Saya ingin berkongsikan sesuatu yang mungkin kita akan rasai, sesuatu yang kita sedang alami atau kita sudah melepasi fasa anak-anak sedang menimba ilmu (anak-anak sedang bersekolah) tapi mungkin kita boleh gunapakai untuk cucu kita... InshaaAllah jika panjang umur kita.
Bagi saya sendiri yang sedang dalam fasa anak-anak sedang membesar dan dalam masa yang sama anak-anak sedang menimba ilmu, pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak. Adakalanya pelajaran mereka menaik adakalanya menurun. Bila menurun secara logiknya sebagai manusia kita akan rasa sedih ... mulalah rasa down dan dibandingkan pula dengan anak-anak sahabat kita yang berjaya.
Beruntungnya saya ialah suami selalu memberi kata-kata semangat agar tidak mudah mengalah dalam membimbing dan mendidik anak-anak, kami percaya dengan rezeki Allah bagi untuk setiap anak-anak kami. Mungkin kita tidak dapat sekarang, kita akan dapat pada masa akan datang ... yang penting doa tidak pernah putus untuk anak-anak kita agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat.
Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah untuk mengubat rasa hati kita sebagai ibubapa, Alhamdullilah kita masih berpeluang untuk mendidik diri kita agar menjadi ibubapa yang lebih prihatin, lebih sayang pada anak-anak dan rasa lebih bersyukur.
Perbezaan Upaya Anak-Anak Tanda Kebesaran Allah
Bismillahirrahmanirrahim
1. Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
2. Anak yang cantik .. anak yang cerdik itu ujian. Cuma pinjaman .. Allah nak tengok kita demand ke tidak
3. Anak biasa-biasa, tidak berapa pandai .. itu hadiah Allah. Di mata manusia mereka biasa sahaja tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tidak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita
4. Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan dilukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian Allah dengan redha. Sayangi anak-anak kita sama rata. Doakan mereka tidak kira dimana. Maafkan dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
5. Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah wajah anak-anak dengan penuh amanah.
6. Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana diluar sana ramai lagi yang tidak merasa untuk menjadi ibu dan ayah ... belajarlah malu pada Allah. DIA yang sebegitu hebat tidak pernah membezakan hamba-hambanya tapi kenapa kita sebagai hamba suka membeza-bezakan?
7. Anak-anak kita punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tidak beri penuh perhatian akan menjaga semasa kita tua dan akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Learning process won't stop till death.
Semoga perkongsian ini membantu kita sebagai ibubapa zaman ini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Labels: Tip Dan Amalan IbuBapa Untuk Anak-Anak Menghadapi Peperiksaan