Buah Petola Mampu Mengatasi Masalah Keputihan

Buah Petola Mampu Mengatasi Masalah Keputihan


Gambar ihsan Google


Betul ke buah petola mampu mengatasi masalah keputihan, macam tak percaya je kan. Kebiasaannya buah petola ni kita masak tumis air je betul tak, tak tau la pulak, rupa-rupanya buah petola ni banyak khasiatnya yang kita tidak ketahui.


Buah petola mengandungi karbohidrat, protein, lemak, mineral, besi, fosforus, kalsium, vitamin A, B1, B2, niasin dan Vitamin C. Buah atau akar buah petola bulat yang matang dikatakan boleh direbus dan diminum bagi melawaskan pembuangan air besar. Dalam ertikata lain julap sihat secara semulajadi. Dan mungkin juga buah petola digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir. Ia mempunyai keupayaan membantu sistem penghadaman perut.


Petola bulat yang telah dikeringkan pula boleh dijadikan teh herba untuk mencuci ulser dan faraj yang dijangkiti keputihan. Selain itu manfaat lain buah petola ialah


Bermanfaat Untuk Penyakit Kencing Manis


Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu pesakit kencing manis. Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu ia mengawal paras tahap insulin darah ke kuantiti yang diperlukan.


Selain itu khasiat petola ialah membantu penurunan berat badan, anti radang dan antibiotik, mengukuhkan sistem imun dan baik untuk perut.


Walaupun terdapat pelbagai kebaikan buah petola, penggunaannya perlulah mendapat nasihat dari pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.


Jika anda mengalami masalah keputihan tapi tak suka makan buah petola. Anda boleh mengamalkan makan Alfalfa Shaklee.




Khasiat dan Kelebihan Alfalfa Shaklee

Melegakan sakit-sakit sendi
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi sensasi rasa sejuk (Alfalfa Shaklee mengangungi minyak peppermint)
Memberi kelegaan semasa kedatangan haid
Merawat Arthritis
Merawat asma atau semput
Mencuci usus dan membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri (istimewanya Alfalfa) dan sangat berkesan apabila bergabung dengan Vitamin E. Gabungan ini kami panggil sebagai jamu moden.
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit (sila minum air yang banyak untuk mengelakkan sembelit)

AMARAN : Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE



Untuk bacaan lanjut berkenaan Alfalfa Shaklee anda boleh klik Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee


Jangan lepaskan peluang promosi bulan Januari 2015 ini. Berminat nak order sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/ Telegram : 010-2995619






Makanan Terbaik Untuk Jantung Kita


Ada banyak pilihan samada kita nak menjaga jantung kita atau membiarkan sahaja jantung kita bekerja dengan keras. Antara perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Ada beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung. Makanan terbaik untuk jantung kita ialah


Ikan



Antara pilihan yang baik salmon. Ikan adalah sumber asid lemak Omega-3 yang baik ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon dan makan dengan sayur.


Oat




Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol termasuk kolesterol LDL. Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu sahaja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya kemudian campurkannya dengan hirisan buah-buahan segar.


Epal


Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai anti radang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandung vitamin dan serat. malah bertambah sedap apabila dijadikan snek ringan. Anda juga boleh menambah hirisan epal dalam masakan. Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12aun jus epal sehari.

Untuk pemilihan buah epal, perlu lebih berhati-hati disebabkan pencemaran buah epal baru-baru semasa entri ini ditulis, anda boleh google berkenaan kes ini.


Soya



Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.


Bijirin Penuh


Bijirin penuh mempunyai banyak vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.


Tomato


Tomato baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamindan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Rasanya yang masam-masam manis boleh ditambah pada sandwich dan mungkin anda boleh tambahkan sos tomato dalam masakan anda.


Sayuran Berdaun Hijau




Sayuran berdaun hijau bukan sahaja mengandungi Vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua. Sayuran berdaun hijau yang paling mudah ulam-ulaman.


Minyak Zaitun

Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.


Badam

Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, Vitamin E dan bahan lain yang membantu mngekalkan paras kolesterol, ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.


Tips Diet Untuk Jantung Yang Sihat


* Elakkan makanan bergoreng dan makanan yang diproses sepenuhnya seperti daging-daging deli

* Cari makanan rendah lemak dan kolesterol

* Ambil enam ke tujuh hidangan harian sayur-sayuran

* Makan hidangan segar yang dibuat sendiri berbanding dengan makanan yang diproses.

* Tambah anti oksidan dalam diet makanan harian anda seperti memakan buah-buahan sitrus, beri biru dan rempah ratus seperti kunyit.

* Hadkan pengambilan daging merah  hanya kepada dua ke tiga hidangan sahaja dalam seminggu.

* Banyakkan makan ayam segar dan ikan seperti ikan salmon, kod, mackerel dan sardin yang membekalkan asid lemak Omega 3 yang sihat untuk jantung.


Dan bagi anda yang mencari vitamin untuk kesihatan jantung sila klik CoQ Health, Omega Guard dan Phytocol ST.


Berminat untuk order vitamin Shaklee sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619



Susahnya Nak Bangun Tidur...Kenapa Ya?


Susahnya Nak Bangun Tidur...Kenapa Ya?


kring!!!!!! Aduhai dah bunyi la plak loceng ni, rasanya baru je nak nyenyak tidur, tak kisahlah dari apa jenis jam sekalipun yang anda telah kuncikan sebelum tidur. Rasanya baru je nak nyenyak tidur,  rasa nak sambung tidur balik tapi bila memikirkan hari ini adalah hari kerja, hari anak-anak sekolah atau uolls ada temujanji penting terpaksalah lupakan seketika tilam empuk, bantal busuk uolls tu.


Kenapa kita rasa tak bersemangat atau susah nak bangun tidur. Ada pelbagai punca mengapa situasi ini berlaku. Sebelum tu untuk makluman semasa anda tidur uolls berada dalam keadaan separuh sedar dan separuh tidur. Otot tubuh akan mulai tenang, tekanan darah dan denyutan nadi lebih stabil serta suhu badan akan menurun. Oleh itu kita akan sentiasa berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika tidur.


Secara umumnya apabila kita tidur dalam tidak berapa nyenyak, ia dikenali sebagai "tidur-tidur ayam", relaks ok pada masa ini tubuh dan minda sedang mengambil masa untuk berehat sebelum mereka dapat tidur. Manakala tidur yang lena dikenali sebagai deep sleep (nyenyak). Pada ketika ini tubuh memberi ruang kepada otak untuk berehat  dan proses menjana semula tubuh akan terjadi pada masa ini. 


Mimpi ketika tidur adalah perkara biasa. Ia berlaku pada peringkat separuh nyenyak. Kebiasaannya mata kita akan bergerak-gerak waktu ini. Keadaan ini dipanggil Rapid Eye Movement (REM). Selesai bermimpi kita akan kembali ke peringkat "tidur-tidur ayam", seterusnya apabila tubuh semakin selesa kita akan tidur dengan nyenyak. Sebaiknya tidurlah selama 8 jam setiap hari untuk mencapai rehat yang optimum.


Tapi kenapa kita masih rasa sangat mengantuk apabila bangun tidur? Kadangkala kita tidak nyenyak tidur pada waktu malam disebabkan sering terjaga kerana gangguan persekitaran atau mimpi dan seterusnya menyebabkan kita mengantuk pada keesokkan harinya. Bukan kerana tidak cukup tidur tapi kualiti nyenyak tidur itu gagal dicapai. 


Saya akan kongsikan dengan uolls beberapa petua untuk elakkan susahnya nak bangun tidur atau uolls bangun dari tidur dengan bersemangat, betul... memang rasa susah untuk hilangkan rasa eeii menyampahnya nak bangun ni hehe.


Sebaik-baiknya sebagai orang islam, sebelum dan bangun tidur biasakan diri dengan membaca doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur.





Gambar ihsan Google


1. Mengucapkan Rasa Syukur

Paling penting setiap kali ketika bangun tidur, panjatkan kesyukuran kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan. Bangkitlah dengan senyuman. Menggeliat sepuas-puasnya dan tanamkan semangat baru.


Susahnya Nak Bangun Tidur...Kenapa Ya?


2. Mandi

Terus mandi selepas bangun tidur, nescaya anda akan menjadi cergas.


3. Solat

Sebagai orang Islam, kewajipan kita adalah menunaikan solat Subuh. Ketika mengambil wuduk, kita sebenarnya sudah mengusir rasa mengantuk tersebut. Sudah pasti apabila kita mengambil wuduk kita tidak berada dalam keadaan "mamai". Dengan berwuduk ia memberikan kesegaran dan membuka mata pada hari baru.


4. Senaman Ringkas

Melakukan senaman ringkas dapat menggerakkan semula  otot yang direhatkan semalaman. Tidak perlu senaman berat cukup sekadar menggalakkn otot-otot badan dengan aktiviti ringan  seperti bangkit tubi, tekan tubi, lari setempat atau ikut kemampuan uolls :)


5. Buat Sarapan


Panaskan air dan bancuh minuman. kemudian barulah buatlah apa sahaja hidangan ringkas untuk bersarapan. Apabila bekerja didapur anda akan segera cergas. Biar sekadar menyapu jem pada roti, ia tetap akan membuatkan anda celik daripada tidur. Mungkin aroma secawan kopi pembuka mata anda :)




6. Minum Air

Salah satu tabiat saya setiap kali bangun dari tidur ialah minum segelas air masak atau air putih suam. Antara khasiatnya ialah untuk kekal awet muda, membuang toksin dan bonusnya anda CERGAS. Cubalah amalkan setiap kali uolls bangun dari tidur.  


7. Makan Ostematrix Shaklee

Bagi ibu-ibu yang sering keletihan, walaupun uolls dah tidur beberapa jam tetapi apabila bangun dari tidur masih rasa lesu dan longlai, terutama mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Apakata anda ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur dan selepas bersarapan pagi anda ambil Vitalea dan B Complex, anda akan rasa perbezaannya. Tubuh anda akan lebih cergas dan bertenaga.


Bagi yang berminat nak order Shaklee sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/telegram : 010-2995619


Promosi berganda-ganda dari Shaklee Untuk Januari 2015, Vivix Shaklee, Alfalfa Shaklee dan Vitalea For Kids Shaklee

Menangislah Kerana Ia Melegakan



Menangislah Kerana Ia Melegakan



Menangislah kerana ia melegakan, menangis dengan geram sambil berus bilik air hasilnya lagi mengagumkan. Jangan segan-segan untuk menangis. Ini kerana menangis banyak kelebihannya. 


1. Meningkatkan Kadar Denyutan Jantung

Masa menangis denyutan jantung sebenarnya meningkat dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis kadar, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.


2. Membebaskan Racun Dari Badan

Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, "Oleh sebab airmata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan airmata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Perempuan lebih cenderung untuk hidup lama berbanding lelaki. Ini kerana perempuan gemar menangis.


3. Airmata mengandungi 25% Protein

Kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan  bahawa airmata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium.


Haa bab yang ni penting, memandangkan ramai perempuan suka menangis, mudah menangis apakata uolls gantikan protein dan magnesium yang hilang dengan vitamin Shaklee yang mengandungi protein dan magnesium.


Vitamin Shaklee yang mengadungi protein ialah ESP Shaklee.


Boleh baca di sini kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang uolls sendiri tak sabar-sabar nak order ESP Shaklee dengan saya :)


Vitamin Shaklee yang mengandungi Magnesium ialah Ostematrix Shaklee.







Untuk bacaan yang lebih lanjut tentang khasiat dan kelebihan Ostematrix Shaklee boleh baca di sini.


Siapa yang perlukan Ostematrix Shaklee?

Ibu Mengandung
Ibu yang menyusukan anak
Wanita yang berusia ke 30 tahun ke atas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu)
Mereka yang tak suka minum susu atau mereka yang ada alahan dengan susu.
Wanita yang sering mengalami PMS


Ok kawan-kawan lepas ni pakat ramai-ramai beli Vitamin Shaklee ya nampak macam mahal tapi sebenarnya murah je, untuk sesuatu yang berkualiti tinggi, lagipun saya yakin uolls semua mesti rajin jaga kesihatan diri kan, betul tak?

Bagi yang berminat nak order Vitamin Shaklee boleh hubungi saya 

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619 











Ragam Anak-anak Dengan Kacang Soya



Ragam Anak-anak Dengan Kacang Soya


Ada apa dengan kacang soya, baru-baru ni pelbagai cerita keburukan kacang soya, sedangkan kacang soya merupakan makanan atau minuman pilihan bagi orang-orang berketurunan Cina, mereka yang berketurunan Jawa pun makan kacang soya, tempe tu dibuat dari kacang soya ya, bagi mereka yang tak tahu.


Entri kali ini saya nak cerita ragam anak-anak dengan kacang soya. Selera makan masing-masing berbeza apabila dihidangkan dengan makanan atau minuman yang berasaskan kacang soya. Ada yang suka sangat makan tempe tak kisahlah makan tempe goreng kunyit bersama-sama dengan sambal kicap atau sambal tempe ikan bilis.


Ragam Anak-anak Dengan Kacang Soya


Nak tahu macam mana buat sambal kicap, sangat mudah dan ringkas ya.

Bahan-bahan yang diperlukan 

Cili api atau cili kampung
Bawang putih
Kicap lemak manis


Cara-cara nak sediakan

Tumbuk atau kisar sehingga lumat cili api dan bawang putih
Gaulkan dengan kicap lemak manis

Taraa dah siap, sambal kicap ni boleh dimakan bersama-sama dengan soto, sup tulang ke atau kalau uolls kurang rajin nak masak sambal boleh je nak makan dengan lauk lain





Gambar ihsan Google

Sambal tempe ikan bilis


Eh cerita resepi plak, walhal entri ni nak cerita ragam anak-anak dengan kacang soya. Ada juga anak-anak yang tak makan tempe, boleh berubah muka kalau tengok ada lauk tempe hehe. Walaupun mereka tak suka makan tempe tetapi mereka suka minum air soya. Air soya pilihan saya sudah tentu ESP Energizing Protein Shaklee.




Untuk makluman bagi 1 canister ESP Shaklee boleh bertahan dalam 1 bulan minum, apapun bergantung kepada kekerapan uolls minum. marilah saya ceritakan berkenaan ESP Shaklee ni yang sentiasa hot dipasaran.


Energizing Soy Protein atau ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.


Manfaat Utama ESP Shaklee ialah


1. Awet Muda

Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Sesiapa yang nak awet muda boleh lah minum ESP Shaklee tapi dengan syarat minum dengan konsisten.


2. Baik Untuk Hormon

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.


3. Baik Untuk Prostat

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.


4. Kulit Remaja

Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


5. Pembekal Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.


6. Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


7. Membaiki Memori

Meningkatkan kualiti memori, vitaliti , dorongan seksual dan ransangan.


Bagi anak-anak yang susah sangat nak sarapan pagi sebelum ke sekolah, segelas air soya ESP Shaklee mungkin membantu mereka bertenaga sepanjang sesi persekolahan, disamping waktu rehat mereka makan dikantin sekolah.


Bagi yang berminat nak order Shaklee, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619

Resepi Peria Goreng Telur


Peria itu pahit tapi yang pahit itulah ubat, setuju tak? Saya sendiri dulu takut nak makan sayur peria sebab teringat akan pahitnya tapi bila umur semakin meningkat dan kadangkala makan di kedai saya cuba juga menu Peria Goreng Telur ni, eh sedap la plak tapi belum teringin nak memasaknya di rumah sekadar makan dikedai makan sahaja. Peria yang selalu beli ialah peria katak biasanya saya buat ulam dan makan bersama-sama dengan sambal belacan.


Pernah tengok rupa peria katak macam mana? Tak taula sejarah kenapa dipanggil peria katak. Tapi rupa peria katak uolls boleh tengok gambar ni.


Resepi Peria Goreng Telur


Berdasarkan kepada penelitian oleh Rachael Ray, profesor pathology dari Saint Louis University, sel kanser boleh dimatikan dengan pengambilan peria. Peria mengandungi phytochemicals, lutein, lycopene dan sebagainya. Ia sangat berkesan dalam menyekat gangguan kesihatan dalam badan.


Bertahanlah sikit ya dengan rasa pahitnya dan anda boleh mengambilnya untuk dijadikan hidangan makanan. Jika tidak mampu untuk makan peria, apakata uolls mengambil dalam bentuk jus.


Seperti yang saya kongsikan dalam perenggan di atas saya suka dengan menu Peria Goreng Telur, saya akan kongsikan resepi tersebut dengan uolls. Lepas ni kita boleh masak sama-sama ya.




Gambar ihsan Google



Bahan-bahan Peria Goreng Telur

4 biji peria katak (kurang pahit)
2 biji telur
2 biji bawang putih ditumbuk
3 biji bawang merah ditumbuk
2 sudu besar cili kisar (terpulang nak lebih atau kurang, ikut kepedasan)
1 biji lada merah dihiris nak lagi pedas boleh tambah cili api.
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa


Cara-cara nak membuat Peria Goreng Telur


Mula-mula kita belah 2 peria, buangkan bijinya dan hiris nipis-nipis.

Rendamkan dalam air garam dalam 15 - 20 minit untuk hilangkan pahitnya. Kemudian dibilas dengan air bersih.

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan masukkan cili kisar tumis sehingga naik bau.

Nak lebih menyelerakan boleh tambah ikan bilis atau udang kering.

Selepas naik bau tumisan anda, bolehlah masukkan peria yang sudah dibilas, gaul dan gaul sebentar, kemudian masukkan 2 biji telur dan gaul lagi dan goreng sehingga masak

Ok siap dan bolehlah dimakan bersama-sama dengan ikan goreng ke ayam goreng ke, nak ratah pun sedap gak tu :)


Selamat mencuba.

Jangan lupa promosi bulan Januari ni, Alfalfa dan Vivix beli 6 percuma 1, beli setiap 2 botol dapat diskaun 5% lagi dan Vitalea for kids beli 3 percuma 1










Sila hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619

Pengurusan Cuti Tahun 2015


Hari ini dah 9 Januari 2015, rasanya saya belum berkesempatan nak buat entri tahun baru 2015 ni maklumlah sibuk, ya kut sibuk. Macam-macam perkara perlu dibuat, dirancang apabila masuk tahun baru lebih-lebih lagi tahun ni, 2 orang anak akan menduduki peperiksaan besar, adik saya yang bongsu akan melangsungkan perkahwinan, perjalanan bisnes juga perlu dirancang sebaik-baiknya dan sudah tentu kita sentiasa berdoa agar dipermudahkan semua urusan dan mendapat keberkatannya. InshaaAllah.


Bagi mereka yang terlibat dengan banjir besar baru-baru ini terutamanya di Kelantan, sangat besar dugaan buat mereka. Alhamdullilah ramai yang membantu meringankan beban mereka dengan menghantar bantuan bekalan makanan, keperluan harian dan membantu membersihkan rumah dan bangunan. Jika kita tidak dapat membantu dengan kudrat tenaga, kita masih boleh menderma samada dengan wang ringgit atau barangan keperluan dan jika tidak boleh juga kita doakan mereka yang ditimpa bencana dipermudahkan semua urusan, diberi kesihatan yang baik dan mereka tabah menghadapi dugaan yang melanda.


Entri kali ini saya akan berkongsi pengurusan cuti untuk tahun 2015. Kenapa perlu merancang pengurusan cuti dan apa kaitannya dengan kehidupan seharian? Cuti ni perlu untuk kita merehatkan diri dan bercuti juga dapat kita meluangkan lebih masa dengan keluarga, walaupun uolls tak ke mana-mana semasa bercuti, apakata cuti itu digunakan untuk membersihkan rumah anda, maklumlah hari bekerja memang tak sempat, keluar pagi sampai rumah dah hampir malam. Hujung minggu pula masa tu je dapat berehat, bila dapat cuti panjang boleh la mengemas rumah besar-besaran, betul tak?


Dengan pengurusan cuti tahun 2015 kita juga dapat merancang kewangan kita, terutamanya menjelang Hari Raya dan anak-anak kembali ke sekolah. Yang mana 2 acara ni memang banyak memerlukan duit. Dan dengan pengurusan cuti tahun 2015, anda juga boleh menempah hotel atau tiket kapal terbang lebih awal dan ia mungkin lebih menjimatkan. Nampak tak pentingnya pengurusan cuti.


Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin? Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai cuti yang perlu anda tahu.


Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota    : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti hari wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.


Slot #2 : Tarikh cuti 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti
Nota    : Ambil cuti pada 18 Februari, 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina


Slot # 3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti
Nota     : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh


Slot # 4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota     : Ambil cuti pada 15 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya


Slot # 5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos 2015. 5 hari cuti
Nota     : Ambil cuti pada 27 dan 28 Ogos 2015. 31 Ogos cuti Hari Merdeka


Slot # 6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September 2015. 5 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 17 & 18 September. 16 September adalah cuti hari Malaysia.


Slot # 7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 2015. 4 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji


Slot # 8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober 2015. 5 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.


Slot # 9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November 2015. 4 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.


Slot # 10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember 2015. 5 hari cuti.
Nota       : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti    Hari Krismas.


Pengurusan Cuti Tahun 2015



Kesimpulannya cuti tahunan uolls jimat, kalau surirumah macam saya memang tak perlukan cuti tahunan tapi saya perlu tahu perkembangan cuti semasa tahun 2015 untuk menguruskan persekolahan anak-anak. Dan mungkin juga ada kenduri dikalangan saudara mara.


Selamat bercuti bersama keluarga tersayang, semoga perkongsian saya pengurusan cuti tahun 2015 dapat membantu uolls merancang aktiviti pada tahun 2015 ni :)



Penyakit Yang Sering Menyerang Lelaki


Antara 5 penyakit yang sering menyerang lelaki ialah Skizofrenia, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi, barah dikalangan lelaki dan disfungsi ereksi (ED).


Skizofrenia

Ia adalah sejenis gangguan kimia dalam otak. Seorang psikiatri Sweden, Eugen Bleuler menggunakan perkataan ini  buat pertama kalinya pada tahun 1911 untuk menjelaskan keadaan pesakit yang pemikirannya seakan-akan tidak boleh bersambung. Simptom skizofernia muncul pada usia 15 ke 35 tahun.


Penyakit Jantung


Nisbah lelaki yang mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5 : 1. Penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki kerana tubuh wanita dilindungi oleh sejenis hormon iaitu estrogen.


Kencing Manis Dan Darah Tinggi


Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Penghidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan homon insulin di dalam tubuh.

Boleh baca kesan gula berlebihan kepada tubuh kita di sini.


Barah di kalangan lelaki

Antara penyakit barah yang lelaki hadapi termasuklah barah paru-paru (COPD), barah darah (leukimia), barah ginjal, barah prostat dan kolorektal.


Disfungsi Ereksi (ED)

Disfungsi ereksi atau impotens adalah ketidakmampuan untuk memula dan mempertahankan ereksi, ED selalunya dikaitkan dengan penuaan dan psikologi lelaki. Berdasarkan kajian demi kajian, pakar mendapati ia satu salah faham yang perlu diperbetulkan.


Pasti anda juga tertanya-tanya ada vitamin yang sesuai ke untuk lelaki agar kesihatan mereka dapat dijaga dengan lebih baik. Jangan risau ya, jawapannya ialah ADA. Nak tahu set kesihatan lelaki yang Shaklee tawarkan.


Set Kesihatan Lelaki Shaklee


Secara umumnya Set Kesihatan Lelaki ialah untuk 


Memelihara kesihatan prostat

Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan

Memelihara jantang yang sihat

Membantu mengekalkan tekanan darah normal

Mengawal tahap kolesterol yang baik.


Kita juga sedia maklum yang orang lelaki ni susah sangat nak makan vitamin dengan berdisiplin, lebih-lebih lagi yang kena ambil satu persatu mengikut jadual. Ada satu lagi vitamin yang boleh diambil dengan mudah hanya dengan 1 sudu setiap hari iaitu Vivix Shaklee. Jom tengok  kebaikan Vivix Shaklee.


Set Kesihatan Lelaki Shaklee


Berita baik untuk mereka yang mengalami Diabetes.




Rebutlah peluang pada bulan Januari ini untuk order Vivix bagi kesihatan anda atau boleh anda hadiahkan kepada orang tersayang.

Set Kesihatan Lelaki Shaklee



Berminat nak order Set Kesihatan Lelaki Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619




Petua Awet Muda Untuk Wanita 40an





Berapa ramai antara kita yang mengambil sarapan secara lengkap setiap hari? Kalau terlewat bangun tidur lagi kelam kabut silap-silap minum air masak pun boleh terlupa. Kalau tanya setiap orang, semua nak awet muda, nak sihat, nak kulit yang cantik akan tetapi kurang rajin nak jaga pemakanan.

Saya akan kongsikan beberapa petua awet muda untuk wanita 40an, amalan yang mudah untuk hidup secara sihat.


Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi


Biar bagaimana sibuk sekalipun, peruntukan waktu untuk mengambil sarapan pagi. Mungkin bijirin atau roti atau segelas ESP Shaklee.


Tinggalkan Kasut Tinggi


50 peratus wanita mengalami Osteoperosis berbanding lelaki. Apakah puncanya? Kasut tinggi anda!!. Risau dengan kekurangan kalsium dalam tulang dan anda bukan penggemar susu. Ostematrix Shaklee boleh membantu anda.




Makan Badam

Para penyelidik berpendapat badam kaya dengan polyunsaturated fat. Jadi jangan berlengah lagi!!





Sebiji Oren Setiap Hari


Jika anda mahukan jantung anda terus sihat, amalkan memakan oren sebiji setiap hari, bila-bila masa sahaja anda mahu. Unuk makluman Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg). Vitamin C Shaklee mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang indeks bakteria dan radikal bebas.


Ketawa


Pastikan anda ketawa bersebab. Mungkin dengan menonton filem komedi, membaca buku cerita lucu mahupun berbual-bual dengan rakan yang suka berjenaka, boleh mengurangkan stres


Jangan berlengah lagi untuk kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga walaupun usia sudah memasuki 4 series.


Berminat nak order Vitamin Shaklee, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619

Hinakah Bergelar Surirumah Atau Tidak Bekerja?

Hinakah Bergelar Surirumah Atau Tidak Bekerja?


Rugi je belajar tinggi-tinggi tapi tak bekerja, dah bayar mahal-mahal tak bekerja, macam mana nak bayar segala pinjaman pelajaran. Jadi surirumah ni selekeh je, badan bau bawang, selalu ketinggalan dengan perkembangan semasa. Pelbagai tanggapan negatif diberikan kepada surirumah dan sebenarnya ramai yang berbangga dan rasa lega bergelar surirumah sebab apa? Sebab kami lebih selesa menguruskan anak-anak kami, kami lebih berjimat sebab diamanahkan oleh suami untuk menjaga ekonomi rumahtangga. Saya nak kongsikan tulisan Raja Shamri semoga mengubat hati surirumah dan berbangga dengan jawatan yang anda sandang.



