Resepi Mudah Membuat Pizza Di Rumah


Memandangkan sekarang cuti sekolah dan musim hujan, harap maklumlah anak-anak memang akan sentiasa kelaparan. Kadang-kadang tu sampai dah habis idea nak masak apa. Kebetulan pulak oven yang sedia ada kat rumah tu dah lama rosak, jadinya memang lagi terhad la aktiviti memasak (alasan je tu hehe). Sejak saya join satu grup masak memasak ni , tetiba datang satu semangat baru nak cuba resepi yang mereka selalu syer, rugi kalau kita tak praktikkan sebabnya sangat menjimatkan bagi kami yang anak-anak dah besar ni. Of coz la makanan yang mereka suka makan, ya tak?


Secara jujurnya saya bukanlah seorang yang pandai memasak tapi why not kita try n error. Kalau tak dicuba sampai bila-bila kita tak pandai memasak. Sekarang ni mudah bila kita google je ... pelbagai resepi berderet-deret akan keluar, lepas tu kita adjust la mengikut rasa yang kita mahu. Eh ter panjang pula sesi bercerita. Bila pertama kali mencuba agak kalut sikit tak sempat nak snap gambar step by step, cuma hasilnya sahaja yang ada.


Resepi Mudah Membuat Pizza Di Rumah



Hasil tangan saya memasak homemade pizza :)




Untuk Doh Pizza

200gm atau 2 cawan tepung gandum/tepung high protein
20gm atau 2 sudu kecil yis segera
3gm atau 1/2 sudu kecil garam
5gm atau 1 sudu kecil gula
10gm atau 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cawan air suam untuk menguli


Untuk Sos Pizza

Paling mudah gunakan sos yang sedia ada di pasaran seperti sos Prego, Kimball atau Adabi.

Atau kalau uolls nak buat sendiri sos nya pun boleh juga seperti resepi di bawah


1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu teh gula
1 sudu kecil oregano
Sedikit garam dan gula

Jika sos ini ada lebihan sila simpan , boleh digunakan nak masak spaghetti ke, makaroni goreng ke, lasagna ke .. ha kan dah berderet menu keluar tu hehe.


Bahan-bahan Untuk Topping

Sebungkus Sate Kebab Akmal
Mozarella Cheese
1 biji Capsicum
Cendawan butang


Cara-cara nak buat doh

1. Masukkan garam dan gula ke dalam tepung

2. Bancuhkan air suam dengan sedikit gula kemudian masukkan yis ke dalam air suam ... biarkan sebentar bagi yis aktif ... kemudian baru tuangkan yis ke dalam tepung.

3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak zaitun atau minyak masak ke dalam adunan tepung tadi.

4. Gaulkan ke semua bahan dan kita uli sehingga menjadi doh.

5. Kita biarkan doh tersebut berehat dalam 30 minit dan tutup bekas doh tersebut untuk dia mengembang dengan jayanya.


Selepas tu, kita sediakan topping yang kita nak gunakan ... istimewanya saya gunakan Sate Kebab Akmal yang mana sebelum tu saya grill sebentar dalam 5 minit. Keluarkan dari lidinya dan hiris nipis-nipis, lagi banyak lagi sedap tau.


Selepas setengah jam, maka doh kita pun dah mengembang dengan jayanya. Uli lagi dan tepuk-tepuk bagi angin keluar, bukan badan kita je yang berangin. Doh ni pun ada gak anginnya. Biasanya saya akan bahagi dua doh ni sebabnya nak buat 2 keping pizza. Kalau buat satu tak cukup untuk keluarga kami ni.

Cara saya, sapukan marjerin di dalam loyang, ambil doh tersebut,  masukkan doh ke dalam loyang dan tekan-tekan hingga menjadi bulat dan memenuhi loyang. Sapukan sos ke seluruh doh, kemudian susunkan sate kebab, capsicum yang dihiris kecil, cendawan. Kemudian taburkan Mozarella cheese hingga penuh.


Panaskan oven, kemudian masukkan loyang yang berisi pizza anda ke dalam oven. Masak selama 25 - 30 minit dengan suhu 180 - 200 'C ikut kesesuaian oven uolls. Jangan dibiarkan kena jenguk-jenguk gak bukan apa takut rentung je hehe. Penat menguli doh tadi pun tak hilang lagi.





Selamat mencuba ya :)


Kalau nak order Sate Kebab ke Celebrity Yogurt ke atau Shaklee sila contact saya ya 010-2995619.

Labels: ,