Tip Dan Panduan Semasa Jerebu





Tip Dan Panduan Semasa Jerebu

Sumber KKM


Kebelakangan ini hampir setiap tahun Malaysia di landa jerebu terutama dibahagian barat. Memang rasa menyesakkan sebab pandangan kita rasa terhalang, rasa nak bernafas pun tak selesa. Dalam erti kata yang lain semuanya serba tak kena. 


Menurut laman web myhealth.gov.my ada menerangkan tentang maksud jerebu, punca jerebu, kesan jerebu, kumpulan yang berisiko akibat jerebu dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.


Apa Itu Jerebu?

Jerebu adalah keadaan dimana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh percampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.


Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?


Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk


- Bahan partikel yang berukuran dari 10mm/m3 diameter
- Ozon
- Gas karbon monoksida
- Gas nitrogen dioksida
- Sulfur dioksida


Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan


Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan yang seterusnya.




Apakah Kemungkinan Kesan Jerebu Ke Atas Kesihatan

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk 

- Kesukaran untuk bernafas
- Serangan jantung
- Gatal-gatal pada tekak
- Gatal-gatal pada mata
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
- Gatal-gatal pada kulit


Kumpulan Yang Berisiko Mendapat Kesan Kesihatan


Kebanyakan orang adalah beriko untuk mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk 

- kanak-kanak
- warga emas
- pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis)
- pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan
- perokok


Tip Kesihatan Untuk Mengurangkan Kesan Kesihatan Akibat Jerebu





Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda

- Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup
- Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan
- Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan semakin teruk


Bagaimana Nutriferon Shaklee Boleh Membantu Anda  Semasa Jerebu?

Tip Dan Panduan Semasa Jerebu

Manfaat Utama Nutriferon Shaklee ialah

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Melawan sel kanser dan tumor
Melindungi dari influenza
Meringankan stres dan kelesuan
Melambatkan penuaan
Mengurangkan infeksi

Dalam musim berjerebu ini, Nutriferon boleh membantu kita menguatkan sistem imun dan pertahanan badan supaya kita tidak mudah terjejas dengan kualiti udara yang buruk.


Info lanjut tentang Nutriferon Shaklee : Tingkatkan Sistem Imun Anda Dengan Nutriferon Shaklee


Sila dapatkan vitamin Shaklee dari saya SID Shaklee anda

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: