Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Seperti kita yang sedia maklum Malaysia sekarang dilanda cuaca panas kering, pasang kipas macam helikopter pun tak terasa, walaupun uolls duduk dalam aircond, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang panas. Bila cuaca panas melanda, ngeri pulak bila terfikir catuan air pada tahun lepas yang mana memang menguji kesabaran fizikal dan mental ditambah pula dengan jerebu sebab pembakaran terbuka hmmm..... 


Jom kita sama-sama mengambil langkah untuk mengurangkan kepanasan badan. Ada pelbagai tip yang akan saya kongsikan.


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


Badan Hilang Upaya


Yang dimaksudkan dengan badan hilang upaya ialah akibat peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan, Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba. Proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun akibat suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahidratan yang teruk.


Jangan memandang ringan kepada cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang, kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat yang lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selsema dan radang kulit seperti ruam.


Kepanasan melampau ini juga memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari ruam panas, kekejangan otot, edema haba, kelesuan haba dan paling serius ialah strok haba atau heat stroke

Orang ramai digalakkan untuk membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelakkan mereka terkena strok haba yang boleh menyebabkan seseorang pengsan. Bagi yang tertanya-tanya tentang strok haba, strok haba ialah sejenis hiportemia dengan keadaan suhu badan meningkat lebih paras normal, ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan mekanisma. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan strok haba yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Strok haba adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas.


Antara mereka yang berisiko mendapat strok haba ialah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan, polis, tentera serta kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba, begitu juga mereka menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kalenjar tiriod, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan. Elakkan memakai pakaian yang tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau kekeringan peluh.




Mencegah adalah lebih baik dari mengubati, paling penting elakkan dari mendedahkan diri kepada panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian. 


Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Dilanda Suhu Panas Yang Ekstrem

1) Paling penting perlu banyak minum air bukan tunggu hingga dahaga. 




2) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh seperti Perfomance Drink Shaklee.


Malaysia DiLanda Panas Yang Ekstrem


3) Berada di dalam rumah atau bangunan. Hadkan aktivit luar. Berehat dengan kerap.


4) Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.


5) Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar. Pakai topi atau payung ia dapat mengawal 40 peratus haba pada bahagian kepala.


6) Kurangkan minuman yang mengandungi kafein atau kandungan gula yang tinggi.


7) Jangan duduk dalam kereta tanpa penghawa dingin


Simptom Strok Haba


* Muka kemerah-merahan

* Tidak berpeluh

* Suhu badan meningkat dengan ketara

* Sawan

* Sakit kepala

* Denyutan nadi panas

* Tidak sedarkan diri, lesu, bingung


Bagaimana Untuk Merawat Mangsa Strok Haba

Mangsa strok haba mesti menerima rawatan dengan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali menyejukkan mangsa. Bawa atau alihkan mangsa ke kawasan yang redup, sapukan air sejuk atau suam pada kulit. Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Jika mangsa mampu untuk minum cecair berikan minuman tapi pastikan ia tidak mengandungi kafein atau alkohol. Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukan sehinnga suhu bada turun ke 38.3 atau 38.8 darjah celcius, Jika keadaan tidak berubah segera bawa ke klinik atau hospital.  


Bagi anda yang berminat nak order vitamin Shaklee, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619





Labels: