Pengurusan Cuti Tahun 2015


Hari ini dah 9 Januari 2015, rasanya saya belum berkesempatan nak buat entri tahun baru 2015 ni maklumlah sibuk, ya kut sibuk. Macam-macam perkara perlu dibuat, dirancang apabila masuk tahun baru lebih-lebih lagi tahun ni, 2 orang anak akan menduduki peperiksaan besar, adik saya yang bongsu akan melangsungkan perkahwinan, perjalanan bisnes juga perlu dirancang sebaik-baiknya dan sudah tentu kita sentiasa berdoa agar dipermudahkan semua urusan dan mendapat keberkatannya. InshaaAllah.


Bagi mereka yang terlibat dengan banjir besar baru-baru ini terutamanya di Kelantan, sangat besar dugaan buat mereka. Alhamdullilah ramai yang membantu meringankan beban mereka dengan menghantar bantuan bekalan makanan, keperluan harian dan membantu membersihkan rumah dan bangunan. Jika kita tidak dapat membantu dengan kudrat tenaga, kita masih boleh menderma samada dengan wang ringgit atau barangan keperluan dan jika tidak boleh juga kita doakan mereka yang ditimpa bencana dipermudahkan semua urusan, diberi kesihatan yang baik dan mereka tabah menghadapi dugaan yang melanda.


Entri kali ini saya akan berkongsi pengurusan cuti untuk tahun 2015. Kenapa perlu merancang pengurusan cuti dan apa kaitannya dengan kehidupan seharian? Cuti ni perlu untuk kita merehatkan diri dan bercuti juga dapat kita meluangkan lebih masa dengan keluarga, walaupun uolls tak ke mana-mana semasa bercuti, apakata cuti itu digunakan untuk membersihkan rumah anda, maklumlah hari bekerja memang tak sempat, keluar pagi sampai rumah dah hampir malam. Hujung minggu pula masa tu je dapat berehat, bila dapat cuti panjang boleh la mengemas rumah besar-besaran, betul tak?


Dengan pengurusan cuti tahun 2015 kita juga dapat merancang kewangan kita, terutamanya menjelang Hari Raya dan anak-anak kembali ke sekolah. Yang mana 2 acara ni memang banyak memerlukan duit. Dan dengan pengurusan cuti tahun 2015, anda juga boleh menempah hotel atau tiket kapal terbang lebih awal dan ia mungkin lebih menjimatkan. Nampak tak pentingnya pengurusan cuti.


Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin? Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai cuti yang perlu anda tahu.


Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota    : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti hari wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.


Slot #2 : Tarikh cuti 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti
Nota    : Ambil cuti pada 18 Februari, 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina


Slot # 3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti
Nota     : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh


Slot # 4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota     : Ambil cuti pada 15 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya


Slot # 5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos 2015. 5 hari cuti
Nota     : Ambil cuti pada 27 dan 28 Ogos 2015. 31 Ogos cuti Hari Merdeka


Slot # 6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September 2015. 5 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 17 & 18 September. 16 September adalah cuti hari Malaysia.


Slot # 7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 2015. 4 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji


Slot # 8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober 2015. 5 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.


Slot # 9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November 2015. 4 hari cuti.
Nota     : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.


Slot # 10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember 2015. 5 hari cuti.
Nota       : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti    Hari Krismas.


Pengurusan Cuti Tahun 2015



Kesimpulannya cuti tahunan uolls jimat, kalau surirumah macam saya memang tak perlukan cuti tahunan tapi saya perlu tahu perkembangan cuti semasa tahun 2015 untuk menguruskan persekolahan anak-anak. Dan mungkin juga ada kenduri dikalangan saudara mara.


Selamat bercuti bersama keluarga tersayang, semoga perkongsian saya pengurusan cuti tahun 2015 dapat membantu uolls merancang aktiviti pada tahun 2015 ni :)



Labels: