Tip Dan Amalan IbuBapa Untuk Anak-Anak Menghadapi Peperiksaan





Sumber Google


Pada saat entri ini ditulis tinggal lagi beberapa hari lagi anak-anak akan menduduki peperiksaan UPSR dan anak saya salah seorang calon yang akan mengambil UPSR dan PT3 pada tahun ini. Sedikit sebanyak tahun ini agak mencabar buat kami sekeluarga , stress? of coz stress tapi kita kena pandai uruskan stress kita tu supaya tak melarat contohnya makan B Complex jadinya kita rasa lebih tenang,  umur dah masuk 40an ni kena jaga kesihatan jantung kita. 


Anak-anak pun setiap hari sibuk dengan kelas tambahan samada di sekolah atau pusat tusyen yang mana anak-anak ini perlukan tenaga dan setiap hari mereka memang kepenatan dan tugas kita sebagai ibubapa memujuk anak-anak agar bersabar dalam menuntut ilmu. Selain itu mereka juga perlukan makanan yang berkhasiat agar kesihatan mereka dalam keadaan yang optimum. Saya sendiri menggalakkan mereka makan Vitamin Shaklee yang bersesuaian dengan umur mereka seperti Chewable Vitamin C, Omega, Mealshakes, Vitalea For Kids dan Performance Drink.




Saya tidak nafikan sebagai seorang ibu saya memang risau, bimbang apabila anak-anak menghadapi peperiksaan besar, walaupun mungkin ada ibubapa yang tidak kisah tentang anak-anak nak exam. Kita dah berusaha dengan membimbing, menghantar anak ke sekolah dan kelas tambahan, kita dah menjaga makan minum mereka , kesihatan mereka, kita dah memberi kata-kata semangat untuk anak-anak, sebaik-baiknya kita berdoa dan berserah kepada Allah agar anak-anak kita diberi ketenangan semasa menjawab soalah peperiksaan, dapat menjawab soalan dengan baik dan dipermudahkan urusan mereka. Saya akan kongsikan beberapa amalan yang kita sebagai ibubapa boleh dilakukan semasa anak-anak menghadapi peperiksaan.


Amalan IbuBapa Semasa Anak Menghadapi Peperiksaan






Doa adalah senjata mukmin, beruntunglah kita sebagai umat Islam dan bersyukurlah kerana dikurniakan Islam dan Iman kepada kita. Sebagai ibubapa kita digalakkan untuk sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak kita. Amalan yang boleh dilakukan oleh IbuBapa semasa anak sedang menghadapi peperiksaan ialah 


1. Ambil wudhuk

2. Sambil Menghadap Kiblat, 

Baca Kalimah Syahadah (3x)



3. Baca Surah Al Fatihah (10x)


4. Baca Surah 3 Qul (1x)



5. Baca Surah Insyirah (1x)




6. Baca Selawat (10x)



7. Baca Surah Yassin (1x)



8. Baca Surah Insyirah (100x)

Niat di dalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna. Selain itu, boleh juga amalkan dengan berpuasa Sunat dihari anak sedang menduduki peperiksaan.


Ibu juga boleh bekalkan air minuman anak dengan dibaca :



Tip Dan Amalan IbuBapa Untuk Anak-Anak Menghadapi Peperiksaan

Kemudian teruskan dengan bacaan doa ini ...


Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkan anakku (nama Anak) di dalam urusannya menimba ilmu di atas seruan dan perintah Mu .. Tenangkanlah hatinya untuk menerima ilmu Mu, lapangkanlah jiwanya untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah dirinya dengan rahmat Mu ... Amin Ya Rabbal Alamin


Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat. Semoga amalan kita dapat memberikan ketenangan kepada anak-anak yang sedang berjuang di dalam dewan peperiksaan. Amin.

Jangan lupa doakan juga kejayaan kepada anak-anak sahabat kita.

Saya Nak Berat Badan Yang Normal, Terlebih Makan Sudah .....


Anda inginkan turunkan berat badan anda dan nakkan berat badan yang normal seperti sebelum berkahwin dan beranak-pinak, bukan anda sahaja, saya dan beribu wanita yang lain juga inginkan berat badan yang normal. Bukan kita nak kurus seperti model tetapi berat badan yang ideal supaya kesihatan kita lebih baik, kita mudah menguruskan diri kita dan keluarga kita, kita juga boleh berkerja dan beribadat dengan lebih baik.


Saya akan kongsikan beberapa tip dan panduan untuk kita sama-sama menjaga kesihatan dan seterusnya dapat menurunkan berat badan, ni yang seronoknya betul tak?


1. Makan Lebih Serat





Serat tidak mempunyai kalori. Apakata anda mengunyah epal, pear, brokoli, bayam, raspberi dan banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi serat.


2. Ambil Sarapan

Disebabkan kesibukan kita, ramai yang terlupa mengambil sarapan pagi. Apakata kali ini anda mencuba sarapan ringkas seperti kombinasi serat dengan protein, akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Mungkin dengan dua keping roti mil penuh dengan putih telur atau ikan salmon salai dapat mengenyangkan perut anda.




3. Minum Petang

Biasanya dalam pukul 3 - 4 petang perut kita dah berbunyi kelaparan, kita boleh tukarkan dari makanan yang bergoreng dan berminyak dengan keju rendah lemak atau biskut tawar mil penuh.


4. Minum Air



Dehidrasi boleh "meniru" rasa lapar dan minum banyak air akan membuatkan kita rasa lebih kenyang. Bagi anda yang makan vitamin atau jamu sila minum banyak air masak/air kosong untuk penyerapan yang optimum.


5. Makan Malam Yang Ringan

Pelbagaikan hidangan malam yang ringan dan berkhasiat dengan kombinasi serat dan protein seperti ikan stim dengan sayur-sayuran seperti bayam atau brokoli.




Mungkin kita dah amalkan pemakanan yang boleh menurunkan berat badan tapikan bila  naik penimbang, statik je kat angka yang kita tak suka tu, so how? Tidak mengapa kita teruskan dengan pemakanan yang seimbang dan kita tambah dengan senaman yang ringan-ringan dulu bukan yang membebankan. Disebabkan umur yang meningkat dan metabolisma rendah apakata kita ambil Cinch Tea Energy Shaklee untuk naikkan metabolisma kita.


Saya Nak Berat Badan Yang Normal, Terlebih Makan Sudah .....

Khasiat dan Fungsi Ekstrak Yang Terdapat Dalam Cinch Energy Tea

1) Matcha Green Tea

- Antioksida yang sangat tinggi
- Energi booster
- Metabolisma booster
- Membakar kalori sehingga 4 x


2) Taurina

- Menggalakkan metabolisma
- Lebih bertenaga
- Larutkan lemak
- Membantu menghasilkan otot tanpa lemak


3) White Tea

- Membakar lemak-lemak berlebihan
- Menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
- Meningkatkan metabolisma
- Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi     berbanding teh hijau


4) Rooibos Red Tea

- Tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai " The Miracle Tea " atau " Long Life Tea"
- Melarutkan lemak
- Meninggikan kadar metabolisma iaitu pembakaran lemak
- agen detox yang kuat


5) Red Tea

- Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol
- pejuang kanser yang kuat
- polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh redikal bebas
- merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


Bukan itu sahaja Shaklee juga menawarkan pelbagai produk untuk membantu anda mendapat kesihatan yang lebih baik.




Hubungi saya, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Shaklee yang mana boleh membantu kesihatan anda lebih baik dan juga boleh menambah pendapatan anda :)


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Tip Untuk Tingkatkan Imun Sistem Dan Kurangkan Selsema


Rimaskan kalau bangun pagi-pagi hidung berair je, bersin, perut rasa tak sedap, macam nak membuang tapi tak jugak membuang, mungkin kita boleh ubah cara pemakanan, diet kita atau rutin harian untuk tingkatkan imun sistem kita, agar kita rasa lebih sihat dan bertenaga untuk bekerja, belajar dan menguruskan keluarga kita.

Tip Untuk Tingkatkan Imun Sistem Dan Kurangkan Selsema



1. Makan Dengan Betul

Maksud  makan dengan betul ialah jangan makan dengan berlebihan, Nabi pun dah pesan berhenti sebelum kenyang, bukan sumbat semuanya selagi boleh. Makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan sistem pertahanan badan. Sebab apa? Obesiti menghalang sistem ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Oleh itu ia akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan.


Pilihan makanan juga memainkan peranan dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Terdapat beberapa jenis nutrien dan makanan yang boleh meningkatkan sistem pertahanan badan antaranya ialah makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus dan brokoli. Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin. Selain itu bawang putih dan makanan yang kaya dengan zinc seperti kekacang, ayam belanda, ketam, tiram dan daging lembu juga meningkatkan imun sistem badan kita.

Makanan yang  mengandungi seperti bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, juga makanan yang kaya dengan karotena seperti lobak dan keladi juga meningkatkan sistem imun kita.


2. Bersenam Selalu





Ni yang tak gemar ni dengar perkataan bersenam, mana ada masa nak bersenam. Tahukah anda bahawa senaman yang kerap dan konsisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit anda. Wanita yang meluangkan masa 35 hingga 45 minit untuk berjalan kaki lima kali seminggu selama 12 hingga 15 minggu mengalami pengurangan dalam bilangan cuti sakit berbanding dengan kumpulan kawalan yang kurang bersenam. Walaubagaimanapun anda tidak memerlukan senaman yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.


3. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya


Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan sistem ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya. Kesan buruk terhadap fungsi sistem ketahanan badan yang ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur. Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7 - 8 jam masa tidur. Untuk memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, elakkan daripada minum minuman yang berkafein.


4. Menguruskan Tekanan


Hormon-hormon yang dilepaskan semasa tekanan kronik boleh meningkatkan risiko obesiti, penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit lain. Luangkanlah masa untuk melepaskan stres beberapa kali seminggu seperti bersenam, menonton wayang, mengunjungi spa ataupun melakukan aktiviti yang anda gemari, kalau saya sendiri, saya suka window shopping hehe.


Tingkatkan Imun Sistem Dengan Shaklee


Nutriferon Shaklee



Tip Untuk Tingkatkan Imun Sistem Dan Kurangkan Selsema


Antara manfaat Nutriferon Shaklee ialah mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari, melawan kanser dan tumor, melindungi dari influenza, meringankan stres dan kelesuan, melambatkan penuaan, mengurangkan infeksi dan lain-lain.


Siapa Yang Perlu Mengambil Nutriferon Shaklee

Mereka yang sering sakit, selsema dan demam, ibu yang menyusukan anak, yang anaknya selalu selsema dan demam berpanjangan, mereka yang mempunyai masalah imunisasi, mereka yang kerap keluar negara, mereka yang sering stres dan mereka yang mempunyai masalah allergi dan ekzema.



Vivix Shaklee





Vivix membantu membaikpulih sel-sel dalam badan yang telah rosak. Sejuta serangan yang berlaku merosakkan sel DNA manusia setiap hari. Kelebihan Vivix ialah ia mampu menembusi DNA manusia. Vivix bertindak membaiki dan melindungi sel DNA manusia dengan lebih efektif.

Vivix mampu melambatkan kerosakkan dalam badan.

Vivix mampu membantu melambatkan proses penuaan sel-sel dan merupakan anti penuaan yang terbaik di dunia.


Vitamin C Shaklee


Vitamin C berfungsi sebagai anti oksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh. Vitamin C juga berperanan memastikan pemuliharaan proses metabolisma dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. Juga bertindak sebagai anti-histamin.



Untuk mendapatkan Vitamin Shaklee dan konsultasi percuma sila hubungi saya 

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tanda-tanda Anda Semakin Tua , Apa Kaitannya Dengan Vivix Shaklee? Khusus Untuk Lelaki ....


Seperti wanita, lelaki juga akan mengalami perubahan seiring dengan peningkatan usia daripada segi kesihatan tubuh badan. Ia dapat dlihat dari segi penurunan, tahap penglihatan, pendengaran dan fungsi-fungsi organ. Jangan risau kerana ini adalah perubahan normal yang akan berlaku kepada semua lelaki apabila usia meningkat.


Tanda-tanda Anda Semakin Tua , Apa Kaitannya Dengan Vivix Shaklee? Khusus Untuk Lelaki ....



1. Penglihatan


Perasan atau tak semasa anda membaca, semakin dekat atau semakin jauh buku atau suratkhabar yang anda baca? Jika anda membaca dengan jarak jauh dan mata anda semakin cepat letih, anda mungkin menghidapi "presbyopia" iaitu sebahagian dari proses penuaan yang secara semulajadinya dialami oleh setiap orang. Secara umumnya, gejala yang anda hadapi ialah

Kesulitan membaca tulisan dengan cetakan huruf yang halus atau kecil

Menjauhkan objek bacaan dari mata ketika membaca, sehinggalah kedudukan yang dirasakan selesa dan jelas.

Sering mencari tempat atau ruang yang tenang untuk membaca

Kesulitan dalam melakukan pekerjaan yang memerlukan penglihatan dekat yang teliti

Timbul masalah mata letih dan sakit kepala setelah membaca beberapa lama


2. Tidur


Pola tidur akan berubah apabila usia semakin meningkat. Jika di usia muda tempoh 6 jam untuk tidur malam sudah memadai maka dengan penambahan usia, waktu tidur yang diperlukan menjadi semakin lama.


3. Otak

Selepas umur mencecah angka 30 tahun, otak anda akan mula kekurangan neutron. Apabila usia mencecah 80 pula berat otak anda akan kurang 7 peratus berbanding sewaktu usia  anda 25 tahun. Dua masalah yang akan timbul pada waktu ini ialah tempoh memproses maklumat yang agak lambat dan lemah daya ingatan.


4. Masa Bertindak Balas

Secara umumnya gerak balas akan menjadi lambat antara 0.2 hingga 0.3 saat apabila meningkat umur 65 tahun. Ini menyebabkan warga emas lambat bertindakbalas terhadap situasi yang tidak disangka. Antara gejala-gejala yang mungkin dihadapi semasa pertambahan masa ini ialah

Fungsi saraf di otak menjadi perlahan.
Keupayaan otak menurun dengan pertambahan umur.
Koordinasi tangan dan mata yang lambat mengakibatkan kaki lewat menekan pedal brek.
Mengalami masalah sendi terutamanya pada leher dan bahu, hingga menyukarkan mereka memusingkan kepala ketika mengundurkan kereta.


5. Pendengaran

Masalah pendengaran sebenarnya sudah bermula pada usia 20an lagi. Bermula dengan masalah bunyi berfrekuensi tinggi hinggalah masalah bunyi berfrekuensi rendah yang akan timbul apabila umur anda disekitar 65 tahun. Perubahan dalaman telinga ini juga boleh mempengaruhi keseimbangan.


6. Deria Sentuhan Dan Deria Rasa

Semakin meningkat usia semakin sensitif deria rasa dan deria sentuhan contohnya anda tidak dapat mengesan kesakitan yang anda alami dalam waktu yang cepat berbanding ketika usia muda.


7. Kulit

Seiring dengan pertambahan usia, kulit akan menjadi semakin nipis dan kurang keanjalannya serta mudah terluka. Kulit juga menjadi semakin kering dan timbul kedutan.


8. Sendi

Masalah kesakitan sendi semakin dirasai apabila usia semakin meningkat. Ia juga dikenali sebagai masalah kemerosotan rawan atau dikenali sebagai osteoarthritis. Penipisan atau koyakan pada rawan ini akan menyebabkan tulang keras akan bergeseran antara satu sama lain apabila adanya pergerakan. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan, pembengkakan dan seterusnya menjejaskan pergerakan sendi


Selain itu risiko untuk lelaki mendapat penyakit juga semakin tinggi dengan peningkatan usia. Penyakit yang sering menyerang lelaki boleh baca di sini.


Apa Kaitannya Vivix Shaklee Dengan Peningkatan Usia?





Dengan pengambilan sesudu Vivix setiap hari mungkin dapat mengurangkan simptom-simptom atau kesakitan yang anda alami setiap hari. Ia juga membantu mereka yang mengalami sakit kencing manis.




Promosi bulan ini, beli Vivix 2 botol anda dapat 5% diskaun, dapat percuma keahlian Shaklee, dapat percuma sebotol Vitalea Shaklee dan yeahh dapat bonus bulan berikutnya. Cuba kira dah berapa banyak anda berjimat tu.


Hubungi saya 

Email : arnisyazila@gmail.com
Whastapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tanda-tanda Dan Rawatan Gusi Bernanah Serta Vitamin Yang Sesuai


Tanda-tanda Dan Rawatan Gusi Bernanah Serta Vitamin Yang Sesuai


Orang kata sakit gigi ni lagi sakit dari nak bersalin, ya memang seksa dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut, demam, ditambah pula dengan nafas yang berbau busuk sehinggakan menimbulkan ketidakselesaan pada diri sendiri dan orang lain. Situasi ini juga dipanggil abses gigi.


Abses gigi atau gusi bernanah merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca daripada jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi. Ia adalah lanjutan komplikasi kepada karies gigi. Trauma terhadap gigi patah atau hancur juga antara penyumbang utama. 


Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini akan mengakibatkan pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan  sakit gigi. Ini menyebabkan sakit gigi, Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.


Gejala-gejala Gigi Bernanah


1. Sakit gigi
2. Sakit gigi yang teruk dan berterusan
3. Sakit yang berdenyut-denyut
4. Sakit ketika mengunyah
5. Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau air panas
6. Rasa pahit di dalam mulut
7. Nafas berbau busuk
8. Mungkin demam
9. Kelenjar leher bengkak
10. Rasa tidak selesa 
11. Bahagian rahang bengkak (sangat serius)
12. Komplikasi gigi bernanah
13. Gigi tercabut
14. Jangkitan merebak hinga ke tisu lembut .
15. Jangkitan merebak hingga ke tulang rahang
16. Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis,    pneumonia atau gangguan-gangguan lain


Rawatan Gusi Bernanah


Antibiotik boleh diberi untuk melawan jangkitan.

Berkumur dengan air garam suam dikatakan dapat melegakan kesakitan.

Ubat analgesik yang diperolehi dari kedai mungkin dapat meredakan sakit gigi dan demam.

Elakkan meletakkan aspirin betul-betul di atas gigi atau gusi kerana ia akan menambahkan kerengsaan pada tisu dan boeh mengakibatkan ulser mulut.

Pembedahan akar gigi mungkin disyor untuk mengekalkan gigi. 

Sumber : Majalah Midi


Vitamin Shaklee Membantu Mengatasi Sakit Gigi/Gusi Bengkak/Gusi Bernanah


Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk mereka yang mengalami sakit gigi.


Sustained Release Vitamin C


Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.


Ostematrix Shaklee

Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Ostematrix turut membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga turut mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zinc, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


Garlic Complex



Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria. Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Oleh yang demikian mereka yang di awal kehamilan dan mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan untuk mengambil Garlic Complex.


Jika anda seorang ibu hamil dan mengalami sakit gigi boleh makan Vitamin C dan Ostematrix Shaklee yang juga terdapat dalam set Ibu Mengandung Shaklee.


Berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan menikmati diskaun dan tawaran hebat sepanjang tahun, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Tip Hilangkan Bau Badan Bagi Mereka Yang Pre-Menopause Dan Vitamin Yang Sesuai





Tip hilangkan bau badan bagi mereka yang pre menopause ini saya kongsikan untuk mereka yang semakin hilang keyakinan diri , lebih suka menyendiri dan tidak suka bergaul disebabkan bau badan yang agak kuat lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas.


Bau badan yang kuat ini disebabkan oleh tindak balas bakteria dengan peluh kita. Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, yang mana majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.


Masalah ini bertambah apabila anda mengalami masalah sembelit, yang mana sistem pencernaan tidak berfungsi dengan betul. Toksin ini boleh kekal dalam tubuh anda dan menyebabkan anda rasa lesu dan letih. Makanan yang mengandungi banyak daging, telur, ikan dan kekacang boleh menyebabkan bau badan busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisma.


Minuman yang berkafein seperti kopi dan makanan yang berempah yang mengandungi bawang, bawang putih juga menyumbang kepada masalah bau ketiak atau bau badan, sesiapa sahaja boleh mengalaminya samada lelaki atau wanita. Faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif juga menyumbang kepada bau badan.



Antara langkah pencegahan yang boleh diambil ialah


1. Mandi dengan sabun berubat/sabun anti bakteria dua ke tiga kali sehari.


2. Gunakan ubat ketiak jenis buku yang ada perkataan anti-perspirant (anti perpeluhan) padanya.


3. Gunakan pakaian daripada kain kapas. Jika anda bertudung sebaik-baiknya gunakan kain kapas juga.


4. Jika masalah semakin berterusan dan anda semakin buntu silalah berjumpa dengan pakar kulit.


5. Mungkin anda dicadangkan untuk menjalani pembedahan untuk menyahaktifkan saraf yang mengawal perpeluhan badan yang juga akan dapat membantu mengatasi masalah ini.


6. Banyakkan membaca risalah dan artikel berkaitan dengan masalah yang kita hadapi agar kita tidak lagi merasa terasing dan dapat bergaul dengan rakan-rakan secara normal kembali.  



Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah bau badan dan ingin mengatasinya dengan cara yang menjimatkan dan mendapat khasiat yang lain ialah dengan mengambil Vitamin Alfalfa Shaklee Sebagai Membantu Mengatasi Masalah Bau Badan.




Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Mencuci hati, darah dan usus

Melawan Alahan

Baik untuk perubahan patalogi di dalam usus dan perut.

Menyingkirkan lemak dan kolesterol

Melegakan Keletihan

Mencegah/Merawat Arthritis


Selain itu Alfalfa Shaklee membantu

Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang badan
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Membari rasa sensasi rasa sejuk (Alfalfa Shaklee mengandungi Peppermint)
Memberi kelegaan semasa kedatangan haid
Merawat Asma atau semput
Mencuci usus bagi membuang toksik
Mencucu buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
Meneutralkan asid dalam badan
Merawat masalah keputihan pada wanita
Membesar dan menegangkan payudara
Bertindak sebagai kacip Fatimah kepada para isteri, nak lagi mantap boleh tambah Vitamin E Shaklee
Memulihkan urat selepas bersalin
Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
Meningkatkan stamina seorang suami
Melegakan Sembelit (sila minum air yang banyak untuk mengelakkan sembelit)


Selain itu bagi anda yang berumur 40 tahun ke atas, mungkin entri ini boleh membantu anda





Hubungi saya dengan segera untuk mendapatkan Vitamin Shaklee anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Menu Ringkas Untuk Anak Kecil Dan Memudahkan Pengasuh


Menu Ringkas Untuk Anak Kecil Dan Memudahkan Pengasuh


Memandangkan zaman sekarang ini ramai ibu-ibu yang bekerja dan kesuntukkan masa untuk menyediakan makanan untuk anak-anak , entri kali ini saya kongsikan menu ringkas dan mudah untuk pengasuh atau pembantu rumah sediakan sepanjang anda bekerja. Kita permudahkan urusan mereka dan dalam masa yang sama anak-anak kita mendapat khasiat yang secukupnya.

Akan tetapi menu ini hanya cadangan, berbincanglah dengan pengasuh jika anak-anak tidak berminat untuk makan dengan menu yang disediakan  atau menu yang mana menjadi kesukaan anak-anak. Kadangkala anak-anak apabila bersama dengan pengasuh selera makan mereka tidak sama. Kebiasaannya kanak-kanak menjadi cerewet dengan makanan menjelang umut mereka 1 - 3 tahun.


Isnin

Sarapan

- 1 cawan susu
- 1 mangkuk bijirin sarapan pagi



Minum Pagi

- 1 cawan susu
- 1 biji buah epal

Makan Tengahari

- 1/2 cawan nasi putih
- 1 mangkuk kecil sup ayam bersama kentang dan lobak merah
- 1 cawan air kosong

Minum Petang

- 1 cawan susu
- 1 keping roti gandum bersama mentega kacang


Selasa



Sarapan

- 1 cawan minuman coklat
- 1 keping roti telur

Minum Pagi

- 1 cawan susu
- 1 biji pisang

Makan Tengahari

- 1 cawan nasi goreng cina bersama brokoli
- 1 cawan air kosong

Minum Petang

- 1 cawan susu
- 2 keping biskut lemak bersama jem


Rabu



Sarapan

- 1 cawan susu
- 1 bun sosej



Minum Pagi

- 1 cawan susu
- 1 potong betik

Makan Tengahari

- 1/2 cawan nasi putih
- 1 mangkuk sup ikan bersama tomato dan saderi
- 1 cawan air kosong

Minum Petang

- 1 cawan susu
- 1 biji bun kentang


Khamis



Sarapan

- 1 cawan susu
- 1 keping lempeng pisang

Minum Pagi

- 1 cawan susu
- 1 biji buah limau

Makan Tengahari

- 1 mangkuk bubur nasi bersama ayam dan sayur-sayuran
- 1 cawan air kosong

Minum Petang

- 1 cawan susu
- 1 muffin coklat


Jumaat



Sarapan

- 1 cawan susu
- 5 ketul jemput-jemput ikan bilis

Minum Pagi

- 1 cawan susu
- 1 biji buah lai @ pir

Makan Tengahari

- 1/2 cawan nasi putih
- 1 mangkuk ikan masak masam manis
- 1 cawan air kosong

Minum Petang

- 1 cawan susu
- 3 keping biskut


Menu-menu ini sekadar cadangan untuk seminggu mungkin minggu yang berikutnya boleh tukar -tukar menu ikut keperluan dan selera anak. Anak-anak yang sedang membesar dan aktif juga memerlukan vitamin untuk mencukupkan keperluan zat harian mereka. Shaklee Vita-lea kid sesuai untuk anak-anak yang berumur 4 - 12 tahun, manakala bagi yang berumur 1 tahun ke atas boleh mengambil Mealshake sebagai makanan tambahan terutama bagi anak-anak yang tidak menggemari buah-buahan dan sayur-sayuran.




Menariknya Vita-lea Kid ini mesra untuk gigi anak-anak kerana ia menggunakan pemanis semulajadi Xylitol  dan ia tidak menyebabkan kerosakan gigi.


Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan

Bebas gluten maka ia selamat untuk kanak-kanak yang alah gluten

Didatangkan dalam perisa anggur yang sangat sedap dan disukai kanak-kanak



Khasiat yang anak-anak dapat dengan mengambil Vita-lea Kid Shaklee setiap hari.

Dan yang paling menariknya bulan ini, Shaklee melanjutkan pembelian 3 botol dan dapat 1 botol percuma.



Penjimatkan hebat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee

Perlu khidmat rundingan?

Hubungi saya 

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619




Rawatan Untuk Bayi Yang Mengalami Pusat Bengkak


Rawatan Untuk Bayi Yang Mengalami Pusat Bengkak

Gambar ihsan Google



Pernah tak diantara bayi kita mengalami pusat bengkak selepas beberapa hari pusatnya telah kering dan tertanggal sendiri? Yang mana didapati pusatnya mengalami bengkak kemerah-merahan disekeliling pusat dan hampir menanah. Jangan dibiarkan atau cuba merawat sendiri segeralah bawa berjumpa dengan doktor untuk dirawat, keadaan ini  dipanggil "umbilical sepsis".


Umbilical sepsis bermaksud pusat anak dijangkiti kuman dan kuman tersebut telah masuk ke dalam darah. Perkara ini selalunya berlaku jika penjagaan pusat kurang rapi. Pusat bayi mungkin tertanggal dengan sendirinya tetapi belum kering sepenuhnya.


Kebiasaannya doktor akan merawat dengan antibiotik kerana bayi tidak mempunyai antibodi  yang cukup untuk melawan kuman. Jangkitan kuman selalunya dapat dibendung setelah antibiotik diberi. Pemberian antibiotik ini selalunya tiada kesan sampingan di masa depan seperti yang dinyatakan oleh pakar kanak-kanak.


Cara-Cara Untuk Mengelakkan Bayi Mengalami Pusat Bengkak


Sebagai seorang ibubapa/penjaga yang bertanggungjawab kita haruslah memastikan baki tali pusat bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan kuman. Rajin-rajinlah teliti setiap inci badan anak yang baru dilahirkan, terutamanya bahagian pusat,  bahagian pelipat. Jangan sampai anak demam, lesu dan tidak mahu menyusu akibat mengalami pusat bengkak dan membawa kepada keadaan yang lebih serius.


Selain itu, dalan keadaan cuaca yang panas, pakaikan bayi dengan pakaian yang longgar. Ini akan menggalakkan peredaran udara dalam bajunya dan boleh menyebabkan baki tali pusat cepat kering. Jangan sesekali memandai-mandai menarik baki tali pusat, biarkan baki tali pusat tanggal dengan sendiri secara semulajadi.


Anda boleh mencuci tunggul bayi dengan air biasa atau dengan sabun lembut tanpa wangian atau sedikit pencuci bayi pH neutral yang dicampurkan dengan air mandi. Selepas bayi dimandikan atau dicuci , tepuk-tepukkan tunggul itu dengan lembut dengan tuala atau kain lembut. Pastikan bayi tidak sejuk dan biarkan tunggul kering dengan baik sebelum memakaikan lampin.


Susukan bayi anda seperti biasa, susu ibu mempunyai antibodi yang boleh membantu bayi anda pulih dengan cepat jika mengalami jangkitan kuman dan menyebabkan pusat bengkak.


Hargailah masa dengan bayi anda semasa dalam pantang. Ibu pun harus jaga kesihatan dengan jaga pemakanan dan amalan semasa berpanyang. Amalkan pemakanan yang seimbang. minum air yang secukupnya dan makan vitamin untuk kesihatan ibu dan juga bayi anda. Sila rujuk link yang berkaitan.


Makanan yang dielakkan semasa berpantang Caeserian

Set Bersalin Shaklee Boleh Kurus

Testimoni Set Berpantang Shaklee, Luka Cepat Sembuh, Badan Cergas Dan Tidak Sembelit


Ingin dapatkan Vitamin Shaklee dengan percuma atau diskaun 5% sila hubungi saya dengan segera.

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619


Tip Dan Panduan Wanita Hamil Dan Bayi Baru Lahir Menaiki Kapalterbang




Saya sendiri ada pengalaman menaiki kapalterbang semasa hamil cuma masa tu saya sendiri tak tahu saya sedang hamil, baru dalam 8 minggu. Cuma masa tu perjalanannya dekat sahaja dalam 1 jam tapi kalau kita nak travel jauh yang mengambil masa berjam-jam contohnya nak ke London, Europe atau lagi jauh ke US pelbagai faktor kena ambil kira sebelum kita mulakan perjalanan. Alamak tiket dah beli macam mana ya? Silap haribulan tiket pun burn ... aduh


Tip Dan Panduan Wanita Hamil Menaiki Kapalterbang


1. Periksa peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pengendali penerbangan terlebih dahulu sebelum membeli tiket.


2. Sila dapatkan nasihat dari doktor anda untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang risiko untuk menaiki kapalterbang. Masalah tersebut terdiri daripada uri bawah, kontraksi pra matang, pendarahan, sejarah DVT, kencing manis, dan darah tinggi yang tidak terkawal.


3. Dapatkan terlebih dahulu surat kebenaran dari doktor.

4. Pakai pakaian yang selesa dan longgar.

5. Banyakkan meminum air.

6. Sentiasa melakukan senaman atau aktiviti regangan.

7. Setiap jam pastikan anda berjalan-jalan

8. Minta tempat duduk yang lebih luas untuk memudahkan anda melakukan sebarang pergerakan regangan.

9. Anda digalakkan untuk memakai compression socks yang boleh dibeli di farmasi

10. Sentiasa memakai talipinggang keledar sepanjang masa.


Kenapa kita perlu mengambil tindakan berhati-hati semasa menaiki kapalterbang?


Biarpun diklasifikasikan sebagai selamat, antara risiko yang mungkin timbul ialah


1. Radiasi Kosmik

Umumnya terdapat sedikit kesan radiasi kosmik daripada matahari dan ruang angkasa apabila seseorang individu menaiki kapalterbang. namun kesannya sangat sedikit untuk mendatangkan masalah kepada ibu hamil.


2. Risiko Thrombosis

Sewaktu hamil, ibu berisiko untuk mengalami masalah darah beku, dalam salur darah (thrombosis atau DVT). Ini mungkin berpunca daripada tempoh masa penerbangan  yang anda lalui. Selain itu jika anda kurang minum air dan cenderung mengalami masalah dehidrasi, keadaan ini boleh mencetuskan DVT. Risiko DVT akan bertambah jika anda melakukan penerbangan jarak jauh.


3. Kelahiran Pra Matang


Bagi anda yang sedang hamil kembar, dikhuatiri boleh berlaku kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah , kebanyakan doktor tidak menggalakkan anda menaiki kapal terbang ketika usia kandungan 32 minggu.


4. Keguguran

Ramai yang khuatir tentang komplikasi ini tetapi sebenarnya tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana ia langsung tiada kaitan dengan penerbangan anda.


Bagaimana Pula Jika Membawa Bayi Yang Baru Lahir Menaiki Kapal Terbang 


Secara asasnya tiada langsung risiko bagi bayi baru lahir untuk menaiki kapalterbang. Cuma mungkin berlaku sedikit gangguan terhadapnya yang berpunca daripada perubahan tekanan. Gangguan tersebut akan menyebabkan bayi menangis.


Sebaiknya sewaktu berlepas dan mendarat, bayi anda harus disusukan kerana aktivi menelan yang dilakukan  bayi dapat mengurangkan kesan dengungan yang dialaminya. Hal ini kerana aktiviti tersebut  berupaya mengurangkan perbezaan tekanan dan menyamaratakan tekanan luar dan dalam telinga bayi.


Dan sudah semestinya sila jaga pemakanan anda sepanjang kehamilan. Antara vitamin Shaklee yang boleh dimakan semasa hamil ialah B Complex, Vitalea, Vitamin C. Ostematrix, Omega Guard dan ESP. Nak tahu lebih lanjut sila klik Set Kehamilan Shaklee.





Nak order vitamin boleh hubungi saya, SID Shaklee anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah Disediakan


Setiap hari antara perkara yang akan difikirkan ialah menu nak masak, maklumlah anak-anak dah besar. Lauk tak perlu banyak sampai penuh meja, hujung ke pangkal. Cukup sekadar 2 - 3 jenis lauk tapi kena banyak dan habis licin, puas hati kita kan, betul tak?


Memandangkan hari ini hari Jumaat, masa entri ini ditulis saya nak masak istimewa sikit hari ini iaitu Ayam Masak Merah Yang Mudah untuk disediakan. Menu permintaan anak bujang, lauk ni sedap dimakan dengan nasi himpit, nasi tomato, nasi beryani, nasi minyak atau dengan roti jala dan suka hati uolls la nak makan dengan apa ya hehe .... alamak terasa lapar la plak. Terima kasih kerana berkongsi resepi Azie Kitchen.


Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah Disediakan



Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah Disediakan


Bahan-bahan

1 ekor ayam - dipotong kecil, dibersihkan, dilumur garam dan goreng separuh masak
Bunga lawang
Kayu manis
2 sudu besar Sos cili
Santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis





Bahan-bahan kisar halus

3 - 4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 - 3 sudu besar cili kisar


Bahan-bahan hiris

1 - 2 bawang besar ikut saiz - saya gunakan bawang holland, rasanya lagi manis
5 ulas bawang putih
2 cm halia hiris dan menjadi 3 - 4 keping


Cara-cara memasak Ayam Masak Merah Yang Mudah


Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.


Kemudian masukkan cili kisar dan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.









Bila minyak dah pecah, masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Jika ayam digoreng garing , ayam akan menjadi liat, seksa pulak nak makan. Kacau rata dan biarkan seketika




Ada sesetengah resepi masukkan air tapi saya tidak masukkan air sebabnya ayam tu sendiri akan mengeluarkan airnya. Tapi kalau uolls nak masukkan air pun takde masalah , terpulang ya. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah macam saya disebabkan anak-anak suka kuah, maka ayam masak merah saya agak berkuah.







Resepi ayam masak merah ni saya tidak menggunakan tomato sebaliknya saya menggunakan tomato puri dalam 5 sudu besar (terpulang juga ikut selera masing-masing). Jika uolls nak gunakan buah tomato bolehlah masukkan tomato dalam 3 biji dan dibelah 4. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula untuk mencantikkan warna dan menyedapkan rasa. Atau nak lagi cantik boleh masukkan kacang peas. Dan bolehlah tutup api.





Boleh dimakan dengan nasi beryani, nasi tomato atau nasi himpit. Tapikan saya tahu ramai yang takut nak makan ayam masak merah, lebih-lebih lagi sekarang masih dalam musim Raya, maklumlah tinggi kolesterolnya dengan minyaknya, santannya ehh Shaklee kan hado. Jangan risau saya tawarkan Set Kolesterol Shaklee dengan harga mampu milik. Saya senaraikan Set Kolesterol Shaklee dan kebaikannya.


Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol jahat LDL

Garlic - Merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

Phytocol ST - Untuk mengelakkan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.


Sila hubungi saya untuk mendapatkan Vitamin Shaklee anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619