Celebrity Yogurt Shah Alam, TTDI Jaya, Bukit Jelutong, Seksyen U9, Seksyen U10






Lapar VS Diet

Pernah tak kita rasa masih lagi lapar walaupun kita baru sahaja mengambil makanan berat terutamanya selepas makan tengahari dan makan malam? 


Apa yang kita perlu lakukan untuk mengawal rasa lapar kita tu selain dari minum air suam?


Takkan nak makan lagi kut? Apa nak jadi dengan diet dan berat badan kita nanti. Seperti yang kita sedia maklum jika kita masih mengambil makanan berat di waktu malam hmm maka bertambah-tambah la membesar dan melebar kita dibuatnya, betul tak?


Eh bukan anda seorang yang mengalami masalah kelaparan selepas waktu makan, ramai lagi yang senasib termasuk saya sendiri, saya yang menulis entri ni :)


Saya cadangkan kita mengambil buah-buahan sebagai snek ketika kita rasa lapar. Apakata anda cuba yogurt yang tengah femes sekarang ni Celebrity Yogurt yang diperkaya dengan kebaikan dan khasiat yogurt dengan rasa buah asli yang menyegarkan.


Ia bukan sahaja berkhasiat malahan ia memberi tenaga dan dapat menahan rasa lapar dengan lebih lama, ia juga dapat merawat dan membantu sistem penghadaman anda menjadi lebih sihat dalam ertikata lain mereka yang selalu mengalami masalah sembelit.


Celebrity Yogurt ini didatangkan dengan perisa buah asli iaitu mango, banana, honey dew, dragon fruit dan strawberry.





Hubungi saya untuk mendapatkan Celebrity Yogurt

Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Peringatan Untuk Saya Yang Bergelar Ibu



Saya ingin berkongsikan sesuatu yang mungkin kita akan rasai, sesuatu yang kita sedang alami atau kita sudah melepasi fasa anak-anak sedang menimba ilmu (anak-anak sedang bersekolah) tapi mungkin kita boleh gunapakai  untuk cucu kita... InshaaAllah jika panjang umur kita.


Bagi saya sendiri yang sedang dalam fasa anak-anak sedang membesar dan dalam masa yang sama anak-anak sedang menimba ilmu, pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak. Adakalanya pelajaran mereka menaik adakalanya menurun. Bila menurun secara logiknya sebagai manusia kita akan rasa sedih ... mulalah rasa down dan dibandingkan pula dengan anak-anak sahabat kita yang berjaya.


Beruntungnya saya ialah suami selalu memberi kata-kata semangat agar tidak mudah mengalah dalam membimbing dan mendidik anak-anak, kami percaya dengan rezeki Allah bagi untuk setiap anak-anak kami. Mungkin kita tidak dapat sekarang, kita akan dapat pada masa akan datang ... yang penting doa tidak pernah putus untuk anak-anak kita agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat.


Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah untuk mengubat rasa hati kita sebagai ibubapa, Alhamdullilah kita masih berpeluang untuk mendidik diri kita agar menjadi ibubapa yang lebih prihatin, lebih sayang pada anak-anak dan rasa lebih bersyukur.


Perbezaan Upaya Anak-Anak Tanda Kebesaran Allah


Bismillahirrahmanirrahim


1. Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

2. Anak yang cantik .. anak yang cerdik itu ujian. Cuma pinjaman .. Allah nak tengok kita demand ke tidak

3. Anak biasa-biasa, tidak berapa pandai .. itu hadiah Allah. Di mata manusia mereka biasa sahaja tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tidak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita

4. Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan dilukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi anak-anak kita sama rata. Doakan mereka tidak kira dimana. Maafkan dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

5. Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah wajah anak-anak dengan penuh amanah.

6.  Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana diluar sana ramai lagi yang tidak merasa untuk menjadi ibu dan ayah ... belajarlah malu pada Allah. DIA yang sebegitu hebat tidak pernah membezakan hamba-hambanya tapi kenapa kita sebagai hamba suka membeza-bezakan?


7. Anak-anak kita punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tidak beri penuh perhatian akan menjaga semasa kita tua dan akan mendoakan kita hingga ke syurga.


Learning process won't stop till death.


Semoga perkongsian ini membantu kita sebagai ibubapa zaman ini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Cara Dan Tip Mencuci Muka Dengan Betul




Nak cuci muka ada tekniknya untuk mendapatkan hasil kulit yang gebu gebas bukan sekadar mencuci dan terus tenyeh kat muka dengan kasar. Ingat ya ni kulit  muka kita ni lembut dan sensitif bukan lantai simen bilik air yang kita boleh berus sekuat-kuatnya. Ya faham uolls ada anak kecil tak sempat nak membelek muka, belum lagi pintu kena gendang kat luar. Cuba tengok gambar di atas dalam masa seminit je dah boleh cuci muka tapi bagi mereka yang ada kelebihan masa bolehlah membelai muka dengan lebih lama sikit :)


Cara Mencuci Muka Yang Betul Dan Mengekalkan Ketegangan


Mula-mula sekali cuci bersih tangan kita dan sila ikat rambut jangan sampai rambut menghalang muka kita. Lagi satu TOLONG elakkan sentuh muka dengan tangan macam tu je, dahlah tangan tu pegang macam-macam pas tu pegang pulak muka hmm bertepek la bakteria kat muka kita tu.


Basuh muka dengan air suam. Kemudian ambil pencuci muka kita. macam saya sendiri menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee. Ambil sedikit dan letak di tangan, buihkan dulu di tangan dan urutlah muka kita mengikut turutan gambar di atas, ingat .... ingat bukan tonyoh sekuat-kuatnya ya.





Selepas muka dah diurut bolehlah basuh muka dengan air sejuk. Lap muka secara perlahan-lahan dengan tuala bersih atau biarkan ia kering dengan sendiri.


Tip Untuk Mencuci Muka Dengan Betul


Tadi kita dah baca cara-cara untuk mencuci muka, yang ni pula tip tambahan untuk anda. Semoga memberi manfaat untuk uolls.


1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Sebelum mencuci muka, pilihlah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Jika kulit uolls jenis berminyak pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit uolls jenis kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi pada kulit.


2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan kekal. Amat penting untuk kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka yang mengalami iritasi, pilihlah skrub muka yang tidak kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang tengah mengalami penipisan kulit atau jerawat yang tengah menderu-deru keluar.


3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu yang ekstrem samada terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka bagi mengelakkan peningkatan sensiviti kulit atau stimulasi yang berlebihan.


4. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Bagi anda yang selalu memakai mekap, sebaik-baiknya gunalah pencuci khas untuk membuang kesan mekap bukan hanya sekadar menggunakan pencuci muka. Saya cadangkan kita menggunakan Gentle Action Make Up remover oleh Shaklee untuk menghilangkan kesan mekap dan seterusnya barulah menggunakan pencuci muka.




5. Memfokuskan Pada Zon T Muka


Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak dibahagian ini. Oleh itu tumpukan lebih perhatian kepada zon T semasa uolls mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.


6. Mencuci Muka Dengan Perlahan-lahan

Seperti yang saya maklumkan di perenggan atas, dalam menjaga kulit muka kita, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Uolls boleh urut secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan. Elakkan urutan ke bawah, nak muka awet mudakan?


7. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala

Setelah uolls mencuci muka, seboleh-bolehnya biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan dari terus mengeringkan muka dengan kain kerana ia boleh menyerap lembapan dan khasiat dari pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.


8. Menggunakan Topeng Muka atau Mask


Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau Facial Mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya topeng itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, Vitamin E dan Vitamin C.


9. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Penggunaan ais sangat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekaligus akan mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.


Kalau boleh ya, cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari, masker dipakai seminggu sekali atau 2 minggu sekali .. kata nak kulit cantikkan kata kuncinya  memang kena rajin.


Vitamin C juga perlu untuk kecantikan dari dalam, Vitamin C Shaklee ini memang bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit muka seperti jerawat. Bulan ni pembelian Vitamin C Shaklee ada diskaun tau. Boleh syer dengan kawan-kawan atau keluarga untuk harga yang murah ni :)


Sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Kepentingan Merangsang Otak Bayi Dan Peranannya





Tahukah anda bahawa otak bayi semasa baru dilahirkan adalah 350 gram, kemudian bertambah menjadi 1,200 gram sebaik mencecah usia setahun. Kepantasan pertambahan berat otak setiap anak adalah berbeza-beza bergantung kepada faktor genetik dan persekitarannya.


Jika kedua-dua faktor ini tidak menyokong antara satu sama lain, maka dengan sendirinya perkembangan otak jauh dari optimum. Faktor genetik dipengaruhi oleh keadaan kesihatan ataupun pemakanan semasa bayi anda masih di dalam kandungan.


Jika ibu kekurangan zat pemakanan, secara automatik perkembangan sel-sel saraf dan pertumbuhan jaringan saraf (sinaps) janin tidak berlaku dengan baik.

Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak besar dan otak kecil. Otak besar berperanan penting dalam kemampuan untuk berfikir dan tahap kecerdasan seseorang. Otak kecil memiliki tanggungjawab sebagai pengawal koordinasi dan keseimbangan.

Struktur otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri berkaitan dengan fungsi akedemi seperti belajar mengira, logika, membaca, menulis, menganalisa dan mengembangkan kemampuan daya ingatan. Manakala otak kanan berkaitan dengan kreativiti seperti seni atau olahraga.


Kedua-dua bahagian otak memerlukan rangsangan yang seimbang agar fungsi-fungsinya boleh berkembang secara optimum.


Antara contoh merangsang otak kiri dan kanan iaitu ketika ibu menyusukan bayi, menyanyi dan berzikir dengan alunan yang menenangkan serta belailah dan sentuh bayi secara lembut. Berbual-bual dengan bayi biarpun dia masih belum berkata-kata. Alunan lagu akan merangsang otak kanan bayi, sedangkan lirik lagu yang dinyanyikan mampu merangsang otak bahagian kiri. Yang pasti, rangsangan terhadap bayi mesti dilakukan dalam suasana gembira, tenang dan damai.


Tanpa rangsangan yang berterusan, otak bayi menjadi tidak terurus. Akibatnya jaringan saraf (sinaps) yang jarang atau tidak terpakai akan musnah. Setiap kali anak berfikir atau menggunakan otaknya maka akan terbentuk sinaps baru untuk bertindak balas dengan rangsangan tersebut. Dengan rangsangan berterusan akan menguatkan sinaps yang lama sehingga automatik menjadikan fungsi otak semakin baik.


Sedang mencari vitamin yang sesuai semasa mengandung, sila klik Vitamin Ibu Mengandung

Punca Kulit Wajah Berminyak Dan Cara Atasinya


Seperti biasa apabila kita bangun pagi kita mesti nak belek muka kita kat cermin kan, takpun masa tengah gosok gigi ke, kejap ke kiri kejap ke kanan tengok kulit muka kita tapi ... tapi kenapa muka berminyak sangat ni, walhal baru pagi tu bukannya tengahari. Ok takpe kita basuh muka dulu seperti biasa dan memakai bedak sebelum pergi kerja harapnya takde la muka terlalu berminyak akan tetapi sangkaan kita meleset makin teruk berminyaknya terutama selepas keluar lunch tadi. Saya kongsikan punca kulit wajah kita berminyak dan cara atasinya.


Punca Kulit Wajah Kita Berminyak


Makanan Berlemak

Makanan yang mengandungi lemak jika diambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit. Lemak di bawah kulit ini merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit kita berminyak.


Hormon Tidak Seimbang

Wanita mengalami perubahan hormon dalam hidupnya ketika menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit.


Salah Pilih Kosmetik

Alat kosmetik mengandungi bahan kimia. Sebagai wanita, anda perlu berhati-hati memilih kosmetik. Jika kosmetik tersebut tidak sesuai dengan kulit, ia boleh menyebabkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah sensitif.


Genetik

Cuba perhatikan wajah kedua ibubapa dan adik beradik yang lain. Jika kebanyakan daripada mereka memiliki wajah yang berminyak ini bermakna faktor keturunan. Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.


Ubat-Ubatan

Jika anda berada dalam pemantauan doktor dan perlu makan ubat-ubatan, kulit berminyak mungkin datang daripada pengambilan ubat-ubatan ini.


Stres

Sebagai tindakbalas terhadap stres, tubuh menghasilkan minyak berlebihan  dan membuat wajah nampak berkilat dari jauh.


Selepas kita mengetahui punca, bagaimana pula kita nak mengatasi kulit wajah kita yang berminyak ni. Bacaan selanjutnya anda boleh klik di sini.


Shaklee bukan sahaja menawarkan vitamin untuk dimakan malahan Shaklee juga ada set penjagaan muka antara produk yang sesuai untuk mereka yang kulit berminyak ialah Gentle Deep Foaming Cleanser.



Apa yang kita boleh dapat apabila membelai muka kita dengan Deep Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee ni ...


Kulit kita akan lebih bersih, licin, lembut, segar, berseri dan sekata.

Menyingkirkan set kulit mati tanpa meninggalkan sisa

Kulit kurang berminyak

Liang pori semakin rapat disebabkan kotoran celah pori disingkirkan. Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah liang pori yang besar, kotoran pada wajah tidak dapat dibersihkan dengan sempurna dengan pencucian biasa yang mana menyebabkan kulit kita semakin berminyak.


Deep Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee ini dihasilkan dari sumber semulajadi. Bahan-bahan dalam Cleanser Nutriwhite Shaklee ialah

Rumpai laut yang berfungsi membuang kotoran, sel-sel mati dan menegangkan kulit

Alga hijau membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk membuang toksin dan mengekalkan kelembapan kulit

Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit.

Melembut dan menyegarkan kulit


Anda akan berpuashati setelah menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee dan jika nak hasil yang lagi baik, saya cadangkan anda mengambil Set Vitamin Kecantikan Shaklee dan jangan lupa bulan ni promosi Sustained Release Vitamin C dengan harga yang sangat berpatutan , jimat pun jimat. Sayangilah diri anda. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya dengan segera

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619



Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil





Tekanan darah tinggi atau Hipertensi semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan  kerosakan otak dan buah pinggang, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin yang belum lahir.


Bagi mereka yang mempunyai ibu, yang juga mengalami penyakit tekanan darah tinggi pasti risau jika semasa mengandung atau tidak mengandung anda juga mengalami penyakit tekanan darah tinggi, yang mana mungkin mengancam anda dan bayi. Umum mengatakan penyakit darah tinggi adalah penyakit yang diwarisi atau penyakit genetik. Tapi adakah cara untuk kita mengelak dari mengalami tekanan darah tinggi?


Untuk makluman semua, penyakit tekanan darah tinggi boleh disebabkan oleh faktor genetik tetapi ia sangat dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu gaya hidup  dan pemakanan. Kedua-dua faktor ini sering menjadi punca kepada masalah tekanan darah tinggi yang dialami oleh sebahagian besar penduduk dunia. Dan sayangnya tekanan darah tinggi juga dialami oleh mereka yang masih muda.


Apa yang kita perlu lakukan ialah membuat perubahan gaya hidup dan pemakanan seperti mengamalkan senaman ringan secara berkala, berhenti merokok, mengawal tekanan dan mendapatkan rehat yang secukupnya yang mana boleh membantu mengawal tekanan darah.


Ubahlah gaya pemakanan kita seperti mengambil lebih  banyak serat, sayur-sayuran dan buah-buahan, minum banyak air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, mengambil suplemen atau vitamin, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, daging merah dan makanan laut serta elakkan makan makanan yang berat di tengah malam dan juga makanan segera.


Selain dari mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu  dilakukan secara berkala setiap 6 atau 12 bulan. Terutamanya apabila anda mencecah umur 35 tahun ke atas. Pemeriksaan kesihatan sangat mustahak untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita.


Bagi mereka yang ingin mengambil vitamin untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, saya galakkan anda untuk mengambil vitamin yang semulajadi seperti Vitamin Shaklee. Antaranya ialah Omega Guard dan Ostematrix, saya akan kongsikan khasiat kedua-dua produk tersebut kepada mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.


Omega Guard Shaklee


Omega adalah asid lemak, asid lemak tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Omega Guard shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semualajadi iaitu EPA (Eicosa pentaenoic Acid) DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain. 


Fungsi utama Omega Guard Shaklee ialah

Mencegah penyakit salur darah dan strok
DHA dan EPA boleh menentang thrombosis
Menurunkan tekanan darah tinggi
Melincirkna salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar
Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
Mengelak ketegangan leher atau sakit kepala
Merendahkan kolesterol
Menghindar pembekuan darah di dalam badan
Mengawal masalah obesiti
Mengurangkan risiko penyakit jantung


Ostematrix Shaklee




Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Zinc, Cooper, Manganes dan Boron. Lengkap dengan keperluan badan kita. Kalsium, Magnesium dan Vitamin D saling memerlukan antara satu sama lain.


Kalsium dan Magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya. Fungsi dan proses mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular) sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular).


Fungsi utama Ostematrix Shaklee ialah


Membantu meringankan stress
Mengimbangi tekanan darah
Memelihara denyutan jantung
Impuls saraf, penenang saraf
Menggalakkan tidur yang lena
Memperbaiki jantung berdebar
Depresi
Mood swing
Sakit kepala atau migrain


Kesihatan diri kita adalah tanggungjawab kita sendiri bukan orang lain. Badan yang sihat pastinya mendatangkan kehidupan yang lebih ceria. Anda sayang diri anda dan bayi yang anda kandung? Bertindaklah dengan segera, jangan fikir lama sangat. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak






Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak


Kajian terbaru dari Brigham and Women's Hopital  dan Harvard Medcal School mendapati, penggunaan harian makanan tambahan atau multivitamin boleh mengurangkan risiko katarak dikalangan lelaki.


Penemuan kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam jurnal Opthalmology itu. Menurut pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr William Christen , kajian sebelum ini telah menunjukkan kaitan antara penggunaan suplemen nutrien dan kesihatan mata.


Mengulas mengenai perkara ini, beliau mengesahkan individu yang kerap yang mengambil multivitamin mempunyai risiko  13 peratus dikurangkan untuk katarak  nuklear.


Mari kita kenali apa itu Katarak, katarak ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.


Bagaimana katarak berlaku dan kesan-kesannya ?


Katarak berlaku disebabkan oleh peningkatan usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari) kecederaan mata , merokok atau genetik.

Selaput dibahagian kanta semulajadi juga menyebabkan katarak yang menghalang cahaya dan imej menembusi mata.

Apabila usia kita meningkat, kadar untuk kita mendapat katarak juga meningkat. Terdapat juga dikalangan kanak-kanak dan orang muda mendapat katarak.


Antara kesan-kesan yang berlaku apabila katarak berkembang secara perlahan dan tidak menimbulkan nyeri, gangguan penglihatan yang mula terjadi secara bertahap seperti


- Kesulitan melihat pada malam hari

- Melihat lingkaran disekeliling cahaya atau cahaya yang terasa menyilaukan mata.

- Penurunan ketajaman penglihatan (bahkan pada siang hari)

- Sering berganti kaca mata

Penglihatan ganda pada salah satu masa, jika cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.


Kebanyakkan orang akan takut dengar perkataan bedah, akan tetapi untuk makluman pembedahan Katarak adalah dengan menggunakan teknologi terkini yang mana ia lebih berkesan daripada cara yang lama dan ia juga berisiko rendah.


Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya pesakit akan mengalami


Pembedahan cepat kurang daripada 30 minit

Pembedahan rawatan harian kurang daripada 2 jam berada dipusat rawatan pembedahan.

Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat

Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian.

Tiada rasa, hanya sedikit ketidakselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.

Tidak perlu jahitan atau pembalut mata

Kekurangan silau mata

Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko)


Bagaimana Vitamin Shaklee Boleh  Membantu Masalah Katarak



Vivix Shaklee

Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

1) Melindungi dan membaiki selular DNA
2) Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3) Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
4) Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation products)

Saya rekomen Vivix kerana ia memperbaiki keseluruhan DNA dalam tubuh pada tahap selular dengan mengembalikan tenaga yang menyeluruh.


Carotomax Shaklee

Ialah anti oksidan yang kuat dan meneutralkan radikal bebas

1) Lebih selamat dari Vitamin A (diambil berlebihan menyebabkan toksisiti) Carotomax mengandungi beta karotena selamat untuk memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

2) Tingkatkan penglihatan - menghasilkan "ungu visual" untuk mengekalkan penglihatan di dalam gelap.

3) Meredakan penyakit kulit - psoriasis, scabies, akne, ulser kulit dan jerawat.

4) melindungi Epithelial - memelihara lapisan luar kornea.

5) Melawan kanser dan oksidasi - kukuhkan sistem imun dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.

6) Menghalang infeksi dan menggalakkan perkembangan normal dan sihat


Untuk makluman, katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah penyakit ini, seseorang yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, Beta-Carotene dan Vitamin E. 

Cara Mengatasi Kulit Muka Berminyak Dan Kusam





Pernah tak rasa muka berminyak-minyak atau memang setiap hari menghadapi masalah muka berminyak sehingga boleh menggoreng ikan. orang yang kata .... Setiap orang mengalami muka berminyak akan tetapi bezanya ialah sedikit atau banyak. Ini kerana kulit menghasilkan  minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu. Ia berfungsi sebagai cairan yang mempu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal.


Kulit wajah yang berminyak menangkap udara disekitar dan memerangkap debu dan pencemaran di wajah. Kesannya pori tertutup dan menyebabkan jerawat tumbuh. Lagilah kita risau apabila jerawat berlumba-lumba muncul, betul tak?


Sebelum kita merawat muka kita dengan pelbagai produk, kita cuba atasi dulu muka berminyak dan kusam. Terdapat beberapa tip cara atasi kulit berminyak antaranya ialah


Cara Mengatasi Kulit Muka Berminyak Dan Kusam


Mencuci Muka
Menjaga kebersihan muka sangat penting. Sebaik-baiknya cuci muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan, cukup dengan hanya membersih wajah dua kali sehari. Jika kerap membersihkan wajah, ia akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersih wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada matahari.


Minum Air Kosong



Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari atau 8 gelas. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisma tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh memberi kelembapan dan menghalang penghasilan minyak berlebihan


Air Suam
Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampur sedikit garam, Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan fungsi garam ialah mengangkat kotoran pada wajah.


Putih Telur
Ambil putih telur dan gunakannya sebagai masker. Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur dan sapu diwajah serta biarkan kering. Bilas dengan air suam.


Pisang



Selain berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit ketika kedatangan haid, pisang yang kaya dengan vitamin A. B dan E juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisar pisang dan tekap di awajah yang telah dbersihkan. Jika kulit wajah berjerawat, tambah sedikit madu untuk menyingkirkannya.


Lemon




Lemon mengandungi Vitamin C yang membantu kulit lebih cerah dan menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian  tambah madu dan tekap di wajah. Jika mahu kesan yang lebih, minum air lemon suam yang ditambah madu untuk membersihakn kulit daripada dalam.


Selain dari perkara yang dinyatakan di atas, kita juga boleh mengatasi kulit muka berminyak dan kusam dengan Vitamin C Shaklee.


Vitamin C Shaklee Merawat Kulit Muka Berminyak Dan Kusam





Untuk kulit yang cantik dan sihat kulit kita memerlukan makanan. Makanan yang kulit kita perlukan ialah makanan sel iaitu vitamin dan mineral semulajadi secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. Vitamin untuk kulit cantik, awet muda dan sihat ialah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B Complex dan ESP.


Vitamin C

Nak kulit yang sihat, cantik dan awet muda sentiasalah amalkan makan dengan konsisten Vitamin C setiap hari. Kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi dalam melawan penuaan sel kulit. Vitamin C menggalakkan pembentukan kolagen ini antara fungsi penting Vitamin C, iaitu sejenis protein untuk kulit jadi tegang dan seterusnya merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata.


Vitamin E

Vitamin E adalah makanan sel untuk kulit cantik, sihat dan awet muda. Vitamin E mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan  sel tua sebelum usia atau lebih cepat. Bagi mereka yang mengamalkan diet yang sihat dan tinggi Vitamin E.  Kulit mereka akan nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. Vitamin E juga membakar kolesterol dan lemak malah mampu mencegah sel kanser. 


Vitamin B Complex

Untuk kulit yang sihat, cantik dan awet muda, silalah makan Vitamin B complex. Bagi mereka yang mengamalkan B Complex kulit akan jadi lebih "glowing" berseri-seri gitu. Vitamin B9, Vitamin B6 dan Niacin dalam Vitamin B3 membantu sel kulit menerima oksigen secukupnya untuk mengelakkan pembentukan jerawat dan menggalakkan pembentukan semula sel-sel kulit yang mati atau rosak. Hasilnya kulit semakin bersih, sihat dan awet muda. Vitamin B5 pula sangat penting dalam mencegah pembentukan jerawat, ekzema dan allergi.  Vitamin B6 juga mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus dan ia juga meratakan tona kulit agar lebih cantik.


ESP 

Fungsi ESP ialah membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru.
Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah. Nak awet muda minumlah ESP dan Vitamin C, E dan B Complex.
Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
Mengurangkan kedutan dan anti penuaan
Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot
Mengurangkan kesan parut
Mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan.


Secara amnya suplemen atau vitamin ini boleh membantu

Merangsang pembentukan semula sel kulit
Membantu melicinkan kulit
Membantu memperbaiki sel kulit yang rosak
Membantu meningkatkan sistem imunisasi
Membantu untuk mengurangkan alahan
Membantu memulihkan sel-sel kulit dari dalam


Bagaimana untuk mendapatkan Vitamin Shaklee? Sila hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619