Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging


Pernah tak kita buka peti sejuk dan termenung memikirkan nak masak apa? Saya lah tu yang kadang-kadang fikir nak masak apa dah macam masalah besar sangat untuk hari itu je lah hehe. Antara menu masakan yang menjadi kegemaran anak-anak ialah spaghetti dan macaroni atau lebih senang kita panggil pasta. Hari ini saya akan kongsikan Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging yang sebelum ini saya kongsikan menggunakan Sate Kebab Ayam, kita tukar pula sempena keluaran terbaru produk dari Akmal Sate Kebab.


Bahan-bahan yang diperlukan

1. Sate Kebab Daging

2. Kuah

3. Spaghetti


Untuk Sate Kebab Daging apa yang hanya perlu lakukan ialah keluarkan sahaja daging dari lidinya dan hiris halus-halus atau mungkin anda boleh kisar daging tersebut. daging itu sendiri dah mengandungi rempah yang telah  diadun sempurna dan memang pasti sedap. Kat mana atau macamana nak dapatkan Sate Kebab Daging, tak susah hubungi saya sahaja :) Satu bungkus ada 15 cucuk.

Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging


Cara Membuat Kuah Resepi Spaghetti Bolognese


Manakala untuk kuah pula, saya akan menggunakan Sos Pasta jenama Adabi

1. Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu, masukkan sos, nak rasa yang lebih aroma boleh tambah rempah all spices dan kalau nak rasa yang lebih pedas boleh masukkan cili api, lidah melayu kan kut ada yang nak letak belacan ke pun boleh hehe.

2. Masukkan Sate Kebab daging

3.  Masukkan cendawan yang telah dipotong dadu

4. Nak lebih masam boleh masukkan tomato

5.  Boleh juga tambahkan sayur campur (kacang peas, jagung dan carrot)


Untuk Spaghetti


1 bungkus spaghetti direbus dalam air yang menggelegak

Letak minyak sedikit untuk elakkan spaghetti melekat antara satu sama lain

Selepas spaghetti lembut boleh diangkat dan ditoskan



Inilah hasilnya.. boleh letak parutan cheese ya untuk rasa yang lebih sedap, tapi kali ini saya tak letak cheese. Selamat menjamu selera.


Resepi Spaghetti Bolognese Sate Kebab Daging


Untuk mendapatkan Sate Kebab Akmal atau ingin menjadi agen boleh hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: