Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Bengkak susu? Bagi sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu betapa sakitnya bengkak susu atau susu tersumbat ni, boleh demam kita dibuatnya. Bila sebelah dah tersumbat, yang sebelah lagi susu pulak kurang, anak dah meraung. Kita lagi la stress semuanya serba tak kena, last-last kena bancuh susu formula.

Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan



Kita layan dulu video ni, bagaimana Pn Farah walaupun pada masa itu beliau bekerja tapi beliau gigih untuk mengumpul stok bagi bayinya.




Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Bengkak susu adalah signal atau tanda positif yang payudara sedang menghasilkan susu untuk bayi. Kebiasaannya bengkak ini terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Kadangkala bengkak susu juga mungkin jadi pada waktu siang, ada pelbagai sebab mungkin anda melengahkan waktu mengepam atau mengosongkan payudara. Bagi ibu yang bekerja sangat digalakkan untuk mengepam susu bagi membantu mengurangkan bengkak susu.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Pengalaman sendiri dengan bengkak susu terjadi semasa anak pertama. Waktu itu bukan macam zaman sekarang sangat mudah untuk mencari info. Saya banyak menggunakan petua tradisional untuk mengurangkan bengkak susu. Nanti saya cerita ya tentang petua tradisional.


Apabila bengkak susu sudah terjadi, payudara sudah mengeras dan sangat sakit jika tersentuh, mengepam bukan penyelesaiannya. Saluran susu seakan tersumbat, susu juga tidak akan  keluar dengan banyak. Saya akan kongsikan beberapa tip, cara rawatannya dan berkesan untuk anda amalkan selain dari hisapan langsung dari bayi yang mana cara ini adalah lebih baik. Antaranya ialah


Susukan bayi dengan kerap, sebaiknya selang 2 - 3 jam sekali. Jika bayi sedang tidur, sila kejutkan bayi anda agar dia menyusu. Memang agak memenatkan untuk menyusukan bayi pada waktu malam tetapi jika bengkak susu terjadi, lagi seksa ya menanggungnya. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis dan beralihlah ke sebelah lagi) untuk penyusuan berikutnya. 


Jika bengkak, mungkin agak susah bagi bayi menghisap, lekapan pada aerola mungkin sukar. Secara berhati-hati cuba marmet (perahan dengan tangan) atau pam susu dengan perlahan-lahan agar aerola menjadi sedikit lembut. Apabila aerola lembut, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul.


Bra sokongan yang kita gunakan iaitu bra khusus untuk menyusu yang mana dapat menyokong payudara pada waktu malam, pastikan ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.


Anda juga boleh menggunakan tuala yang dituam dengan air panas. Yang mana air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi didada yang mengalami bengkak susu. Atau anda juga boleh mandi dengan air suam. Saya juga selalu mengamalkan petua ini semasa mengalami bengkak susu. Kebiasannya memang mujarab cuma anda perlu bersabar.


Ketika bayi sedang menyusu, anda juga boleh mengurut payu dara yang sedang dihisap bayi bagi melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu. 


Jika anda terasa yang payudara anda penuh, secepat yang mungkin sila pam. Jangan tunggu sehingga payudara anda bengkak dan sakit. Susu yang telah pam anda boleh simpan untuk dijadikan stok. Labelkan tarikh dan masa anda mengepam.


Selain yang saya kongsikan di atas antara petua lain ialah menggunakan sikat. Macam tak logik kan tapi apa salahnya anda mencuba. Caranya ialah dengan sikat perlahan-lahan payudara kita dari arah atas hingga ke p****g, berulang kali. InshaaAllah aliran susu akan lancar semula dan seterusnya anda tidak menanggung sakit.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan

Selain sikat, daun kobis juga membantu dalam mengurangkan bengkak susu. Ambil sekelopak daun kobis dan tekapkan pada payudara yang bengkak tetapi anda tidak digalakkan untuk buat selalu kerana ia boleh menyebabkan anda kekeringan susu.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Daun sireh dan minyak zaitun juga membantu dalam mengurangkan bengkak susu. Caranya ialah ambil daun sireh dan sapukan minyak zaitun seterusnya layurkan daun tersebut. Apabila daun sudah suam-suam panas, tekaplah pada payudara yang sedang bengkak. Ianya sangat membantu melancarkan pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.


Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan


Amalkan Lecithin dalam diet harian untuk elakkan bengkak susu atau susu tersumbat. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600 - 4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan bengkak susu atau susu tersumbat.

Cara pengambilan Lecithin, anda boleh rujuk artikel Lecithin Treatment For Recurrent Plugged Duct.

Bengkak Susu - Tip, Cara Rawatannya Dan Berkesan

Apabila payudara sudah bengkak, biasanya kita akan mengalami demam sedangkan kita perlu sihat untuk menjaga bayi kita yang baru dilahirkan dan juga anak-anak lain. Sebaiknya tingkatkan Sistem Imunisasi tubuh kita dengan mengambil Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.


INFO TAMBAHAN

Lecithin bukan sahaja melancarkan pengeluaran susu tanpa anda mengalami bengkak susu atau susu tersumbat malahan ia akan mencantikkan kulit anda dan menurunkan berat badan anda tanpa mengganggu pengeluaran susu anda.  Bonus tambahan setiap wanita, betul tak? Tak percaya? Jom layan video ni






Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Saya Ada Banyak Masalah, Bantulah Saya


Saya ada banyak impian, tapi takut tak tercapai. Takut nak berusaha, sebab takut tak berbaloi. Semuanya takut, risau dengan tanggapan orang lain. Macam mana nak selesaikan masalah saya, yang seperti tiada penghujungnya.






Kita mempunyai banyak pilihan untuk mengatasi perasaan takut. Dan saya pasti selepas menonton video di atas, uolls lebih terbuka, berfikiran lebih jauh dan tahu apa yang uolls mahu untuk membantu diri, keluarga dan masyarakat di luar sana.


Ubah diri kita dari yang selalu banyak mengeluh, kita ubah kepada nak buat sesuatu yang lebih bermanfaat dan dapat memberi lebih banyak kepada mereka diluar sana. Hayatilah kata-kata ini " The More You Give, The More You Get".


Macam mana caranya untuk membantu diri kita dan keluarga? Antara caranya ialah dengan berniaga untuk meningkatkan ekonomi keluarga kita, dengan keluarga yang semakin membesar, anak-anak dah mula bersekolah, perbelanjaan saban tahun semakin meningkat. Ya, saya pun menghadapi masalah yang sama seperti uolls. Dan saya ingin membantu uolls.


Bisnes yang saya boleh bimbing uolls untuk menambah pendapatan ialah bisnes Shaklee dan bisnes Sate Kebab. Yang mana kedua-dua bisnes ini saya sudah merasa hasilnya dan pulangannya sangat berbaloi.


Berminat nak menambah ekonomi keluarga disamping dapat mempelbagaikan resepi untuk keluarga dan dapat menjaga kesihatan seisi keluarga, jangan malu-malu untuk hubungi saya.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Resepi Sarapan Mudah Dan Sedap - Roti Kebab Ayam


Anak-anak saya dah bersekolah rendah dan menengah, tiap-tiap malam sebelum tidur antara perkara yang difikirkan ialah menu sarapan pagi nak masak apa. Secara umumnya dengan masa yang suntuk kita perlukan menyediakan menu yang mudah dan sedap dan anak-anak berselera nak makan sebelum ke sekolah. Kalau setiap hari menu yang sama, jemu pulak anak-anak merenung makanan atas meja, betul tak? Silap-silap air je yang diminum. Maka maknya yang akan menghabiskan makanan dan melebar dengan jayanya hehe.


Resepi Sarapan Mudah Dan Sedap - Roti Kebab Ayam ini sangat mudah disediakan walaupun anda seorang ibu yang super busy, bagi ibu yang bekerja pun boleh bawa bekal ke pejabat. Mana tau ada kawan-kawan yang berminat dan anda boleh menambah pendapatan dengan menjadi agen Sate Kebab :)



Bahan-bahan yang diperlukan


1 Bungkus Sate Kebab Ayam


Roti "Hot Dog"
Salad dihiris
Bawang besar dihiris
Sos (cili/mayonis/one thousand island/cheesy)


Cara-cara menyediakannya

Sate kebab Ayam dimasak samada dengan menggrill/kukus dan dibuang lidinya.





Salad yang telah dihiris




Bawang besar yang telah dhiris



Roti Hot Dog dibelah tengah




Dan ini hasilnya hasil sumbatan Sate Kebab Ayam (letak 2 ketul), salad, bawang besar dan sos (yang ni ikut kesukaan masing-masing). Cara saya ialah hanya sediakan tanpa sos dan terpulang kepada anak-anak, mereka nak tambah dengan sos apa. Diminum pula dengan segelas ESP Shaklee atau segelas Mealshakes Shaklee, perghh lagi mantap.  Mudah kan. Anak-anak pun bertenaga untuk ke sekolah.


Resepi Sarapan Mudah Dan Sedap - Roti Kebab Ayam



Resepi Sarapan Mudah Dan Sedap - Roti Sate Kebab Ayam bukan sahaja boleh dimakan waktu sarapan, minum  petang pun boleh atau makan malam bagi menggantikan nasi.


Bagi sesiapa yang nak order Sate Kebab Akmal atau nak menjadi agen dikawasan anda boleh hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619



Awak Jual Jel Sakit Lutut Ke?


Untuk makluman saya tak jual jel sakit lutut, akan tetapi saya menawarkan Set Sendi Shaklee yang mana telah banyak membantu mereka yang mengalami masalah sakit lutut terutama bagi orang tua yang sering mengeluh kesakitan semasa mendirikan solat dan mereka yang aktif bersukan.





Istimewanya Set Sendi Shaklee atau popular dipanggil  Ubat Sakit Lutut ini terletak pada kekuatan produknya iaitu Joint Health Tablet (JHT), Omega Guard dan Ostematrix. Jom kita baca satu-satu kelebihan setiap produk yang mana telah menyebabkan ramai yang order untuk mengubati sakit lutut mereka.


Joint Health Tablet (JHT) membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat.




Bagaimana Joint Health Tablet Shaklee berkesan untuk memberi manfaat kepada sendi-sendi sihat?

1. Menyokong Keselesaan Sendi

Kerana ia mengandungi Ekstrak Boswellia, fungsinya ialah menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.


2. Bertindak sebagai kusyen

Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan.


3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

Di dalamnya terdapat Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C nutrien yang penting dalam kesihatan sendi.





Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kebaikan Joint Health Tablet kepada sendi anda/ibubapa yang sedang sakit boleh klik Kebaikan Joint Health Tablet


Omega Guard Shaklee (Minyak Ikan Terbaik) membantu mengurangkan inflamasi (kesakitan sendi)



Kajian klinikal menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega 3 bertindak untuk melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi. Ianya juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu pergerakan yang lebih mudah.


Omega Guard Shaklee sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega 3 berbanding dengan kapsul minyak ikan dari jenama lain yang hanya mempunyai antara 30 - 60% Omega 3.


Minyak ikan ini melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan lain-lain bahan pencemaran. Proses ini bertujuan untuk mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans serta mengurangkan bau dan rasa ikan.





Ada lagi khasiat Omega Guard Shaklee yang perlu anda tahu bersama-sama testimoni yang telah mendapat manfaat. Boleh klik sini


Ostematrix membantu mengekalkan sel tulang yang sihat




Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium malahan ia dilengkapi dengan 


Magnesium - membantu mengasilimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.

Vitamin D - merangsang penyerapan kalsium

Boron - membantu dalam metabolisma tulang

Mangan, Tembaga dan Zinc - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.




Macam best je kan Ostematrix Shaklee ni, eh ada lagi info yang uolls boleh baca, klik sini


Berminat nak order, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Resepi Spaghetti Dengan Sate Kebab Akmal


Cuti sekolah ni anak-anak memang sentiasa kelaparan, sampai ada satu ketika, Mommy ni asyik masak nasi je, takde ke makanan lain yang sedap-sedap. Ni cerita anak saya la ya hehe. Biasanya kanak-kanak suka makan spaghaetti samada Spaghetti Bolognese ke, Spaghetti Carbonara ke kali ini saya akan kongsikan Spaghetti Sate Kebab yang memang confirm sedap dan periuk licin. Terima kasih kepada Pn Intan Liana yang berkongsi resepi, kami ni dalam team berjemaah bisnes Sate Kebab, nak join grup kami pun sangat-sangat digalakkan.


Bahan-bahan 


1 pek sate kebab (Ada 3 perisa Blackpepper, Beryani dan Pedas)
1 pek spaghetti


Cara-cara menyediakannya

Sate kebab dipotong kepada 4 bahagian, kemudian cucukkan spaghetti ke dalam Sate Kebab dan rebus sehingga masak

Resepi Spaghetti Dengan Sate Kebab Akmal




Cara Menyediakan Kuah Sos


Potong dadu bawang merah dan tumiskan (caranya sama seperti sediakan sos bolognese)

Lebihan Sate Kebab boleh dicincang dan ditumis sekali dengan bawang merah, masukkan sos spaghetti pilihan kesukaan uolls, saya suka guna yang Adabi.

Dadukan tomato dan cili benggala atau cendawan butang.

Panaskan sehingga menggelegak.

Tutup api



Resepi Spaghetti Dengan Sate Kebab Akmal



Ok siap, boleh ajak suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera. Nak ajak kawan-kawan, jiran-jiran menjamu selera pun sangat digalakkan, pas tu boleh promo sekali Sate Kebab Akmal, mudahkan?

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Peluang untuk menjadi agen di kawasan anda hanya bermodalkan RM165 , bersamaan 15 pek, tidak termasuk penghantaran, boleh campur-campur blackpepper/beryani/pedas mengikut kegemaran anda.

Vitamin Tambahan Untuk Kanak-Kanak


Naluri seorang ibu sudah tentu kita mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Saya sendiri akan berikan Multivitamin terbaik untuk anak-anak saya. Pilihan saya sudah tentulah Chewable Vita-lea For Children. Vita-lea For Children ini telah setahun menghilang dari pasaran maka pada tahun ini Shaklee bagi bonus dengan memperkenalkan semula dengan formula yang lebih baik dan mantap.



Vitamin Tambahan Untuk Kanak-Kanak



Kenapa Chewable Vita-lea For Children Ini Menghilang Terlalu Lama?


Jawapannya ialah Shaklee telah memperkasakan nutrisi vitamin yang ada dalam Chewable Vita-lea For Children yang mengandungi 19 jenis nutrisi vitamin. Sebanyak 14 nutrisi vitamin telah diperkasakan lagi atau "improved formula". Sila lihat jadual dibawah




Anak-anak sekarang terdedah dengan makanan segera atau fast food, makanan ringan atau junk food dan pelbagai jenis makanan yang tidak berkhasiat. Jika mereka belum bersekolah kita masih boleh kawal, jika sudah bersekolah pasti mereka akan teringin memakan makanan yang kita larang yang mana kita tidak nampak untuk menegah. Kanak-kanak memang sukakan makanan segera berbanding dengan makan sayur-sayuran atau buah-buahan.


Dengan pengambilan makanan tambahan untuk kanak-kanak seperti Chewable Vita-Lea For Children ini, ia dapat membantu membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang kanak-kanak sihat untuk membesar. Selain itu kanak-kanak juga perlukan kalsium supaya tulang mereka menjadi sihat dan kuat. Ia juga membantu agar kanak-kanak tidak mudah letih terutama mereka yang bersekolah dari pagi hingga petang bersambung pula kelas tambahan di waktu malam.




Vitamin Tambahan Untuk Kanak-Kanak


Kebaikan Chewable Vita-Lea For Children Untuk Kanak-kanak


Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran

Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi

Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit

Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul

Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan

Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan

Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik

Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas

Rasa yang sedap, berbau anggur dan memang digemari kanak-kanak


Ciri-ciri anak-anak yang memerlukan Chewable Vita-lea For Children


Anak-anak yang kurang selera makan

Anak yang suka makan junk food

Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Tingkatkan sistem imuniti badan

Ibubapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anda kerana kesibukan bekerja

Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet)

Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin K yang membantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)



Vitamin Tambahan Untuk Kanak-Kanak


Chewable Vita-lea For Children berbeza dengan produk lain dipasaran

Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan

Mengandungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti

Pembungkusan BPA free


Anak-anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita. Kita akan berikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Pemakanan rohani dan fizikal penting untuk mereka membesar dalam dunia yang semakin mencabar.


Untuk mendapatkan Vitamin Shaklee, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Promosi Bulan Mac Chewable Vita-lea For Children ialah beli 3 botol anda dapat 1 botol percuma dengan penjimatan sehingga RM1xx.

Lelaki Memang Malas Makan Vitamin, Fakta Atau Auta ?


Kebanyakkan lelaki memang suka bersukan, pada mereka bersukan itu maknanya terjagalah kesihatan mereka tapi kalau diminta  makan vitamin, macam-macam alasan diberikan. Lecehlah, banyaknya nak kena telan... bla...bla, kena disiplin la bla..bla. Sudahnya  vitamin tak makan dan tengok-tengok sudah luput tarikh. Rasa rugikan. Tak percaya, video ini membuktikan.




Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.


Tapi sebagai isteri sudah tentu kita sayang suami kita, kita nak suami kita sihat dan cergas, kalau dia aktif bersukan memang bagus tapi kalau dia bersukan dan makan vitamin lagiii bagus. Tengok brother ni setelah mengambil Vitamin Shaklee iaitu Vivix, Joint Health Tablet dan Ostematrix kesihatan dia bertambah baik dari mula-mula seperti nak lumpuh sekarang dia kembali aktif bersukan.


Untuk makluman Vitamin Shaklee bukan ubat ya, dia adalah suplemen yang semulajadi, dia akan berkesan jika kita mengambil secara konsisten, dalam hal ini sebagai isteri kita kena berkorban sikit masa dengan menyediakan vitamin untuk suami makan sebelum dia keluar bekerja atau sebelum tidur malam, bagi memastikan beliau makan dengan konsisten setiap hari.


Ramai yang beranggapan Vitamin Shaklee hanya untuk wanita. Eh tidak, Shaklee sesuai untuk semua, tidak kira usia lelaki dan wanita malahan terdapat vitamin khusus untuk kanak-kanak. Sebab semua orang perlukan Vitamin. Pengambilan vitamin melengkapkan apa yang kurang dalam pemakanan seharian kita.


Selain dari Vitamin yang dimakan oleh brother dalam video di atas. Lelaki juga boleh makan vitamin seperti Vitamin E dan Zinc, yang bagus untuk kesihatan lelaki secara khususnya.


Vita E Complex





Vita-E Complex Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu daripada minyak sayuran dan selenium. Isi kandungan produk ini terdiri daripada 400IU Vitamin E, Selenium sebanyak 65mcg serta ekstrak biji anggur sebanyak 39.4mcg.


Produk Vita-E Complex Shaklee ini sangat bagus untuk kesihatan kesuburan lelaki. Kepada lelaki yang mengalami masalah kesuburan, cubalah rendahkan ego anda untuk mencuba produk ini, manalah tau ada rezeki anda untuk menimang cahayamata. Kita jangan berhenti berusaha selagi kita berkemampuan.

Bagi mereka yang tidak mengalami masalah kesuburan, efek dia lain macam pula. Bagi mereka yang konsisten mengamalkan Vita E Complex Shaklee, prestasi anda adalah ditahap maksimum. Maksimum yang macam mana, makanlah dulu baru tahu efeknya :)


Zinc Complex




Zinc ialah mineral yang penting kepada tubuh kita. Secara umumnya Zinc adalah bagus untuk menyembuh luka, mengelakkan masalah keguguran rambut dan sebagainya. 


Sekarang topik yang dibincangkan ialah tentang Vitamin Lelaki, bagaimana Zinc membantu masalah kesihatan lelaki?


Zinc amat mempengaruhi kesuburan dan kesihatan seksual lelaki. Sebabnya Zinc diperlukan dalam menghasilkan sperma, jika kekurangan Zinc akan menyebabkan sperma menjadi cair atau kurang pekat. Dalam masa yang sama Zinc juga membantu dalam menguatkan sperma Untuk melengkapkan persenyawaan, sperma yang kuat amat diperlukan untuk berenang ke ovari dan menembusi ovari.
Zinc juga penting untuk menjaga kesihatan prostat, lelaki memang perlukan Zinc untuk kesihatan "mereka".


Dalam tablet Zinc Complex Shaklee mengandungi Zinc gluconate - 15 mg, Calsium phosphate - 115mg.


Terlalu banyak khasiat Vitamin Shaklee yang belum anda ketahui lagi atau ingin tahu atau anda ingin order Vitamin Shaklee, sila hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Bulan ni promosi beli Zinc 3 botol anda dapat 1 percuma dengan harga yang mampu milik dan sangat berpatutan.


Kulit Muka Tegang , Gebu, Jeragat Hilang DiUsia 40an


Kisahnya macam ni, saya pun berusia baru masuk 40an, biasalah sebagai wanita bila masuk usia 40an, macam-macam perkara yang kita fikirkan seperti perubahan bentuk badan, kesihatan secara menyeluruh, kulit muka kita yang dah mengalami pelbagai perubahan maklumlahkan 4 series. Metabolisma kita pun makin berkurangan maka lemak-lemak pun kembali berkumpul dengan galaknya ditempat-tempat tertentu, segalanya tak kena la dimata kita.


Bagi wanita yang mencapai umur 40an, paras hormon estrogen mula menurun dan paras tiroid meningkat. Ini yang akan membuat kita rasa cepat lapar. Wanita 40an juga akan kehilangan tisu otot dua kali ganda lebih cepat berbanding lelaki. Kehilangan tisu otot akan menyebabkan kenaikan berat badan kerana otot yang berfungsi membakar tenaga sebanyak 3 kali ganda itu makin berkurangan dan sel lemak makin bertambah.


Selepas anda membaca Testimoni dari Pn Maria Javed ini anda akan terpesona bagaimana Vitamin Shaklee khususnya ESP membantu beliau dalam mengekalkan kulit yang cantik, tegang dan jeragat hilang di akhir usia 40an. Macam tak percaya je beliau diusia akhir 40an.


Kulit Muka Tegang , Gebu, Jeragat Hilang DiUsia 40an


MANFAAT ESP

Antara kebaikan ESP atas tubuh Mai yang terasa ya amat dulu tak tau sekarang dah tau - kulit sangat-sangat cantik. Pada lewat 40an dengan stres kerja, family, study, pencemaran tidak mudah untuk mengekalkan kulit yang sihat. Jeragat ternyata banyak memudarat dan hilang. Badan slim cantik berbentuk. Caranya mudah Mai amalkan 2 scoop ESP untuk kelazatan optimum Mai campur 1/2 scoop Cinch Shake, 1/2 scoop Mealshakes dan 1 scoop Performance Drink.

Baru Mai tau bahawa ASID AMINO yang terkandung dalam ESP membina otot dan menegangkan kulit. Ianya sebagai frame atau rangka untuk kulit tegang. Macamtu rupanya. Sekarang Mai tidak skip ESP kemana pergi mesti bekalkan sebab ianya sumber tenaga selain membuatkan Mai kenyang. ESP tidak menggemukkan seperti sangkaan orang tetapi mesti tau cara pengambilannya. Mai minum diwaktu pagi sahaja. Masa lain Mai belasah makan apa sahaja tetapi perasan tak pengamalan vitamin suplemen yang lengkap buat kita tidak gemuk dan tidak terlampau kurus. Tidak makan yang bukan-bukan. Cun cun dan yang penting pemakanan berkhasiat membuatkan kita terutama Mai yang dah half century sihat walafiat. Alhamdullilah. Try la. InshaaAllah. Okay daa...


So macam mana selepas membaca Testimoni dari Puan Maria, rasa tak sabar-sabar kan nak order ESP Shaklee dengan saya. ESP Shaklee ni khasiat dia terlalu banyak sehinggakan apabila promosi beli 6 percuma 1, seperti bulan Mac ni,  mesti berduyun-duyun nak membelinya, memang laku keras ESP Shaklee.




Manfaat Utama ESP Shaklee


Awet Muda

Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.



Baik Untuk Hormon

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung.


Baik Untuk Prostat

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.


Kulit Remaja

Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


Pembekal Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.


Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


Membaiki Memori

Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.


Siapa Yang Boleh Ambil ESP Shaklee?

Semua orang boleh terutamanya ibu yang mengandung dan menyusukan serta anak-anak yang susah nak bersarapan sebelum ke sekolah.


Jom order ESP Shaklee dengan saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619






Peluang Menambah Pendapatan Dengan Sate Kebab Akmal





Saban tahun kos meningkat, anak-anak semakin membesar memerlukan perbelanjaan yang banyak, harga barangan rumah juga meningkat, segala-galanya memerlukan duit, walaupun duit bukan segala-segalanya. Kita semakin terhimpit dan rasa stres, rasa sesak, hampir semua perbelanjaan dipotong. Penat memikirkan bayaran bil yang perlu dibayar setiap bulan, termasuk nurseri, susu anak, duit minyak untuk ke tempat kerja. Nak meniaga memerlukan modal yang banyak termasuk nak buka kedai, nak cari pekerja, betul ke perlukan modal yang banyak, perlu buka kedai? Sebenarnya modal yang diperlukan hanyalah bermula dengan modal RM75 atau RM165.


Jom saya bercerita tentang modal RM165 apa yang anda boleh mula bisnes dan seterusnya menambah pendapatan keluarga. Saya bagi permulaan dengan poster dulu.


Peluang Menambah Pendapatan Dengan Sate Kebab Akmal


Nampak tak kelebihan yang anda dapat jika sertai team kami dengan menjual Sate Kebab Akmal. Sate Kebab Akmal didatangkan dengan 3 perisa, blackpepper, Beryani dan Pedas. Dalam 1 pek ada 20 cucuk Sate Kebab yang mana sangat mudah dimasak dan disediakan. Anak-anak pasti suka dengan rasanya. 


Jika anda mendaftar sebagai agen dengan saya, saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang keuntungan yang anda akan perolehi. Jika anda berada diluar kawasan Shah Alam, kami akan aturkan penghantaran terus kepada anda, jangan risau walaupun Sate Kebab Akmal adalah makanan sejuk beku atau Frozen Food.


Peluang Menambah Pendapatan Dengan Sate Kebab Akmal


Peluang Menambah Pendapatan Dengan Sate Kebab Akmal


Anda dapat menambah pendapatan keluarga dan disamping itu boleh mempelbagaikan menu untuk keluarga, tak seronok ke? Disamping itu manalah tau kat kawasan perumahan atau tempat anda ada menganjurkan karnival atau sekolah anak-anak ada buat jualan masa ni la nak tunjukkan kesedapan dan keenakan Sate Kebab Akmal kepada masyarakat setempat. InshaaAllah lepas ni menderu-deru order masuk. Rebutlah peluang untuk berniaga, uolls juga yang untung.


Berminat nak jadi agen, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Keputihan Ikut Bau Badan Sendiri Dan Cara Merawat Keputihan






Bagi wanita yang sudah mengalami haid apatah lagi yang sudah melahirkan anak, berkemungkinan besar akan mengalami keputihan. Uolls boleh baca dengan lebih lanjut tentang masalah keputihan dengan klik link Keputihan Berbau.


Perasaan tidak selesa menguasai apabila kita mengalami keputihan. Apatah lagi dengan baunya yang kurang menyenangkan. Kombinasi bau busuk ini adalah disebabkan oleh peluh cecair keputihan dan bakteria pada bahagian tersebut.

Seandainya bau tersebut tidak kuat usah risau. Namun jika keputihan dan bau busuk berterusan, eloklah anda mendapatkan rawatan dengan kadar segera daripada pakar sakit puan. Dan biasanya bau tersebut dikaitkan dengan bau badan sendiri yang berubah mengikut putaran haid.


Bagaimana Alfalfa Shaklee Membantu Masalah Keputihan?


Keputihan Ikut Bau Badan Sendiri Dan Cara Merawat Keputihan

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid amino, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia, 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.




Khasiat Utama Alfalfa Shaklee

Mencuci hati, darah dan usus

Melawan alahan

Baik Untuk Perubahan Patalogi Di dalam usus dan perut

Melawan Tumor

Melegakan Keletihan

Mencegah / Melawan Arthritis


Khasiat Dan Kelebihan Alfalfa Shaklee

Melegakan sakit-sakit sendi
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi sensasi rasa sejuk (Alfalfa Shaklee mengandungi minyak peppermint)
Memberi kelegaan semasa kedatangan haid
Merawat Asma atau semput
Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak sebagai kacip fatimah kepada para isteri (istimewanya Alfalfa) dan sangat berkesan apabila bergabung dengan Vitamin E. Gabungan ini kami panggil Jamu Moden
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan sembelit (sila minum air yang banyak untuk mengelakkan sembelit)

Amaran : Alfalfa Tidak Boleh Diambil Pesakit SLE


Jangan cepat mengalah apabila mengambil vitamin semuajadi, badan setiap orang tak sama, mungkin ada yang lambat, ada yang cepat perubahannya. Bagi yang dah nak mengalah tu jom kita baca Testimoni Keputihan Dengan Alfalfa Shaklee.


Testimoni : Saya memang mempunyai masalah keputihan semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. Akibat daripada tak alert tentang kebersihan bahagian tu. Zaman sekolah belum pandai nak pakai pantyliner ke hape. Bila meningkat dewasa, say perhatikan keputihan saya semakin teruk tapi tak berani nak pergi klinik. Segan. Dengar-dengar doktor akan masukkan ubat dalam kita punya tu. Lagilah takut. terbiarlah sampai saya berkahwin dan hamil anak sulung.

Semasa hamil keputihan saya agak teruk juga. Berbau dan berketul-ketul. Malu dengan suami. Mujur suami yang jenis memahami. Suami suruh saya pergi check. Doktor bagi ubat yang masuk kat dalam kita punya tu. Malangnya tak lama lepas itu keputihan saya datang balik. Sedih dan give up. Lepas tu saya langsung tak makan apa-apa/pakai apa-apa produk pun sampailah saya mencuba set B yang ada mengandungi Alfalfa. Saya dimaklumkan Alfalfa boleh mengurangkan keputihan. Alhamdullilah setelah saya mencuba selama sebulan, keputihan saya dah takde! Serius!!! Selalunya kalau saya pakai pantyliner daripada pagi, tengahari mesti dah penuh kesan keputihan itu tapi kali ini daripada pagi sampai petang, pantyliner saya bersih! Ya Allah rasa macam tak percaya. Saya tunjuk dengan suami, suami tersenyum je. Kalau dulu nak tidur saya terpaksa pakai pantyliner, sekarang tak perlu lagi. Alhamdullilah. Tak sia-sia saya mencuba. Saya tak malu berkongsi nak berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Dulu ada...sekarang tidak lagi....hehe terima kasih Shaklee


Kelebihan Alfalfa Shaklee dan ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu



Alfalfa Complex - Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster). Alfalfa membuang toksin di dalam badan dan menjadikan badan lebih bertenaga atau Detox. Kenapa perlu Detox? Kehadiran toksin berlebihan dalam badan akan menghalang penyerapan nutrien dari makanan dan suplemen.


ESP Shaklee - Ia kaya dengan protein dan asid amino yang membantu pembentukan sel dan komponen penting dalam susu ibu. Protein juga diperlukan untuk penyembuhan luka. Sebab protein digunakan tubuh untuk membina sel dan otot baru bagi menggantikan sel lama.


Boleh klik Set Ibu Menyusu Dan Bekerja untuk mengetahui lebih lanjut vitamin apa yang sesuai untuk dimakan semasa menyusukan bayi.


Berminat nak order Vitamin Shaklee, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Resepi Sate Kebab Akmal Yang Mudah Dan Sihat



Resepi Sate Kebab Akmal Yang Mudah Dan Sihat



Antara sebab saya pilih Sate Kebab Akmal ialah mudah untuk disediakan dan pelbagai menu boleh kita cipta untuk dihidangkan kepada keluarga kita atau tetamu yang datang, yang kadangkala tiba-tiba je dah ada depan pintu rumah ya tak?


Untuk entri kali ini saya akan kongsikan yang saya panggil Sate Kebab Wrap atau sukahati uolls nak panggil apa, yang pasti memang sedap dan anak-anak suka makan.


Bahan-bahan Yang Diperlukan


1 bungkus Sate Kebab (blackpepper, beryani atau pedas)

Capati, Tortilla atau roti arab pun boleh

Salad

Lada benggala (dihiris nipis)

Mayonis / sos cili / sos one thousand island


Cara-cara menyediakannya


Resepi Sate Kebab Akmal Yang Mudah Dan Sihat



1. Leraikan sate kebab dari lidi dan hiris nipis-nipis atau boleh juga masak begitu sahaja tanpa perlu dihiris. Semasa memasak sate kebab yang telah dihiris, hendaklah dimasukkan sekali lada benggala yang juga telah dihiris.


2, Untuk jimatkan masa dalam masa yang sama anda boleh memasak capati / tortilla / roti arab.



Resepi Sate Kebab Akmal Yang Mudah Dan Sihat



3. Selepas sate kebab dimasak, bolehlah diletakkan di dalam capati / tortilla dan diperisakan dengan sos kesukaan masing-masing, jangan lupa ya untuk letak salad.


Resepi Sate Kebab Akmal Yang Mudah Dan Sihat



4. Taraa dah siap.....Hasil gulungan capati bersama-sama dengan Sate Kebab Akmal.



Resepi Sate Kebab Akmal Yang Mudah Dan Sihat




Selamat mencuba, sejujurnya sangat sedap dan tak cukup kami sekeluarga makan,  bermakna kena buat lagi dan lagi dan kena kreatif untuk pelbagaikan sate Kebab Akmal yang confirm sedap ni.


Berminat nak order dan jadi agen, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619




Tips Penjagaan Selepas Keguguran





Bagi mereka yang baru keguguran, pasti tertanya-tanya perlu berpantang ke, makanan apa yang perlu dimakan atau dielakkan. Lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama dan kebetulan pula berjauhan dari keluarga untuk membantu.


Saya akan berkongsikan pelbagai pertanyaan dan jawapan yang mungkin boleh membantu uolls mengatasi kerisauan. Dan seterusnya kembali pulih, sihat dan ceria seperti biasa. Mana tahu selepas anda sihat anda kembali mengandung, InshaaAllah.


1. Adakah saya perlu berpantang? Berapa lama tempoh berpantang?


Walaupun anda keguguran dan mungkin masih seawal 7 minggu, sebaik-baiknya perlu berpantang sama macam orang baru bersalin, kerana bahagian rahim tetap luka sama macam orang bersalin. Bagi mereka yang bekerja biasanya doktor bagi cuti sakit selama 2 minggu tapi untuk berpantang keguguran sekurang-kurangnya 20 hari bagi memastikan badan anda kembali pulih.



2. Adakah saya perlu menjaga pemakanan walaupun keguguran? 


Jawapannya ialah anda masih perlu menjaga pemakanan walaupun keguguran. Nak tahu menu berpantang yang mudah disediakan dan menyelerakan boleh klik Menu Berpantang.  Selain itu elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas, sayuran yang menjalar seperti kangkung, timun, kekacang. Minuman seperti air suam dan makan makanan yang berkhasiat, sangat digalakkan seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi rebus dan ikan berdaging putih.



3. Bolehkah saya lakukan kerja-kerja rumah seperti biasa selepas keguguran?


Elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran, perlu diingat ya, rahim anda yang luka perlu dipulihkan.



4. Apakah tip dan cara-cara Penjagaan semasa keguguran?


Penjagaan keguguran sama seperti penjagaan selepas bersalin. Anda digalakkan untuk memakai stokin dan mandi air suam. Uolls boleh mengambil jamu atau vitamin Shaklee seperti Zinc, Vitamin E, Vitamin C dan ESP Shaklee.


Kenapa perlu mengambil jamu atau vitamin?


Ini adalah kadangkala badan anda akan rasa lemah, lenguh-lenguh badan, rasa seram sejuk dan tidak bertenaga mungkin dari kesan keguguran. Ada juga yang mengalami demam yang ringan. Pengambilan vitamin membantu anda lebih cepat sihat dan kembali cergas.


Bagaimana ESP Shaklee membantu mereka yang keguguran?


Tips Penjagaan Selepas Keguguran


ESP Shaklee membantu dalam proses pemulihan luka luaran dan dalaman. Juga mencantikkan kulit, memejalkan otot, membekalkan tenaga dan badan lebih cergas.


Bagaimana Zinc Shaklee membantu mereka yang keguguran?


Tips Penjagaan Selepas Keguguran



Zinc paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Fungsinya ialah membaik pulih luka dan tisu dalaman. Seringkali apabila selepas bersalin atau caeserian kita akan mencari ikan haruan yang kaya dengan Zinc, sedangkan hari ini, untuk mendapatkan ikan haruan agak sukar, kadang-kadang satu Shah Alam takde dan jika ada harganya mahal dan kita tak tau macam mana nak menyiang ikan atau memasaknya. Salah masak terus tak makan sebab berbau hanyir. Dengan pengambilan Zinc dalam bentuk kapsul sangat memudahkan dan membantu uolls dalam proses pemulihan luka dalaman.

Khasiat Zinc yang perlu anda tahu dan sering mendapat permintaan ialah membantu penggalak keinginan seksual yang dapat mengatasi masalah kedinginan hubungan suami isteri selepas keguguran.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee selepas keguguran, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619