Kepentingan Merangsang Otak Bayi Dan Peranannya





Tahukah anda bahawa otak bayi semasa baru dilahirkan adalah 350 gram, kemudian bertambah menjadi 1,200 gram sebaik mencecah usia setahun. Kepantasan pertambahan berat otak setiap anak adalah berbeza-beza bergantung kepada faktor genetik dan persekitarannya.


Jika kedua-dua faktor ini tidak menyokong antara satu sama lain, maka dengan sendirinya perkembangan otak jauh dari optimum. Faktor genetik dipengaruhi oleh keadaan kesihatan ataupun pemakanan semasa bayi anda masih di dalam kandungan.


Jika ibu kekurangan zat pemakanan, secara automatik perkembangan sel-sel saraf dan pertumbuhan jaringan saraf (sinaps) janin tidak berlaku dengan baik.

Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak besar dan otak kecil. Otak besar berperanan penting dalam kemampuan untuk berfikir dan tahap kecerdasan seseorang. Otak kecil memiliki tanggungjawab sebagai pengawal koordinasi dan keseimbangan.

Struktur otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri berkaitan dengan fungsi akedemi seperti belajar mengira, logika, membaca, menulis, menganalisa dan mengembangkan kemampuan daya ingatan. Manakala otak kanan berkaitan dengan kreativiti seperti seni atau olahraga.


Kedua-dua bahagian otak memerlukan rangsangan yang seimbang agar fungsi-fungsinya boleh berkembang secara optimum.


Antara contoh merangsang otak kiri dan kanan iaitu ketika ibu menyusukan bayi, menyanyi dan berzikir dengan alunan yang menenangkan serta belailah dan sentuh bayi secara lembut. Berbual-bual dengan bayi biarpun dia masih belum berkata-kata. Alunan lagu akan merangsang otak kanan bayi, sedangkan lirik lagu yang dinyanyikan mampu merangsang otak bahagian kiri. Yang pasti, rangsangan terhadap bayi mesti dilakukan dalam suasana gembira, tenang dan damai.


Tanpa rangsangan yang berterusan, otak bayi menjadi tidak terurus. Akibatnya jaringan saraf (sinaps) yang jarang atau tidak terpakai akan musnah. Setiap kali anak berfikir atau menggunakan otaknya maka akan terbentuk sinaps baru untuk bertindak balas dengan rangsangan tersebut. Dengan rangsangan berterusan akan menguatkan sinaps yang lama sehingga automatik menjadikan fungsi otak semakin baik.


Sedang mencari vitamin yang sesuai semasa mengandung, sila klik Vitamin Ibu Mengandung

Labels: