Rahsia Ibu Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan


Ada yang takut untuk berpuasa semasa mengandung dan menyusukan bayi, sebelum anda berfikir macam-macam, jom kita tengok video ni dahulu




Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.



Saya sendiri dah 3 kali mengalami, mengandung dan menyusukan semasa di bulan puasa. Yang ketara sekali semasa menyusukan anak yang ketiga saya dah makan vitamin Shaklee, memang terasa perbezaannya berbanding sebelum mengambil Shaklee. Badan rasa lebih bertenaga dan tidak terlalu letih selepas mengambil Shaklee.


Antara persoalan yang bermain difikiran kita ialah adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?


Jawapannya ialah TIDAK. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan kita masih boleh menghasilkan susu semasa kita berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. Ini kerana badan kita akan membuat penyesuaian dengan mengubah cara ia menggunakan kalori yang ada dan membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindakbalas terhadap kekurangan makanan dan air.


Sebab itu penting ibu yang mengandung dan menyusukan menjaga pemakanan dan minuman  sepanjang bulan puasa bagi memastikan badan kita mempunyai zat yang cukup bagi menggantikan yang telah kita bagi kepada anak kita.


Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan kita, kita pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali kita perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.


Soalan sebelum ini ialah adakah merbahaya kepada bayi kita jika berpuasa, bagaimana pula dengan diri kita sendiri?


Badan kita biasanya dapat bertahan jika kita berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.


Walaubagaimanapun menyusu badan membuatkan kita sangat dahaga. Jika kita ternyahhidrat, kita akan rasa tidak sihat. Antara tanda-tanda ternyahhidrat ialah

# kita rasa sangat dahaga

# air kencing kita berwarna gelap dan berbau kuat

# kita rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu

# kita mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain. Jika kita sedar dengan tanda-tanda ini, kita harus berbuka dengan minum air dan berehat. Selepas setengah jam masih tidak sihat maka segeralah berjumpa dengan doktor anda.


Sebaik-baiknya minum banyak air antara berbuka hingga bersahur kalau boleh cukupkan 2 liter air atau 8 gelas air kosong. Pakar juga menyarankan ibu yang menyusukan dan hamil mengambil makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karborhidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Sebab itu Shaklee mencadangkan ESP semasa berpuasa kepada ibu hamil dan menyusukan.


Jangan sekadar minum sahaja. Penting juga ibu yang mengandung dan menyusukan mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan, Jika sukar untuk kita makan secukupnya pada waktu malam dan berat badan kita turun, berbincanglah dengan doktor. Mungkin kita tidak perlu berpuasa. Ada rukhsah untuk mereka yang mengandung dan menyusukan bayi.


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sebarang masalah ialah mencatit makanan yang diambil supaya boleh memastikan kita makan dan minum dengan cukup pada waktu malam. Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.


Semoga dengan penerangan ini dan testimoni video membuatkan anda lebih yakin berpuasa semasa mengandung dan menyusukan bayi.


Untuk makluman Shaklee ada membuat tawaran YES Pack yang mana ia merupakan tawaran yang hebat yang mana ia boleh membantu anda dalam menjaga kesihatan semasa mengandung dan selepas bersalin dengan harga yang berpatutan.


Hubungi saya dengan segera


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tip Mengelak Sembelit Semasa Bulan Puasa


Alhamdullilah hari ini dah masuk hari ke 7 kita berpuasa dan mungkin ada dikalangan kita yang mengalami masalah sembelit atau masalah membuang air besar dengan kerap. Dan ini akan mengganggu urusan harian kita, perut rasa sebu, angin banyak dalam badan dan yang paling tak seronok kita diserang sakit kepala semasa bulan puasa. Bila dah sakit kepala satu kerja pun tak dapat nak buat.




Entri kali ini saya akan kongsikan Tip Mengelak Sembelit Semasa Bulan Puasa, semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.


Antara punca kita mengalami masalah sembelit ialah sudah semestinya kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses.


Sekiranya kita mengalami masalah sembelit, kita perlu tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan kita mengambil 6 - 8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan 1/2 cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah sehari.


Pengambilan air juga boleh dimabil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dalam badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan pengambilan makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam.


Selain itu, kita juga boleh lakukan senaman ringan seperi regangan dan berjalan. Errk berjalan pun tak larat? Aik yang uolls dok pergi Bazar Ramadhan berjalan 3 - 4 pusingan tu larat pulak ya hehe. Jangan marah ya, bulan puasa kena manahan sabar :). Sebab apa kita perlu buat regangan dan berjalan, ini adalah untuk kelancaran sistem penghadaman.


Penjagaan pemakanan kita semasa bulan Ramadhan ini memang penting, cuba elakkan makanan bergoreng, makanan yang terlampau pedas dan makanan mengandungi gula yang terlalu banyak seperti gula-gula kerana boleh mengakibatkan ketidakcernaan makanan, pedih hulu hati (heartburn) dan masalah berat badan.


Saya dah cuba buat semua perkara di atas tapi masih mengalami masalah sembelit, dah 4 hari berpuasa pun masih tak membuang, macam mana ya? Saya cadangkan uolls mengambil suplemen Herblax Shaklee sebelum tidur untuk membuang toksin.


Tip Mengelak Sembelit Semasa Bulan Puasa

Manfaat Utama Herb-Lax 


# Pembersihan najis yang tersekat

# Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita

# Membantu masalah sembelit

# Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit

# Mengempiskan perut

# Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan kepada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


Vitamin lain yang membantu semasa anda berpuasa ialah Performance Drink, ESP Shaklee dan Mealshakes.





Yang penting makanlah secara sederhana dan amalkan diet yang seimbang kerana kedua-duanya penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik terutamanya di bulan puasa. Kita perlu minum air dan jus yang mencukupi antara waktu berbuka dan sahur bagi mengelakkan dehidrasi ( kekurangan air).


Bulan puasa bukan bulan pesta makanan semata-mata dalam melayan nafsu makan. Ia akan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada masalah penghadaman dan seterusnya menjadi punca segala penyakit kepada diri sendiri.


Semoga puasa kita kali ini lebih baik dari sebelumnya.


Bagi anda yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee boleh hubungi saya


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tips Khatam Al Quran


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya yakin kita semua berusaha untuk membaca Al Quran seberapa banyak yang boleh dan kalau boleh kita nak khatam Al Quran semasa bulan Ramadhan ini. Banyak kebaikan dan fadilat yang kita boleh dapat apabila membaca Al Quran.




Akan tetapi sebagai wanita yang masih didatangi haid setiap bulan, ada beberapa hari yang kita tidak boleh membaca Al Quran, solat dan berpuasa dan mungkin antara kita yang rungsing macamana nak menghabiskan 30 juzuk Al Quran dalam masa 30 hari? Boleh ke? Ada ke caranya? InshaaAllah ada caranya.


Tips Khatam Al Quran


Selepas uolls tengok gambar ni, InshaaAllah uolls boleh habis 30 juzuk dalam bulan Ramadhan. Yang penting kena istiqamah. Jangan pula rasa kecewa jika tidak dapat khatam,  setiap kebaikan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini, InshaaAllah ada ganjarannya.




Semoga amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini mendapat keberkatannya. Tiada istilah terlewat untuk belajar dan mendalami Al Quran. Carilah guru yang boleh membimbing kita membaca Al Quran.

Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa 2015 Selangor





Alhamdullilah kurang dari 24 jam kita akan menyambut Ramadhan, malam ini kita semua dah boleh mula Solat Terawih. Marhaban Ya Ramadhan.


Entri kali ini saya akan kongsikan Jadual Imsak dan Berbuka Puasa 2015 bagi negeri Selangor. Sebagai makluman, lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1436H/2015M disertakan ini adalah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semoga ianya memberi manfaat untuk kita membuat semakan waktu ideal untuk bersahur selain berbuka puasa tepat pada waktunya.


Maklumat tambahan kita sendiri sedia maklum apabila tibanya Ramadhan bagi kita yang tinggal dibandar besar, kesesakan jalanraya biasanya adalah luar biasa terutamanya seminggu pertama puasa, apakata untuk mengelakkan terlepasnya waktu berbuka, kita siap sedia dengan kurma dan air di dalam beg takdelah berbuka dengan air liur sahaja :)


Sebaik-baik bersahur ialah dilambatkan iaitu hampir kepada waktu imsak kira-kira 15 minit sebelumnya, bukan masih makan selepas Azan Subuh ya!!  Jika telah bersahur awal, minumlah air walau seteguk sejurus sebelum imsak dan sebaik sahaja masuk waktu Maghrib teruslah berbuka.


Berikut adalah lampiran takwim atau jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1436H/2015M bagi zon-zon di negeri seluruh Selangor.


Zon 1 : Gombak, Petaling / Shah Alam , Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang


Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa 2015 Selangor



Zon 2 : Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam


Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa 2015 Selangor


Bagi mereka yang sering mengalami gastrik semasa berpuasa, vitamin Shaklee boleh membantu uolls menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa pada tahun ini, vitamin ini juga sesuai untuk ibu yang sedang mengandung dan menyusukan bayi. Boleh klik Tip Elakkan Gastrik Semasa Bulan Puasa Dengan Shaklee.


Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee atau ingin membeli vitamin Shaklee sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619



Resepi Jus Untuk Mengurangkan Kolesterol - Sesuai Untuk Mereka Yang 40an





Agak-agaknya kalau kita bagi setangkai atau setongkol lobak merah ehmm nak ke kita makan macam tu sahaja? Dah macam arnab pun ya jugak kan hehe. Tapi kalau lobak merah itu kita buat jus dan disedapkan lagi dengan tambahan buah-buahan citrus lain tentu menyelerakan, menyegarkan dan ianya juga sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita.


Resepi Jus yang boleh membantu mengurangkan kolesterol, tekanan darah dan risiko sesetengah kanser ialah campuran lobak merah, grapefruit (dibuang kulit) dan lemon.


Resepi Jus Untuk Mengurangkan Kolesterol - Sesuai Untuk Mereka Yang 40an


Bahan-bahan yang diperlukan

1 biji lobak merah
1 biji grapefruit
1/2 biji lemon


Cara-cara Penyediaan

Bersihkan buah-buahan tersebut. Kemudian potong dan masukkan dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati. Selepas itu tapis hasil kisaran ke dalam gelas dan minum tanpa rasa bersalah. Terus telan tau :)


Buah-buahan yang dikategorikan dalam buah sitrus adalah buah yang mempunyai rasa jus yang segar dan tinggi Vitamin C


Buah sitrus boleh dijadikan penambah rasa semulajadi untuk dressing salad, jus atau smoothie. Perahan lemon dalam teh atau air putih dapat menambahkan lagi kesegarannya.



Khasiat Grapefruit





Buah grapefruit merah kaya dengan fitonutrien antioksidan seperti flavanoid dan lycopene yang berfungsi untuk melawan radikal bebas, kanser dan pelbagai penyakit.

Kajian turut menunjukkan ia menjadi pelindung kanser prostat

Buah ini juga sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana mampu mengurangkan kanji dan gula dalam sistem badan

Dengan segelas jus grapefruit, ia membantu menghilangkan rasa letih dan lesu


Khasiat Lobak Merah




Warnanya yang kuning atau oren kemerahan menandakan ia kaya dengan betakaroten yang baik untuk mata dan kulit

Ia juga mengandungi Vitamin A, C, B , E dan K, protein, kalium, kalsium, fosfor, zink, aluminium, sodium dan mineral yang membantu untuk mencerahkan mata, pertumbuhan tulang, gigi dan memelihara jaringan badan serta mencegah kalenjar tiroid.

Walaubagaimanapun disarankan untuk tidak mengambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan carorenemia (karoten larut lemak dalam jumlah berlebihan) serta kesan sampingan seperti warna kulit menjadi kekuningan di tapak tangan, kaki, lutut dan hidung.


Khasiat Lemon



Lemon adalah makanan yang dapat memberi tenaga tambahan. Jika anda stres, cubalah minum air lemon kerana baunya memberi pengaruh positif pada sistem saraf yang dapat menenangkan fikiran.


Air lemon menjadi pilihan untuk mengurangkan sakit gigi. Namun begitu jangan menggosok gigi selepas minum jus lemon kerana ia boleh merosakkan enamel gigi.


Ketika anda mengalami selsema, lemon adalah ubat yang paling mujarab kerana ia mengandungi Vitamin C dan saponin (yang membantu melawan bakteria dan selsema)

Serat pectin dalam lemon memberikan rasa anti lapar dan membantu dalam proses penurunan berat badan.


Tapi kalau dah takde masa setiap hari untuk membuat Jus citrus , saya cadangkan anda mengambil Vitamin C Shaklee setiap hari dan bulan ini bulan kecantikkan Shaklee ada menawarkan pembelian beli 6 botol percuma 1 atau beli 2 botol anda dapat 5% diskaun. Jimat kan bukan itu sahaja, malahan anda cantik dan sihat, pakej yang menarik tu.




Hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Umur Dah 40, Diet Apa Yang Sesuai?


Umur dah 40, diet apa yang sesuai untuk kita makan hmm.... eh saya la tu umur dah 40 hehe. Bila masuk umur 40an ni metabolisma kita dah menurun, lemak-lemak mudah bertimbun, hormon pun dah mula nak kacau bilau, tenaga pun dah rasa makin berkurangan, takkan kita nak biarkan saja ya tak? Kita masih mempunyai keluarga dan kerjaya, kalau badan kita sihat dan cergas,  urusan kita InshaaAllah boleh dipermudahkan, nak beribadat pun mudah.


Saya akan kongsikan diet yang sesuai untuk umur 40, semoga perkongsian ini membantu kita semua dalam menjaga kesihatan. Pemakanan yang lengkap dan sihat amat penting terutama bagi wanita yang telah mencapai usia 40++. Klinik Cleveland yang mengkhusus dalam kesihatan umum dan warga senior, warga 40++ memerlukan nutrien yang tepat dan lengkap untuk hidup yang lebih sihat dan ceria.


Antara diet yang sesuai diamalkan oleh kita yang berusia 40++ ialah

1. Protein

2. Kalsium

3. Diet yang seimbang dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Multivitamin perlu bagi mereka yang sakit atau pengambilan diet tidak seimbang


Vitamin Shaklee membantu mereka yang berumur 40an


Ostematrix Shaklee


Khasiat dan Kelebihan Ostematrix Shaklee


Menguatkan tulang - Kalsiaum menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf ( ni lah masanya nak elakkan gigi jadi cepat rongak )

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas (kaki selalu krem)

Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid ( pre - menopaus)

Magnesium - Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos. (dapat mengurangkan masalah sembelit)




ESP Shaklee


Manfaat Utama ESP Shaklee

Awet Muda

Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kuci kepada awet muda


Baik Untuk Hormon

Kcang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.


Kulit Remaja

Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut


Pembekal  Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.


Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


Membaiki Memori

Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan (masalah kedinginan untuk bersama pasangan)


Vitalea Shaklee


Dapatkan Vitalea Shaklee Multivitamin yang berharga RM89 PERCUMA dengan syarat .........

Khasiat Vitalea Shaklee ialah


Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.


Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan dier yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia


Jadi macamana nak dapatkan PERCUMA vitamin yang sudah berusia 100 tahun dipasaran, yang sudah terbukti berkesan?


Cara yang mudah untuk dapatkan Vitalea Shaklee dengan percuma ialah uolls sign up sebagai SID Shaklee dan membuat pembelian vitamin Shaklee, nah 1 botol Vitalea Shaklee yang berharga RM89 PERCUMA untuk uolls.


Segera dapatkan Vitamin Shaklee dan hubungi saya SID anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tanda-tanda Anda Mengalami Resdung - Rawat Dengan Set Resdung Shaklee



Tanda-tanda Anda Mengalami Resdung - Rawat Dengan Set Resdung Shaklee


Jika anda sedang mengalami tanda-tanda ini, menandakan anda sedang mengalami Resdung


1. Gatal-gatal hidung dan lubang hidung

2. Gatal-gatal tekak, langit-langit dan lidah

3. Masalah kelemumur yang berterusan 

4. Gatal-gatal mata dan berair

5. Gatal-gatal kulit kepala serta rambut gugur

6. Hidung berair dan meleleh

7. Miang seluruh badan

8. Bersin, sakit kepala dan migrain

9. Pecah kuku atau cekam

10. Jerawat batu dan jerawat biasa


Semua orang ada resdung!!!


Istilah lain yang digunakan selain dari resdung ialah Sinus. Salah satu puncanya ialah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya. Dan ramai yang tidak mengambil serius akan penyakit resdung ini.


Untuk makluman faktor pemakanan merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi tahap keseriusan resdung yang dihidapi oleh seseorang. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan makanan laut, kekacang serta minuman berais secara berlebihan kerana ia mampu mempengaruhi tahap resdung seseorang itu.


Set Resdung Shaklee Untuk Merawat Penyakit Resdung


Tanda-tanda Anda Mengalami Resdung - Rawat Dengan Set Resdung Shaklee


Alfalfa Complex

- Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis)

- Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi, gegata dan resdung

- Mereka yang menghidapi penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen


B Complex 


- Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.

- Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

- Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


Vitamin C


- Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit

- Mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh

- Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisma dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna

- Bertindak sebagai anti-histamin





Jangan tunggu lagi untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung uolls. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Apabila penyakit resdung ini dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut


Bagi mereka yang ingin meningkatkan imun sistem saya galakkan anda mengambil Nutriferon Shaklee


Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin merawat Resdung, sila hubungi dengan segera


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Tip Mengemas Rumah Mudah Dan Pantas

Tip Mengemas Rumah Mudah Dan Pantas


Mengemas rumah pun kena ada tip ke? Apa susahnya upah je cleaner kemas la rumah ya tak? Itu... kalau anda mempunyai "budget", tak semua orang mampu untuk upah cleaner dan tak semua orang selesa ada orang lain di rumah.

Saya nak kongsikan beberapa tip yang kita boleh gunakan agar rumah kita tak macam kapal karam atau dilanda ribut. Memandangkan sekarang adalah cuti sekolah dan kita akan menyambut Ramadhan, saya dah merancang untuk mengemas rumah secara besar-besaran, selama ini bukan tak mengemas tapi mengemas yang asas sahaja agar rumah tidak terlalu bersepah, maklumlah walaupun saya tidak bekerja tetapi masa saya banyak dihabiskan diluar menguruskan anak-anak.


Maksud mengemas secara besar-besaran ialah 


1. Buka almari baju dan keluarkan mana-mana baju yang dah lusuh, tidak muat atau jarang dipakai dan diasingkan samada disedekahkan, dibuat kain buruk atau terus dibuang.


2. Buku sekolah dan latihan anak-anak, yang ni memang kena asingkan betul-betul ya sebabnya mana-mana buku yang tidak habis digunakan boleh diguna semula untuk latihan atau latih tubi, sayang kalau tak digunakan. Manakala buku sekolah agama dan ada ayat Al-Quran jangan buang begitu sahaja,  ada caranya untuk anda lupuskan dengan tertib.


3. Kalau boleh buka semua tempat yang tertutup untuk melihat apa yang perlu dilakukan dengan barang-barang yang sudah lama tidak digunakan.


Itu cerita mengemas secara besar-besaran, bagaimana pula tip bersihkan rumah dengan pantas, kebanyakkan ibu sekarang merupakan wanita berkerjaya, boleh pening, gelisah melihat rumah yang bersepah dan tidak kemas. Berikut adalah tip pantas mengemas yang mungkin uolls boleh gunakan


1. Buat Jadual Bersihkan Rumah

Jika kita melakukan kerja membersihkan rumah setiap dua atau tiga hari sekali sebelum kita keluar rumah takdelah kita kelam kabut nak bersihkan rumah jika mendapat panggilan ada tetamu nak datang rumah, betul tak?


2. Buang Barang Yang Tidak Dipakai

Ini adalah satu cara yang perlu dipratikkan untuk menjaga rumah agar tetap bersih dengan mengurangkan barang-barang yang tidak diperlukan. Anda boleh berikan barang-barang tersebut kepada saudara, kawan-kawan atau mereka yang memerlukan  (masih elok digunakan) . Sudah semestinya mengurangkan barang tidak terpakai akan memudahkan kita membersihkan rumah.


3. Bersih Di Ruang Yang Kerap Digunakan

Kita boleh bersihkan rumah pada bahagian yang kerap kita lalu lalang setiap masa seperti ruang tamu, ruang makan dan bilik air. Salah satu cara untuk melindungi bilik yang tidak kemas ialah tutup je pintu hehe untuk sementara je tau.


4. Sembunyikan Perkakas Dalam Satu Ruang

Jika kita kesuntukan masa untuk membersihkan rumah, kita boleh meletakkan barang-barang di dalam satu ruang. Seterusnya, kita hanya perlu menyapu dan mengemop lantai agar lebih bersih dan segar.


Sebaik-baiknya barang tidak perlu terlalu banyak di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika kita masih mempunyai anak-anak kecil yang tengah lasak bermain dan mereka memerlukan ruang yang luas untuk bergerak.


Untuk kerja-kerja mengelap, mengemop apakata anda gunakan Basic H Shaklee bagi kerja-kerja pembersihan di dalam rumah.



Kelebihan Basic H Shaklee


Kepekatan yang tinggi - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air

Permbersih serbaguna dan berkuasa. Menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh, di dalam dan luar. Cairkan mengikut arahan.

Tidak perlu dibilas, tiada sisa, formula bebas coretan.

Tiada toksik

Semulajadi

Kepekatan berganda

Bahan surfaktan yang mampu biodegradisi



Nantikan entri saya yang akan datang Tip Memasak Dengan Mudah.


Bagi anda yang ingin mendapatkan Vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee sila hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tip Dan Panduan Untuk Kulit Lebih Putih





Kita sentiasa dijamu dengan pelbagai poduk untuk memutihkan kulit yang mana sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kita untuk mencuba agar kulit kita menjadi lebih putih gebu.  Tak percaya? Cuba uolls skrol FB, majalah atau mana-mana media sosial, iklan untuk memutihkan kulit berderet-deret keluar.


Bagi wanita Asia, memiliki kulit yang putih dianggap lebih cantik dan boleh meningkatkan keyakinan diri. Keadaan cuaca dan geografi Asia yang panas dan lembap dikatakan menjadi punca kulit kusam, bintik hitam dan pigmentasi. Masalah mula timbul apabila kesan pemutihan kulit yang tidak terkawal mengakibatkan kulit menjadi lebih rosak.


Kesan sampingan pemutihan seperti penggunaan merkuri yang melebihi dos serta penggunaan hidrokuinon yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit yang lebih kronik atau membawa maut. Jangan main-main ya terlalu obses nak cantik penyakit lain yang datang. Pengelupasan kulit ini boleh menyebabkan melanin kulit terhakis. Tanpa melanin, kulit menjadi lemah dan tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.


Peranan Melanin Kepada Kulit Anda




Faktor utama yang membezakan warna kulit cerah dan gelap adalah zat warna atau pigmen melanin. Melanin adalah zat protein yang berperanan menentukan warna kulit seseorang. Melanin dihasilkan oleh melanosit. Warna kulit yang lebih gelap mempunyai pigmen melanin yang lebih banyak pada lapisan epidermis berbanding kulit cerah. Melanin yang terkena sinar ultraviolet menyebabkan warna gelap pada kulit.


Selain memberi warna pada kulit melanin juga berfungsi melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan struktur kulit dan kulit menjadi lebih gelap.


Melanin juga berfungsi melindungi kulit terhadap terhadap sinar ultraviolet. Pembentukan pigmen melanin dirangsang oleh sinar ultraviolet.


Cara Terbaik Untuk Menjaga Kulit


Mengelakkan diri daripada terdedah dibawah pancaran matahari yang terlalu lama terutama pada jam 10 pagi hingga 4 petang (waktu pancaran matahari paling terik). Gunakan krim tabir suria SPF30 dan ke atas. Selain itu digalakkan guna krim pelindung matahari terutama ketika dilaut, pantai, kolam renang terbuka, kawasan salji dan padang pasir. Pakai krim ini 30 minit sebelum terdedah kepada matahari.


Amalkan pemakanan yang sihat seperti pengambilan buah-buahan yang mengandungi Vitamin C dan antioksida. Banyakkan minum air kosong. Guna bahan-bahan yang semulajadi seperti putih telur, timun, yogurt, aloe vera sebagai mask untuk membaiki struktur kulit setelah terdedah kepada matahari dan keadaan panas sejuk semasa bekerja.


Pengambilan kolagen juga sangat digalakkan bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit. Kekurangan kolagen juga mempengaruhi struktur dan warna kulit.


Untuk makanan tambahan atau suplemen, saya perkenalkan Set Kecantikan Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus dan Vita-E Complex Shaklee.





Antara manfaat Vita-C Shaklee ialah merangsang pembentukan kolagen, mencantikkan kulit dengan menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama jeragat. Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C Shaklee sila klik sini.




Manakala manfaat Vitamin E Shaklee kepada kecantikan kulit ialah anti penuaan, mengurangkan kedut, garis halus dan bintik penuaan. Ia juga adalah anti oksidan yang kuat. Sila baca entri ini dengan lebih lanjut untuk khasiat Vitamin E Shaklee.


Tahukah anda bahawa golongan remaja dan wanita yang berusia lingkungan 30an lebih cenderung untuk memutihkan kulit. Manakala untuk peringkat umur 40an mereka lebih fokus kepada rawatan awet muda dan kebersikan kulit.


Bagi golongan remaja mereka perlu didedahkan atau diberi pengetahuan tentang bahayanya lambakan produk pemutih yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kulit mereka. Mungkin harga yang murah atau iklan menarik yang memesongkan mereka untuk membeli produk pemutih. Kita perlu tahu apakah kandungan produk tersebut, pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan.


Yang penting hargailah diri anda kerana diri anda begitu berharga.


Untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli dan menikmati diskaun yang menarik sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619