Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging


Pernah tak kita buka peti sejuk dan termenung memikirkan nak masak apa? Saya lah tu yang kadang-kadang fikir nak masak apa dah macam masalah besar sangat untuk hari itu je lah hehe. Antara menu masakan yang menjadi kegemaran anak-anak ialah spaghetti dan macaroni atau lebih senang kita panggil pasta. Hari ini saya akan kongsikan Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging yang sebelum ini saya kongsikan menggunakan Sate Kebab Ayam, kita tukar pula sempena keluaran terbaru produk dari Akmal Sate Kebab.


Bahan-bahan yang diperlukan

1. Sate Kebab Daging

2. Kuah

3. Spaghetti


Untuk Sate Kebab Daging apa yang hanya perlu lakukan ialah keluarkan sahaja daging dari lidinya dan hiris halus-halus atau mungkin anda boleh kisar daging tersebut. daging itu sendiri dah mengandungi rempah yang telah  diadun sempurna dan memang pasti sedap. Kat mana atau macamana nak dapatkan Sate Kebab Daging, tak susah hubungi saya sahaja :) Satu bungkus ada 15 cucuk.

Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging


Cara Membuat Kuah Resepi Spaghetti Bolognese


Manakala untuk kuah pula, saya akan menggunakan Sos Pasta jenama Adabi

1. Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu, masukkan sos, nak rasa yang lebih aroma boleh tambah rempah all spices dan kalau nak rasa yang lebih pedas boleh masukkan cili api, lidah melayu kan kut ada yang nak letak belacan ke pun boleh hehe.

2. Masukkan Sate Kebab daging

3.  Masukkan cendawan yang telah dipotong dadu

4. Nak lebih masam boleh masukkan tomato

5.  Boleh juga tambahkan sayur campur (kacang peas, jagung dan carrot)


Untuk Spaghetti


1 bungkus spaghetti direbus dalam air yang menggelegak

Letak minyak sedikit untuk elakkan spaghetti melekat antara satu sama lain

Selepas spaghetti lembut boleh diangkat dan ditoskan



Inilah hasilnya.. boleh letak parutan cheese ya untuk rasa yang lebih sedap, tapi kali ini saya tak letak cheese. Selamat menjamu selera.


Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging


Untuk mendapatkan Sate Kebab Akmal atau ingin menjadi agen boleh hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Sarapan Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Anak-anak





Setiap hari terutamanya hari sekolah, pagi-pagi biasanya kita akan kelam kabut walaupun malam sebelum tu semua persiapan dah siap akhirnya kelam kabut juga pagi-pagi tu. Bila dah masuk kereta atau dah hantar anak ke sekolah baru teringat anak-anak belum sarapan pagi, sedangkan kita tahu sepanjang anak tidur malam mereka seperti berpuasa dan sudah semestinya mereka memerlukan tenaga sepanjang hari persekolahan, sementara nak tunggu waktu rehat dah pukul berapa, apabila angin dah masuk tu yang ada pening kepala dan muntah.


Seperti saya sendiri antara perkara paling penting saya akan buat ialah memastikan sentiasa ada makanan ringkas yang boleh disediakan waktu pagi contohnya roti, telur, Sate Kebab, bijirin, air minuman yang boleh berikan tenaga seperti Mealshakes, ESP manakala bekalan air Performance Drink akan disediakan untuk anak-anak. Mungkin nampak saya remeh sediakan makanan untuk anak-anak setiap hari tetapi ini adalah cara saya memastikan anak-anak boleh fokus dan cergas sepanjang sesi persekolahan malahan walaupun mereka menghadiri kelas tambahan yang mengambil masa hanya 2 jam sahaja pun saya akan sediakan makanan ringkas untuk anak-anak. Makanan ringkas ini walaupun tak sempat makan di rumah tapi masih boleh dimakan di dalam kereta, van atau bas sekolah dalam perjalanan ke sekolah.


Pernah tak kita terfikir adakah pemakanan anak-anak kita seimbang?


Kanak-kanak mungkin nampak sihat dan cergas sepanjang aktiviti persekolahan mereka, ketika bermain dengan rakan-rakan dan apabila mereka tidur nyenyak pada malam hari. Namun, menurut satu kajian terkini, kebanyakan kanak-kanak memperolehi 25% kalori harian daripada makanan ringan dan kentang goreng merupakan sumber sayuran utama dalam pemakanan mereka.


Kajian menunjukkan bahawa kekurangan khasiat disebabkan pemakanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan prestasi kanak-kanak di sekolah. Pertubuhan Kesihatan (WHO) melaporkan bahawa kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada kekurangan nutrien seperti zat besi, Vitamin A dan Vitamin B.


Kajian Pemakanan Kanak-kanak Malaysia 2013 mendapati 4.4% daripada populasi sampel 3,542 kanak-kanak yang berumur antara enam bulan dan 12 tahun mengalami masalah kekurangan zat besi dan Vitamin A. Jika tidak ditangani, kekurangan nutrien ini berpotensi membantutkan pertumbuhan dan menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak.


Jadi bagaimana cara kita memastikan agar anak-anak kita mendapat suplemen yang mereka perlukan untuk kesihatan dan perkembangan yang optimum? Shaklee telah memperkenalkan Vita-Lea For Children untuk membantu anak-anak kita membesar dengan sihat dan cergas.


Sarapan Yang Ringkas Dan Mudah
 Vita-Lea For Children

Formula serba baharu ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan 
yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan paduan kepakaran para 
pakar pemakanan dan saintis (penyelidikan) Shaklee.
Ia mengandungi mikronutrein berspektrum luas.


Kenapa Anda Perlu Memilih Vita-Lea For Children Untuk Anak-anak?


Kerana Vita-Lea For Children mengandungi 

Vitamin A

Menyihatkan gusi, gigi dan kulit

Vitamin C

Menyihatkan gusi, gigi dan kulit

Vitamin B6


Menyokong Penghasilan Tenaga

Kalsium Dan Vitamin D

Menyihatkan Dan menguatkan tulang

Zat Besi

Menggalakkan penghasilan sel darah merah

Iodin

Menyokong penghasilan hormon yang penting untuk perkembangan sempurna

Magnesium

Menyihatkan dan menguatkan tulang

Zink

Menguatkan ketahanan tubuh dan mempercepatkan pemulihan


Bulan ini juga Shaklee telah menawarkan pembelian Vita-Lea For Children dengan beli 3 percuma 1. Dan tawaran ini sangat menjimatkan bagi anda yang mencari vitamin tambahan untuk anak-anak.




Hubungi saya untuk maklumat lanjut atau anda ingin menjadi ahli Shaklee.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Buah Epal Membantu Anda Berdiet


Buah Epal Membantu Anda Berdiet


Cantik kan buah epal ni, kalau ranggup, lagi sedap kita mengunyah. Tahukah anda bahawa buah epal bagus untuk mereka yang sedang berdiet. Kenapa?


Epal adalah antara buah yang mengandungi pectin, yang mana ia berkesan melambatkan pencernaan dan mudah kenyang jika diambil. Orang yang makan buah epal lebih cepat puas dan kurang  makan berbanding berbanding mereka yang mengambil epal dalam bentuk jus atau sos.


Menurut mereka yang pakar, buah epal mengambil masa yang lama untuk dimakan dan kalorinya juga kurang. Kesannya, badan mempunyai masa untuk memberitahu otak bahawa perut sudah penuh. Dalam erti kata yang lain, anda boleh makan buah ini dalam jumlah yang banyak, mengekalkan rasa kenyang dan tidak naik berat badan. Betapa berkhasiatnya epal ini sehinggakan ada pepatah berkata  "An apple a day keeps the Doctors away".


Selain itu khasiat buah epal yang lain ialah menurunkan kolesterol, membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan, meningkatkan sistem imun badan dan melawan kanser.


Buah Epal Membantu Anda Berdiet


Gambar ihsan Google



Selain dari makan buah epal untuk mengawal berat badan, Shaklee juga menawarkan Set Turunkan Berat yang selamat dan berkesan jika anda amalkan secara konsisten.





Set ini mengandungi Lecithin, Alfalfa, Cinch Shake, Omega dan Herblax. Saya akan terangkan bagaimana vitamin ini membantu anda menurunkan atau mengawal berat badan.


Lecithin



Lecithin berfungsi sebagai agen pemecah lemak disekitar bawah lapisan kulit. Nak tau apalagi bestnya makan Lecithin ni?  Lecithin juga membantu mencantikkan kulit dan otot dan juga membantu mengurangkan sembelit. Badan kita menggunakan Lecithin sebagai jus hempedu yang fungsinya ialah memecahkan lemak. Selain itu Lecithin membantu mengelakkan masalah nyanyuk.


Omega Guard



Peranan Omega Guard ialah sebagai agen pembakar lemak, bantu rendahkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung. Ia juga berperanan menjaga kesihatan sendi, siapa-siapa yang sakit lutut digalakkan makan Omega Guard. Istimewanya Omega Guard untuk mereka yang sedang berdiet ialah ia mengawal selera makan yang mana ia bantu kurangkan rembesan hormon dalam otak yang membuatkan kita rasa lapar.


Cinch Shake


Kelebihan Cinch Shake ialah uolls kenyang dengan lebih lama, sangat sesuai bagi mereka  yang sedang  berdiet. Ia didatangkan dengan 3 perisa iaitu Cafe late, Coklat dan vanilla, rasanya memang sedap dan mudah dibancuh lebih-lebih lagi mereka yang sering sibuk dan tak sempat sarapan pagi atau makan tengahari atau makan malam. Cinch juga kalorinya rendah.


Alfalfa



Antara manfaat Alfalfa Shaklee ialah meningkatkan kealkalian tubuh dan menyingkirkan toksin, mengatasi masalah sistem penghadaman seperti sembelit, loya dan ketakcernaan. Bertindak sebagai diuretik semulajadi untuk mengurangkan sembap dan bengkak dan bagi mereka yang menyusu badan ia meningkatkan penghasilan dan kualiti susu badan.


Jom kita jaga kesihatan dengan Shaklee dan mengamalkan pemakanan yang seimbang agar kita sihat dan mudah untuk kita melakukan pekerjaan seharian. Bagi uolls beli Set Turunkan Berat dan inginkan harga yang lebih menarik sila hubungi saya.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tips Anti Penuaan - Kekal Muda Di Usia Tua



Tips Anti Penuaan - Kekal Muda Di Usia Tua


Eh awak ni anak-anak dah besar tapi masih awet muda, apa rahsianya? Misteri awet muda akan terungkai sebentar lagi. Bagaimana diantara kita  mampu kekal awet muda dan ramai pula yang berubah dan dan kehilangan identiti diri?


Kemerosotan hormon dan kolagen membuatkan wajah seseorang berubah. Hidung mancung menjadi kemek dan kulit bibir mengecut. Tulang muka mengecil menjadikan wajah menjadi menggeleber. Gusi longgar dan gigi menjadi panjang kerana tulang soket perlekatan gigi mengecut serta mata kelihatan terbenam. Penglihatan jadi kurang jelas, mata tidak bersinar, bulu mata dan kening menjadi nipis. Keseluruhan wajah berubah. Risau tak dengan perubahan yang bakal anda hadapi seiring dengan peningkatan usia? Untuk menambahkan lagi kerisauan anda , teruskan pembacaan ya :)


Bukan itu sahaja tahukah anda, kemerosotan hormon dan kolagen mempengaruhi kulit menjadikannya gelap, berbintik-bintik dan pigmen. Jadi bagaimana cara untuk mengatasinya, melambatkan proses penuaan atau dengan lebih mudahnya Kekal Muda Di Usia Tua?


Saya ingin memperkenalkan Set Jeragat Shaklee atau Set Awet Muda Shaklee. Yang mana set ini banyak membantu bagi mereka yang ingin mengekalkan kecantikkan kulit dan keanjalan kulit. Saya galakkan uolls menjadi ahli Shaklee yang mana lebih menjimatkan dan mungkin anda boleh mula menjalankan perniagaan Shaklee dan meraih pendapatan sampingan maklumlah zaman sekarang semuanya memerlukan RM yang lebih, betul tak?



Tips Anti Penuaan - Kekal Muda Di Usia Tua


Set Awet Muda Shaklee ini mengandungi GLA Complex, Vita-E Complex, ESP dan Vita-C, saya akan terangkan khasiat satu persatu Vitamin ini yang boleh membantu anda mengekalkan keremajaan kulit atau Kekal Muda Di Usia Tua.


GLA Complex

GLA Complex sangat bagus untuk wanita, ia membantu menstabilkan hormon dalam badan wanita dan juga memberi kesan kepada kulit. Kulit akan menjadi kurang berminyak, jerawat cepat kering. Dengan peningkatan usia, yang mungkin menjejaskan hubungan suami isteri. GLA Complex membantu hubungan suami isteri dengan lebih intim.



Vita-E Complex

Dengan mengambil 1 kapsul Vitamin E setiap hari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. Ingin mengetahui khasiat dan kelebihan Vita-E boleh klik sini.



ESP Shaklee


Terlalu banyak khasiat dalam ESP Shaklee ni memandangkan entri kita kali ini ialah Tips Anti Penuaan - Kekal Muda Usia Tua, maka fungsi ESP yang mengandungi Asid Amino ialah untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Rahsia nak awet muda yang bukan rahsia lagi... pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. Maknanya kenalah minum selalu ESP Shaklee ni bukan minum seminggu sekali atau sebulan sekali.


Vita-C Shaklee

Kenapa kita perlu ambil Vita-C setiap hari, ia bukan sekadar apabila selsema atau demam sahaja kita makan Vitamin C. Sebenarnya salah satu fungsi Vitamin C ialah merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


Banyaknya nak kena makan setiap hari, well... beauty is pain, dah kata nak awet muda. Akan tetapi untuk lebih memudahkan uolls menjaga kesihatan luar dalam, saya perkenalkan Vivix Shaklee, hanya sesudu kecil setiap hari untuk anda awet muda.



Tips Anti Penuaan - Kekal Muda Di Usia Tua


Kesimpulannya untuk Anti Penuaan - Kekal Muda Di Usia Tua, kita jaga pemakanan kita setiap hari, rohani kita juga perlu dijaga agar ia mencerminkan keperibadian kita.


Berminat nak menjadi ahli dan order vitamin Shaklee, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619




Petua Ingin Cepat Hamil


Antara perkara yang boleh mengundang stres/tekanan selepas berkahwin ialah pertanyaan seperti "dah ada ke belum?", dah ada berita gembira ke? Eh ko belum mengandung lagi, kita kahwin lebih kurang sama kan tarikhnya, aku dah 3 bulan mengandung. Selepas beberapa tahun soalan yang sama berulang kalu ditanya dengan tambahan soalan ko dengan suami dah pergi check ke dengan doktor. Cubalah jumpa doktor ni, mak bidan ni. Lagi menghiris hati soalan itu ditanya oleh mereka yang terdekat dengan anda. Hakikatnya mereka tidak pernah memahami anda dan suami yang juga sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata.




Jangan mudah putus asa ya. Saya akan kongsikan beberapa petua ingin cepat hamil dengan anda semua.


Bagaimana kehamilan terjadi?


Setiap pertengahn bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya dalam waktu ini anda dan suami berhubungan, sperma akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti disalur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi  dan selepas itu telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.


Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Mereka Ingin Cepat Hamil


1. Berjumpa dengan Pakar Perbidanan & Sakit Puan ( O & G)

Saya pernah berjumpa dengan mereka yang merasakan tidak perlu berjumpa dengan doktor diawal kehamilan. Hakikatnya sebagai seorang wanita yang bakal mengandung bayi selama 9 bulan di dalam rahim, anda perlu memastikan kesihatan sentiasa baik. Doktor yang merawat akan memeriksa samada anda bebas dari jangkitan demam campak, hepatitis B, hepatitis C, HIV dan siplis. Anda juga akan diperiksa kandungan darah, kumpulan darah dan faktor Rh. Kadangkala kita juga tidak tahu samada ubat-ubatan yang kita ambil boleh mempengaruhi perkembangan sperma atau telur.


2. Ambil Ujian Sperma dan HSG

Sekiranya haid teratur dan sudah mencuba selama setahun untuk mengandung. anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.


3. Amal Pemakanan Yang Seimbang


Mereka yang merancang untuk mengandung sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang mengikut keperluan. Pastikan anda mengambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran. Pemakanan yang seimbang  penting terutama bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi. Ini kerana masalah ovulasi mempunyai kaitan dengan  PCOS yang menyebabkan wanita sukar hamil.




4. Ambil Vitamin Setiap Hari


Setiap wanita yang merancang untuk hamil perlulah mengambil 0.5mg asid folik sebagai makanan tambahan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mengandung. Asid folik boleh membantu mengurangkan risiko janin cacat. Multivitamin juga perlu untuk memberi kebaikan tubuh yang sihat terutama ketika ovulasi. Manakala suami pula disarankan  untuk mengambil suplemen Zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. Shaklee juga ada menawarkan vitamin untuk ibu mengandung atau bakal ibu, sila klik Vitamin Ibu Mengandung.


5. Kawal Pengambilan Kafein


Tahukah anda bahawa kandungan kafein yang tinggi boleh mengganggu kesuburan wanita. Sebaik-baiknya hadkan kepada dua cawan kopi sahaja sehari jika anda benar-benar berhasrat untuk mengandung. Selain dari kopi kafein juga terdapat dalam coklat dan minuman lain.




6. Berat Badan Ideal


Berat badan juga mempengaruhi kesuburan.Anda boleh rujuk BMI (Body Mass Index) untuk mengira sama ada berat badan anda ideal atau tidak. Terlalu kurus atau terlebih berat.


7. Bersenam Secara Konsisten


Berjalan pantas, berbasikal, berzumba adalah senaman yang baik untuk mengekalkan kecergasan. Bersenam juga mampu melancarkan peredaran darah dan memberi kesan kepada kesuburan. Akan tetapi jika anda sudah mengandung jangan melakukan senaman kecuali atas nasihat doktor.


8. Ketahui Waktu Subur

Persenyawaan hanya berlaku  ketika waktu subur.  Jadi anda perlu tahu waktu subur anda kerana setiap individu mempunyai waktu subur yang berlainan. Hari subur anda cuma empat hingga lima hari dalam sebulan. Jika mengadakan  hubungan intim ketika waktu subur peluang untuk mengandung dengan segera amat cerah. Namun waktu subur ini hanya berkesan jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Catatkan BBT (Suhu Badan Asas) anda cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Kit ovulasi ada dijual di farmasi dan zaman sekarang kan canggih, ada apps yang anda boleh download dalam telefon pintar anda.


9. Tingkatkan Hubungan Seks

Bagi mereka yang ingin mengandung, posisi yang tepat juga memainkan peranan. Menurut kata pakar kesuburan, posisi lelaki di atas ketika mengadakan hubungan intim memberikan peluang terbaik untuk segera hamil. Ini kerana wanita boleh menerima kehadiran sperma dengan lebih banyak. Wanita digalakkan untuk berada dalamm posisi yang sama lebih kurang 20 minit selepas ejakulasi. Jangan bergerak dahulu kerana sperma yang telah masuk akan mengalir kembali ke vagina. Melakukan seks dengan kerap iaitu tiga hingga empat kali seminggu terutamanya pada waktu subur.


10. Kurangkan Tekanan

Tekanan atau stres boleh membawa penyakit begitu juga ia mempengaruhi peluang anda untuk hamil. Uruskan stres dengan bijak. Tekanan yang berlebihan boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang tidak kira lelaki atau wanita. Mungkin dengan bercuti atau membeli belah dapat mengurangkan stres anda.


Bagi mereka yang sedang mencari Vitamin Kesuburan, inilah masanya untuk anda melabur dengan bijak. Dan juga boleh menambah pendapatan dengan menjadi ahli Shaklee.


Petua Ingin Cepat Hamil


Sila hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619








GST = Get Shaklee Today - Ingin Menambah Pendapatan


Hampir setiap hari mendengar rungutan tentang harga barang keperluan meningkat. Adakah kita perlu merungut dan merungut tanpa buat sesuatu untuk menambah pendapatan? Bank pula setiap hari telefon, tak cukup dengan itu hantar message bertalu-talu supaya kita buat pembayaran yang mana mungkin duit itu kita telah gunakan untuk anak yang tak sihat atau kereta rosak. Ya la bagi sesetengah orang mungkin ada simpanan untuk kes kecemasan akan tetapi tak semua orang boleh membuat simpanan, duit gaji takde extra/lebihan semuanya habis digunakan untuk bayar rumah, kereta/motor, pengasuh anak, susu anak, minyak kereta/motor , barang keperluan dapur. Eh kalau difikir-fikirkan boleh sakit kepala/sakit dada dengan situasi sekarang. Dah tu macam mana? Berniaga? Eh saya tak pandai, saya takut rugi. Saya takde modal. Sebelum mengandaikan macam-macam, sila tonton video ni







Just Do It! Tapi, Kenapa? from iReach HD on Vimeo.


Kita tanya diri kita adakah kita berada dalam salah satu situasi di bawah ini?


Kita terpaksa bekerja keras untuk mengubah kehidupan kita

Kita terikat dengan masa dan kerja

Kita terikat dengan hutang yang banyak

Kita tiada ketenangan jiwa dan hidup kita sentiasa stres

Dan kita buntu dan tidak tahu bagaimana nak mengatasi masalah kita ATAU kita sememangnya sedang menghadapi semua situasi di atas.

Jika diberi PELUANG, adakah kita mahu hidup yang lebih baik?

Jawapannya ...... Sudah tentu KITA mahu hidup yang lebih baik dan ada caranya

Saya betul-betul ingin membantu kawan-kawan yang ingin menambah pendapatan atau side income atau extra income, samada uolls surirumah atau ibu yang bekerja. InshaaAllah boleh sangat dengan Shaklee dan Sate Kebab, kenapa saya cadangkan Shaklee dan Sate Kebab? Sebab dua-dua perniagaan ini modalnya sangat rendah dan jika anda berusaha dengan rajin, tekun, tidak mudah putus asa, modal yang anda laburkan boleh dapat kembali dalam tempoh masa yang tidak lama. Yang penting kedua-dua bisnes ini bukan skim cepat kaya. Ini bukan cerita goyang kaki duit masyuk ya.


Yakinlah rezeki Allah itu luas untuk mereka yang berusaha dan sentiasa berserah pada-Nya. Saya boleh berikan kail dan dengan kail itu, uolls pancinglah "ikan" untuk sepanjang hayat. Apa yang uolls dapat bukan sekadar side income atau extra income malahan boleh jadi Passive Income & Residual Income anak cucu pun boleh merasa, mana tahu kan?


Allah adalah pemberi rezeki, pemilik rezeki. Mungkin GST yang bermula ni sebagai asbab nak bagi kita rezeki yang lebih banyak lagi. Allah sayang dengan kita.  Kenapa saya mengajak uolls bisnes? Sebab saya juga seperti anda yang memerlukan tambahan pendapatan untuk menampung keperluan harian dengan anak-anak yang semakin membesar impian saya ialah apabila anak-anak menyambung pelajaran ialah dengan menggunakan duit extra income yang saya dapat tanpa mereka perlu membuat pinjaman pelajaran.


Setiap dari kita mempunyai impian dan kita mahu impian kita terlaksana. Berdoalah dan berusahalah selagi hayat dikandung badan. Semoga apa yang kita usahakan dapat membantu dan menambah nilai dalam hidup orang lain. Kita bersama-sama menuju kejayaan.


Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619