Tip Mengemas Rumah Mudah Dan Pantas

Tip Mengemas Rumah Mudah Dan Pantas


Mengemas rumah pun kena ada tip ke? Apa susahnya upah je cleaner kemas la rumah ya tak? Itu... kalau anda mempunyai "budget", tak semua orang mampu untuk upah cleaner dan tak semua orang selesa ada orang lain di rumah.

Saya nak kongsikan beberapa tip yang kita boleh gunakan agar rumah kita tak macam kapal karam atau dilanda ribut. Memandangkan sekarang adalah cuti sekolah dan kita akan menyambut Ramadhan, saya dah merancang untuk mengemas rumah secara besar-besaran, selama ini bukan tak mengemas tapi mengemas yang asas sahaja agar rumah tidak terlalu bersepah, maklumlah walaupun saya tidak bekerja tetapi masa saya banyak dihabiskan diluar menguruskan anak-anak.


Maksud mengemas secara besar-besaran ialah 


1. Buka almari baju dan keluarkan mana-mana baju yang dah lusuh, tidak muat atau jarang dipakai dan diasingkan samada disedekahkan, dibuat kain buruk atau terus dibuang.


2. Buku sekolah dan latihan anak-anak, yang ni memang kena asingkan betul-betul ya sebabnya mana-mana buku yang tidak habis digunakan boleh diguna semula untuk latihan atau latih tubi, sayang kalau tak digunakan. Manakala buku sekolah agama dan ada ayat Al-Quran jangan buang begitu sahaja,  ada caranya untuk anda lupuskan dengan tertib.


3. Kalau boleh buka semua tempat yang tertutup untuk melihat apa yang perlu dilakukan dengan barang-barang yang sudah lama tidak digunakan.


Itu cerita mengemas secara besar-besaran, bagaimana pula tip bersihkan rumah dengan pantas, kebanyakkan ibu sekarang merupakan wanita berkerjaya, boleh pening, gelisah melihat rumah yang bersepah dan tidak kemas. Berikut adalah tip pantas mengemas yang mungkin uolls boleh gunakan


1. Buat Jadual Bersihkan Rumah

Jika kita melakukan kerja membersihkan rumah setiap dua atau tiga hari sekali sebelum kita keluar rumah takdelah kita kelam kabut nak bersihkan rumah jika mendapat panggilan ada tetamu nak datang rumah, betul tak?


2. Buang Barang Yang Tidak Dipakai

Ini adalah satu cara yang perlu dipratikkan untuk menjaga rumah agar tetap bersih dengan mengurangkan barang-barang yang tidak diperlukan. Anda boleh berikan barang-barang tersebut kepada saudara, kawan-kawan atau mereka yang memerlukan  (masih elok digunakan) . Sudah semestinya mengurangkan barang tidak terpakai akan memudahkan kita membersihkan rumah.


3. Bersih Di Ruang Yang Kerap Digunakan

Kita boleh bersihkan rumah pada bahagian yang kerap kita lalu lalang setiap masa seperti ruang tamu, ruang makan dan bilik air. Salah satu cara untuk melindungi bilik yang tidak kemas ialah tutup je pintu hehe untuk sementara je tau.


4. Sembunyikan Perkakas Dalam Satu Ruang

Jika kita kesuntukan masa untuk membersihkan rumah, kita boleh meletakkan barang-barang di dalam satu ruang. Seterusnya, kita hanya perlu menyapu dan mengemop lantai agar lebih bersih dan segar.


Sebaik-baiknya barang tidak perlu terlalu banyak di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika kita masih mempunyai anak-anak kecil yang tengah lasak bermain dan mereka memerlukan ruang yang luas untuk bergerak.


Untuk kerja-kerja mengelap, mengemop apakata anda gunakan Basic H Shaklee bagi kerja-kerja pembersihan di dalam rumah.



Kelebihan Basic H Shaklee


Kepekatan yang tinggi - 16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air

Permbersih serbaguna dan berkuasa. Menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan boleh dibasuh, di dalam dan luar. Cairkan mengikut arahan.

Tidak perlu dibilas, tiada sisa, formula bebas coretan.

Tiada toksik

Semulajadi

Kepekatan berganda

Bahan surfaktan yang mampu biodegradisi



Nantikan entri saya yang akan datang Tip Memasak Dengan Mudah.


Bagi anda yang ingin mendapatkan Vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee sila hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: