Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak






Multivitamin Kurangkan Risiko Katarak


Kajian terbaru dari Brigham and Women's Hopital  dan Harvard Medcal School mendapati, penggunaan harian makanan tambahan atau multivitamin boleh mengurangkan risiko katarak dikalangan lelaki.


Penemuan kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam jurnal Opthalmology itu. Menurut pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr William Christen , kajian sebelum ini telah menunjukkan kaitan antara penggunaan suplemen nutrien dan kesihatan mata.


Mengulas mengenai perkara ini, beliau mengesahkan individu yang kerap yang mengambil multivitamin mempunyai risiko  13 peratus dikurangkan untuk katarak  nuklear.


Mari kita kenali apa itu Katarak, katarak ialah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.


Bagaimana katarak berlaku dan kesan-kesannya ?


Katarak berlaku disebabkan oleh peningkatan usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari) kecederaan mata , merokok atau genetik.

Selaput dibahagian kanta semulajadi juga menyebabkan katarak yang menghalang cahaya dan imej menembusi mata.

Apabila usia kita meningkat, kadar untuk kita mendapat katarak juga meningkat. Terdapat juga dikalangan kanak-kanak dan orang muda mendapat katarak.


Antara kesan-kesan yang berlaku apabila katarak berkembang secara perlahan dan tidak menimbulkan nyeri, gangguan penglihatan yang mula terjadi secara bertahap seperti


- Kesulitan melihat pada malam hari

- Melihat lingkaran disekeliling cahaya atau cahaya yang terasa menyilaukan mata.

- Penurunan ketajaman penglihatan (bahkan pada siang hari)

- Sering berganti kaca mata

Penglihatan ganda pada salah satu masa, jika cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.


Kebanyakkan orang akan takut dengar perkataan bedah, akan tetapi untuk makluman pembedahan Katarak adalah dengan menggunakan teknologi terkini yang mana ia lebih berkesan daripada cara yang lama dan ia juga berisiko rendah.


Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya pesakit akan mengalami


Pembedahan cepat kurang daripada 30 minit

Pembedahan rawatan harian kurang daripada 2 jam berada dipusat rawatan pembedahan.

Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat

Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian.

Tiada rasa, hanya sedikit ketidakselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.

Tidak perlu jahitan atau pembalut mata

Kekurangan silau mata

Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko)


Bagaimana Vitamin Shaklee Boleh  Membantu Masalah Katarak



Vivix Shaklee

Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

1) Melindungi dan membaiki selular DNA
2) Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3) Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru mitochondria)
4) Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation products)

Saya rekomen Vivix kerana ia memperbaiki keseluruhan DNA dalam tubuh pada tahap selular dengan mengembalikan tenaga yang menyeluruh.


Carotomax Shaklee

Ialah anti oksidan yang kuat dan meneutralkan radikal bebas

1) Lebih selamat dari Vitamin A (diambil berlebihan menyebabkan toksisiti) Carotomax mengandungi beta karotena selamat untuk memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

2) Tingkatkan penglihatan - menghasilkan "ungu visual" untuk mengekalkan penglihatan di dalam gelap.

3) Meredakan penyakit kulit - psoriasis, scabies, akne, ulser kulit dan jerawat.

4) melindungi Epithelial - memelihara lapisan luar kornea.

5) Melawan kanser dan oksidasi - kukuhkan sistem imun dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.

6) Menghalang infeksi dan menggalakkan perkembangan normal dan sihat


Untuk makluman, katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah penyakit ini, seseorang yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, Beta-Carotene dan Vitamin E. 

Labels: ,