayi anda berusia 5 bulan ke atas ya


Senaman Mengikut Video

Zaman sekarang ni teknologi semakin canggih, kita tidak perlu keluar rumah untuk bersenam. Youtube kan ada,  cari sahaja video senaman yang ringkas dan mudah, bagi mereka yang baru bersalin terutamanya yang bersalin secara caeserian perlu berhati-hati pastikan badan kita benar-benar sihat sebelum melakukan aktiviti senaman.


Yoga

Yoga adalah senaman yang boleh dilakukan walau semasa anda sedang memegang anak atau sedang menidurkan anak kecil anda. Semasa anak berada di sebelah kita, kita boleh melakukan senaman yoga. 


Jalan Santai

Ketika berjalan-jalan dengan anak contohnya ke taman kita menyorong kereta mereka berjalanlah selama 15 minit berhenti seketika buat  senaman ringan dan kemudian berjalan balik selama 15 minit. Nampak tak kita telah berjalan kaki selama 30 minit dan 15 minit untuk senaman ringan. Sungguh mudah kan untuk senaman ringan dan mengeluarkan peluh.


Kecergasan

Ini antara yang saya sendiri sering lakukan dengan anak-anak semasa mereka masih kecil dengan posisi berbaring dengan lutut dibengkokkan mengadap ke atas, letakkan anak kecil di atas lutut dan lakukan gerakan naik turun. Atau kita boleh duduk dan meletakkan anak kecil dilutut lalu hayun mereka dengan perlahan-lahan. Mereka akan ketawa keriangan dan mereka nak lagi dan lagi hehe.


Semoga perkongsian ini membantu anda yang semakin rimas dengan kenaikan berat badan selepas melahirkan anak. Vitamin Shaklee yang boleh dimakan semasa menyusukan anak dan dalam masa yang sama membantu memcepatkan penurunan berat badan ialah Lecithin dan Omega.

Khasiat Dan Kebaikan Lecithin Shaklee - Turunkan Berat Badan


Memandangkan bulan ini ialah Promosi Lecithin, saya akan kongsikan kisah dan mengapa Lecithin Shaklee ni terkenal bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bila berkongsi khasiat dan kebaikan Shaklee ni kita rasa seronok sebab kalau boleh nak semua orang mendapat manfaatnya.


Khasiat Dan Kebaikan Lecithin Shaklee - Turunkan Berat Badan


Khasiat Dan Kebaikan Lecithin Shaklee - Turunkan Berat Badan



1) Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, trigylcerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.


Kenapa Orang Nak Kurus Suka Lecithin?


2) Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides ... bla..bla semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yang bijak.


4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.


5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ini kurang efisien. Sebab itu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.


6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Di samping itu , struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.


7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.


8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.


9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang ada alergi, asma, bronkitis dan emphysema.


10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang dan sistem penghadaman.


11) Lecithin adalah zat untuk kecantikan ..ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat , kulit yang lembut gebu dan juga mencegah ekzema.


12) lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala menopause


13) Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan untuk membuat BILE. BILE ini fungsinya ialah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zar-zat seperti A, D, E dan K ke dalam badan.

Lecithin Shaklee - Vitamin Untuk Otak


Bagaimana Otak Kita Berfungsi



Kita sering nampak ayat "lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku". Macamana sel-sel otak kita berhubung, nak tau tak?

Sel-sel otak kita ni dia tak bersambung secara direct, antara sel-sel otak (dipangil neuron) ada satu ruang namanya synapse. Di synapse inilah berlakunya pemindahan neurotransmitter dari satu neuron ke satu neuron yang lain.

Macamana kalau neurotranmitter ni tak boleh nak melepasi synapse tu ke neuron-neuron yang lain? Maka jadilah ia macam talian telefon atau internet yang terganggu. Contohnya kita tengah bercakap dalam telefon tiba-tiba ada gangguan maka tak sampailah mesej kita kepada orang di sebelah sana.


Macam tu lah jugak bila ada gangguan terhadap aliran neurotransmitter kita. Bila sel otak tak berhubung , kita pun mulalah jadi tak berapa betul sebab dah ada gangguan. Jadi macamana kita nak pastikan aliran neurotransmitter kita berjalan dengan lancar?


Mula-mula sekali kena istiqomah buat AMALAN ROHANI, kenapa? Secara saintifiknya memanglah sistem badan kita berjalan dengan sendiri tapi secara rohaninya yang menjaga setiap degup jantung dan aliran darah kita ialah para malaikat, maka kena buat amalan rohani secara konsisten barulah kita benar-benar sihat.


Dalam masa yang sama kita bekalkan otak kita dengan nutrien. Makan bukan sekadar nak kenyangkan perut sahaja tapi OTAK pun perlukan nutrien. Bukan Omega Guard sahaja yang jaga otak.


1) Protein (ESP) - Protein membina neuron dan neurotransmitter. ESP juga ada asid amino yang menjaga neuron dan saraf kita supaya sentiasa alert.


2) Vitamin C - Jaga sel otak dari rosak. Kalau otak dah rosak apapun tak boleh


3) B Complex - Menjaga kesihatan neurotransmitter


4) Lecithin - Mengandungi phosphatidylcholine iaitu precursor untuk neurotransmitter membantu perpindahan neurotransmitter ini dengan lebih mantap.


5) Omega Guard - Mengurangkan risiko otak mengecut .. haa jangan tak tau otak pun boleh mengecut tau

6) Performance Drink - Melancarkan lompatan neurotransmitter


Jadi? Jangan tunggu lama-lama, yang dah makan teruskan makan kalau yang belum jangan lupa hubungi saya ya.

Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619
et emotico

Set Kurus Dan Cantik Shaklee Dengan Harga Yang Menjunam Bulan Ini Sahaja


Promo Shaklee Bulan Disember 2015 ... Set kurus dan cantik dengan harga yang menjunam. Lecithin dan Collagen Powder serta vitamin untuk anak-anak kita Vita-lea For Children.










Harga yang dipaparkan adalah harga runcit, kalau kita menjadi ahli Shaklee harganya lagi murah. Tak rugi pun kalau menjadi SID Shaklee, ada banyak kebaikannya lebih-lebih lagi zaman sekarang dengan keadaan ekonomi yang  semakin mencabar dan mencengkam.


Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin Shaklee anda

Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Resepi Mudah Membuat Pizza Di Rumah


Memandangkan sekarang cuti sekolah dan musim hujan, harap maklumlah anak-anak memang akan sentiasa kelaparan. Kadang-kadang tu sampai dah habis idea nak masak apa. Kebetulan pulak oven yang sedia ada kat rumah tu dah lama rosak, jadinya memang lagi terhad la aktiviti memasak (alasan je tu hehe). Sejak saya join satu grup masak memasak ni , tetiba datang satu semangat baru nak cuba resepi yang mereka selalu syer, rugi kalau kita tak praktikkan sebabnya sangat menjimatkan bagi kami yang anak-anak dah besar ni. Of coz la makanan yang mereka suka makan, ya tak?


Secara jujurnya saya bukanlah seorang yang pandai memasak tapi why not kita try n error. Kalau tak dicuba sampai bila-bila kita tak pandai memasak. Sekarang ni mudah bila kita google je ... pelbagai resepi berderet-deret akan keluar, lepas tu kita adjust la mengikut rasa yang kita mahu. Eh ter panjang pula sesi bercerita. Bila pertama kali mencuba agak kalut sikit tak sempat nak snap gambar step by step, cuma hasilnya sahaja yang ada.


Resepi Mudah Membuat Pizza Di Rumah



Hasil tangan saya memasak homemade pizza :)




Untuk Doh Pizza

200gm atau 2 cawan tepung gandum/tepung high protein
20gm atau 2 sudu kecil yis segera
3gm atau 1/2 sudu kecil garam
5gm atau 1 sudu kecil gula
10gm atau 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cawan air suam untuk menguli


Untuk Sos Pizza

Paling mudah gunakan sos yang sedia ada di pasaran seperti sos Prego, Kimball atau Adabi.

Atau kalau uolls nak buat sendiri sos nya pun boleh juga seperti resepi di bawah


1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu teh gula
1 sudu kecil oregano
Sedikit garam dan gula

Jika sos ini ada lebihan sila simpan , boleh digunakan nak masak spaghetti ke, makaroni goreng ke, lasagna ke .. ha kan dah berderet menu keluar tu hehe.


Bahan-bahan Untuk Topping

Sebungkus Sate Kebab Akmal
Mozarella Cheese
1 biji Capsicum
Cendawan butang


Cara-cara nak buat doh

1. Masukkan garam dan gula ke dalam tepung

2. Bancuhkan air suam dengan sedikit gula kemudian masukkan yis ke dalam air suam ... biarkan sebentar bagi yis aktif ... kemudian baru tuangkan yis ke dalam tepung.

3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak zaitun atau minyak masak ke dalam adunan tepung tadi.

4. Gaulkan ke semua bahan dan kita uli sehingga menjadi doh.

5. Kita biarkan doh tersebut berehat dalam 30 minit dan tutup bekas doh tersebut untuk dia mengembang dengan jayanya.


Selepas tu, kita sediakan topping yang kita nak gunakan ... istimewanya saya gunakan Sate Kebab Akmal yang mana sebelum tu saya grill sebentar dalam 5 minit. Keluarkan dari lidinya dan hiris nipis-nipis, lagi banyak lagi sedap tau.


Selepas setengah jam, maka doh kita pun dah mengembang dengan jayanya. Uli lagi dan tepuk-tepuk bagi angin keluar, bukan badan kita je yang berangin. Doh ni pun ada gak anginnya. Biasanya saya akan bahagi dua doh ni sebabnya nak buat 2 keping pizza. Kalau buat satu tak cukup untuk keluarga kami ni.

Cara saya, sapukan marjerin di dalam loyang, ambil doh tersebut,  masukkan doh ke dalam loyang dan tekan-tekan hingga menjadi bulat dan memenuhi loyang. Sapukan sos ke seluruh doh, kemudian susunkan sate kebab, capsicum yang dihiris kecil, cendawan. Kemudian taburkan Mozarella cheese hingga penuh.


Panaskan oven, kemudian masukkan loyang yang berisi pizza anda ke dalam oven. Masak selama 25 - 30 minit dengan suhu 180 - 200 'C ikut kesesuaian oven uolls. Jangan dibiarkan kena jenguk-jenguk gak bukan apa takut rentung je hehe. Penat menguli doh tadi pun tak hilang lagi.





Selamat mencuba ya :)


Kalau nak order Sate Kebab ke Celebrity Yogurt ke atau Shaklee sila contact saya ya 010-2995619.

Celebrity Yogurt Shah Alam, TTDI Jaya, Bukit Jelutong, Seksyen U9, Seksyen U10






Lapar VS Diet

Pernah tak kita rasa masih lagi lapar walaupun kita baru sahaja mengambil makanan berat terutamanya selepas makan tengahari dan makan malam? 


Apa yang kita perlu lakukan untuk mengawal rasa lapar kita tu selain dari minum air suam?


Takkan nak makan lagi kut? Apa nak jadi dengan diet dan berat badan kita nanti. Seperti yang kita sedia maklum jika kita masih mengambil makanan berat di waktu malam hmm maka bertambah-tambah la membesar dan melebar kita dibuatnya, betul tak?


Eh bukan anda seorang yang mengalami masalah kelaparan selepas waktu makan, ramai lagi yang senasib termasuk saya sendiri, saya yang menulis entri ni :)


Saya cadangkan kita mengambil buah-buahan sebagai snek ketika kita rasa lapar. Apakata anda cuba yogurt yang tengah femes sekarang ni Celebrity Yogurt yang diperkaya dengan kebaikan dan khasiat yogurt dengan rasa buah asli yang menyegarkan.


Ia bukan sahaja berkhasiat malahan ia memberi tenaga dan dapat menahan rasa lapar dengan lebih lama, ia juga dapat merawat dan membantu sistem penghadaman anda menjadi lebih sihat dalam ertikata lain mereka yang selalu mengalami masalah sembelit.


Celebrity Yogurt ini didatangkan dengan perisa buah asli iaitu mango, banana, honey dew, dragon fruit dan strawberry.





Hubungi saya untuk mendapatkan Celebrity Yogurt

Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Peringatan Untuk Saya Yang Bergelar Ibu



Saya ingin berkongsikan sesuatu yang mungkin kita akan rasai, sesuatu yang kita sedang alami atau kita sudah melepasi fasa anak-anak sedang menimba ilmu (anak-anak sedang bersekolah) tapi mungkin kita boleh gunapakai  untuk cucu kita... InshaaAllah jika panjang umur kita.


Bagi saya sendiri yang sedang dalam fasa anak-anak sedang membesar dan dalam masa yang sama anak-anak sedang menimba ilmu, pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak. Adakalanya pelajaran mereka menaik adakalanya menurun. Bila menurun secara logiknya sebagai manusia kita akan rasa sedih ... mulalah rasa down dan dibandingkan pula dengan anak-anak sahabat kita yang berjaya.


Beruntungnya saya ialah suami selalu memberi kata-kata semangat agar tidak mudah mengalah dalam membimbing dan mendidik anak-anak, kami percaya dengan rezeki Allah bagi untuk setiap anak-anak kami. Mungkin kita tidak dapat sekarang, kita akan dapat pada masa akan datang ... yang penting doa tidak pernah putus untuk anak-anak kita agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat.


Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah untuk mengubat rasa hati kita sebagai ibubapa, Alhamdullilah kita masih berpeluang untuk mendidik diri kita agar menjadi ibubapa yang lebih prihatin, lebih sayang pada anak-anak dan rasa lebih bersyukur.


Perbezaan Upaya Anak-Anak Tanda Kebesaran Allah


Bismillahirrahmanirrahim


1. Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

2. Anak yang cantik .. anak yang cerdik itu ujian. Cuma pinjaman .. Allah nak tengok kita demand ke tidak

3. Anak biasa-biasa, tidak berapa pandai .. itu hadiah Allah. Di mata manusia mereka biasa sahaja tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tidak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita

4. Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan dilukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi anak-anak kita sama rata. Doakan mereka tidak kira dimana. Maafkan dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

5. Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah wajah anak-anak dengan penuh amanah.

6.  Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana diluar sana ramai lagi yang tidak merasa untuk menjadi ibu dan ayah ... belajarlah malu pada Allah. DIA yang sebegitu hebat tidak pernah membezakan hamba-hambanya tapi kenapa kita sebagai hamba suka membeza-bezakan?


7. Anak-anak kita punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tidak beri penuh perhatian akan menjaga semasa kita tua dan akan mendoakan kita hingga ke syurga.


Learning process won't stop till death.


Semoga perkongsian ini membantu kita sebagai ibubapa zaman ini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Cara Dan Tip Mencuci Muka Dengan Betul




Nak cuci muka ada tekniknya untuk mendapatkan hasil kulit yang gebu gebas bukan sekadar mencuci dan terus tenyeh kat muka dengan kasar. Ingat ya ni kulit  muka kita ni lembut dan sensitif bukan lantai simen bilik air yang kita boleh berus sekuat-kuatnya. Ya faham uolls ada anak kecil tak sempat nak membelek muka, belum lagi pintu kena gendang kat luar. Cuba tengok gambar di atas dalam masa seminit je dah boleh cuci muka tapi bagi mereka yang ada kelebihan masa bolehlah membelai muka dengan lebih lama sikit :)


Cara Mencuci Muka Yang Betul Dan Mengekalkan Ketegangan


Mula-mula sekali cuci bersih tangan kita dan sila ikat rambut jangan sampai rambut menghalang muka kita. Lagi satu TOLONG elakkan sentuh muka dengan tangan macam tu je, dahlah tangan tu pegang macam-macam pas tu pegang pulak muka hmm bertepek la bakteria kat muka kita tu.


Basuh muka dengan air suam. Kemudian ambil pencuci muka kita. macam saya sendiri menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee. Ambil sedikit dan letak di tangan, buihkan dulu di tangan dan urutlah muka kita mengikut turutan gambar di atas, ingat .... ingat bukan tonyoh sekuat-kuatnya ya.





Selepas muka dah diurut bolehlah basuh muka dengan air sejuk. Lap muka secara perlahan-lahan dengan tuala bersih atau biarkan ia kering dengan sendiri.


Tip Untuk Mencuci Muka Dengan Betul


Tadi kita dah baca cara-cara untuk mencuci muka, yang ni pula tip tambahan untuk anda. Semoga memberi manfaat untuk uolls.


1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Sebelum mencuci muka, pilihlah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Jika kulit uolls jenis berminyak pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit uolls jenis kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi pada kulit.


2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan kekal. Amat penting untuk kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka yang mengalami iritasi, pilihlah skrub muka yang tidak kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang tengah mengalami penipisan kulit atau jerawat yang tengah menderu-deru keluar.


3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu yang ekstrem samada terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka bagi mengelakkan peningkatan sensiviti kulit atau stimulasi yang berlebihan.


4. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Bagi anda yang selalu memakai mekap, sebaik-baiknya gunalah pencuci khas untuk membuang kesan mekap bukan hanya sekadar menggunakan pencuci muka. Saya cadangkan kita menggunakan Gentle Action Make Up remover oleh Shaklee untuk menghilangkan kesan mekap dan seterusnya barulah menggunakan pencuci muka.




5. Memfokuskan Pada Zon T Muka


Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak dibahagian ini. Oleh itu tumpukan lebih perhatian kepada zon T semasa uolls mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.


6. Mencuci Muka Dengan Perlahan-lahan

Seperti yang saya maklumkan di perenggan atas, dalam menjaga kulit muka kita, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Uolls boleh urut secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan. Elakkan urutan ke bawah, nak muka awet mudakan?


7. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala

Setelah uolls mencuci muka, seboleh-bolehnya biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan dari terus mengeringkan muka dengan kain kerana ia boleh menyerap lembapan dan khasiat dari pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.


8. Menggunakan Topeng Muka atau Mask


Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau Facial Mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya topeng itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, Vitamin E dan Vitamin C.


9. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Penggunaan ais sangat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekaligus akan mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.


Kalau boleh ya, cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari, masker dipakai seminggu sekali atau 2 minggu sekali .. kata nak kulit cantikkan kata kuncinya  memang kena rajin.


Vitamin C juga perlu untuk kecantikan dari dalam, Vitamin C Shaklee ini memang bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit muka seperti jerawat. Bulan ni pembelian Vitamin C Shaklee ada diskaun tau. Boleh syer dengan kawan-kawan atau keluarga untuk harga yang murah ni :)


Sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619