Jangan malu jika anda hanya suri rumah ... perkataan "HANYA SURI RUMAH" itu sendiri sudah melemahkan ... bukankah suri rumah tu adalah kerja para isteri Rasulullah ... Khatijah sendiri bila kahwin dengan nabi serahkan tugas menguruskan bisnesnya kepada nabi dan memilih untuk jadi suri rumah ...
SURI RUMAH adalah kerja terbaik dan sangat mulia bagi saya untuk kaum wanita ...
Tapi kekangan ekonomi, keperluan kepada tenaga kerja dan kemahiran tertentu menjadikan wanita keluar bekerja. Tidak ada masalah dengan hal itu ... Islam tak larangpun ...
Cuma bila reunion dan gathering kawan2 masa sekolah dulu janganlah rasa rendah diri jika anda tidak bekerja. Percayalah ... anak2 anda lebih mendapat kasih sayang dan perhatian daripada anak2 kawan anda yg bekerja.
Silap2 haribulan anak2 anda lagi perform in live berbanding anak2 kawan anda yg bekerja ...
Wanita bekerja ke tak bekerja ke bukan itu isunya bagi saya ... yang penting hidup gembira suami isteri bersyukur dengan apa yang ada saling hormat menghormati sayang menyayangi saling tolak ansur. Berusahalah cari redha Allah dlm rumahtangga then everything will be ok InsyaAllah ...
Bukannya berusaha nak menunjuk harta dan kemewahan, pangkat dan jawatan, kereta baru dan kejayaan anak2 dlm akademik or whatsoever ... ok 
Be proud of being "DOMESTIC ENGINEER" !
Regards,
RAJA SHAMRI@jerantut Pahang.



Macam mana rasa hati, berbunga je kan yang penting suami mengizinkan kita menguruskan rumahtangga, anak-anak pun gembira. Zaman sekarang ada banyak peluang untuk surirumah menjana pendapatan disamping kita menguruskan rumahtangga. Modal takde? Apakata lepas ni duit yang suami serahkan pada anda, anda simpan sedikit demi sedikit, dengan RM75 dah boleh jadi menjadi modal untuk memulakan perniagaan Shaklee.


Kemudian anda kongsikan apa yang anda jual dan yang lebih baik anda sendiri makan produk yang anda jual dan cari ilmu tentang produk yang anda jual, saya pasti hampir semua orang boleh akses kepada internet. Adalah lebih baik kita manfaatkan teknologi untuk mencari ilmu dan menjana pendapatan. Melalui grup whatsapp, telegram pun dah boleh kongsikan apa bisnes anda, betul tak?


Menjadi surirumah tak boleh nak melawa, memanjakan diri, badan lesu? Itu alasan je yang bermain-main dalam minda kita, hakikatnya saya ada penyelesaian untuk anda dengan modal yang murah, memandangkan bulan Januari 2015 ni Shaklee ada menawarkan tawaran yang sangat hebat iaitu Alfalfa Shaklee beli 6 percuma 1 dan Vivix beli 6 percuma 1 atau setiap 2 botol mendapat 5% diskaun, apakata anda ambil satu 1 set lepas ni confirm anda sendiri terkejut dengan perubahan diri anda, suami pun semakin sayang.





Apa fungsi Alfalfa Shaklee? Alfalfa Shaklee biasanya kami panggil jamu moden.

Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang badan
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi sensasi rasa sejuk (Alfalfa Shaklee mengandung minyak peppermint)
Memberi kelegaan semasa kedatangan haid
Merawat Arthritis
Merawat Asma atau lebih dikenali semput
Mencuci usus dan membuang toksik
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak sebagai kacip Fatimah kepada para isteri (dan hasilnya sangat mengagumkan jika digabungkan dengan Vitamin E Shaklee)
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit (sila minum air yang banyak untuk mengelakan sembelit)


AMARAN: Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE


Bagaimana pula fungsi Vivix Shaklee yang sering mendapat permintaan?




Antara testimoni Vivix yang perlu anda tahu





Jom semua surirumah kita menjana pendapatan dari rumah, duit dapat dan kita semakin sihat dan cantik untuk suami dan anak-anak. Nak join grup saya? 


Sila hubungi

Email: arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram : 010-2995619






Salam Maulidur Rasul









Marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW



Promosi Berganda-ganda Vivix Shaklee, Alfalfa Shaklee Dan Vita-Lea For Children


Berita baik untuk mereka yang ternanti-nanti promosi dari Shaklee untuk tahun baru 2015 yang berlangsung sepanjang Januari 2015.














Kelebihan Vivix Shaklee yang perlu anda tahu terutama kepada mereka yang mengalami Diabetes

Kelebihan Alfalfa Shaklee bagi mereka yang ingin detoks atau menurunkan berat badan.


Sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com

Whatsapp/Telegram : 010-2995619