Cara Dan Tip Mencuci Muka Dengan Betul




Nak cuci muka ada tekniknya untuk mendapatkan hasil kulit yang gebu gebas bukan sekadar mencuci dan terus tenyeh kat muka dengan kasar. Ingat ya ni kulit  muka kita ni lembut dan sensitif bukan lantai simen bilik air yang kita boleh berus sekuat-kuatnya. Ya faham uolls ada anak kecil tak sempat nak membelek muka, belum lagi pintu kena gendang kat luar. Cuba tengok gambar di atas dalam masa seminit je dah boleh cuci muka tapi bagi mereka yang ada kelebihan masa bolehlah membelai muka dengan lebih lama sikit :)


Cara Mencuci Muka Yang Betul Dan Mengekalkan Ketegangan


Mula-mula sekali cuci bersih tangan kita dan sila ikat rambut jangan sampai rambut menghalang muka kita. Lagi satu TOLONG elakkan sentuh muka dengan tangan macam tu je, dahlah tangan tu pegang macam-macam pas tu pegang pulak muka hmm bertepek la bakteria kat muka kita tu.


Basuh muka dengan air suam. Kemudian ambil pencuci muka kita. macam saya sendiri menggunakan Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee. Ambil sedikit dan letak di tangan, buihkan dulu di tangan dan urutlah muka kita mengikut turutan gambar di atas, ingat .... ingat bukan tonyoh sekuat-kuatnya ya.





Selepas muka dah diurut bolehlah basuh muka dengan air sejuk. Lap muka secara perlahan-lahan dengan tuala bersih atau biarkan ia kering dengan sendiri.


Tip Untuk Mencuci Muka Dengan Betul


Tadi kita dah baca cara-cara untuk mencuci muka, yang ni pula tip tambahan untuk anda. Semoga memberi manfaat untuk uolls.


1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Sebelum mencuci muka, pilihlah pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Jika kulit uolls jenis berminyak pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit uolls jenis kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi pada kulit.


2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan kekal. Amat penting untuk kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka yang mengalami iritasi, pilihlah skrub muka yang tidak kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang tengah mengalami penipisan kulit atau jerawat yang tengah menderu-deru keluar.


3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu yang ekstrem samada terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka bagi mengelakkan peningkatan sensiviti kulit atau stimulasi yang berlebihan.


4. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Bagi anda yang selalu memakai mekap, sebaik-baiknya gunalah pencuci khas untuk membuang kesan mekap bukan hanya sekadar menggunakan pencuci muka. Saya cadangkan kita menggunakan Gentle Action Make Up remover oleh Shaklee untuk menghilangkan kesan mekap dan seterusnya barulah menggunakan pencuci muka.




5. Memfokuskan Pada Zon T Muka


Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak dibahagian ini. Oleh itu tumpukan lebih perhatian kepada zon T semasa uolls mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.


6. Mencuci Muka Dengan Perlahan-lahan

Seperti yang saya maklumkan di perenggan atas, dalam menjaga kulit muka kita, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Uolls boleh urut secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan. Elakkan urutan ke bawah, nak muka awet mudakan?


7. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala

Setelah uolls mencuci muka, seboleh-bolehnya biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan dari terus mengeringkan muka dengan kain kerana ia boleh menyerap lembapan dan khasiat dari pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.


8. Menggunakan Topeng Muka atau Mask


Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau Facial Mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya topeng itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, Vitamin E dan Vitamin C.


9. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Penggunaan ais sangat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekaligus akan mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.


Kalau boleh ya, cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari, masker dipakai seminggu sekali atau 2 minggu sekali .. kata nak kulit cantikkan kata kuncinya  memang kena rajin.


Vitamin C juga perlu untuk kecantikan dari dalam, Vitamin C Shaklee ini memang bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit muka seperti jerawat. Bulan ni pembelian Vitamin C Shaklee ada diskaun tau. Boleh syer dengan kawan-kawan atau keluarga untuk harga yang murah ni :)


Sila hubungi

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: