Tip Untuk Ibu Yang Mempunyai Anak Kecil Membakar Kalori


Tip Untuk Ibu Yang Mempunyai Anak Kecil Membakar Kalori ....




Saya tiada masa nak bersenam , anak-anak masih kecil lagi. Antara alasan-alasan yang selalu kita dengar, betul tak? Kita takut kalau semasa kita sedang bersenam anak kecil kita mengganggu dan hilang tumpuan kita nak melakukan pergerakan. Saya akan kongsikan beberapa tip yang boleh membantu kita ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk bersenam dan membakar kalori dan pergerakan ini boleh dilakukan dengan anak kecil kita. Seronok kan :)


Menyusukan Bayi

Kaedah ini memang terkenal dikalangan ibu menyusu, sebab apa? Ia adalah kaedah paling murah dan mudah untuk menguruskan badan selepas bersalin dengan menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Bayi anda sihat kerana mendapat khasiat yang secukupnya, bonusnya anda dapat mengekalkan berat badan dengan ideal.


Menguruskan Keperluan Bayi

Bagi kita yang mempunyai anak kecil tentu tahu bagaimana kelam kabutnya jika mempunyai anak kecil dan menguruskan keperluan mereka. Dari mula memandikan bayi, mengganti lampin, mendukung, menidurkan, menyusukan hingga membawa bayi bermain cukup membuatkan seorang ibu keletihan, itu kalau anak baru seorang jika ada anak-anak yang lain? Secara tak langsung anda telah bersenam semasa menguruskan mereka :)


Senaman Di Bilik Tidur

Jika bayi tengah tidur lena, gunakan kesempatan itu untuk melakukan sedikit senaman. Sambil kita memantau anak tengah tidur di dalam bilik. Apakata gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan senaman ringan yang mudah seperti bangkit tubi atau plank.


Bermain Dengan Bayi

Kadangkala atau selalu anak kecil kita langsung tak nak berenggang asik nak berkepit je, walau ke tandas dah tu bilanya nak bersenam ya tak hehe. Apakata kita libatkan sekali bayi kita semasa membuat senaman. Aktiviti bermain bersama seperti meletakkan bayi di atas kaki ketika kita membuat latih tubi bukan sahaja membuatkan dia ketawa keseronokkan malahan kita juga dapat mengeluarkan peluh. 

AMARAN : Aktiviti ini boleh dilakukan jika bayi anda berusia 5 bulan ke atas ya


Senaman Mengikut Video

Zaman sekarang ni teknologi semakin canggih, kita tidak perlu keluar rumah untuk bersenam. Youtube kan ada,  cari sahaja video senaman yang ringkas dan mudah, bagi mereka yang baru bersalin terutamanya yang bersalin secara caeserian perlu berhati-hati pastikan badan kita benar-benar sihat sebelum melakukan aktiviti senaman.


Yoga

Yoga adalah senaman yang boleh dilakukan walau semasa anda sedang memegang anak atau sedang menidurkan anak kecil anda. Semasa anak berada di sebelah kita, kita boleh melakukan senaman yoga. 


Jalan Santai

Ketika berjalan-jalan dengan anak contohnya ke taman kita menyorong kereta mereka berjalanlah selama 15 minit berhenti seketika buat  senaman ringan dan kemudian berjalan balik selama 15 minit. Nampak tak kita telah berjalan kaki selama 30 minit dan 15 minit untuk senaman ringan. Sungguh mudah kan untuk senaman ringan dan mengeluarkan peluh.


Kecergasan

Ini antara yang saya sendiri sering lakukan dengan anak-anak semasa mereka masih kecil dengan posisi berbaring dengan lutut dibengkokkan mengadap ke atas, letakkan anak kecil di atas lutut dan lakukan gerakan naik turun. Atau kita boleh duduk dan meletakkan anak kecil dilutut lalu hayun mereka dengan perlahan-lahan. Mereka akan ketawa keriangan dan mereka nak lagi dan lagi hehe.


Semoga perkongsian ini membantu anda yang semakin rimas dengan kenaikan berat badan selepas melahirkan anak. Vitamin Shaklee yang boleh dimakan semasa menyusukan anak dan dalam masa yang sama membantu memcepatkan penurunan berat badan ialah Lecithin dan Omega.

Labels: