Cara Mengatasi Kulit Muka Berminyak Dan Kusam





Pernah tak rasa muka berminyak-minyak atau memang setiap hari menghadapi masalah muka berminyak sehingga boleh menggoreng ikan. orang yang kata .... Setiap orang mengalami muka berminyak akan tetapi bezanya ialah sedikit atau banyak. Ini kerana kulit menghasilkan  minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu. Ia berfungsi sebagai cairan yang mempu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal.


Kulit wajah yang berminyak menangkap udara disekitar dan memerangkap debu dan pencemaran di wajah. Kesannya pori tertutup dan menyebabkan jerawat tumbuh. Lagilah kita risau apabila jerawat berlumba-lumba muncul, betul tak?


Sebelum kita merawat muka kita dengan pelbagai produk, kita cuba atasi dulu muka berminyak dan kusam. Terdapat beberapa tip cara atasi kulit berminyak antaranya ialah


Cara Mengatasi Kulit Muka Berminyak Dan Kusam


Mencuci Muka
Menjaga kebersihan muka sangat penting. Sebaik-baiknya cuci muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan, cukup dengan hanya membersih wajah dua kali sehari. Jika kerap membersihkan wajah, ia akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersih wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada matahari.


Minum Air Kosong



Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari atau 8 gelas. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisma tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh memberi kelembapan dan menghalang penghasilan minyak berlebihan


Air Suam
Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampur sedikit garam, Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan fungsi garam ialah mengangkat kotoran pada wajah.


Putih Telur
Ambil putih telur dan gunakannya sebagai masker. Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur dan sapu diwajah serta biarkan kering. Bilas dengan air suam.


Pisang



Selain berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit ketika kedatangan haid, pisang yang kaya dengan vitamin A. B dan E juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisar pisang dan tekap di awajah yang telah dbersihkan. Jika kulit wajah berjerawat, tambah sedikit madu untuk menyingkirkannya.


Lemon




Lemon mengandungi Vitamin C yang membantu kulit lebih cerah dan menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian  tambah madu dan tekap di wajah. Jika mahu kesan yang lebih, minum air lemon suam yang ditambah madu untuk membersihakn kulit daripada dalam.


Selain dari perkara yang dinyatakan di atas, kita juga boleh mengatasi kulit muka berminyak dan kusam dengan Vitamin C Shaklee.


Vitamin C Shaklee Merawat Kulit Muka Berminyak Dan Kusam





Untuk kulit yang cantik dan sihat kulit kita memerlukan makanan. Makanan yang kulit kita perlukan ialah makanan sel iaitu vitamin dan mineral semulajadi secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. Vitamin untuk kulit cantik, awet muda dan sihat ialah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B Complex dan ESP.


Vitamin C

Nak kulit yang sihat, cantik dan awet muda sentiasalah amalkan makan dengan konsisten Vitamin C setiap hari. Kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi dalam melawan penuaan sel kulit. Vitamin C menggalakkan pembentukan kolagen ini antara fungsi penting Vitamin C, iaitu sejenis protein untuk kulit jadi tegang dan seterusnya merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata.


Vitamin E

Vitamin E adalah makanan sel untuk kulit cantik, sihat dan awet muda. Vitamin E mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan  sel tua sebelum usia atau lebih cepat. Bagi mereka yang mengamalkan diet yang sihat dan tinggi Vitamin E.  Kulit mereka akan nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. Vitamin E juga membakar kolesterol dan lemak malah mampu mencegah sel kanser. 


Vitamin B Complex

Untuk kulit yang sihat, cantik dan awet muda, silalah makan Vitamin B complex. Bagi mereka yang mengamalkan B Complex kulit akan jadi lebih "glowing" berseri-seri gitu. Vitamin B9, Vitamin B6 dan Niacin dalam Vitamin B3 membantu sel kulit menerima oksigen secukupnya untuk mengelakkan pembentukan jerawat dan menggalakkan pembentukan semula sel-sel kulit yang mati atau rosak. Hasilnya kulit semakin bersih, sihat dan awet muda. Vitamin B5 pula sangat penting dalam mencegah pembentukan jerawat, ekzema dan allergi.  Vitamin B6 juga mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus dan ia juga meratakan tona kulit agar lebih cantik.


ESP 

Fungsi ESP ialah membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru.
Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah. Nak awet muda minumlah ESP dan Vitamin C, E dan B Complex.
Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
Mengurangkan kedutan dan anti penuaan
Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot
Mengurangkan kesan parut
Mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan.


Secara amnya suplemen atau vitamin ini boleh membantu

Merangsang pembentukan semula sel kulit
Membantu melicinkan kulit
Membantu memperbaiki sel kulit yang rosak
Membantu meningkatkan sistem imunisasi
Membantu untuk mengurangkan alahan
Membantu memulihkan sel-sel kulit dari dalam


Bagaimana untuk mendapatkan Vitamin Shaklee? Sila hubungi saya

Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Labels: