Tip Untuk Mengawal Selera Makan - ESP Shaklee


Pernah tak atau selalu perut kita kelaparan dan berbunyi gruk...gruk dengan kuat, issh malu je dengan orang berdekatan nak-nak kalau tengah solat berjemaah di masjid atau surau walhal sebelum ni kita dah makan. Err takkan nak makan lagi dan lagi, mau berkembang badan dengan jayanya.


Tahukah anda bahawa protein adalah nutrien terpenting yang membantu mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot mendapat bekalan secukupnya. Pastikan sumber protein yang kita ambil adalah dari sumber-sumber semulajadi dan mencapai keperluan harian.




Gambar ihsan Google


Bagaimana Kita Nak Kawal Atau Kurangkan Rasa Lapar Dengan ESP Shaklee?


Tip Untuk Mengawal Selera Makan - ESP Shaklee


Saya akan perkenalkan dulu khasiat ESP Shaklee dan bagaimana ESP Shaklee boleh membantu mengurangkan atau mengawal selera makan.


- Di hasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin)

- Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan

- Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

- 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya

- Diproses menggunakan air, bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.

- Rendah lemak, tanpa kolesterol

- Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protein yang tinggi


Seperti yang saya terangkan sebelum ini, kesan yang paling popular protein terhadap kesihatan ialah ianya mampu untuk mengawal rasa lapar dan secara tak langsung dengan pengambilan yang betul ia mampu untuk kawal nafsu selera makan anda yang membuak-buak tu :)


Bagaimana protein berfungsi mengawal selera makan?


- Apabila protein diserap ia alan menghantar signal kepada otak untuk menurunkan rasa lapar


- Kepentingan lain protein ialah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot.


- Protein juga membantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan kita dan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gula di dalam badan.


Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma anda.


Kandungan ESP yang rendah Indeks Glisemik (GI)


- GI ialah scale pembebasan glukos dan seterusnya kepada tenaga selepas pengambilan makanan berkarbohidrat.


- Karbohidrat dalam makanan tercerna dengan cepat dan menghasilkan glukos seterusnya tenaga dengan cepat
= Makanan ini Indeks Glisemiknya tinggi


- Karbohidrat yang tercerna secara perlahan dan secara perlahan juga membebaskan glukos dan tenaga
= Makanan ini rendah Indeks Glisemiknya. ESP sumber makanan yang rendah Indeks Glisemik.


Sebab itu ESP Shaklee dicadangkan dan sesuai kepada pesakit diabetes, mereka yang ingin kekalkan berat badan atau turunkan berat badan, para atlit dan mereka yang inginkan tenaga kekal lebih lama di dalam badan serta mereka yang berpuasa.



Tip Untuk Mengawal Selera Makan


1. Jangan skip waktu makan

2. Makan 5 - 7 kali sehari tetapi dengan kuantiti yang lebih kecil dan pastikan ia tidak melebihi bajet kalori seharian.

3. Pastikan setiap hidangan ada sumber protein yang baik, Protein lebih mengenyangkan.

4. Ingat ya. Ia akan mengambil masa lebih kurang 20 minit daripada suapan pertama untuk berasa kenyang.

5. Tingkatkan pengambilan makanan berfiber.

6. Kurangkan simple sugars - sememangnya ia tidak mengenyangkan.

7. Jangan simpan makanan "merepek" di rumah, Pastikan anda menyimpan snek yang lebih baik di dalam rumah.

8. Jangan berlapar.


Nasihat saya, memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan, apakata anda order ESP Shaklee dengan saya sekarang untuk elakkan sakit kepala semasa bulan Ramadhan yang mana anda boleh melakukan kerja dan beribadah dengan lebih bersemangat.


Sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Resepi Cinch Tea Shaklee Yang Mudah Dan Menyegarkan



Kalau tengok gambar di atas macam tak menarik untuk diminum, tapi AWAS selepas minum bancuhan Cinch Tea Mix Shaklee uolls pasti tertawan dan Cinch Tea akan sentiasa menjadi minuman pilihan samada di waktu pagi minum suam-suam kuku atau diwaktu petang Cinch Tea sejuk menyegarkan.



Kita boleh pelbagaikan resepi bancuhan Cinch Tea untuk rasa yang lebih menyegarkan. Antara resepi bancuhan Cinch Tea yang popular ialah

Cinch Tea + Madu + Lemon

Cinch Tea + Lemon

Cinch Tea + Performance Drink

Cinch Tea + Vivix

Cinch Tea + Performance Drink + Vivix


Ini bancuhan yang selalu saya buat dengan Cinch Tea, nak kesan yang lebih sedap dan segar, bancuhlah  dengan air sejuk.




Kalau boleh Cinch Tea ni sediakan sahaja dalam handbag uolls dalam beberapa sachet terutamanya jika anda memandu untuk perjalanan yang jauh, mudah sahaja koyakkan dan masukkan dalam botol air, goncang sedikit  dan terus minum, kesannya anda akan rasa lebih segar dan fokus untuk memandu. Untuk makluman apabila waktu petang metabolisma kita akan turun dan Cinch Tea membantu menstabilkan metabolisma kita.


Fungsi ekstrak di dalam Cinch Tea Energy

1) Matcha Green Tea

    anti oksida yang sangat tinggi

    energy booster

    metabolisma booster

    bakar kalori up to 4x


2) Taurina

    menggalakkan metabolisma

    lebih bertenaga

    larutkan lemak

    membantu menghasilkan otot tanpa lemak


3) White Tea

     membakar lemak-lemak berlebihan

     menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu

     meningkatkan metabolisma

     juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi

     berbanding teh hijau


4) Rooibos Red Tea


    tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai " The Miracle Tea" atau " Long Life Tea"

    melarutkan lemak

    meninggikan kadar metabolisma iaitu pembakaran lemak

    agen detox yang kuat


5) Red Tea

    salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah yang dikenali sebagai polifenol

    pejuang kanser yang kuat

    polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas

    merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen

    yang boleh menghalang tumor dari merebak.


Manakala bagi anda yang sedang berdiet dan mempunyai masalah metabolisma yang rendah. Ini adalah masanya untuk anda menjadikan Cinch Tea Mix Shaklee sebagai minuman kegemaran anda. Nak kesan yang lagi hebat jangan lupa mengambil Omega Guard Shaklee dan Lecithin untuk menurunkan berat badan dan mengawal kolesterol. Cinch Tea Energy juga bagus untuk ibu-ibu yang sering keletihan.


Berminat untuk mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee dengan harga yang berpatutan, sila hubungi saya dengan segera.

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Petua Tercekik Tulang Ikan




Bagi sesiapa yang makan ikan mesti ada pengalaman tercekik tulang ikan kan? Seksanya nak hilangkan tulang tu dari tekak sebab tu ada yang serik dan memang fobia nak makan ikan lagi  :) Antara sebab tercekik tulang ikan ialah makan dengan gelojoh, terlalu memikirkan masalah lain dan pelbagai faktor lain. Terdapat pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk hilangkan tulang ikan dari tekak kita.



Petua tercekik tulang ikan yang biasa digunakan ialah


1. Ambil nasi kepal-kepalkan dan  terus telan 


2. Ambil pisang yang dah masak, kupas dan makan pisang tersebut bukan kunyah ya tapi terus telan tapi kena pandai-pandai sesuaikan saiznya, nanti jadi masalah lain pula.


3. Letak air di dalam senduk dan baca selawat 3 kali dan minum sekali nafas.


4. Celupkan jari ke dalam madu, baca selawat 3 kali dan hisap jari. InshaaAllah tulang ikan akan terkeluar.


Jika tulang tu terlalu besar sebaik-baiknya pergi rujuk doktor dengan kadar segera.


Tapi kalau kita makan minyak ikan Omega Guard Shaklee itu adalah lebih baik. Kelebihan dan kebaikan minyak ikan Omega Guard ialah




Memelihara dari penyakit strok, penyakit jantung, mengawal gula dalam darah, gaot, tulang dan sakit sendi.

Omega Guard terdapat dalam Set Sendi Shaklee untuk kesihatan tulang

Membantu kelancaran sistem peredaran darah

Menyumbang kepada tekanan darah yang normal

Bagus untuk kulit yang cantik

Membantu menstabilkan hormon wanita termasuk mereka yang menopaus

Baik untuk radang kulit seperti ekzema dan jerawat

Baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit, sebaiknya dimakan bersama-sama Set Kecantikkan Kulit

Bagus untuk pembentukan otak bayi pada trimester kedua dan ketiga.


Bulan ini istimewa tau dengan menjadi ahli dan membuat pembelian vitamin Shaklee uolls layak untuk mendapat sebotol Vita-lea berharga RM8x.xx dengan percuma, bukan itu sahaja jika beli 6 botol Omega Guard boleh dapat 1 botol Omega Guard dengan percuma atau beli 2 botol Omega Guard dapat diskaun 5%.


Sila hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap


Hari ini saya nak kongsikan Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap dengan menggunakan Sate Kebab Akmal. Sate Kebab Akmal, tak pernah dengar pun? Boleh klik Sate Kebab Akmal untuk tahu lebih lanjut.


Nama resepinya ialah Kebab Roll Paratha Cheese, namanya pun dah membuatkan kita lapar. Apatah lagi jika uolls hidangkan kepada keluarga dan tetamu yang datang. Ia bukan sekadar boleh dihidangkan pada waktu petang malahan boleh juga dihidangkan untuk sarapan pagi yang mudah dan ringkas sebelum anak-anak ke sekolah atau uolls keluar bekerja.





Bahan-bahan yang diperlukan

Sate kebab Akmal (ada 3 perisa blackpepper, beryani dan pedas)

Paratha (boleh guna jenama Kawan)

Cheese

Garlic butter


Cara-cara Membuatnya


1 keping paratha dibahagi 2, boleh rujuk gambar di atas

1 keping cheese juga dibahagi 2, boleh rujuk gambar di atas

Sapukan garlic butter d atas paratha, letakkan kepingan cheese dan sate kebab dan gulung dengan kemas.

Bakar dalam 20 minit untuk dapatkan hasil yang menakjubkan dan menyelerakan.


Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap


Sate Kebab bukan sekadar boleh dibuat Kebab roll sahaja malahan uolls boleh pelbagaikan resepi untuk menceriakan keluarga uolls. Takdelah anak-anak termenung melihat sarapan yang sama setiap pagi, betul tak? 


Anda boleh menambah sebagai perencah yang menarik dalam nasi goreng.




Atau uolls boleh membawa bekal ke pejabat atau sekolah. Kawan-kawan pun terpikat nak mencuba Sate Kebab :)





Sate Kebab Akmal bukan sekadar memeriahkan resepi keluarga uolls malahan ia boleh menambah pendapatan dengan menjadi agen kami. Dengan modal yang tendah kurang dari RM200 anda sudah boleh mempunyai perniagaan sendiri.



Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap


Kenapa saya mesti pilih Sate Kebab Akmal tanpa was-was, saya akan tunjukkan kelebihan Sate Kebab Akmal berbanding produk yang lain.


1. Produk Muslim yang disahkan halal oleh Jakim

2. Tiada tambahan msg

3. Ia mengandung 80% isi ayam, 20% rempah ratus ( tiada perisa tambahan atau pewarna)

4. Makanan sejuk beku yang menyihatkan yang anda boleh gantikan nugget atau sosej

5. Tanpa lemak dan kalori yang rendah


Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap


Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap


Hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619 

Pesanan Dr Azizan Osman Kepada Usahawan


Antara pesanan Dr Azizan Osman ialah


Selagi kita masih punya masa untuk hidup, selagi itulah kita berpeluang merancang kehidupan kita sebelum dan selepas mati nanti.


Perjalanan hidup ini merupakan satu pilihan dan ia amat singkat. Kita mungkin tidak boleh menentukan bila kita mati, tetapi kita masih boleh mencorakkan bagaimana kita hidup di dunia untuk menjamin kehidupan yang lebih bahagia di sana.



Perjalanan saya dengan Shaklee dan jatuh cinta dengan Shaklee semuanya bermula sejak kelahiran anak saya yang ketiga pada tahun 2010, saya bertekad nak menyusukan dia selama 2 tahun. Bermulalah pencarian di internet, makanan atau suplemen yang boleh membantu saya menyusukan anak.


Bertemulah saya dengan Mommy Lyna dan beliau memperkenalkan Set Menyusu Shaklee, sejak itu saya tidak berpaling lagi dan teruskan makan Shaklee dan memulakan perniagaan Shaklee hingga anak saya berumur tiga tahun setengah dan beliau berhenti menyusu dengan saya. Adakah saya berhenti makan Shaklee?


Ohh tidak sama sekali, sebab apa? Sebabnya...  dalam masa yang sama umur kita juga semakin meningkat. Ingat ya kita bukan semakin muda, tenaga semakin berkurangan pelbagai faktor menyumbang seperti stres, makan makanan yang kurang berkhasiat, kurang bersenam, pencemaran. Badan rasa berat je, kolesterol bertimbun,  kulit makin kusam, berjeragat ... uolls nak ke kelihatan tua, tak bermaya? Mesti tak nak kan, kita bukannya nak menongkat dunia tapi kita nak berikan yang terbaik untuk keluarga kita, berbakti kepada agama, masyarakat dan semuanya memerlukan tubuh yang sihat dan juga kewangan yang kukuh.


Bagi mereka yang masih merungut dengan kenaikan harga barang apakata anda dah sepatutnya bermula untuk mencari pendapatan sampingan. Saya tidak nafikan setiap perniagaan memerlukan modal dan permulaan modal bisnes dengan saya dimulakan dengan modal yang kecil sahaja, serendah RM200 sahaja bukan beribu-ribu RM. Saya faham kebanyakkan dari kita terikat dengan pelbagai komitmen yang memang menyesakkan dan kita tak sanggup untuk meminjam atau mengeluarkan simpanan yang banyak untuk memulakan perniagaan.


Kebetulan pula, pada bulan ini Shaklee menawarkan sesuatu yang Shaklee tidak pernah tawarkan kepada SID sebelum ini. Antara tawaran menarik ialah


Dengan setiap pendaftaran ahli baru dan membuat pembelian vitamin Shaklee, anda layak menerima sebotol Vitalea yang berharga RM88.75 secara PERCUMA, ya PERCUMA yang mana modalnya dibawah RM200 sahaja.




Tawaran kedua pula ialah YES (Young Entrepreneur System). Program baru yang dilancarkan oleh Shaklee Malaysia,  ini juga adalah untuk ahli baru dan anda akan terima pelbagai manfaat.


Bagaimana pula dengan ahli lama? Dapat apa? Selain dari BONUS setiap tengah bulan? Untuk makluman, tawaran YES didatangkan sekali YES pack yang mana anda boleh menikmati dengan harga yang menjimatkan, bonus tambahan dengan tambahan bonus yang sedia ada.


Tapi saya lagi cemburu dengan ahli baru yang menikmati 50% matching bonus,

Kalau dapat bonus RM1000, Shaklee bagi lagi RM500
Kalau dapat bonus RM2000, Shaklee bagi lagi RM1000
Kalau dapat bonus RM10000, Shaklee bagi lagi RM5000

Sebab ia adalah 50% matching bonus. Banyak kan siapa nak bagi, betul tak?

Tu cerita matching bonus, belum bonus naik rank, 100% enrollment matching bonus. Ini semua adalah bonus extra, belum masuk lagi Car Bonus dan peluang bercuti ke luar  negara secara percuma. Kalau saya belum menjadi member Shaklee ini adalah peluangnya, rugi tau kalau tak rebut, peluang yang hebat tidak selalu datang.


Biarlah kita bermula dengan kecil dan meningkat naik sehingga membina empayar kita sendiri. Sedikit sebanyak pendapatan dari perniagaan kita dapat membantu keluarga kita dan membantu orang lain.


Hayatilah kata-kata ini....

Semakin banyak anda memberi semakin cepat dan mudah untuk anda mencapai segala impian. The more you give, the more you get.





Dr Azizan juga ada menyatakan 

ADAKAH KITA MAHU HIUDP SEPERTI GAJAH SARKIS

Pernah anda pergi ke sarkis dan melihat gajah diikatkan pada tiang kecil dengan tali dan hanya berdiri di sana? Pernah anda tertanya-tanya mengapa gajah begitu taat dan tidak berusaha untuk berpisah daripada tiang kecil itu dengan kekuatannya?

Sejak dari kecil lagi, gajah telah terikat pada tiang dengan cara yang sama. Secara semulajadi, ia cuba melarikan diri tetapi percubaannya gagal mungkin kerana tali yang diikat pada tiang terlalu kuat. Akhirnya gajah pun menyerah.

Apabila gajah lebih tua, ia masih percaya ia tidak dapat melepaskan diri dan ia kekal berdiri di tempat yang sama walaupun ia boleh melarikan diri dengan mudah.

Seperti manusia " Dari kecik kita kena ikat, sampai tua pun dok kena ikat".

Takkan kita nak terikat selamanya, seperti Gajah Sarkis betul tak? Yang pasti kita masih belum terlewat untuk memulakan perniagaan dan perniagaan ini dapat diwarisi anak cucu kita.

Akhir kata, 7 langkah untuk hidup penuh motivasi dari Dr Azizan Osman yang perlu anda baca dan paham...




Bagi anda yang ingin mendapatka lebih banyak kata-kata motivasi dari dr Azizan Osman boleh klik sini.


Dan anda yang berminat nak memulakan perniagaan, boleh hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu Part 2


Mana part 1 nya tiba-tiba je ada Part 2? Kalau nak baca Part 1 boleh klik Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu yang mana, masa pertama kali kami pergi menghantar adik bertunang, kali ini kami duduk di sana menghantar adik bernikah pulak :) Yang pasti Hotel Tabung Haji memang selesa, biliknya juga luas, tandasnya pun selesa, sarapan pagi ada pelbagai menu masakan tempatan dan barat, ya lah selera masing-masing kan lain-lain. Yang paling seronok anak-anak la, dapat bermain air di kolam renang, berendam la korang ya sampai kecut.





Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu ni berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud sesuai bagi mereka yang ke sana dengan menaiki kapal terbang cuma agak jauh dari bandar Kuala Terengganu dan pantai Batu Burok yang mana kita sedia maklum kebanyakkan orang luar datang nak membeli belah di Pasar Payang dan sekitarnya. Pantai yang berdekatan dengan hotel ini ialah Pantai Teluk Ketapang. Pantai ni meriah diwaktu petang yang mana ada pelbagai gerai yang menjual makanan popular di Terengganu iaitu Ikan Celup Tepung (ICT) dan makanan laut yang lain. Anda juga boleh menaiki kereta kuda ala-ala Cinderella di sini. Nak borong keropok lekor atau keropok keping boleh lah ke Seberang Takir atau Losong.



Pasar Payang




Pantai Teluk Ketapang

Gambar ihsan Google



Keropok Lekor di Losong



Entri kali ini saya akan kongsikan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Lebuhraya Pantai Timur ni agak baru, sekiranya anda dari arah Kuala Lumpur sebaik-baiknya penuhkanlah tangki minyak kereta, tangki perut sekeluarga ya atau bawa bekalan makanan dan minuman dalam kereta sebabnya pengalaman kami yang ke pantai timur diwaktu cuti "terkepit" iaitu cuti hujung minggu bersambung Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin orang memang ramai dan sesak nak makan, nak masuk tandas, nak isi minyak berpeluh-peluh beratur hehe.



Gambar ihsan Google

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gambang masih banyak hentian Rehat dan jika anda ingin teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui LPT sila berhenti isi minyak di hentian Gambang sebabnya selepas itu hentian yang ada tidak mempunyai gerai makanan dan stesyen minyak. Kecuali anda keluar dari Lebuhraya dan ikut jalan pantai. Lagi satu untuk mereka yang tidak biasa melalui lebuhraya ini sila atur perjalanan anda, saya nasihatkan elakkan melalui jalan ini diwaktu malam. Lebuhraya ni sedikit pelik jika anda teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, anda kena u turn dan masuk balik lebuhraya.





Gambar ihsan Google


Gambar ihsan Google

Ni namanya Hentian Perasing dan memang sangat terasing agak jauh dari lebuhraya, jalannya pun berbelit-belit. Kemudahan yang ada setakat ini ialah tandas dan surau sahaja, gerai makanan belum beroperasi, kalau waktu malam agak scary gak, hmm.... tik tok.. tik tok. Hentian ni kami singgah sebentar dalam perjalanan balik dari Kuala Terengganu.  


Kesimpulannya kalau nak pergi bercuti bersantai-santai memang seronok waktu hari bekerja bukan hari cuti umum, kalau tengah lapar datang syaitan membisik boleh terbalik meja makan sebab menunggunya terlalu lama dan silap-silap tukang masak lupa nak masak apa yang anda order hehe.


Tak lama lagi cuti sekolah, sedikit sebanyak entri saya ini membantu anda yang sedang plan untuk pergi bercuti membawa anak-anak berehat. Dan vitamin Shaklee ini sangat membantu semasa pergi bercuti terutamanya mereka yang selalu tak sedap perut.





Nutriferon jangan lupa bawa ya, sebagai bekalan untuk imun sistem.


Selamat bercuti.


Nak order vitamin Shaklee, sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Petua Merawat Bisul Dengan Omega Guard Shaklee


Ceritanya macam ni, baru-baru ni kami sekeluarga ke Kuala Terengganu bercuti, dalam masa yang sama menghantar adik saya bernikah. Petang hari yang pertama, anak bujang mengadu yang dia ada bisul, biasanya bisul ni timbul di tempat yang tersembunyi. Sekali bila diperiksa, besar dah bisulnya dan hampir "masak" maknanya hampir pecah dalam masa yang sama bila kena bisul ni sakit tau dan rasa berbisa ditempat kena bisul tu dan kadangkala boleh menyebabkan demam.


Alamak macam mana ni? Dah lah tengah bercuti-cutian, anak pulak dalam kesakitan, tiba-tiba saya teringat Omega Guard yang memang saya akan bawa jika outstation, salah satu fungsi Omega Guard ialah mengurangkan kesakitan.  Apalagi saya bagi anak saya Omega Guard, Alhamdullilah malam dia boleh tidur nyenyak dan keesokkan harinya bisul dia pecah dan mata yang "jahat" tu pun keluar sama. Ni namanya petua merawat bisul dengan Omega Guard. Ada lagi ....


Petua Merawat Bisul Dengan Omega Guard Shaklee



Saya akan kongsikan bagaimana bisul terjadi dan petua tradisional untuk merawat kesakitan bisul.





Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang membengkak, berisi nanah dan membesar serta menjadi lebih sakit hingga ia pecah dan nanah itu keluar. Bisul ni boleh timbul dimana-mana bahagian tubuh tetapi biasanya kerap muncul dimuka, ketiak, punggung atau peha atau kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh atau bergesel.


Sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun yang tertekan, jerawat atau mereka yang mengalami masalah kulit berisiko tinggi untuk mendapat bisul.


Petua Tradisional Merawat Bisul


1) Tumbuk beberapa ulas bawang putih sehingga hancur. Kemudian letakkan bawang putih dibahagian bisul dan balut supaya tidak jatuh. Lakukan beberapa kali sehingga bisul pulih.


2) Ambil segumpal kapas dan celupkan ke dalam cuka makan, Biarkan ia meresap dan sapu ditempat yang kena bisul beberapa kali sehingga bisul hilang.


3) Rendam segenggam beras bersama-sama dengan beberapa kunyit hidup dalam masa 1 jam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat dan tepekkan pada tempat yang kena bisul dan balut supaya tidak jatuh apabila ia kering. Lakukan berulang kali sehingga bisul sembuh.


Tips Penjagaan Sendiri Dalam Merawat Bisul


Basuh perlahan-lahan bisul sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sapukan krim antibiotik dari farmasi, untuk makluman selain dari antibiotik yang boleh dapat difarmasi, anda juga boleh mengambil tablet Garlic Shaklee yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi.


Elakkan memicit atau memecahkan bisul yang mana boleh merebakkan jangkitan.

Basuh tangan dengan bersih selepas merawat bisul termasuk tuala atau pakaian yang terkena bisul.

Memandangkan Nutriferon sudah kembali dipasaran. Ini juga salah satu Vitamin Shaklee yang membantu meningkatkan imun sistem dan membantu dari keradangan dan kesakitan bisul.





Kebaikan Omega Guard Yang Perlu Anda Tahu

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.


Fungsi EPA

Mencegah kanser

Mencegah pembekuan darah

Mengawal kadar kolesterol yang berlebihan

Baik untuk pesakit jantung

Menghindar tekanan perasaan

Mencegah penyakit darah tinggi


Tugas DHA

Mencegah asma

Meningkatkan daya seksual

Mencegah sakit kulit

Mengelakkan kanser payudara

Mengelak kanser prostat

Menghindar migrain, rasa kebas pada anggota badan

Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan.


Jom order Omega Guard Shaklee dengan saya sekarang, hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619