Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Seperti kita yang sedia maklum Malaysia sekarang dilanda cuaca panas kering, pasang kipas macam helikopter pun tak terasa, walaupun uolls duduk dalam aircond, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang panas. Bila cuaca panas melanda, ngeri pulak bila terfikir catuan air pada tahun lepas yang mana memang menguji kesabaran fizikal dan mental ditambah pula dengan jerebu sebab pembakaran terbuka hmmm..... 


Jom kita sama-sama mengambil langkah untuk mengurangkan kepanasan badan. Ada pelbagai tip yang akan saya kongsikan.


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Badan Hilang Upaya


Yang dimaksudkan dengan badan hilang upaya ialah akibat peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan, Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba. Proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun akibat suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahidratan yang teruk.


Jangan memandang ringan kepada cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang, kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat yang lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selsema dan radang kulit seperti ruam.


Kepanasan melampau ini juga memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari ruam panas, kekejangan otot, edema haba, kelesuan haba dan paling serius ialah strok haba atau heat stroke

Orang ramai digalakkan untuk membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelakkan mereka terkena strok haba yang boleh menyebabkan seseorang pengsan. Bagi yang tertanya-tanya tentang strok haba, strok haba ialah sejenis hiportemia dengan keadaan suhu badan meningkat lebih paras normal, ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan mekanisma. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan strok haba yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Strok haba adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas.


Antara mereka yang berisiko mendapat strok haba ialah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan, polis, tentera serta kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba, begitu juga mereka menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kalenjar tiriod, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan. Elakkan memakai pakaian yang tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau kekeringan peluh.




Mencegah adalah lebih baik dari mengubati, paling penting elakkan dari mendedahkan diri kepada panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian. 


Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Dilanda Suhu Panas Yang Ekstrem

1) Paling penting perlu banyak minum air bukan tunggu hingga dahaga. 




2) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh seperti Perfomance Drink Shaklee.


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


3) Berada di dalam rumah atau bangunan. Hadkan aktivit luar. Berehat dengan kerap.


4) Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.


5) Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar. Pakai topi atau payung ia dapat mengawal 40 peratus haba pada bahagian kepala.


6) Kurangkan minuman yang mengandungi kafein atau kandungan gula yang tinggi.


7) Jangan duduk dalam kereta tanpa penghawa dingin


Simptom Strok Haba


* Muka kemerah-merahan

* Tidak berpeluh

* Suhu badan meningkat dengan ketara

* Sawan

* Sakit kepala

* Denyutan nadi panas

* Tidak sedarkan diri, lesu, bingung


Bagaimana Untuk Merawat Mangsa Strok Haba

Mangsa strok haba mesti menerima rawatan dengan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali menyejukkan mangsa. Bawa atau alihkan mangsa ke kawasan yang redup, sapukan air sejuk atau suam pada kulit. Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Jika mangsa mampu untuk minum cecair berikan minuman tapi pastikan ia tidak mengandungi kafein atau alkohol. Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukan sehinnga suhu bada turun ke 38.3 atau 38.8 darjah celcius, Jika keadaan tidak berubah segera bawa ke klinik atau hospital.  


Bagi anda yang berminat nak order vitamin Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619





Testimoni Video Shaklee Yang Menggemparkan


Mungkin kita menghadapai masalah yang sama seperti mereka tapi kita tak tau Vitamin yang mana bersesuaian. Dengan perkongsian Testimoni Video Shaklee yang menggemparkan ini dapat membantu dan panduan uolls mendapat kesihatan yang lebih baik. Selamat menonton

Ibu Hamil Yang Cergas



Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Ibu Berpantang Yang Ngeri Dengan Sembelit



Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Masalah Haid Tidak Teratur, Emosi Terganggu



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.


Sering Letih Dan Lesu




Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.


Hilangkan Parut Chickenpox



Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Masalah Anemia Semasa Mengandung



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Sering Gastrik Dan Mengganggu Urusan Harian



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Mengandung Dan Berpuasa



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


Ibu Yang Menyusu Dan Berkerjaya



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Suami Susah Nak Makan Vitamin



Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

Sering Sakit Sendi Di Tangan Dan Kaki



Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.


Masalah Jerawat Selesai


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Menyusukan Anak Pramatang



Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Anak Kurus Kering Dan Selalu Sakit Di Taska



Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.





Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Masalah Rambut Gugur



Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.


Darah Tinggi Di Usia Muda



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


Masalah Senggugut Macam Pinggang Nak Patah



Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.


Sering Mengantuk Kerja Rumah Terbengkalai



Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.


Dah tengok video dah tau masalah yang sama yang uolls hadapi, bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Buah Betik Tingkatkan Kesuburan Sperma




Buah betik merupakan buahan  tempatan yang murah dan senang di dapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi, ia mengandungi zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh badan. Makan buah betik dibuang kulit dan disejukkan dalam peti sejuk memang segar rasanya.


Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik


1)  Bertindak Sebagai Tonik Tambahan


Tahukah anda bahawa dengan memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia sangat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Tetapi AWAS jangan sampai telebih makan ia boleh menyebabkan uolls bertapa dalam tandas :)


2) Ubat Bagi Mereka Yang Mengalami Sembelit Dan Buasir


Kadangkala apabila tersalah makan atau kutang minum ait, kita mengalami sembelit, apakata anda cuba makan mungkin sepotong dua betik untuk melawaskan pembuangan. Ada juga info mengatakan betik juga penawar buasir berdarah. Mungkin dengan memakan betik sebelum anda makan makanan berat dapat membantu penghadaman serta membekalkan pelbagai jenis vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan ia juga dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang di panggil "anthelmintic" yang dapat membunuh kuman.


3) Mencegah Terjadinya Batu Dalam Hempedu


Menurut Pakar Pemakanan, buah betik yang ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan mengidap perlbagai masalah pada sistem kencingnya.


4) Mengubati Sakit Sendi


Bagi mereka yang selali sakit sendi, cuba minum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis.


5) Merawat Masalah Kulit Seperti Jerawat dan Kedutan


Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan dimuka, hancurkan buah betik. Kemudian buat macam masker tempekkan dimuka anda yang bermasalah selama setengah jam sebelum mandi.


6) Mengubati Masalah Tumit Pecah


Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu cara untuk memulihkan ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah


7) Dijadikan Ulam-Ulaman


Daun betik terutama pucuknya yang muda boleh direbus untuk dijadikan ulam. Yang ni saya "surrender" tak tertelan rasa kepahitannya. Air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.


8) Kaya Dengan Vitamin C


Buah betik yang ranum kaya dengan Vitamin C, ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin dan tiamin


9) Kaya Dengan Vitamin A


Buah betik juga kaya dengan Vitamin A dan juga kalium. Nutrien penting yang terdapat dalam buah betik membuatkan buah betik mempunyai nilai perubatan yang unik. 


Selepas disenaraikan khasiat dan kelebihan buah betik, poin utama yang saya nak kongsikan ialah


Buah Betik Tingkatkan Kesuburan Sperma.


Bagaimana buah betik membantu tingkatkan kesuburan sperma ialah buah betik mempunyai kelebihan dalam meningkatkan jumlah serta kesuburan sperma. Jadi bagi lelaki yang cuba meningkatkan kuantiti sperma apakata anda masukkan buah betik sebagai menu diet harian anda. Setiap lelaki dewasa digalakkan mengambil 500mg Vitamin C setiap hari. Untuk makluman buah betik juga membekalkan antioksidan yang baik.


Shaklee juga menawarkan Set Kesihatan Lelaki yang terdiri dari Omega, Vitamin E dan Zinc.




Secara umumnya Set Kesihatan Lelaki ialah untuk


Memelihara kesihatan prostat

Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan

Memelihara jantung yang sihat

Membantu mengekalkan tekanan darah normal

Mengawal tahap kolesterol yang baik



Suami anda susah nak makan Vitamin, ada caranya sila tonton video berikut





Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.


Nak order Shaklee dan konsultasi percuma selepas buat pembelian, sial hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tips Wanita Sibuk 24 Jam Untuk Mengurangkan Stres






Adakah gambar ini menggambarkan diri anda sekarang? Kalau kita tengok gambar tu anak perempuan wanita tersebut sedang merenung ibunya dia pun pelik dengan kesibukan ibunya ni baru tunjuk di dapur belum lagi depan komputer :) 


Inilah situasi yang sering berlaku hampir kepada kita semua yang mempunyai keluarga dalam masa yang sama berkerjaya kecuali kalau kita ada pembantu yang meringankan semua kerja-kerja rumah atau kita mempunyai suami yang ringan tulang. Tapi kalau berjauhan dengan suami atau suami bekerja waktu berlainan hmm ni kita kena senaraikan balik apa yang perlu dibuat supaya kita tidak terlalu stres dan kepenatan. Kita tak nak la jadi macam ni ya tak?






Bagi anda yang mempunyai anak masih kecil dan memerlukan perhatian sudah tentu sukar untuk anda berehat. Berehat bukan hanya tidur semata-mata, maksud berehat di sini ialah masa untuk diri anda atau Me Time. Ibu yang sibuk juga memerlukan masa untuk bersama-sama keluarga tersayang. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda menghilangkan stres dan mendapatkan waktu kualiti bersama keluarga tersayang. 


Tip Untuk Wanita Yang Sibuk 24 jam untuk mengurangkan stres antaranya ialah


Pilih Waktu Dengan Bijak

Jika waktu kerja anda fleksibel, anda mampu meluangkan masa dengan suami dan anak-anak. Kerja-kerja yang belum selesai boleh diselesaikan selepas anak-anak masuk tidur atau anda bangun lebih awal.


Makan Bersama


Sering kita mendengar penceramah motivasi menggalakkan kita makan bersama-sama satu keluarga. Samada sarapan, makan tengahari atau makan malam untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga kalau boleh elakkan penggunaan internet dimeja makan :)


Tidur Lewat Malam


Mungkin sesekali anda boleh tidur lewat malam untuk berdua-duaan bersama suami tersayang. Ini akan membantu anda lebih intim dengan suami.



Berkumpul Waktu Kerja


Ambillah cuti pada waktu kerja dan berkumpullah bersama-sama anggota keluarga yang lain. Lakukan perkara-perkara kecil seperti membaca atau bermain bersama. Ini merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.  


Minta Bantuan Seseorang


Cubalah minta bantuan dari jiran atau kawan baik untuk membeli barangan dipasar. Untuk makluman pihak Tesco ada nenyediakan perkhidmatan menghantar barang dalam erti kata lain kita order secara online. 


Senaman Ringan

Tahukah anda dengan bersenam sekurang-kurangnya selama 30 minit sehari boleh membantu mengurangkan stres, badan anda pun sihat dan dapat tidur lebih lama dan lena.


Minum Secawan Teh

Duduk bersantai sambil minum secawan teh atau minuman kegemaran anda adalah sesuatu yang menenangkan. Pilihlah waktu semasa suami dan anak-anak tidur dan minum ditempat yang anda suka di dalam rumah.


Ajar Anak-Anak

Dengan cara mengajar anak-anak bahawa anda perlukan rehat, secara tidak langsung anak anda akan tahu bila waktu untuk mula bermain bersama-sama mereka  dan masa untuk anda berehat tanpa gangguan.


Membaca Buku

Pada hujung minggu luangkan masa dengan membaca buku, novel atau majalah. Cara ini boleh menambahkan pengetahuan, informasi dan budaya. Membaca sehingga lewat malam terutamanya pada hujung minggu dapat merehatkan badan dan minda.


Menonton Filem Atau Televisyen


Menonton filem atau televisyen boleh tapi ada hadnya terutamanya untuk anak-anak. Lagipun tak semua rancangan televisyen atau filem sesuai untuk anak-anak menontonnya.



Bersihkan Rumah


Ketika anda membersihkan rumah, pastikan suami anda ada bersama untuk menjaga anak-anak. Rumah bersih anda sekeluarga pun sihat. Tak tau nak mencari pembersih rumah yang paling selamat dan berkesan, apakata anda cuba Basic H dari Shaklee.





Tampil Secantik Mungkin

Apabila berada di rumah berbaju kelawar atau berkain batik atau sesekali cuba berketrampilan seperti Jennifer Lopez ahhaa tak jadi suami nak pergi kerja. Berpakaian dengan bersih dan kemas sememangnya dituntut, lagipun kita digalakkan untuk berhias depan suami. Mungkin anda boleh berpakaian seperti ini di rumah?





Selamat mencuba dengan pelbagai tip untuk anda wanita yang sibuk 24 jam. Sebagai wanita secara amnya kita memang mahu berikan yang terbaik untuk keluarga kita tapi kita juga manusia biasa yang memerlukan rehat yang secukupnya. Saya sangat menggalakkan para wanita mengambil vitamin khususnya Vitamin Shaklee agar badan kita tidak terlalu lesu dan kita bertenaga untuk melakukan kerja kita.


Antara Vitamin Shaklee cadangan untuk anda ialah Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix Dan Alfalfa dan kalau anda tak suka mengambil vitamin dalam bentuk tablet, Vivix adalah yang terbaik. Sila hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee dan konsultasi selepas membuat belian.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Jom saksikan video yang terbaik ni dan mungkin anda juga mengalami situasi yang sama seperti mereka.











Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.





Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.






Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.





Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.





Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat



Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat


Siapa pernah kena cacar air atau chickenpox mungkin semasa kecil, semasa sekolah atau semasa dah dewasa? Saya sendiri pernah mengalaminya semasa umur 15 tahun, ingat lagi badan tiba-tiba rasa seram sejuk, macam nak demam, memang rasa tak selesa tiba-tiba ternampak 1 - 2 gelembung kecil di tangan, alamak balik je rumah terus tunjuk kat mak, maka ke klinik la kami, doktor sahkan saya kena chicken pox dan bercuti sakit la selama 2 minggu. Habis terus tak cun dah muka hehe. Ruginya saya masa itu ialah tak kenal lagi dengan Shaklee.


Terdapat pelbagai cara untuk merawat chickenpox dan hilangkan parut chickenpox yang hodoh dengan cepat. Tapi sebelum itu saya akan terangkan tentang penyakit chickenpox. Ianya adalah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak juga dewasa yang disebabkan oleh virus. Virus ini juga dikenali sebagai virus varicella. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).


Chickenpox atau cacar air ini boleh merebak melalui udara bila seseorang yang mengidap chickenpox itu mengalami batuk atau bersin atau mereka tersentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) chickenpox atau dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.


Antara tanda-tanda dan gejala ialah pesakit akan mendapat cacar air atau chickenpox 13 - 17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap chickenpox. Chickenpox boleh merebak 1 - 2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius tetapi kalau orang dewasa yang mengalaminya ia boleh menjadi lebih serius.


Selepas pesakit chickenpox mengalami demam yang tinggi dan bintik-bintik merah mula akan keluar dipermukaan kulit. Bintik-bintik merah ini akan penuh 1 badan dibahagian muka, kepala, dada, belakang badan dan kebiasaanya diakhiri dibahagian kaki. Bintik-bintik merah ini biasanya akan timbul dalam beberapa hari dan bilangannya boleh mencecah beratus biji, kalau uolls rajin kiralah ya dan kemudian ia akan membentuk gelembung berisi air. Apabila gelembung pecah ia akan menjadi kering dan berkuping dan dalam masa yang sama pesakit akan merasa gatal pada ruam tersebut. Siksa tau dan pesanan orang tua jangan garu nanti akan tinggalkan parut seumur hidup, lagi risau betul tak. Dah tu macam mana nak hilangkan gatal-gatal, miang 1 badan ni?


Cara Mengatasi Masalah Gatal-Gatal




Ini namanya Daun Semambu atau Neem Leaves, kegunaannya ialah menghilangkan gatal-gatal pada badan, caranya ialah dengan mandi atau diletakkan di atas tilam tempat tidur pesakit chickenpox. Daun Semambu juga bertindak sebagai anti kulat, bakteria dan anti virus.


Meningkatkan Sistem Imun Dan Melawan Bakteria

Untuk meningkatkan sistem imun saya cadangkan pengambilan Nutriferon kerana ia membantu mengurangkan rasa demam dan melawan virus dalam badan pesakit.


Hilangkan gatal dengan daun semambu, untuk meningkatkan sistem imun boleh dengan Nutriferon. Hmm parut chickenpox yang mengerikan tu macam mana pulak, jangan suka-suka nak kutil atau kopek parut yang belum kering sepenuhnya, muka anda nanti boleh jadi lopak-lopak kawah macam di bulan.



Cara Mudah Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat


Istimewanya di Shaklee kami ada pelbagai produk yang membantu mengurangkan atau menghilangkan terus parut hodoh kesan chickenpox antaranya ialah Herbal Blend Cream.


Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat



Peranan Herbal Blend Cream ialah untuk kecutkan bintik-bintik dan menghilangkan parut. Herbal Blend Cream yang diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk Sage, Hirse Chesnut Yarrow, Rosmary dan Melissa Officinalis atau juga dikenali sebagai Lemon Balm.



Keistimewaan Herbal Blend Cream


Krim yang telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki.

Dingin, bermentol dan tidak  berminyak

Sangat sesuai untuk bayi yang mengalami ruam lampin dan bekas gigitan nyamuk/semut

Mempercepatkan parut chickenpox hilang

Tanpa Paraben


Vitamin Shaklee Yang Membantu Hilangkan Parut Chickenpox Yang Degil


Vitamin C Dan Vitamin E bukan sahaja mencantikkan wajah anda malahan sangat sesuai untuk melembapkan kulit dan mempercepatkan lagi proses menghilangkan parut-parut dikulit kita


Zinc pula peranannya ialah untuk membaiki luka. Selepas bintik-bintik air tersebut pecah, kebiasannya kulit akan menjadi sakit dan menjadi hitam. Jika anda mengambil Zinc secara konsisten setiap hari, luka tersebut akan cepat kering dan kuping akan lebih mudah tertanggal dengan senditinya tanpa dipaksa oleh kuku anda. Zinc juga bagus untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis, mereka yang baru menjalani pembedahan dan wanita yang dalam pantang.


ESP Shaklee juga membantu dalam menghilangkan parut chickenpox kerana ia berperanan merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


Bagi mereka yang masih menyusukan bayi dan bayi mereka terkena jangkitan Chickenpox anda perlu teruskan penyusuan dan teruskan makan Set Menyusu Shaklee dengan konsisten, InshaaAllah bayi anda akan pulih dengan cepat.


Dan akhir sekali untuk kesegaran wajah, anda boleh gunakan Gentle Deep Foaming Cleanser




Keistimewaan Gentle Deep Foaming Cleanser



Membersihkan dan menyegarkan kulit

Rumpai laut menanggalkan kotoran, menggelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit

Alga hijau melembapkan kulit dan membersih hungga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin

Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit

Lembut dan Menyegarkan

Menjimatkan 


Untuk lebih meyakinkan tentang Vitamin Shaklee boleh menghilangkan atau mengurangkan parut Chickenpox yang hodoh, jom kita layan video ni



Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Bagi mereka yang nak hilangkan parut chickenpox dengan Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Anis Choc Moist Cake Pasti Sedap




Gambar ihsan Google


Chocolate cake siapa yang tak suka, rasanya semua orang suka coklat betul tak? Macam saya sendiri setiap kali menyambut Birthday anak-anak, memang saya akan tempah coklat kek walaupun diluarnya pelbagai gambar permintaan anak-anak. Dan kebiasaannya memang akan licin itu yang kita nak betul tak? Yang penting tidak membazir dan anak-anak suka. Saya sendiri penggemar coklat kek dan sudah tentu pilihan saya Anis Choc Moist Cake memang pasti sedap dan gerenti meleleh, tak percaya? Uolls boleh rasa sendiri dan Anis Choc Cake boleh didapati di kebanyakkan stesen minyak Petronas, Mydin. Harganya pasti berbaloi dengan kesedapan keknya. Atau kalau Uolls nampak signboard ni, cepat-cepatlah terjah ya.




Gambar ihsan Fan Page Anis Choc Moist Cake


Disebabkan saya suka, keluarga saya suka dengan Anis Choc Moist cake ni, semasa majlis perkahwinan adik saya pada tahun lepas, kami menghadiahkan para tetamu dengan Anis Choc Moist Cake dengan tempahan 800 biji kek, InshaaAllah pada tahun ini semasa majlis perkahwinan adik saya yang bongsu, kami juga akan buat tempahan dengan Anis Choc Moist Cake. Ada pelbagai cara untuk uolls hiasi kek ni samada kek ini diletakkan dalam kotak atau sekadar meletakkan reben atau pelekat yang cantik di atas kotak kek. Kami letakkan kek tersebut di dalam kotak seperi gambar ini. Kalau uolls nak tempah kek silalah hubungi Anis Choc Moist Cake ada pelbagai saiz yang boleh diplih, harganya pun sangat berbaloi. InshaaAllah mereka akan membantu anda.





Kalau nak kenal tuan empunya Anis Choc Moist Cake ni, inilah mereka yang banyak memberi inspirasi kepada para usahawan untuk berusaha memajukan perniagaan masing-masing dan saya  sendiri suka membaca coretan mereka di dalam fan page mereka. Anda boleh mengikuti fan page mereka dengan klik di sini. Sekalung tahniah untuk pasangan suami isteri yang berjaya ini :).


Antara perkongsian beliau yang menarik perhatian saya ialah


Ya Allah..Ya Musawwir..Ya Ghaffar...Ya Qahhar...
Kaulah Maha Pembentuk, Kau Yang Maha Pengampun dan Kau lah Yang Maha Mengalahkan...kami mohon padaMu Ya Allah, Kau jadikanlah kami ini di kalangan orang yang mudah memaafkan Ya Allah...Maafkan segala kesalahan orang lain Ya Allah kerana sesungguhnya kami juga pernah melakukan dosa Ya Allah..tapi Kau sentiasa mengampunkan kami Ya Allah...
Ya Allah, kuatkanlah hati kami Ya Allah, semoga kami dapat pelihara jiwa kami supaya tidak terdorong ke arah hawa nafsu yang terlalu cintakan keduniaan Ya Allah...Kami mencari mencari kasihMu yang abadi.....
Aminnn Ya Robbal'alamin..Selamat pagi yang fresh wahai saudaraku...dan selamat menyambut hari yang penuh kegembiraan pada anda semua kerana hari ini anda semua akan mendapat order yang tak dijangka-jangka banyaknya!!...
Terima kasih Ya Allah...





Gambar ihsan Fan page Anis Choc Moist Cake


Untuk makluman uolls semua saya tidak dibayar untuk bercerita mengenai Anis Choc Moist Cake tetapi disebabkan saya suka dengan kek mereka dan usaha mereka dalam memajukan perniagaan mereka, saya sendiri dengan relahati bercerita dalam blog saya. Macam Shaklee, disebabkan keberkesanan produk Shaklee ramai yang bercerita tentang Shaklee. Tak percaya jom tengok video ni.




Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.




Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.




Minah Ni Cepat Penat & Pancit Kalau Balik Travel. Nasib Baik... from iReach HD on Vimeo.





Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.





Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.




Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja from iReach HD on Vimeo.


Macam mana best kan Shaklee ni? Ok la jom order Shaklee dengan saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Bayam Oh Bayam Manfaat Dan Khasiat Untuk Ibu Hamil


Bayam Oh Bayam Manfaat Dan Khasiat Untuk Ibu Hamil


Antara sayur yang sering menjadi pilihan saya semasa ke pasar ialah Sayur Bayam, antara sebab yang utama ialah anak-anak suka dan makan tanpa buat muka yang benci sangat dengan rasa sayur hehe, mungkin masa saya mengandungkan mereka dan semasa mereka masih bayi saya setiap kali masak bubur saya masukkan sekali daun bayam. Agaknya lah.


Kalau kita perasan kartun Popeye pun menggalakkan kita makan bayam untuk kuat, betul tak?



Mengapa kita perlu makan bayam atau nama botaninya spinacia oleracea, jika dilihat bayam mengandungi Vitamin A, E, B6, K, Magnesium, Zat Besi, serat, protein dan sebagainya.  Wah banyakkan khasiat sayur bayam ni. Secara umumnya khasiat bayam ialah


1. Membina Tulang Yang Kuat

Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoperosis. Sumber Vitamin K terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.


2. Membina Salur Darah Yang Baik

Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Zat besi juga penting kepada Ibu Hamil dan Ibu Yang Menyusukan Bayi.


3. Menjaga Kesihatan Jantung


Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.


4. Mencegah Kanser


Mengandungi Flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan prostat.


5. Bagus Untuk Ibu Hamil


Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.


6. Mata Yang Sihat

Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.


Sayur bayam juga merupakan sumber terbaik untuk Omega 3. Kita juga sedia maklum kalau sayur yang kita masak tu terlalu lama khasiatnya juga akan hilang, semasa urusan penghantaran sayur dari ladang atau kebun dan baja yang digunakan juga memainkan peranan dalam mengurangkan khasiat sayur yang kita makan. Jadi bagaimana kita nak cukupkan keperluan vitamin dalam badan kita?


Jawapannya ialah makan vitamin dengan konsisten setiap hari, tak mahal pun vitamin ni sebab kalau kita kira kosnya sehari cuma 70 sen sahaja, eh murah kan. Saya tak kata vitamin ni sebagai pengganti makanan uolls, fungsi sebenar vitamin ialah melengkapkan nutrisi yang kurang dalam badan kita. Lupa pulak nak kenalkan Vitamin Shaklee yang murah ni, ianya ialah Vitalea Shaklee yang dah berpuluh-puluh tahun dalam pasaran, dijaga, dibelai oleh barisan saintis Shaklee, bukan sikit-sikit tau duit yang telah dilaburkan oleh syarikat Shaklee bagi memastikan vitamin yang kita makan ni selamat dan berkesan.


Kalau saya nak ceritakan khasiat Vitalea Shaklee kepada ibu mengandung yang mengalami HB rendah, panjang pulak cerita saya nanti, tapi uolls boleh baca di sini.


Bagi yang nak order vitamin Shaklee, saya alu-alukan uolls hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Sumber Tenaga Segera DiTempat Kerja - Multivitamin





Biasanya kalau bekerja dipejabat apabila mata seharian menatap skrin komputer mulalah perut berbunyi, mata makin lama makin layu. Terutamanya ketika anda sedang sibuk bekerja sementara sampai waktu makan atau sementara menunggu masa nak balik. Rasa macam nak kunyah-kunyah sesuatu sambil buat kerja tapi takkanlah nak makan nasi goreng ke, mee goreng ke mau satu opis berbau. Orang lain pun lapar gak hehe. Teringat pulak sewaktu bekerja dulu, yang wajib ada ialah 1 botol air masak dan makanan untuk kudap-kudapan maklumlah setiap hari bangun kul 4.30 - 5.00 pagi bila sampai masa sebelum waktu tengahari badan dah rasa penat, memang sangat perlukan sesuatu untuk elakkan rasa mengantuk dan penat.


Tahukah anda, ketika kita sangat lapar, gula dalam darah menjadi rendah dan ketahanan tubuh menurun sehingga anda tidak mampu untuk berfikir dengan baik. Ketika inilah anda memerlukan sesuatu untuk dikunyah. Mengunyah yang dimaksudkan di sini ialah bukannya makan sesuatu yang berat tetapi sesuatu yang ringan dan berkhasiat.


Ada beberapa cadangan makanan yang anda boleh pertimbangkan untuk kudap-kudapan di opis :)


Almond



Kacang Almond adalah rendah kolesterol dan sodium. Ia merupakan sumber magnesium, Vitamin E dan mangan yang baik selain asid lemak omega yang menutrisi otak. Makan kekacang boleh menyebabkan anda leka. Walaupun ia rendah kolesterol, perhatikan juga kandungan kalorinya. Bakar kacang dalam oven dan tidak perlu tambahkan garam.


Epal




Epal mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh dan otak serta baik untuk jantung. kandungan seratnya yang tinggi membuatkan anda lebih kenyang dan dapat menahan lapar lebih lama. Gula di dalamnya berkalori tinggi jadi pilihlah epal saiz sedang atau kecil sahaja untuk dikunyah.


Setiap biji buah epal ukuran sedang (anggaran 180gm) mengandungi 77 kkal dan 0.3g lemak.


Yogurt



Yogurt mempunyai lemak tepu dan kolesterol. Ia juga merupakan sumber protein, Vitamin B12, asam pantotenat, potasium, zinc serta sumber riboflavin, kalsium dan fisfat yang sangat baik. Namun berhati-hati dengan yogurt yang mengandungi pemanis buatan. Pilihlah dari jenis rendah lemak dan gula.


Dark Chocolate



Kajian dari Jerman melalui The Journal of The American Medical Assosiation bahawa dark chocolate yang kaya dengan flavonoid dapat melancarkan pembuluh darah dan menjaga tekanan  darah ketika anda stress. Selain itu, ia dapat mengurangkan mood negatif menjadikan anda lebih tenang. Pilih dark chocolate yang mengandungi 70% koko untuk manfaat maksima. Ambil sepotong kecil sahaja ya.


Oatmeal Segera



Jika anda terlalu sibuk tetapi mahukan sesuatu yang panas dan menenangkan, panaskan satu paket oatmeal segera di dalam secawan air mendidih. Atau beberapa sudu oatmeal ke dalam air panas. sebaiknya pilih plain oatmeal sahaja dan awas  dengan kandungan kalori serta gula tambahan. Oatmeal membantu menurunkan  kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sepeket oatmeal segera dianggarkan mempunyai 110 kkal


Aprikot Kering



Ia kaya dengan nutrisi penting yang seimbang penuh dengan vitamin, mineral dan enzim penting. Disamping itu, ia kaya dengan serat, beta karoten, Vitamin A dan C, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor dan potasium. Aprikot juga kaya dengan likopen, antioksidan yang melindungi tubuh. melawan kanser seperti prostat dan paru-paru. Gula yang terkandung di dalamnya dapat meningkatkan kadar dalam darah yang rendah di antara waktu makan utama. Zat besi dari buah kering penting untuk mengangkut oksigen ke otak dan otot.


Biskut



Terdapat pelbagai biskut yang ditambah vitamin dan kalsium dipasaran yang baik untuk tulang. Dengan kandungan karbohidrat yang tinggi, ia sangat bagus untuk anda yang memerlukan tenaga tambahan ketika bekerja. Mengandungi banyak mineral penting seperti zat besi dan mangan. Umumnya biskut mengandungi tinggi sodium dan ada antaranya tinggi kandungan gula. jadi pilihlah plain crackers dan lebih baik jika diperbuat daripada gandum penuh.


Fruit Soy Bar



Ia kaya dengan asid folat dan serat yang membantu melancarkan metabolisme tubuh dan isoflavon yang bagus untuk kulit. Makanan jenis ini juga dengan cepat menambah  tenaga. Dengan kandungan indeks glikemia yang rendah, ia akan menaikkan kadar gula dalam darah secara perlahan dan membuatkan anda kenyang lebih lama. Kandungan kalorinya cukup tinggi, Satu bar sahaja sudah cukup untuk kembalikan stamina anda.

Macam mana ok tak, mungkin juga ada yang menambah asam kecut ke atau gula-gula tapi sebaik-baiknya sediakan makanan yang menyihatkan dan memberikan anda tenaga dengan segera.


Seperti yang kita sedia maklum pagi-pagi sebelum ke tempat kerja adalah antara masa yang paling sibuk terutamanya jika masih ada anak-anak kecil dan bersekolah, lebih-lebih lagi uolls yang tinggal dikediaman bertingkat-tingkat seboleh-bolehnya kita nak bawa semua sekali dengan sekali turun, betul tak? Saya sendiri ada pengalaman tinggal di kediaman Apartment tingkat 5, jika lif ok, oklah tapi kadangkala lif rosak perghhh jenuh nak turun naik dengan anak-anak dan barang-barang yang perlu diangkut.

Dan sudah semestinya kita memerlukan tenaga, kadangkala makanan yang kita ambil tidak mencukupi untuk membekalkan tenaga. Saya cadangkan uolls makan vitamin yang boleh membantu memberikan tenaga dan uolls berasa segar semasa bangun dari tidur. Vitamin yang saya maksudkan ialah Vitalea Shaklee dan Ostematrix Shaklee.


Antara khasiat Vitalea Shaklee ialah 


Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.


Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.


Manakala bagi mereka yang nak segar semasa bangun dari tidur dan tiada lagi masalah pembuangan air besar, saya cadangkan mengambil Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur.


Antara Khasiat Ostematrix Shaklee Ialah


Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan sistem saraf.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Meringankan Stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid

Magnesium - Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu.


Kalau yang belum tahu lagi, bulan ni Shaklee menawarkan promosi hebat untuk Vitalea Shaklee dan Ostematrix Shaklee, segera dapatkan dari saya.






Saya boleh dihubungi melalui

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619