Sumber Tenaga Segera DiTempat Kerja - Multivitamin





Biasanya kalau bekerja dipejabat apabila mata seharian menatap skrin komputer mulalah perut berbunyi, mata makin lama makin layu. Terutamanya ketika anda sedang sibuk bekerja sementara sampai waktu makan atau sementara menunggu masa nak balik. Rasa macam nak kunyah-kunyah sesuatu sambil buat kerja tapi takkanlah nak makan nasi goreng ke, mee goreng ke mau satu opis berbau. Orang lain pun lapar gak hehe. Teringat pulak sewaktu bekerja dulu, yang wajib ada ialah 1 botol air masak dan makanan untuk kudap-kudapan maklumlah setiap hari bangun kul 4.30 - 5.00 pagi bila sampai masa sebelum waktu tengahari badan dah rasa penat, memang sangat perlukan sesuatu untuk elakkan rasa mengantuk dan penat.


Tahukah anda, ketika kita sangat lapar, gula dalam darah menjadi rendah dan ketahanan tubuh menurun sehingga anda tidak mampu untuk berfikir dengan baik. Ketika inilah anda memerlukan sesuatu untuk dikunyah. Mengunyah yang dimaksudkan di sini ialah bukannya makan sesuatu yang berat tetapi sesuatu yang ringan dan berkhasiat.


Ada beberapa cadangan makanan yang anda boleh pertimbangkan untuk kudap-kudapan di opis :)


Almond



Kacang Almond adalah rendah kolesterol dan sodium. Ia merupakan sumber magnesium, Vitamin E dan mangan yang baik selain asid lemak omega yang menutrisi otak. Makan kekacang boleh menyebabkan anda leka. Walaupun ia rendah kolesterol, perhatikan juga kandungan kalorinya. Bakar kacang dalam oven dan tidak perlu tambahkan garam.


Epal




Epal mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh dan otak serta baik untuk jantung. kandungan seratnya yang tinggi membuatkan anda lebih kenyang dan dapat menahan lapar lebih lama. Gula di dalamnya berkalori tinggi jadi pilihlah epal saiz sedang atau kecil sahaja untuk dikunyah.


Setiap biji buah epal ukuran sedang (anggaran 180gm) mengandungi 77 kkal dan 0.3g lemak.


Yogurt



Yogurt mempunyai lemak tepu dan kolesterol. Ia juga merupakan sumber protein, Vitamin B12, asam pantotenat, potasium, zinc serta sumber riboflavin, kalsium dan fisfat yang sangat baik. Namun berhati-hati dengan yogurt yang mengandungi pemanis buatan. Pilihlah dari jenis rendah lemak dan gula.


Dark Chocolate



Kajian dari Jerman melalui The Journal of The American Medical Assosiation bahawa dark chocolate yang kaya dengan flavonoid dapat melancarkan pembuluh darah dan menjaga tekanan  darah ketika anda stress. Selain itu, ia dapat mengurangkan mood negatif menjadikan anda lebih tenang. Pilih dark chocolate yang mengandungi 70% koko untuk manfaat maksima. Ambil sepotong kecil sahaja ya.


Oatmeal Segera



Jika anda terlalu sibuk tetapi mahukan sesuatu yang panas dan menenangkan, panaskan satu paket oatmeal segera di dalam secawan air mendidih. Atau beberapa sudu oatmeal ke dalam air panas. sebaiknya pilih plain oatmeal sahaja dan awas  dengan kandungan kalori serta gula tambahan. Oatmeal membantu menurunkan  kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sepeket oatmeal segera dianggarkan mempunyai 110 kkal


Aprikot Kering



Ia kaya dengan nutrisi penting yang seimbang penuh dengan vitamin, mineral dan enzim penting. Disamping itu, ia kaya dengan serat, beta karoten, Vitamin A dan C, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor dan potasium. Aprikot juga kaya dengan likopen, antioksidan yang melindungi tubuh. melawan kanser seperti prostat dan paru-paru. Gula yang terkandung di dalamnya dapat meningkatkan kadar dalam darah yang rendah di antara waktu makan utama. Zat besi dari buah kering penting untuk mengangkut oksigen ke otak dan otot.


Biskut



Terdapat pelbagai biskut yang ditambah vitamin dan kalsium dipasaran yang baik untuk tulang. Dengan kandungan karbohidrat yang tinggi, ia sangat bagus untuk anda yang memerlukan tenaga tambahan ketika bekerja. Mengandungi banyak mineral penting seperti zat besi dan mangan. Umumnya biskut mengandungi tinggi sodium dan ada antaranya tinggi kandungan gula. jadi pilihlah plain crackers dan lebih baik jika diperbuat daripada gandum penuh.


Fruit Soy Bar



Ia kaya dengan asid folat dan serat yang membantu melancarkan metabolisme tubuh dan isoflavon yang bagus untuk kulit. Makanan jenis ini juga dengan cepat menambah  tenaga. Dengan kandungan indeks glikemia yang rendah, ia akan menaikkan kadar gula dalam darah secara perlahan dan membuatkan anda kenyang lebih lama. Kandungan kalorinya cukup tinggi, Satu bar sahaja sudah cukup untuk kembalikan stamina anda.

Macam mana ok tak, mungkin juga ada yang menambah asam kecut ke atau gula-gula tapi sebaik-baiknya sediakan makanan yang menyihatkan dan memberikan anda tenaga dengan segera.


Seperti yang kita sedia maklum pagi-pagi sebelum ke tempat kerja adalah antara masa yang paling sibuk terutamanya jika masih ada anak-anak kecil dan bersekolah, lebih-lebih lagi uolls yang tinggal dikediaman bertingkat-tingkat seboleh-bolehnya kita nak bawa semua sekali dengan sekali turun, betul tak? Saya sendiri ada pengalaman tinggal di kediaman Apartment tingkat 5, jika lif ok, oklah tapi kadangkala lif rosak perghhh jenuh nak turun naik dengan anak-anak dan barang-barang yang perlu diangkut.

Dan sudah semestinya kita memerlukan tenaga, kadangkala makanan yang kita ambil tidak mencukupi untuk membekalkan tenaga. Saya cadangkan uolls makan vitamin yang boleh membantu memberikan tenaga dan uolls berasa segar semasa bangun dari tidur. Vitamin yang saya maksudkan ialah Vitalea Shaklee dan Ostematrix Shaklee.


Antara khasiat Vitalea Shaklee ialah 


Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.


Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.


Manakala bagi mereka yang nak segar semasa bangun dari tidur dan tiada lagi masalah pembuangan air besar, saya cadangkan mengambil Ostematrix Shaklee 4 biji sebelum tidur.


Antara Khasiat Ostematrix Shaklee Ialah


Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan sistem saraf.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

Meringankan Stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid

Magnesium - Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu.


Kalau yang belum tahu lagi, bulan ni Shaklee menawarkan promosi hebat untuk Vitalea Shaklee dan Ostematrix Shaklee, segera dapatkan dari saya.






Saya boleh dihubungi melalui

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619









Labels: ,