Panduan Memilih Pengasuh Yang Baik Dan Penyayang


Kelebihan seorang wanita ialah dia boleh buat pelbagai kerja dalam satu masa dan kebiasaannya juga kita sebagai ibu yang akan memilih pengasuh yang bersesuaian dengan anak kita, sebab apa? Sebab naluri kita sebagai wanita. Kita, wanita sememangnya hebat dan istimewa.



Kenapa Emak Yg Sibuk Jaga Anak Pun Mampu Buat Bisnes. from iReach HD on Vimeo.


Pengasuh pun sudah tentu kita akan memilih wanita bukan lelaki, kalau dinegara barat kebiasaannya yang menjadi pengasuh pun adalah remaja perempuan bukan remaja lelaki, betul tak? Tajuk entri saya kali ini adalah panduan memilih pengasuh yang baik dan penyayang, Saya juga seorang ibu dan pernah bekerja dan menghantar anak kepada pengasuh. Saya sangat memahami dilema yang dihadapi oleh ibu berkerjaya dan mempunyai anak kecil.





Secara umumnya selepas bersalin, kita akan kembali bekerja. Dan yang pastinya kita akan pening memikirkan dimana, siapa akan menjaga bayi kita yang mungkin masa tu baru 2 atau 3 bulan. Masih adakah insan yang boleh dipercayai? Terutamanya akhir-akhir ni sering terjadi kes kematian bayi tersedak susu dan pelbagai kes yang menambah lagi kebimbangan kita sebagai seorang ibu kembali bekerja dan meninggalkan bayi kepada orang asing. Atau mengambil keputusan drastik dengan berhenti kerja.


Saya akan berkongsi dengan rakan-rakan panduan memilih pengasuh anak, semoga dengan perkongsian ini memberi keyakinan kepada ibu-ibu untuk kembali bekerja dan meninggalkan anak dengan pengasuh yang dipercayai.


Beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk memilih pengasuh ialah


Memeriksa Latar Belakang

Sebelum memilih pengasuh pastikan anda sudah membuat penyelidikan tentang individu/taska tersebut. Anda boleh bertanya kepada rakan-rakan, jiran atau saudara mara atau zaman sekarang ni anda boleh google dan mencari maklumat untuk mengetahui pengalaman mereka dengan pengasuh atau taska tersebut.  Kita perlu memikirkan keselesaan anak dan diri sendiri dengan pengasuh tersebut.


Saranan Daripada Orang Yang Dipercayai


Pengalaman saya sendiri ialah dengan bertanyakan sahabat yang mempunyai anak di taska tersebut untuk mengetahui bagaimana layanan pengasuh dan taska, sekurang-kurangnya menambah kepercayaan kita untuk meninggalkan anak sepanjang kita bekerja.


Kualiti vs Harga

Tidak salah memilih pengasuh yang menawarkan harga mahal asalkan dia memberikan khidmat jagaan yang sangat berkualiti. Paling penting, kita percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak dibawah jagaan mereka. Ada juga sahabat saya yang mengasuh kanak-kanak meyediakan ruang yang berhawa dingin, anak-anak asuhan dibekalkan dengan permainan dan pelbagai kemudahan yang pada pendapat saya sangat selesa untuk anak-anak membesar dan bermain di situ sepanjang ibubapa mereka berkerja.


Kebersihan


Faktor kebersihan sangat perlu diberi perhatian yang lebih, mungkin anda boleh menjengah tandas atau dapur mereka untuk menentukan bagaimana mereka menjaga kebersihan. Seeloknya buat tinjauan mengejut sebelum memutuskan untuk memilih pengasuh. Secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran tahap kebersihan mereka.


Selain itu penting juga komunikasi dua hala, mungkin ada perkara yang anda tak puas hati atau cuba letakkan diri anda ditempat pengasuh. Sebaik-baiknya berbincanglah dengan baik untuk masalah yang berbangkit, setiap dari kita mempunyai kekurangan dan kelebihan. Bina persahabatan dengan mereka. Jika pengasuh anda seorang ibu tunggal dan pendapatan beliau hanya dari duit mengasuh, selain dari yuran asuhan mungkin anda boleh membantu dengan sumbangan makanan atau pakaian untuk beliau dan anak-anak beliau. Seusungguhnya bersedekah itu sangat besar ganjarannya.


Sebagai ibubapa kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Berdoalah agar anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah.