Punca Otot Kekejangan Dan Cara Merawatnya Dengan Vitamin E


Akibat keletihan yang melampau atau aktif bersukan , tiba-tiba sahaja kita diserang kekejangan otot diwaktu malam, tengah nyenyak tidur tiba-tiba ia menyerang, sakit tau, sebab saya sendiri mengalaminya. Badan kita akan bertindakbalas seperti gambar di bawah. Kadangkala boleh meleleh airmata.





Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal dan seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun akibat tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan kekejangan.


Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Selain dari komplikasi kecederaan lama, tidak memanaskan badan sebelum bersukan, melakukan aktivit senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih, kekurangan air dan garam galian atau elektrokit juga penyumbang kepada kekejangan otot tidak terkecuali mereka yang lanjut usia.




Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Berehat sebentar untuk menunggu kekejangan tersebut reda.


Bagi mereka yang selalu mengalami kekejangan otot digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.


Selain menjaga pemakanan, regangan dan memanaskan badan sebelum bersukan juga dapat membantu mengatasi masalah kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.


Tindakan anda atau membantu orang lain semasa mengalami kekejangan ialah sapukan minyak panas yang dikhaskan untuk tujuan itu dibahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku dibahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan secara berulangkali sehingga rasa kejang hilang dan diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah.


Punca Otot Kekejangan Dan Cara Merawatnya Dengan Vitamin E



Tahukah anda  bahawa dengan mengambil Vitamin E secara konsisten ia membantu mereka yang mengalami kekejangan otot yang kerap. Ini kerana Vitamin E membantu meningkatkan pengaliran darah ke seluruh kaki dan seterusnya ia mengurangkan kesakitan, kekejangan dan ketidakselesaan. Dengan mengambil Vitamin E juga boleh membantu untuk melindungi rangkaian sel-sel tubuh kita dari kerosakan, yang membantu menjaga otot kita menjadi kuat dan sihat. 

Bacaan selanjutnya tentang khasiat Vitamin E boleh klik Khasiat Vitamin E.

Manakala bagi ibu yang mengandung dan mengalami kekejangan kaki digalakkan untuk mengambil Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium dan magnesium.


Bulan Oktober ini, Shaklee menawarkan pembelian yang sangat menarik dengan harga yang sangat berpatutan.




Hubungi saya SID Shaklee anda, setiap pembelian akan mendapat konsultasi percuma.

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: