Tanda-tanda Dan Rawatan Gusi Bernanah Serta Vitamin Yang Sesuai


Tanda-tanda Dan Rawatan Gusi Bernanah Serta Vitamin Yang Sesuai


Orang kata sakit gigi ni lagi sakit dari nak bersalin, ya memang seksa dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut, demam, ditambah pula dengan nafas yang berbau busuk sehinggakan menimbulkan ketidakselesaan pada diri sendiri dan orang lain. Situasi ini juga dipanggil abses gigi.


Abses gigi atau gusi bernanah merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca daripada jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi. Ia adalah lanjutan komplikasi kepada karies gigi. Trauma terhadap gigi patah atau hancur juga antara penyumbang utama. 


Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dan akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini akan mengakibatkan pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan  sakit gigi. Ini menyebabkan sakit gigi, Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.


Gejala-gejala Gigi Bernanah


1. Sakit gigi
2. Sakit gigi yang teruk dan berterusan
3. Sakit yang berdenyut-denyut
4. Sakit ketika mengunyah
5. Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau air panas
6. Rasa pahit di dalam mulut
7. Nafas berbau busuk
8. Mungkin demam
9. Kelenjar leher bengkak
10. Rasa tidak selesa 
11. Bahagian rahang bengkak (sangat serius)
12. Komplikasi gigi bernanah
13. Gigi tercabut
14. Jangkitan merebak hinga ke tisu lembut .
15. Jangkitan merebak hingga ke tulang rahang
16. Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis,    pneumonia atau gangguan-gangguan lain


Rawatan Gusi Bernanah


Antibiotik boleh diberi untuk melawan jangkitan.

Berkumur dengan air garam suam dikatakan dapat melegakan kesakitan.

Ubat analgesik yang diperolehi dari kedai mungkin dapat meredakan sakit gigi dan demam.

Elakkan meletakkan aspirin betul-betul di atas gigi atau gusi kerana ia akan menambahkan kerengsaan pada tisu dan boeh mengakibatkan ulser mulut.

Pembedahan akar gigi mungkin disyor untuk mengekalkan gigi. 

Sumber : Majalah Midi


Vitamin Shaklee Membantu Mengatasi Sakit Gigi/Gusi Bengkak/Gusi Bernanah


Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk mereka yang mengalami sakit gigi.


Sustained Release Vitamin C


Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara badan daripada jangkitan virus dan bakteria.


Ostematrix Shaklee

Kalsium pula amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang termasuk tulang yang menyokong gigi. Ostematrix turut membekalkan nutrien-nutrien harian lain selain kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga turut mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zinc, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.


Garlic Complex



Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria. Bawang putih juga berfungsi mencairkan darah. Oleh yang demikian mereka yang di awal kehamilan dan mempunyai masalah pendarahan tidak digalakkan untuk mengambil Garlic Complex.


Jika anda seorang ibu hamil dan mengalami sakit gigi boleh makan Vitamin C dan Ostematrix Shaklee yang juga terdapat dalam set Ibu Mengandung Shaklee.


Berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan menikmati diskaun dan tawaran hebat sepanjang tahun, sila hubungi


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: