Tips Khatam Al Quran


Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya yakin kita semua berusaha untuk membaca Al Quran seberapa banyak yang boleh dan kalau boleh kita nak khatam Al Quran semasa bulan Ramadhan ini. Banyak kebaikan dan fadilat yang kita boleh dapat apabila membaca Al Quran.




Akan tetapi sebagai wanita yang masih didatangi haid setiap bulan, ada beberapa hari yang kita tidak boleh membaca Al Quran, solat dan berpuasa dan mungkin antara kita yang rungsing macamana nak menghabiskan 30 juzuk Al Quran dalam masa 30 hari? Boleh ke? Ada ke caranya? InshaaAllah ada caranya.


Tips Khatam Al Quran


Selepas uolls tengok gambar ni, InshaaAllah uolls boleh habis 30 juzuk dalam bulan Ramadhan. Yang penting kena istiqamah. Jangan pula rasa kecewa jika tidak dapat khatam,  setiap kebaikan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini, InshaaAllah ada ganjarannya.




Semoga amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini mendapat keberkatannya. Tiada istilah terlewat untuk belajar dan mendalami Al Quran. Carilah guru yang boleh membimbing kita membaca Al Quran.

Labels: